Showing posts with label student's life. Show all posts
Showing posts with label student's life. Show all posts

Sunday, October 6, 2013

Simple


Assalamualaikum...

Fesyen tudung sekarang memang macam-macam kan. Tapi satu yang aku perhati makin lama orang makin cipta jenis tudung yang senang dan mudah dipakai. Just serelung masuk kepala dah menutup aurat. Aku sangat suka jenis macam tu. Dulu aku pernah citer pasal tudung ekspress. Kali ni kita citer pasal tudung yang lain pulok lah ye. 



Kalo dulu aku suka pakai tudung syria kan tapi bila dah mula sedor diri ni aku dah jarang pakai syria. Tudung syria aku yang dulu banyak singkat nanti nampak dada so dah tak pakai bawak balik rumah bagi adik aku. Tinggal beberapa helai je yang labuh. Tapi renyah siket lah syria tu nak kena iron kalau berkedut lepas basuh. Tambah tambah kalo yang jenis cotton.


alhamdulillah sekarang aku dah jumpa tudung yang selesa, labuh, tebal kalo tak pakai anak tudung pon tak pe dan yang paling penting tak perlu beriya sangat nak iron. Hooreyyy..!! Contoh macam tudung ungu yang kat tengah tu. Yang tu sejak beli, basuh, pakai, keronyok, basuh pastu pakai balik sampai sekarang aku tak iron lagi. Pastu dia senang bentuk. Yang tu aku beli kat time square sepuloh hengget jer.


Style aku pakai tudung plak asal cepat siap.


Sebab senang nanti nak keluar makan takkan nak beriya jugak pakai tudung lilit. Pastu nak matching kan dengan baju lagi. Makan masa yang lama tauu...Alhamdulillah sekarang orang dah tak kisah kalo pakai tudung tak sama warna atau tak matching ngan baju. barulah pop colour .



Kalau untuk ke kelas dan mengajar aku pakai baju kurung bercorak. Tudung yang aku paling selesa pakai adalah tudung bawal. Yang ni memang wajib kena ironlah. Dah nama pon cikgu kena proper sket gi kelas.


Alaaa..threesixty

Sebab aku dah terbiasa pakai syria dan tudung bawal, bila sesekali pakai tudung lilit lilit orang tengok aku pelik pulok. Pernah aku keluar ngan Ruby pakai tudung lilit pastu ruby cari aku padahal aku kat tepi jer pastu duk kata 'saya nak tegur tapi takut salah orang'.. hampeh betol lah..Begitulah cerita tudung simple yang main sarung je tak perlu iron. Hehehehe... Semoga bermanfaat bagi yang tercari tudung yang simple ekspress..


Monday, June 17, 2013

Uruskan nota-nota lama


Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekarang dah selamat masuk maktab dan  mula semester baru. Sedor tak sedor sekarang aku dah semester 6. Tinggal lagi dua semester atau satu tahun jer lagi untuk habeskan degree. Seperti biasa bila mula semester baru aku akan buat azam baru. untuk semester ni aku ada beberapa wishes dan aku harap berjaya lah buat pembaharuan dalam hidup. Insha allah. Salah satunya adalah nak setlekan nota-nota dengan eloknyer masuk dalam fail. 


Memandangkan semester ni kami belajar dan masuk kelas untuk 3 subjek jerrr so lepas kelas tadi pergi HQ Herbalife jap ambil produk dan pos produk untuk customer-customer pastu balik hostel terus cari fail. Sediakan siap-siap 3 fail yang bewarna-warni so that tak de lah konpius dan buh label.


Tadaaaa....! 3 subjek jer.....


Terinspirasi ngan kak long (classmate aku) dah lama dah. Semester lepas gi tesco ngan roomate, Wafa  cari fail warna warni ni dan beli 2 paket terus so ada lebih boleh guna untuk sem ni. hepy hepy boleh jimat.


Tapi tak payah nak hip hip hooreyy sangat....


Kami nanti akan kena MQA, dia nak chek semuaaaaaa nota bermula dari zaman foundation dulu. Kiranya nota dari pra-sem 1 sampailah semester 8 akhir tahun depan. jenuh nak mencari semua nota, semua jadul kelas (!) homaigod..pastu yang lagi parah semua soalan assigment. Aku ni dahlah selalu pindah pindah barang nak kena simpan dalam stor semasa cuti so main campak jer nota dalam kotak bercampur habes antara semester. T__T


Jadi untuk memudahkan kerja kita kenalah KERJASAMA sesama classmate. Kami undi untuk bahagikan kumpulan untuk bagi adil. Sape yang cabut undi untuk sediakan fail zaman pra (foundation) memang kena kentallah.


Fine! aku group pra-sem 3. T___T


So, kepada adik-adik di maktab sekarang jangan jadi macam kakzie ko ni ye. Baik buat fail siap-siap, masuk nota semua dalam fail. Kakzie bukan tak belajar atau tak salin nota semasa dalam kelas, cuma kakzi campur-campur nota masuk dalam kotak sebab jimat duit nak beli fail baru. Maklomlah fail tebal keras tu dekat 5 hengget jugak pastu tak cukup ruang nak simpan dalam bilik. Kamu beli banyak-banyak fail warna warni tak payah pakai fail keras. Jimat ruang dan duit.


Begitulah kisahnya. Jadi semester ni kena lebih rajin uruskan nota dan belajar rerajin sket. Sekarang graduan lepasan maktab belom tentu kompem dapat posting ke sekolah. Bear in mind uolsss and iolsss.. Bye. 



Sunday, March 17, 2013

'madu-maduku'


Kat kelas aku ada 'madu-madu'. Bukan betol betol pon saje main-main. Lama dah nak citer pasal madu-madu aku dan bekas madu. Kenapa ada bekas madu? Ha, tu nanti aku citer. Yang menjadi mangsa kepada madu-madu ni adalah apiz. Yang si apiz ni pon melayan jer kerenah madu-madu aku tu. Kerenah aku biasa-biasa jer. Oh ya. Apiz ni dah ada awek. Harap kalo awek apiz baca entry ni mintak maaf ler. Yang aku nak citer bukan pasal apiz, tapi pasal madu-madu aku. Hahaha...



Lawa pulak gambar ni. Warna warni... Dari kiri moknik, tinton, apiz, ika dan azi.



 Dulu time masing-masing tak busy kami slalu keluar sama-sama. Ni gambar masa kami gi riadah kat sungai congkak. Pernah blog pasal riadah ni pandai pandailah ko godek kat entry mana. Oh ya (!) masa ni pokdin belum kurus lagi. Weeewitt sekarang dah boleh pakai baju saiz S.



Masa foundation masing masing muka kebudak budakan dan perangai emmmm sengal jer semua. Bukti boleh tengok pada riaksi si fatin. Kalau tak silap aku ni tahun 2009. Ruby kenapa tak pandang kamera? 



Tadi aku ada gitau ada bekas madu kan. Ha.. ni lah orangnyer. Dia mintak cerai dan sekarang tinggal 3 madu jer. Ika mintak cerai sebab ada skandal ngan laki lain. hampeh betoi ika. Hahaha


Masa ni masih bertiga. Aku, moknik dan tinton.  Perlu ker kaler jeans mesti sama?? Kenangan masa kat Melaka. Baru aku teringat ada citer masa kat Melaka aku tak blog. Malas dah nak citer sebab dah basi. 



Kami masa mandi manda riadah kelas kat sungai kemensah. Masa ni bibir aku munggil eksiden kena seret ngan tayar. Muka mcam membengkak tu apasal pulak? Betol betol tak fun bila ko cedera dan tak dapat have fun sama sama ngan classmates.



Yang kiri sekali tu aus Selalu di-skandalkan dengan apiz. Tak sanggup achik dapat madu macam aus.



Okey Cerita-cerita tadi tu cuma kegedikan kami sebagai classmate jer. Bukan betol betol madu. Jangan ko gi doa pulak aku bermadu ngan si fatin ngan moknik. Mahu hancor rumah tangga. Sekarang yang tinggal macam betol betol madu cuma moknik dan tinton. Aku dah slow dah. 


pi es: cc to tinton, moknik, ika n apiz..kalo baca entry ni balik bila ko dah bekerluarga mesti akan tersentap. In sha allah aku tak delete blog ni. xoxo~ zazi



Sunday, March 10, 2013

Sumpah aku pernah kurus: pertandingan senamrobik


Minggu lepas setiap malam aku pergi latihan erobik. Habis sengal sengal badan aku. Yang paling amazing sekali sebelum ni aku susah giler nak buat sit up. Tetiba dalam senarai pergerakan yang kena buat masa erobik kena buat sit up (!). Matik lah aku kena usaha jugak buat sit up. :DHahahaha...

So, hari sabtu pagi tu mulalah pertandingan. Ada 5 team yang bertanding. Tak ramai pon yang datang tengok. Biasalah buat aktiviti hujung minggu, sabtu pulak tu bukan senang orang nak datang. Walaupon pagi tu aku ada kick-off (event herbalife) kat Bangi tapi aku pergi jugak dulu bertanding. Malas nak citer panjang, meh ushar gambar aku cilok dari galeri maktab aku.

 Team pertama buat persembahan, Fergelicious.. Best lagu yang group ni pilih. Oh! ada Tasha Manshahar dalam group ni. 

Zoom sket gambar Tasha. lama tak jumpa Tasha sejak dah tak duk kat hostel. 

 Team kedua nama KAYU. Aku tatau lah pasai pe buh nama kayu. hehehehe... tak sempat nak tengok habes persembahan dorang sebab lepas ni group aku punyer turn.

 nama group aku, Sumpah aku pernah kurus.. Sape lah yang petik nama ni. 

 Ni group Diam Je. Ahli group ni memang otai dalam erobik. macam biasa lagu popular dorang chamak chalo o o o.. Adib pon join erobik..

Dan group ke lima, group Sharpie. Geng PJ junior. Gilak ah buat push up. Yang ni memang aku fail terus. Nasib baik part aku kena buat sit up jer. Fuh!

Ni antara penonton dan peserta yang hadir. Memang happening.

Haki-hakim pertandingan memang otai dalam erobik. Kalo ada senamrobik kat maktab, dorang ni lah yang selalu lead. 

Nilah muka-muka pemenang. Tempat ke-3 team Kayu, naib johan team Diam Je dan johan team Sumpah aku pernah kurus! 

Pastu group aku kena buat persembahan sekali lagi. Nak menangis aku rasa sebab kena buat sit up lagi sekali (!). hahahaha.. Kejang otot-otot aku. 

Time kami buat persembahan sekali lagi, yang kat bawah ikut sama ber-erobik..hiyihaaa..! 

Habes persembahan aku rushing balik, tukar baju jap sebab nak kena gi Bangi plak. sempat jugak aku buat 2 aktiviti hari tu: erobik dan kick-off..

Dalam gambar tak de aku. Masa ni aku dah balik. Tahniah PJ Piagos dan semua peserta(!)

Terima kasih semua ahli Sumpah Aku Pernah Kurus!

Sunday, January 20, 2013

Bahana pulun lari dan cara elak kekejangan otot selepas lari


Semalam maktab aku mengadakan acara larian 7km yang WAJIB disertai oleh semua pelajar semester 5 dan DPLI. Nak tak nak kena la lari jugak melainkan kalo ko ada surat doktor yang ko tu tak leh sertai. Aku bangun awal pagi sebab nak minum shake dulu dan tak dilupakan pakai knee guard supaya lutut tak gerak melebih lebih dan prevent ligament jadi lagi worst.

Sebelum start lari tu aku dah plan siap-siap. 
-Aku tak mau jadi orang last sampai. 
-Kalo tak mampu jangan paksa diri. Karang kaki injured aku jugak yang merana.

Jadi strategi aku adalah pulun dulu lari awal-awal antara orang yang terawal. Dah agak-agak ramai lagi orang kat belakang baru stop. Stop tu jangan mendadak. Kena slow-slow. Pastu sambung balik start dengan jalan langkah besar kemudian lari. 

Alhamdulillah aku dapat no 23. Yang dapat medal no 1 hingga 15 jer. Lawa sangat medal dorang dapat. Setakat aku duk maktab ni aku tak pernah dapat medal lagi. Rindu nak dapat medal macam dulu-dulu. (T____T)~ Kalo tak sayang kaki insha allah aku pulun lebih.

So, sepeti kebiasaannya setiap kali lepas lari benda yang paling aku takut adalah MUSCLE CRAMP. Balik jer hostel terus bukak google camne tak mau bagi jadi muscle cramp dan tanya kawan kat FB.


Ni jawapan-jawapan yang agak releven yang kawan-kawan berikan:
1. Cooling down
2. Sapu minyak panas
3. Minum shake
4. Minum air banyak-banyak
5. Warming up and cooling down
6. jangan duduk keep walking.
7. Mandi-tido-rest-solat-tido lagi

Semua yang dorang suggest aku buat. Sebab aku memang trauma sejak zaman sekolah lagi sejak di MRSM lagi tiap-tiap kali lepas lari mesti muscle cramp. Pernah aku nak gi kelas kaki aku cramp giler. Nak kena panjat tangga lagi. Nasib baik ada Moknik dan Cikwe papah aku naik turun tangga. 

Oh! ni kisah aku yang pernah kena muscle cramp. Tapi kat belog aku lagi satu.

Kesimpulannya: kalo dah tahu nak kena wajib lari 7km tu praktis la dari awal. Bukan setakat nak menang jer tapi untuk elak injured lepas berlari jugak. 

Wednesday, January 16, 2013

Aktiviti hujung minggu

Salam semua...

Bukan selalu nak keluar malam.
Tapi kena berhati-hati.
Hujung minggu lepas aku join kawan-kawan gi mengurut.
Cik we nak gi mengurut sebab ada masalah mata.
Ika pulok nak mengurut sebab masalah air besar.


 Sebelum tu kami singgah makan dulu kat KL Sentral.
Mok Nik nak hantar abang dia naik train ke Gemas.
Aku makan nasi ayam tapi tak de sup. Ganti sup ngan kentang putar.
Nasi + kentang. Berat giler aku makan malam tu dan rasa mengantuk gilerrrrr....
Nasib baik tak gilerrrrr...

At KL Sentral. 

Then kami gerak ke BB.
Survey tempat mengurut yang murah pastu tinggalkan Cikwe dan Ika kat situ.
Dorang urut kaki RM25 setengah jam.

Sementara nak tunggu setengah jam tu kami lilau ke pavilion.


Pak guard tak bagi kami duduk kat fountain ni.
Tak runtuh eh kalo kami duduk. Last-last kami bersila depan pavi.

Time tu rasa mengantuk yang amat.
Nasib baik bawak face quencher Herbalife. Aku sembur beberapa kali kasi fresh.
Face quencher ni orang Herbalife panggil air-cond bergerak.
Best sangat bila sembur time ngantuk ko akan ase tersentap sejuk sejuk muka dan segar.




Begitulah kisah hujung minggu aku yang lepas.
Minggu ni tak de plam pape lagi.
Tapiiiii.....
Minggu depan nak gi SPECTACULAR!!!! 15,000 orang akan berada di sana.


Tuesday, January 1, 2013

Macam mana nak bawak balik?



Harini 1 januari 2013.
Pagi-pagi Ruby dah kejut aku nak mai ambil.
Dengan tak mandinya terus balik hostel untuk daftar dan dapatkan kunci.
Sekali angkut barang dari basement ke tingkat 3 tuuudiaaaaaaaa... 
Macam nak tercabut segala urat-urat badan. Kompem gain muscle aku. 
Dah la barang-barang banyak, berat pulok tu. 

Pastu kena angkut barang-barang dari bilik stor pulok.
Kami duk kat maktab ni setiap kali cuti kena kosongkan bilik kasi clear semua.
Barang-barang semua masuk dalam bilik stor. (pernah citer kat sini)
Sebab nanti time cuti akan ada cikgu-cikgu dan student masuk untuk kursus dalam cuti (KDC) atau JQAF.

Ni barang-barang aku selepas di angkut. 
Tapi ada lagi ni kat bilik stor. Tinggal 1 storage box penuh buku ngan satu bakul besor.
Ni hasil aku duk hostel selama 3 tahun setengah.
Ko bayangkan lagi 2 tahun aku kena duduk maktab nanti habes belajar nak angkut bawak balik rumah camne????? Kena bawak balik ngan lori ler nampak nyer. 

Mengamuk mak aku kalo tau barang aku banyak ni kat hostel.
Dia selalu pesan, bawak lah balik sket sket barang tu.
Tapiiiiiiiiiii....
Nak ngangkut berat mak oiiiii buku-buku, fail-fail tu semua..
Bila mak ayah nak mai jenguk aku kat sini????



Saturday, December 15, 2012

Berbaju PJ dan berkasut sukan


Kadang-kadang lepas waktu kelas ada je kawan bagi cadangan nak gi mana-mana.
Contoh tempat selalu pergi- Jalan TAR, Mid Valley, tesco, JJ
Selalunya lepas kelas terus pergi tanpa balik hostel untuk tukar baju.
Kalau hari tu gi kelas pakai baju kurung keluar ngan baju kurung lah.
Kadang-kadang ngan jubah.
Kadang-kadang ngan baju PJ dan berkasut sukan.

Pernah aku keluar gi Jalan TAR galas beg merah dengan sport attire dan tudung syria jer.

 Ambil gambar jap. Bukan selalu nak kuar berpakaian sebegini rupa.

Oh. Pergi Herbalife HQ pon belasah jer pakai baju PJ. Aku memang suka datang sini.

Oh ye nak gitau.
 Aku kalau gi kelas PJ lebih selesa pakai tudung syria berbanding bawal.
Dan aku pakai warna tudung hitam
sebab memang kelas aku selaraskan baju kaler apa dan tudung kaler apa.

Aku rasa aku kena beli tudung syria baru lah.
Sebab yang hitam ni pendek dan singkat.
Dulu jahil siket bab pemakaian. Hehehehe
Alhamdulillah sekarang dah bertambah baik.

 Konklusinya di sini,
pakai jerlah pakaian yang kamu rasa selesa, sopan, dan yang penting menutup aurat.
Dats ol~




Friday, December 14, 2012

Pengalaman hidup di rumah sewa


Selepas jer exam last haritu, kawan-kawan yang lain dah pakat balik ke kampung halaman masing-masing. Tapi aku dan beberapa orang kawan lagi masih stay di KL sebab nak pergi menimba ilmu belajar lagi macam mana nak success dalam Herbalife dan macam mana nak jadi coach yang beretika. So, aku dan Ruby pon stay kat rumah sewa Aina dan Achu Iedah. Lepas seminggu kami pon berangkat ke Gambang.

Balik dari Gambang, bermulalah kisah aku di rumah sewa. 

Rumah sewa tu rumah flat belakang maktab aku jer. 
Macam-macam peristiwa terjadi semasa aku kat umah sewa. 
Aku tak pernah duk lama kat umah sewa sebab aku budak hostel since tingkatan 1. 
Kalo duk umah sewa pon menyinggah jap jer kat umah kawan-kawan. hahahaha. 
Jadi, selama satu bulan aku kat umah sewa macam-macam pengalaman lah aku belajar.

Pengalaman pertama yang aku nak citer : Makan masak sendiri
selalu duk hostel bila tiba waktu makan je pergi makan kat gerai-gerai yang dekat ngan maktab aku.
Order nak makan apa-tunggu kejap-makanan sampai-pastu makan.
Tapi kat umah sewa kena beli barang dapur, pilih ayam, pikir harini nak masak apa. Seronok rupanya memasak ngan kawan-kawan. Aku ni dah lah tak reti pilih ayam. nasib baik ler kawan ajar macam mana nak pilih. Pastu belajar resepi masak spegeti dari Bibah. Siap salin lagi cara-cara nak buat spegeti.
Pengalaman kedua: Dapur terbakor
Pada suatu hari tu aku nak masak. Ntah kenapa bila aku masukkan minyak dalam periuk tiba-tiba api masuk dalam periuk tu. Tanjat lah gege!. Jerit jerit panggil achu iedah. Terus achu iedah datang simbah air, hitam teruih periuk tu. Maaf ler. Bukan aku tak reti masak. Periuk tu yang tak  reti behave tyme aku nak masak.

Pengalaman ketiga: Tinggal seorang diri
Pernah satu malam, semua orang balik. Tinggallah aku sorang-sorang kat umah. Bila tiba jer pukul 10 malam ke atas, anjing gedik nak menyalak, bergaduh sakan tatau lah pasai apa. Sakit ati achik ni ha. Takut pon ada jugak. So, aku pon duk diam je dalam bilik paksa diri untuk tidur. Tak boleh tidur. Last-last ambil buku baca cinta high class. Terus tertidur.

Pengalaman keempat: Minum shake bersama-sama
Bila duduk sama-sama ngan orang yang consume Herbalife, soalan yang biasa kami tanya "have you had your shake today?". Atau bahasa mudah nya "ko dah shake ke belom?" Kalo duk sorang, kadang-kadang aku ni terskip jugak minum shake.

Pastu kami banyak sembang pasal masalah kesihatan customer, macam mana nak tolong customer ni, nak suggest dia ambil apa, pastu kadang-kadang terkeluar perkataan
 WOHAAA..!! akak ni dah turun 5 kilo!
Wey, customer aku dah ngandung lepas consume herbalife!
Eh, ada orang salah bancuh shake guna susu pekat manis patutlah berat makin naik tak turun turun.
Dan lain lain lagi........

So, sekarang aku dah berada di kampung halaman. Kawan-kawan masih berada di KL.
Semoga dipermudahkan segala urusan kami dalam
MISI MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA MENJADI LEBIH SIHAT
Insyallah~

pi es: thanks kepada tuan rumah. Nanti aku ganti periuk yang hitam tu ngan periuk baru. Huhuhuhu~


Friday, November 9, 2012

Banyak nyer botol air


Semasa sibuk kemas-kemas barang untuk dimasukkan ke dalam stor, sekali lagi aku terperasan punyerlah banyak botol air aku. Nak buat apa banyak-banyak. Dahlah nak masuk kotak pon dah tak muat ni.


 Yang biru besar gedabak tu guna sejak di MRSM. Yang kaler ungu dua-dua tu dapat hadiah. Pastu yang biru sport dan hitam Adidas beli sendiri. Sekarang yang latest pakai botol merah Herbalife. Suka guna yang tu sebab ada straw senang nak sedut.

Kena bawak balik yang tak guna ni bagi adik-adik aku bawak air ke sekolah. Simpan kat hostel buat semak jer. Dah la barang aku banyak. 


Tuesday, November 6, 2012

Nota hilang esok nak exam


Esok aku exam last paper untuk semester ni, Principles of english language teaching (PELT).
Selepas exam esok ada beberapa student yang terpilih yang very LUCKY kena submit fail english.
Aku.. Salah seorang daripada yang lucky tu.
sedang belek-belek nota, tetiba baru aku terperasan satu bab nota aku tak de dalam fail.
Imbas balik mana nota tu semua.
 
Beberapa bulan yang lepas kami ada kuiz untuk bab yang hilang tu, aku cabut nota tu dari fail.
Sekarang aku tatau nota tu semua ada kat mana. Aku dah ter-buang atau letak tempat lain.
Pulunlah aku cari, tetiba terjumpa henfon roomate aku yang hilang seminggu yang lepas. 
Lain yang aku cari lain yang aku jumpa. 

Pelik memang pelik. Macam mana henfon roomate aku boleh ada elok je kat tepi rak buku tu.
Terus aku kol Nisa untuk gitau roomate aku (yelah, roomate aku tak de enfon sekarang).
Tak larat nak pikir pasal misteri enfon tu. Alhamdulillah dah jumpa. Tapi pelik jugaklah ngan kehilangan enfon ni sebab dah cari seminggu. Bateri pon tak habes. Elok jer menyala. 

Oh..balik pada hal nota aku.


Mood: tengah study

Untuk exam esok, aku pinjam nota cikwe jap untuk study. 
Malas dah nak cari nota sendiri yang tatau rejam kat mana lepas kuiz.. Esok submit je fail tanpa nota tu. 

Tak sabar nyerrrr nak habes exam.
Ramai dah penghuni hostel dah balik kampung. Sunyi sepi hostel.
Okeylah. aku mau study jap. Babai..

Sunday, November 4, 2012

Mak aku nak buang buku-buku aku


Semasa cuti raya haji aku balik rumah, aku tengok rak buku aku dah tak de dalam bilik.
Rupa-rupanya mak aku kemas bilik  aku dan nak buang semua buku-buku yang dah tak pakai. 
 
Sob sob sob....
Mak aku nak buang buku-buku ni.


Alasannya: dah tak de orang nak pakai. Baik recycle jer. Lagipon silibus dulu dah tak sama ngan silibus sekarang.


Aku ni sejak dari zaman sekolah rendah lagi hidup bergelumang dengan buku-buku.
Dalam bilik aku kat rumah penuh ngan buku.
Buku UPSR sejak zaman 2002 pon aku masih simpan. Sebab tu masa aku ajar tuisyen tak perlu nak beli buku-buku UPSR sebagai rujukan. Pakai je buku yang sejak 2002 tu.
lagipon aku ajar english so nak kena rujuk grammar, past tense present tense, verb segala bagai. Walaupon aku kat maktab ambil minor BI tapi bukan cerdik sangat. Kena rujuk rujuk buku jugak.


Bila dah masuk sekolah menengah pulak kena beli buku teks sendiri.
Sejak aku tingkatan 1 sampailah tingkatan 5, semua buku teks kena beli sendiri.
Sebab kat MRSM tak de skim pinjaman buku teks. 
(sekarang aku tatau masih kena beli atau dah ada pinjaman)
Memang berhabes duit banyak tang buku buku jer lah. 
Bila dah habes exam besar contohnya PMR dengan SPM, baru aku jual beberapa buah kat junior-junior. Tapi yang tinggal masih banyak sebab aku jenis yang sayang buku. 
Aku simpan buku-buku teks, buku rujukan, buku cerita semua sebab aku ada adik-adik lagi so aku pikir nanti tak payah lah nak beli buku lagi. Pakai jer aku punyer. Aku pon jagalah buku-buku tu elok elok. Siap balut okey!


Tapi...
Hampeh betoi adik-adik aku.
Dorang bukan jenis nak tengok buku sangat. Aku suruh dorang wat latihan kat buku-buku yang aku ada, dorang malas. Tak bersentuh pon buku-buku tu semua. Sob sob sob...
Alasan lain dorang bagi sebab buku teks aku penuh conteng conteng (salin nota tambahan cikgu bagi). Terutama buku teks sejarah yang penuh ngan highlighter.

Begitulah nasib buku-buku aku. Yang ada sekarang kat hostel ni pon dah 2 storage box besar. 
Mungkin akan terima nasib yang sama macam buku buku tu atau better aku jual kat junior bila aku dah habes belajar kan.



Tuesday, October 23, 2012

Zombi berkeliaran di hostelku...!!


Dah tengok tajuk entry aku kan. 
Semasa kolej kediaman terbuka haritu (rujuk entry sebelum ni), hostel aku dipenuhi dengan zombi-zombi..!!! Dari mana datangnya dorang ni semua??



Tanjat gege.! Kat pintu masuk hostel ada zombi mata pop out kena bungkus masuk dalam kotak.



 Masuk dalam hostel pulak, tengok-tengok zombi duk melepak elok jer kat gazebo. 


Amboi zombi hip hop siap naik basikal lagi. Tapi tak sekelassssss zombi kampung pisang yang naik motor pergi merempit.


Oi dik, jangan dekat ngan zombi ada kon atas kepala mata pop out tu. Kan di kokahnya kau tak pasal-pasal bertukar jadi zombi jugak. 




Eh eh berjoget pulak si matahari bersama zombi-zombi mengikut irama lagu dalam plant vs zombi. There's a zombi on your lawn....There's a zombi on your lawn....



Orang-orang hostel yang datang tengok zombi berjoget.



Markas zombi. 


Zombi-zombi tengah tunggu orang-orang hostel di depan pintu bilik. 


Erkkkkk... Ni zombi ke orang minyak ni? Konpius pulak aku.. Hahahahaha..



Suasana di dalam rumah zombi a.k.a bilik untuk berehat.



Tangan sape lah ni ha terputus masuk dalam mangkuk jamban ni.


Amboi kejam punyer zombi. Dipotongnya badan sampai terputus dua. Dah lah tangan disumbatnya masuk dalam mangkuk jamban. Kepala nyer pulak hilang ntah ke mana. Ish ish ish.....



Ohoi..! rumet aku hepy benor bergambar ngan zombi mata pop out.


Bila keadaan dah kembali terkawal, zombi-zombi pon dah pulih kepada keadaan sedia kala barulah aku boleh take part untuk bergambar sama. 




Tadaaaaa.... Hostel dah ditawan oleh zombi-zombi dan mereka menukarkannya menjadi ZombAman.



Prop yang terdapat dalam bilik rehat. 


Kesemua yang berlaku di atas seperti yang terdapat dalam gambar adalah gimik hostel Aman pada hari hostel terbuka. Gigih budak-budak hostel menyiapkan semua prop bagi menjayakan ZombAman ni.

Kesemua prop yang digunakan dorang pakai barang-barang terbuang dan terpakai. 
Dah tema nya pon Lestari. Kena la pakai barang-barang kitar semula. Jimat pon jimat.


Tahniah kepada semua sebab hostel kami menang kategori Hostel Lestari.!


Tapi sayang tak menjadi johan keseluruhan. Padahal dari bilik air, bilik rehat, dan bilik-bilik kat hostel aku ni dorang hias pakai barang-barang kitar semula. 
Tapi nak wat macam mana, adat bertanding. Cuba lagi yek tahun akan datang.