Tuesday, March 31, 2009

Cara baru untuk mengorat.. Did you dare to try it


Beberapa hari lepas aku terima panggilan telefon daripada kawan kepada kawan aku. Entah macam mana no telefon aku boleh dapat sama itu budak. Dah la telefon aku tak bagi salam ke menyapa dengan lemah lembut ke. Cakap-cakap terus mintak no telefon perempuan dari aku. Lepas tu dia punya angin pulak nak perempuan asal kuantan je. Perempuan yang asal dari area lain dia tak nak. Amboi-amboi kalau dah rasa diri tu dah hensem sangat pergi la cari sendiri. Bersepah perempuan kat luar.


Aku dah bagitahu dia aku bukan jenis senang-senang nak passing no fon kat orang aku tak kenal. Tiba-tiba aku terkeluar ayat desperate giler kau ni”!!


Blurrrr....~~~


Rupa-rupanya dia tak tahu apa itu desperate. Satu kerja lagi nak kena explain perkataan itu kepada manusia tersebut. So, aku dapat satu idea setelah dapat satu information dari si yasmin (nak jugak beliau suruh aku paparkan nama beliau di sini) bahawasanya terdapat satu cara mengorat terbaru untuk lelaki-lelaki semua try untuk memikat gadis-gadis. Gadis-gadis semua jangan terkejut pula setelah melihat lelaki desperate mengorat kalian yang cantik dan comel persis shazika dengan cara ini. Okey


cara ini aku tahu setelah aku sekodeng Footed Boobies semasa beliau sedang mengorat awek. Caranya senang sahaja. Footed Boobies akan mengangkat sebelah kakinya dan dipertotonkan kepada awek-awek semua. Semakin tinggi Footed Boobies mengangkat kaki beliau akan semakin ramai la awek yang akan terpikat dan jatuh hati kepadanya. Dan itu juga melambangkan semakin menyerlah kemachoan beliau. Stailo betul la Footed Boobies ni kan. Angkat kaki je terus dapat awek. ha! sekarang cara Footed Boobies sudah terbongkar.


Sila rujuk kepada gambar rajah ini:

anda juga di sarankan mengangkat kepala setinggi termampu

Perempuan dahulu kala mengorat lelaki dengan cara meengangkat kain menonjolkan kaki mereka. Tapi sekarang cara baru khas buat lelaki adalah mengangkat kaki anda setinggi yang mampu. Ingat, semakin tinggi kaki di angkat semakin ramai awek yang akan terpikat.




~~SELAMAT MENCUBA~~

\(T__T)/


Rujukan:

Footed Boobies adalah seekor burung yang kakinya bewarna biru(rujuk gambar rajah)
Di olah daripada: muka surat 490 buku Campbell 8th edition,Universiti of California (budak hayat matirk guna buku ni)


Sunday, March 29, 2009

EARTH HOUR....!!!

elow kepada semua...

Haaa..kempen Earth Hour dah pon habis..semua dah boleh bukak lampu dan elektrik masing-masing. Atau ada lagi yang off letrik tak buka-buka sampai sekarang. Amboi-amboi, terlebih semangat pulak kawan kita ni yek. Amacam??? apa perasaan kalian semua kena stay dalam gelap bercampur dengan panas?? best?? Ni pula cerita aku kena terpaksa stay dalam gelap dan panas. aku punyer la geram. bukan pasal kena padam lampu. bukan jugak geram sebab kena berpeluh-peluh membasahkan ketiak selama 1 jam. tapi ni rasa geram sebab ada orang pergi tutup main suis aras blok aku. pada hal aras lain relex jer sambil diorang boleh lari2 lagi, boleh mamam megi kat bilik diorang.

masa tu aku baru lepas solat isyak. (solat dulu beb, tak mau solat dalam gelap). habis jer solat aku buka telekung...tup tup..lampu tepadam. alamak,,aku mula gelabah. terus jerit

PIKA..!!!
nama roommate aku yang tengah solat..


pastu dengar pulak seorang lagi jiran tetangga aku yang bilik depan menjerit. histeria ke apa pulak budak ni.

AZIE..!!!.

adoaiii..aku terus buka pergi serbu bilik depan. takut sehhh dalam gelap. nak pergi kat pika dia tengah solat. aku tanya Hajar budak histeria bilik depan.

aku: kenapa jerit2 nama aku. rindu aku ke?erk..ayat rindu ni tak de yek saja ngada2 letak
hajar: siapa tutup lampu? aku tak sempat pakai baju
aku: ingatkan apa tadi. dushhh..

**aku translate balik sebab kami communicate dalam loghat terengganu

lepas tu tak tahu nak buat apa. nak study tak boleh. ceceh azie, tiba-tiba rajin pulak nak study time2 gawat cenggini. so, aku buka cerita raja lawak nabil final 2. lapas tu aku ronda2 kat bilik yang relex jer sambil diorang boleh lari2 lagi, boleh mamam megi kat bilik diorang tu. amboi, lepak bilik Lele jap, ada kipas. pastu rasa nak balik bilik. budak2 lain duk ngata pasal aras aku yang semangat 1 aras tutup lampu. kagum? kembang kempis? perli ke oitt?


ahhh..aku tak peduli. semangat-semangat jugak nak buat kempen earth hour. tapi bagi la warning dulu nak tutup lampu. kussss semangat ooooo..



ok la..apa pun kisah kalian selama 1 jam tu. aku dah ada kisah aku, kalian pula bagaimana???


Sunday, March 22, 2009

AKU insan jahiL


kali ni aku nak mengajak kalian semua berfikir sejenak tentang kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. aku bukan seorang yang alim untuk berdakwah. tapi apa yang aku tahu aku akan share. moga dapat manfaat darinya.
kita belajar dan tahu:::
1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

>60th
<70th
60th - 7th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th

"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam
Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan...
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi...!
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan:

waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat
(
ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian..
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''


so...aku harap kalian sedar dan perbanyakkan amalan sebagai bekalan ke akhirat



Saturday, March 21, 2009

KETIKA MASA MENCEMBURUI AKU

Salam buat semua..

Alhamdulillah kerana aku masih ada kesempatan untuk posting walaupun agak sibuk dengan preparation untuk final exam tak lama lagi. Aku harap doa daripada kalian semua moga aku dapat buat yang terbaik dan dapat further study dalam jurusan yang bersesuaian dengan aku.

Subjek kokurikulum aku dah tamat hari khamis lepas. Lepas ni tak payah turun court lagi and tangan tak sakit dah. At least aku tahu jugak nak main volley ball. Thanks to all my volley ball friends. Walaupun tak kenal sangat tapi enjoy dengan kalian.


Tinggal lagi 2 minggu nak final exam. Cuak dowh..!! tak tahu la ape nasib aku lepas ni.
Semua terpulang pada daya usaha aku sendiri sekarang. I need to be more discipline untuk urus masa aku. Sumpah aku takut gila nak tempuhi last exam ni. Its ok. Lepas posting ni aku nak gi study. Oh yeah..!! (T___T)~~

Have a nice day everybody..


Saturday, March 14, 2009

BAHAYA LAGU AGNES


saya ada terbaca satu berita di metro yang tajuk nya ’BAHAYA LAGU AGNES’ oleh kerana perasaan ingin tahu akan perihal tajuk berita tersebut saya pun google lirik lagu Allah Peduli ..apa yang bahayanya lagu tu. telah membunuh kucing peliharaan jiran agnes ke?Ah. Pedulikan andaian aku tu


Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku
mengerti


Yang menjadi kemusykilan terhadap lirik tersebut adalah::

  1. agnes monica adalah beragama kristian.
  2. tajuk lagu yang mengandungi perkataan “ALLAH” dinyanyikan dengan senang hati oleh seseorang yang beragama kristian
  3. pada lirik tersebut di gabungkan nama ALLAH dengan yesus jesus tuhan sembahan orang kristian.


Aku petik sedikit artikel dari Bernama...dia tiada nama untuk dipaparkan


Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, walaupun belum lagi mendengar lagu itu, (saya pon sama dengan dato kerana belum mendengar lagu itu) berpendapat liriknya menyentuh sensitiviti agama.


"Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam," katanya.


"Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah."


Benar apa yang di perkatakan oleh dato’ kerana ada dari kalangan kita (termasuk saya) yang suka romance-kuingin kamu mendengar lagu dari Negara seberang yang alunan muzik nya enak di dengar. Tapi kadang kala kita tidak memahami maksud sebenar kata-kata yang kita lafazkan.


Cuba kamu semua berfikir walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja. So sesiapa yang beragama Islam, berhati-hati nya, jangan di sebabkan fanatik dengan artis sehingga terlupa penyampaian artis itu kita leka akan hukum agama Islam. Aku harap perkara ini jelas dan dapat di sampaikan kepada pembaca terutama yang beragama islam.


Sekarang stesen televisyen banyak menayangkan cerita indon. Aku rasa rindu pada cerita zaman p-ramlee yang jarang tidak ditayangkan lagi. ada 1 cerita indon kalau tak silap suami untuk isteriku (sungguh panjang jalan ceritanya dan banyak kali di ulangtayang). Emak saya sangat suka menonton cerita itu. Bukan kerana emak aku nak mencari 1 lagi bini untuk ayah aku. Oh tidak sama sekali.


***saya salah seorang peminat agnes monica. Suka tengok cerita Jelita dan ramai kawan-kawan saya telah memotong rambut persis agnes.




Wednesday, March 11, 2009

''merung''KAH YANG berSALAH??


jam menunjukkan pukul 8.34 malam
handphone aku berbunyik
got new message

is that from my boy??
oh nop! its diela

"esk pkai bju merung ramai2 ek"


alahai dia ni planning nak pakai baju "merung" la pulak
aku baru bercadang dalam pemikiran aku nak pakai baju yang aku ciluk dari almari adik aku,naimah. dengan berat hati dan jantung yang tidak membuang masa aku terus pilih baju-baju aku yang bersangkut dalam locker.

keesokkan harinya::

"dell, bakpe suruh pakai baju 'merung' ? aku tengok budak pompuan kelas kite yang laen tak pakai pon."

"aku saje je nak kite 4 orang pakai 'merung' nak tangkap gambar. lagipon nak tunjuk baju baru aku..lol"

hampeh betul si DELL ni. sebab dia nak pakai baju baru dia tu, aku,sya dan sarah kena pakai join sekali dengan dia. lepas tu sampai ke petang tak tangkap lagi gambar. setelah di desak dan digertak oleh aku yang tak berapa otai sangat ni. baru la dell mintak henfon sarah untuk tangkap gambar. dalam erti kata yang lain untuk bergambar bersama diela's new baju kurung.

diela dengan muka HAPPY bersama baju barunya dan aku dengan muka..ketakutan??

sarah, diela, sya dan aku bersama baju 'merung' kami

semalam blok c2 buat dinner majlis perpisahan. amboi, awal buat majlis perpisahan .pada hal lagi 1 bulan nak berambus dari kolej ni. di sini aku nak paparkan kad-kad yang aku dapat dari teman-teman aku.

from sya:: satu-satunya classmate aku yang sama blok dengan aku. apa-apa kerja atau assignment aku rujuk pada dia. tapi memilukan rasanya. dia pun 1 kepala dengan aku tak buat tutor. lepas tu dengan kuasa wonder pets...apa yang penting? kerjasama..ya kerjasama. aku dan sya akan bekerjasama mencari sumber-sumber yang dapat membantutkan kami untuk menyiapkan semua kerja tu. (cilok/copy/tengok/jeling kerja orang)

from yasmin:: aku tulis hanya beberapa
potong ayat (bukan potong kek la) atas kad yang aku bagi yasmin and my roomate bersamaan dengan tulisan aku yang terbukti cakar ayam.anda perhatikan kad di atas.. berdasarkan kad tersebut, di sini we can make a conclusion that meen suka dengar aku nyanyi. malu untuk luahkan melalui kata-kata so, kad menjadi pengantara antara kami. acewah.... anyway, thanks a lot MEEN

from pika:: cuba anda perhatika pada perkataan
bangun yang tertera di kad tersebut. mmmmmm ini aku yang patut bagi ucapan bangun pada pika atau pika yang patut bagi ucapan bangun pada aku..??? kita tengok apa kata SURVEY..merapu je ni. ntahapapa shazika

from puka a.k.a. buddy aku::
alamak!! aku belum hantar lagi beg aku pinjam dari syima dah lebih 1 bulan aku pinjam. esok kena hantar la rasanya. sorry buddy.....puka ni classmate aku masa form 5. tengok-tengok datang kat KEMPAH ni jumpa dia lagi. adoyaiii

we are roomate. ni s
emua pika punyer idea la nak tangkap gambar stail macam ni. tak pasal-pasal menjadi tontonan umum buat seketika.

itulah sedikit cerita tentang aku dan kawan-kawan kat KEMPAH ni.
selamat malam semua.
aku dah rasa mengantuk.
adios..salam

Sunday, March 8, 2009

nak jadi macam hanis

aku dah baca blog hanis zalikha
best dowh blog dia.dah la ramai orang follow dia. korang semua kalau terbaca entry ni visit la hanis punyer blog. aku pon ada ambil tips-tips dari dia macam mana nak jadi top blogger. tengah usaha la ni. selain tu aku join nuffnang. mana lah tahu boleh tambah pendatan.


to shazika and the other bloggers...
try your best to make your blog more interesting
maybe likes haniszalikha

Thursday, March 5, 2009

kEnaNgan

sebahagian pic yang ada ngan aku sekarang


tibe2 ase sunyi cenggini aku ase nak bercerita pasal kengakawan aku yang dah tepisah dari aku. dulu aku study kat MRSM PDRM KULIM KEDAH. jauh dari kampong halaman aku kat terengganu nih. jauh tak jadi penghalang untuk kite belajar kan. biar jauh pon tapi ku masih ade kengkawan. aku kawan n agak rasa ramah ngan sume owang. tapi penyegan cikit nak cakap ngan laki. dalam kalangan pompuan jek aku havoc..hulalalala..~~

selama duk sana 5 tahun aku dapat ramai kawan. best wooo..tapi sekarang aku cedey la. sume dah ada life masing2. susah la nak contact. member aku yang ada bersama aku sekarang tinggal lele, puka, nonot ngan kuyah. aku lagik cedey bila j-lo tak mau kawan ngan aku dah sebab kes aku kawan ngna ooi. ntah laaaa..masing2 wat hal masing2 je skrg. senang citer. ada jodoh jumpa la ngan kengkawan aku semua.

to ol my frenz..kalian semua di alu2 kan untuk contact shazika a.k.a. azie..banyak ar kenangan kalo nak citer. silap2 leh menitis ayaq mata teringat kisah muda2 dulu. huhuuuuu~`nanti2 la aku citer ekkk....

yang aku taw serba cikit tentang kengkwang aku tuh bile tengok frenster dorang..sekarang da ramai yang wat blog sendiri. yang aku taw n slalu ushar2
kalo nak taw lagik korang visit la blog 007 spm mrsmpdrm
selamat berkenangan semua..kalo ada pape citer nak di kongsi komen je kat site ni. wokeh..yabedabeduuuuuu~~

Wednesday, March 4, 2009

manYak reLEx

yippeee..


arini aku ada 2 kelas jek. kuliah fizik ngan tutor math..yg laen2 batal. petang khamis memang aku tad de kelas. besok pon aku tak de kelas. cg cancel n aku leh balik awal esok. tak sabornyer nak balik. esok bas aku kol 11 pagi. selama ni bas kol 3 sampai umah dah malam. tapi kan naek bas siang aku ase pening pale ar. kalo malam leh tido. lagik 1 kalo siang nak tido ase segan takot owang ushar plak. mane ar taw kot2 ade sesuatu yang keluar tanpa disedari. hahahhaha..malam aku nak tido stail camne pon tak kesah. sampai kaki2 sekali naek atas seat. citer pasal balik kampong aku teringat la time aku study kat kulim dulu. time nak balik kg ar best. lagik pon bkn selalu leh balik. almaklum jauh plus tiket pon mahal. sekarang pon mahal gak tapi berbaloi la pegi balik..
perjalan yang agak jauh perlu di tempuhi esok

tag.,

1. Your hp model?
===nokia 5200

2. A picture of it



3. How many times did your hp get tortured by you?
===manyak kali dah..cian dia nak nazak da


4. Which part of your hp u hate the most and why?
===camera..tak clear ar

5. Which part of your hp you like most and why?
===music player..bosyan2 leh ngar lagu

6. What icon do you like the most?
===tatau la

7. What else to change to become a perfect hp?
===tukar baru je ar senang citer

8. You need a handphone because?
===bgayut ngan balak ku, mesag n kol sume owg..manyak ag ar function dia

9. Who bought this handphone for you?

===pn eshah a.k.a. mak aku..

10. With the total amount of your hp price, what could you buy others than hp?
===makan ag penting

11. Is your hp model popular in the market?
===kat kolej aku ramai owg pakai..femes ar tu kan kan kan

12. Describe yourself as a smart hp user?
===aku tak smart user pon (^*^)~~

13. How often do u charge your hp?
===every tyme

14. Estimate, how long could your hp survive?
===dalam jangka waktu yg singkat kot..nak nazak dah

15. Actually are you interested in hp?
===yup..!

16. Are u happy with your hp condition now?
===mmmmm..a little bit lol

17. Every morning, what is the first thing u do with your hp?
===nengok jam kol bape..

18. Imagine someone takes your hp away for 1 day.. What would happens?
===ase windu ar kat dia

19. No hp no life. agree or bullshit?
===bullshit..idop tak bergantung sangat kat hp

20. Tag 6 sexy phone users..

  • L!@ ZaRa
  • ♥ cik intanurulfateha ♥
  • nona kelly :)
  • fzalah
  • [z@ck]
  • lady ninie



Tuesday, March 3, 2009

hAPpy hOur


salam kegembiraan buat kalian semua..
ni kisah yg berlaku pada SHAZIKA selama 1minggu ni..

team 4x4oom



masa ari ahad, 1 mac kolej adakan pesta balapan yang julung2 kali diadakan. aku amek acara 400m pastu last2 minit aku kena tarik masuk team 4x400m sebab tak cukup orang. aku masuk je la sebab seblom ni pon pernah amek. ni kedudukan aku hari tu
400m: tempat ke-4
4x400m: perak
blok c2: juara..!!


tenkiu to everybody yg menaikkan nama c2 dan kepada semua ahli blok.



~under one roof~

sekarang kelas aku wat discussion
ramai2 sempena menanti detik2 di ambang final exam. tapi yang wat aku cedey bukan sume yang involve. tapi, aku tak kesah ar. mybe lain owang lain skill study. now i really need help from my fren tuk tlg aku pe yang aku tak faham. tenkiu to ol my frenz.tinggal lebey kurang 41 ari lagi FINAL EXAM


video
Yasminah rakam aku lari tadi