Friday, October 30, 2009

semoga aku cepat sembuh

Pagi tadi aku malas giler nak bangun. kepala aku pusing-pusing cam roler koster. Suhu badan panas lagi, hingus masih meleleh-leleh. Hari ni tak bawak 1 kotak tisu aku bawak paket kecik bajet cendol aku nak berhenti meleleh ah harini. Macam biasa aku antara yang lewat attend kelas. Itulah orang cakap alah biasa tegal biasa. aik cam tak pelik plak. alah senang gini ah. Since first day attend class to this college i'am among the latest yang enter the class. And this bad habbit continue till now.


Okey. Sambung cerita topik utama. Biasanya hari Jumaat kelas habis sampai pukul 10 pagi je. Tapi harini ada lecturer nak ganti kelas. Sampai petang pulak tu. Tapi tapi tiba-tiba pulak kelas petang cancel. menjerit keriangan ah aku siap godek-godek pungkoq lagi (imaginasi sendiri je ah) Aku tak sabar nak sentlekan cendol-cendol aku nih.


Sampai kat hostel. TAK ADA AYAQ ! Ketua blok tampal notis air tak de sampai 8 malam. Harap maklum. wtf dengan suhu badan aku tengah naik, badan rimas tahap gaban kelas harini tak de ekon, nak terkencing, terberak, cendol pon berebut-rebut nak keluar. Semuaaaaaa kena tahan. Terus angkut geng pergi Jusco untuk solat, kencing, berak, cuci muka, cuci segala cuci ah.


Lepas zohor lepak sampailah lepas asar still duk situ. tengok pulak ada SALE weh SALE. Terus semua serbu pakat duk berhimpit ngan mereka-mereka yang tengah pilih-pilih baju, celana, jeans. Ha! jeans. cakap pasal jeans. Hajat di hati nak carik skinny jeas/ slim jeans/ jeans-kaki-kecik. Carik punyer carik ha carik lagi jumpa yang aku berkenan. Carik pulak size. Pekejadah size aku nak tak de. Brother yang jaga VJ tu kesian tengok aku macam teresak-esak nak nangis tak dapat seluar padahal tengah tahan cendol nak keluar. dia pon carik lah kat aku geledah punyer geledah tak jumpa-jumpa.


Beralih kepada brother yang lain yang jaga TG. dia pon kesian tengok muka monyok tak mandi aku ni tolong geledah punye geledah tak de jugak. Pasrah pulang ke hostel melalui jalan jauh pening kepala aku duduk lama dalam teksi dengan jalan jem sambil dengar channel tamil.


Malam ni aku memang letih, pening, dengan badan aku masih lemah tiba-tiba akak sebelah room aku mintak tolong angkat barang dia nak balik sebab dah habis kursus. Mintak tolong sebab kaki dia sakit. tak leh angkat barang berat. Mak oi. Berat giler aku angkat barang tu. aku pergi jugak tolong akak tu kesian kaki sakit. Walaupon badan aku lemah masa tu aku gagahkan diri angkat barang tu jugak. dalam hati aku doa semoga aku tolong orang sakit harap Allah sembuhkan sakit aku dan akak tu. amin


Lepas beberapa trip pandangan aku kabur pening sikit. Thanks God macam tau tau je fatin dia mai tolong angkat. Aku masuk bilik, fatin sambung angkat barang. Sampaii sekarang air tak ada lagi nih. Hot jugak ah aku kata pukul 8 sekarang dah dekat 1 pagi ni. Dengan tak mandi, solat isyak pon belom. Dengan tak sihatnya. I need water pleaseeeeee


Pukul berapa lah air nak ada ni. kusut kusut.




.

Wednesday, October 28, 2009

(T__T")

.





*saya demam*








*****dah berapa hari dah ni. demam belom pulih. hingus masih meleleh. pray for me readest


.

Friday, October 23, 2009

blogger suka kucing?

Kalau aku kebosanan, aku suka lilau-lialu kat belog-belog korang samaada jadi silent reader atau tinggalkan sedikit jejak kasihan kat belog kamu. Mungkin kamu tak perasan aku datang belog kamu. Kalau yang menarik aku suka ushar sampai older post yang dah bertahun-tahun. Bagi aku, kita kena hargai apa yang orang lain tulis. Tulis ke? Taip lah.


Tengah lilau-lilau klik-klik kat belog-belog orang lain yang sememangnya ku tak kenal. Aku terperasan ada orang ushar aku. Ceh, ada ke orang nak ushar kau Shazika oit. Okey okey jangan main-main lagi.


Aku perasan yang ramai beloger yang suka binatang berbulu dan bermisai ni. Kebanyakkan mereka nih memang top lah wa cakap lu dalam dunia belog ni. Lagi aku ushar aku perasan mereka-mereka ni cute-lawa-gojes-ayu-manja sebab tu suka kucing. Oh ya. Lepas ni aku kena suka kucing jugak lah untk jadi cute-lawa-gojes-ayu-manja kan. (T__T) sila jangan lempang saye.


Macam sorang beloger ni, macam dia, dia, dan dia ahaaaa yang ni I like the most. Pe lagi babe. Jom bermanje ngan kucing. Jangan pinggirkan si kurap. And i'm gonnabe a cat-lover-to-be. Iye la sangat kau.


Suara kucing seram kan. Pernah satu malam, aku terkejut dengar suara macam orang meraung. Memang kuat ah. Rupa-rupanya kucing. Aku tatahu apa pasal kucing bunyi cenggitu. Tak boleh ke dorang ni buat suara kiuuuuutttttt siket.


Kenapa eh dorang bunyi gitu? Tertelan tulang ikan ke?





.

Wednesday, October 21, 2009

JERAWAT..!!

because there are toooo many acne/pimples/jerawat bertenggek on my cute face, i would like you to give me any idea or suggestion on


" APA CARA MUDAH UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT"


when i'm going for a date or hang out with my dearest friend i felt soooo PEMALU because of that jerawat, not really confident. sight (T__T)

so my lovely readest, apa lagi. coretkan kata-kata perangsang anda dan segala petua or ubat-ubatan samada moden, kontemperori mahupon cara kampuang pon tak pe kat ruangan komen or kedai kopi.

tengkiu uols. jasa baik anda amat di hargai. muax!


.


Thursday, October 15, 2009

alamak! dah siang..

kamu semua selalu tak tido petang-petang? aceceh, mesti ramai yang suka/gemar/ hobi tido petang terutama pompuan ah kan sebab budak laki (orang lelaki yang dah agak tua pon) dorang suka beriadah. yang pompuan ni pulak suka memencilkan diri kat rumah/bilik. haishhh..


kalo cerita bab tido petang, pernah tak korang tido dah ah lama kat maghrib baru nak bangun. pastu bangun-bangun kepala biol dan blurrr terasa suasana dah pagi. pernah tak? pernah tak?


aku pernah ah alami suasana tuh. aku tido petang. pastu aku bangun aku menggelabah sebab rasa dah pagi nak kena pergi sekolah pulak. dah ah lambat. sebab tengok jam pukul 7 tapi tak notice yang tu 7 pagi atau 7 petang kan.


pastu aku kalut giler resah gundah gulana terus pergi mandi. pastu pergi iron baju sekolah. pastu member aku pelik ah "weh azie, kenapa kamu iron baju sekolah ni?" pelik ah sebab aku biasa iron baju pagi. nak gi sekolah baru nak iron.


"aik, kamu tak gi kelas lagi? pukul berapa dah ni?"


"kelas pebendanya maghrib cenggini. kot ye pon nak gi kelas malam ke, nak gi surau ke takkan nak pakai baju sekolah kot."


"aiseh men. maghrib rupanya!"


pastu aku dengar pulak member aku cerita. dia mamun/mamai bagun-bangun terus pakai baju sekolah. dah siap-siap dah baru sedar bukan pagi rupanya. hadoi. aku boleh di maafkan lagi ah kan baru iron baju tu. (LOL)


orang cakap tak elok tido petang-petang ni. kalo amal selama 40 hari boleh biol otak. so, readers semua jangan tido petang-petang lagi. jom kita beriadah. oh yeah.


.

Sunday, October 11, 2009

gigi cabut

dah banyak kali aku dapat mimpi ni..kadang-kadang aku rasa takut..apa kemungkinan akan berlaku..semalam aku mimpi lagi..dalam mimpi tu gigi aku tercabut..member aku cakap, orang yang terdekat dengan kita akan pergi..atau aku yang akan pergi..



apakah firasat di sebalik semua ni..aku cuba sedaya upaya aku menjaga orang-orang terdekat dengan aku..



dan..



andainya aku yang akan pergi..aku mohon maaf zahir dan batin daripada semua makhluk di dunia ini..segala kesalahan aku..halalkan segala perbuatan, makan minum dan perkataan aku..



patut ke aku percaya dengan semua ni..atau mimpi hanyalah mainan tidur..




.

Wednesday, October 7, 2009

Rombongan Mok Nik ke Endon

-->
Salam syawal semua..dalam mood raya lagi kan. Sekarang aku rasa lega assignment semua dah hantar. Bulan depan start exam pulak. Kemarin aku ngan member-member pergi ke Putrajaya tanpa tahu tujuan sebenar. Tapi sampai kat sana baru tauhu “ooooo pergi tengok pertandingan kuiz rupanyerrrr”.

Sebelom pergi mesti ah kena datangkan ‘mood’ camholic dulu.kan kan kan
-->Ceceh bakal-bakal cekgu cekgi sekalian..


jauh





-->
Tak dapat bergambar ngan piala sebenar, bergambar ngan this giant trophy pon wokeh lah



-->
Yang ni memang ‘kelllaaasss ah’ terasa mahu tapau bawak balik hostel.
silap pot la pulak..okey sebelum pulang semua sila yek cuci semua pinggan mangkuk kat tepi nih..

kami pulang dulu yekkk..




.
p/s: tahniah to my frenz, siti nurfatin izyanti nasir jadi johan kuiz..tak sangka pulak. tsk (T__T)