Showing posts with label riadah. Show all posts
Showing posts with label riadah. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

'madu-maduku'


Kat kelas aku ada 'madu-madu'. Bukan betol betol pon saje main-main. Lama dah nak citer pasal madu-madu aku dan bekas madu. Kenapa ada bekas madu? Ha, tu nanti aku citer. Yang menjadi mangsa kepada madu-madu ni adalah apiz. Yang si apiz ni pon melayan jer kerenah madu-madu aku tu. Kerenah aku biasa-biasa jer. Oh ya. Apiz ni dah ada awek. Harap kalo awek apiz baca entry ni mintak maaf ler. Yang aku nak citer bukan pasal apiz, tapi pasal madu-madu aku. Hahaha...



Lawa pulak gambar ni. Warna warni... Dari kiri moknik, tinton, apiz, ika dan azi.



 Dulu time masing-masing tak busy kami slalu keluar sama-sama. Ni gambar masa kami gi riadah kat sungai congkak. Pernah blog pasal riadah ni pandai pandailah ko godek kat entry mana. Oh ya (!) masa ni pokdin belum kurus lagi. Weeewitt sekarang dah boleh pakai baju saiz S.



Masa foundation masing masing muka kebudak budakan dan perangai emmmm sengal jer semua. Bukti boleh tengok pada riaksi si fatin. Kalau tak silap aku ni tahun 2009. Ruby kenapa tak pandang kamera? 



Tadi aku ada gitau ada bekas madu kan. Ha.. ni lah orangnyer. Dia mintak cerai dan sekarang tinggal 3 madu jer. Ika mintak cerai sebab ada skandal ngan laki lain. hampeh betoi ika. Hahaha


Masa ni masih bertiga. Aku, moknik dan tinton.  Perlu ker kaler jeans mesti sama?? Kenangan masa kat Melaka. Baru aku teringat ada citer masa kat Melaka aku tak blog. Malas dah nak citer sebab dah basi. 



Kami masa mandi manda riadah kelas kat sungai kemensah. Masa ni bibir aku munggil eksiden kena seret ngan tayar. Muka mcam membengkak tu apasal pulak? Betol betol tak fun bila ko cedera dan tak dapat have fun sama sama ngan classmates.



Yang kiri sekali tu aus Selalu di-skandalkan dengan apiz. Tak sanggup achik dapat madu macam aus.



Okey Cerita-cerita tadi tu cuma kegedikan kami sebagai classmate jer. Bukan betol betol madu. Jangan ko gi doa pulak aku bermadu ngan si fatin ngan moknik. Mahu hancor rumah tangga. Sekarang yang tinggal macam betol betol madu cuma moknik dan tinton. Aku dah slow dah. 


pi es: cc to tinton, moknik, ika n apiz..kalo baca entry ni balik bila ko dah bekerluarga mesti akan tersentap. In sha allah aku tak delete blog ni. xoxo~ zazi



Monday, October 15, 2012

Riadah bersama classmate

Oleh sebab kami dah masuk antara minggu-minggu last sebelum exam, jadi kelas banyak yang dah habes. 
Hari Jumaat tu kelas tak ada langsung, budak kelas aku pon plan nak gi beriadah sama-sama sebab semester ni kami sangat sibuk dan jarang keluar satu kelas. 


Sebelum bertolak kami berkumpul dulu. 
Yang perempuan naik 2 bijik kereta.
Yang lelaki semua naik motor. 


Emmmm...kemana kami nak pergi???


Tadaaaaa...Zoo Negara

Takkan gi zoo pakai track suit ngan t-shirt biasa dan berselipar hitam tapak tebal kot. Tak stylo la u ni azie.


Okay. Sebenarnya destinasi kami adalah air terjun Kemensah. Tempat tu kat belakang Zoo Negara. 
Tapi dah datang situ tak boleh pulak masuk ke kawasan air terjun. 
Sebab kami pergi hari Jumaat, bukan hujung minggu. So, kawasan tu ditutup.
Kalau nak mandi manda jugak boleh masuk kat kawasan yang depan-depan tu je. Tak syiooookkkkk lah air tak terjun.. (T____T)~

Dah alang-alang sampai kami decide duk jerlah kat depan tu. 
Lagipon masa kami limited sampai tengah hari jer.
Nanti budak laki nak gi solat Jumaat pulak.

Reminder eh! Riadah-riadah jugak seronok seronok jugak sembahyang jangan tinggal walau di mana kamu berada. 

Menu kami pada hari tu adalah nasi lemak, mee goreng, ayam dan sosej BBQ. Air bawak sendiri. Minum air kosong je. Jimat dan sihat. Hahahaha...

Ko layan jerlah gambar. 




Reminder lagi. Kalau mandi manda pakailah baju warna gelap, labuh dan besar. Yang pompuan pakai tudung labuh sket yek. Erkkk..aku pakai baju putih. Tapi make sure pakai inner kat dalam. 




Kenapa semua gambar dalam air aku tak de???

Sebab ada satu insiden yang menyebabkan mulut aku berdarah. Baru je masuk kejap dalam air. Tak dan nak bergumbira bersama kawan-kawan.  Terus dapat tugas menjadi tukang tangkap gambar jer. Sebab mulut aku luka tak boleh masuk kena air.


Tayar itulah yang menyebabkan mulut aku bengkak dan berdarah. 
Macam ni citernya. Aku nak terjun masuk air guna guna tayar tu. Bergayutlah aku kat tayar. Bila nak terjun tu ntah macam mana tayar tu terpantul balik kat aku, mulut aku bergeser kat tayar tu. Mula-mula aku ingat pecah bibir. Tapi bila lap lap semua darah kat mulut rupa-rupanya bergeser kat tayar habis calar balar mulut aku. Bengkak kemain lagi dah macam angelina jolie. Tak dapat aku nak teruskan mandi manda.


Dah last-last baru ada gambar aku. Lepas dah hilang sket ase pening-pening nak pitam aku tu baru lepak balik ngan kawan-kawan.


Time ni budak laki semua dah balik nak pergi solat jumaat. Tinggal yang gegirls jer.


 Tamat kat sini jer riadah kami pada hari jumaat yang tiada kelas. Lepas raya haji ni kami exam final sem. Asignment aku dapat markah paling teruk so kena work hard untuk exam bagi cover balik markah. Kalau tak....emmmm...

Okeylah Babai..


Thursday, September 27, 2012

Hectic month

Assalamualaikum semua...

huru hara betol hidup aku sekarang. Memang tak terurus dari segi mental, fizikal dan persekitaran.
 Lepas balik dari cuti raya sampai sekarang asignemnt tak setle-setle lagi.
 Insyallah hari jumaat last submit last asignment iaitu Teknologi Pendidikan. 
Esok ada banyak perkara nak kena setle kan:
1. Ujian TMK (series tak study lagi)
2. Drama (ni markah untuk SDP)
3. Story board dan powerpoint presentation TMK.


Sepanjang bulan 9 ni penuh ngan aktiviti. 
Minggu petama gi camping, minggu ke 2 gi lawatan Melaka, minggu 3 asignment bertimbun jugak..
Aku harap minggu ni last ngadap asignment.


Aku rasa bersalah jugak sebab tak dapat bagi tumpuan sepenuhnya tanggungjawab aku sebagai biro penerbitan. Poster, banner,publisit untuk I-CON aku tak setle lagi. Nasib baik ketua aku mahu tolong buatkan banner. Poster aku dah buat draf awal-awal cuma tinggal nak masukkan maklumat jer. Nasib baik karnival tu minggu depan. Insyallah aku bagi full attention minggu depan. 


Minggu ni ada kejohanan ragbi. Nasib baik Shamel tolong aku wat banner. Aku ni belum mahir buat banner tambah pulak asemen memang bertimbun-timbun. Dah submit kena re-do balik mana tak bertimbunnya. sigh!


Aku berterima kasih pada kawan-kawan dan classmates aku yang sudi tolong aku tyme aku lemah gini. Aku taktau nak ngadu kat sape dah, nak dapatkan semangat dari sape dah..Semua kekuatan diri sendiri. 


Tetiba tadi bukak album gambar dalam hard disk ruby terpandang gambar aku dan classmate. Lamanya kami tak keluar berjimba sama-sama. Last keluar bulan 5. Time tu muka jerawat bertimbun lagi. (sebelum consume herbalife). Nanti nk update lah aktiviti last tu. Ermmm tunggu setle asemen eh.



Aktiviti main boling dan......... (rahsia)


Okeylah. aku nak study. Harap-harap ada orang bagi tiru esok. Hahahaha...~

Sunday, September 16, 2012

Tips traveling dan camping



Hye assalamualaikum semua..
Aku baru je sampai hostel ni setelah 2 hari buat kajian projek kat Melaka. Tetiba terpikir nak review tips antara sebahagian barang-barang yang rasanya perlu di bawa semasa travel, holiday, ber-camping atau aktiviti yang kita perlu bermalam.



Toletries wajib kena bawak.  
Body wash botol kecik jer
Berus gigi dan ubat gigi
Pencuci muka.

Dah. Letak semua dalam satu  beg kecil kalis air. Senang nak bawak masuk toilet terutama masa camping. Takde lah nak cicir satu satu kan. 



Next. make up beg.  Ni barang penting bagi aku. Kamu punyer tataulah macam mana.

1. Beg kecil pinky avon  - untuk isi semua barang-barang mekap 
2. Silkywhite magic face powder  - aku tak pakai compact powder 
3. sikat pinky - kalau lupa yang ni kusut la rambut
4. deadorant nivea - wajib bawa! nanti tak pasal-pasal bau jebat
5. Toner safi balqis 
6. naturactor meiko 
7. Sanitizer - untuk cegah kuman 
8. Body mist - tak mau masham masham tau
9. Garnier light eye roll-on - da pakai setahun tak ilang jugak hitam bawah mata
10. Eye liner
11. Lip ice sheer colour - bibir jadi pinky-pinky walaupon tak pakai lipstik
12.  Brooch - in case kalau brooch hilang atau cicir
13. Lip Balm Bee Happy Etude House - takmau bagi bibir kering kena ekon semasa dalam bas
14. Radiant C face Quencher Herbalife - segarkan muka semasa cuaca panas atau lepas tidur terlentok lentok dalam bas.


Ha! Lagi satu benda penting ialah cermin kecil. Sangaaaaatttt wajib kena bawak kalau pergi camping. Okey.




Yang ni terpulang pada kamu nak bawak ke tak. Bagi aku penting. 

Mineral water. Sangat cool kalau selalu bawak mineral botol. Badan kita kan memerlukan sekurang-kurangnya 3 Liter air setiap hari. Sila take note terutama yang mahu lose weight.!

Henfon. Tak penting sangat dah bagi aku sekarang. Pergi camping letak dalam beg 4 hari pon tak de orang nak call dah. Tapi kalau gi holiday wajib bawa takut sesat jalan nanti nak call kawan-kawan.

Dan last sekali. herbal aloe soothing gel Herbalife. Sebagai krim muka dan untuk kecutkan dan hilangkan parut jerawat (^___^)v.


Jangan lupa bawak telekung bagi perempuan muslim sekalian. 
Walaupon di mana kita berada dan ke mana kita pergi, solat itu WAJIB! Aku sangat takut kalau pergi camping, holiday atau travel mana-mana tapi tak solat. Takut dalam perjalanan ada sesuatu yang tak diingini berlaku. Mana kita nak tau kan. Kan Allah dah memudahkan kita untuk solat jamak. Sama-samalah kita berpesan kepada semua orang terutama yang tersayang. 


Coming soon entry: Lawatan projek di Melaka


Friday, August 10, 2012

Senaman penat jari



Tadi masa kat kelas terasa sangat mengantuk. Tiba-tiba budak lelaki kelas aku bising depan laptop masing-masing. Aku pon ushar. Apalah yang dorang main sampai seronok sangat. Rupa-rupanya main benda ni haaa...

 Korang main tak? Free je dekat google.com sempena Olimpik ni. Setiap hari ada games yang berbeza. Semalam aku main dayung sampan sampai cramp jari. Last-last give up. Hari ni game simple jer. 


Ni aku punyer skor. Budak laki kelas aku punyer kusyuk main nak tengok siapa skor paling tinggi. Skor paling tinggi aku 15 jer. Dorang sampai 45 ke atas -___-"


Esok game apa pulak ye???


Thursday, July 12, 2012

Pekhemahan yang santai


Minggu lepas jadual aku tersangat pack ngan pelbagai aktiviti. Salah satunya adalah camping. BIG kali ni di adakan di Tanjung Karang. Tempat dia memang sangat-sangat kampung dan dikelilingi sawah. Tapi sayang masa ni tak de padi langsung yang ada hanya tanah gersang.

Ni tapak perkhemahan kami.. Berkhemah bawah ladang kelapa sawit. Malam-malam sejuk dan nyamuk sangat banyak dan besar-besar. Semua sekali ada 220 orang pelajar. memang ramai dan seronok sebab boleh eratkan hubungan antara batch. Part paling best mandi beramai-ramai dan makan sama-sama.


dalam camping kali ni kami kena gotong-royong bersihkan kawasan kampung. Aku kena bahagian membersihkan kubur. Waktu tu baru pukul 10 pagi tapi panas yang amat macam tengah hari. Tak de pokok untuk berlindung. Bila dah tengah hari kami pon pulang ke rumah keluarga angkat.


Ni family angkat aku. Kami 5 orang pelajar dapat satu family. Yang kat tengah tu mak angkat kami. Gambar ni tangkap pakai self timer sebab rumah mak tak de sape masa ni untuk tolong tangkapkan gambar -_-".


Kami juga ada game bola jaring ngan bola sepak. Lawan ngan orang kampung. Memang terer lah ada nenek ni main bola jaring. Pakai jersi C. Aku C jugak. Tak terjaga aku nak kawal nenenk ni. Stamina dia lagi kuat dari aku yang muda ni. Pastu main sukaneka.


Ni masa dalam khemah. Tapi bukan ahli khemah aku. mai bergambar ngan jiran khemah aku. 


Antara ibu bapa angkat yang hadir pada majlis penutupan.






Tadaaaa... ni lah family angkat aku. Dari kiri Uwais, aku, mak, jolina, farahin dan amril. 


So, begitulah perkhemahan aku kali ni. Apa yang best? Makan makan makan. Santai je tak perlu memasak, tak yah rushing kejar masa untuk aktiviti. Dan dapat mak angkat. 


Thursday, March 1, 2012

Orang lain jogging, kau pulak posing


Aku adalah seorang yang sangat liat culas bila masuk part berjoging. Dulu masa zaman sekolah aku memang mampu untuk lari-lari sehingga wakil untuk acara barlapan. Tapi tidak lagi sekarang. Member-member aku pulak ramai yang suka berjoging memandangkan kawasan maktab aku ni berdekatan ngan Tasik Permaisuri. Maka, waktu petang atau pagi hujung minggu ada je yang nak ajak aku gi joging.

Kadang-kadang aku terdetik jugak nak ikut tapi jangan sampai aku ambil masa yang lama untuk pikir. Aku pon pergilah bersiap ala kadar jek. Alaaa nak gi joging je pon bukan nak pergi Time Square.


 Benda yang aku tak lupa nak bawak :
1. Air mineral
2. Kamera pinky aku


Tadaaaaaa...! Terciptalah gambar di atas.

Seriusly aku tak mampu nak joging sambil lari. Aku hanya mampu jalan pastu stop jap pastu sambung balik jalan sampai habis keliling tasik tu. (macam orang tua)


Pesanan aku kat sini:

1. Jangan nak paksa diri untuk lari kalau kau dah lama tak joging tiba-tiba kau terus lari. Kena ada ansur maju. Wat slow-slow tak payah nak tunjuk hebat macam lah kau tu tiap-tiap hari joging.

2. Bawak air mineral. Sah sah lah kan kau akan letih pastu melilau cari sape-sape yang bawak air. Dah lah kawan kau tu sama dahaga mana cukup nak share melainkan kalau kawan kau tu bawak botol macam botol air Herbalife. Memang gedabak besar.  Jangan kau pergi beli air sejuk berkarbonat/ber-gas pulak.

3. Sebelum joging jangan kau tak makan langsung. Nanti tengah-tengah syok berjoging tiba-tiba pengsan. Bahaya tuuuu..

4. Sekali sekala gi lah berjoging jangan nak ngadap laptop je. (okey! ditujukan untuk diri sendiri)

Bye~

Tuesday, February 28, 2012

Cuti-cuti Malaysia: Melaka - Jonker Walk

Antara tempat lain yang perlu singgah kalau pergi ke Melaka adalah Jonker Walk. Sangat meriah pada waktu malam. Sesak macam pasar malam. Pelbagai barangan di jual di kiri dan kanan kamu. Kalau nak parking kami main parking je kat tepi-tepi rumah kedai yang ada dekat ngan Jonker Walk ni. Park kereta jauh-jauh nanti jauh pulak nak kena berjalan.

Lawa dan comel-comel baju kat sini bila dah balik KL ase nyesal tak beli
.

Bagi aku kalau yang muslim tu tak payah la nak beli makanan kat situ sebab kebanyakkan peniaga adalah Orang Cina. Agak was-was tentang makanan halal-haram. Dan satu lagi jaga handbag dan beg duit kamu sebab bersesak-sesak macam tu kita kena berjaga-jaga.