Assalamualaikum…
Sebenarnya trip aku dan kawan –kawan ke Sabah ni lama dah
berlalu. Kami pergi masa cuti sekolah bulan 9 aritu tapi memandangkan line
tenet kat sekolah sangatlah lembssss tak dapat nak update blog tambah pulak kalau
cerita jer ngan ayat-ayat tanpa gambor tak syiokkk lerrrr kan. Alang-alang aku
keluar ke Bandar ni ada masa lapang aku update lah cerita lama tu.
Pada mulanya trip ke Sabah aku dan beberapa orang kawan dah
rancang masa bulan 4 kalau tak silap.. sebelum gempa bumi di Ranau tu. Siap
beli tiket dah masa tu alang alang tiket flight tengah murah. Tapi lepas
kejadian gempa bumi tu last last tinggal aku ngan each je yang on untuk join.
Aduhaiiii… tak best lah kan dah rancang semua pengangkutan penginapan nak share
sesame last last nak berdua jer. Pastu aku ngan each try tanya kawan-kawan yang
lain kot kot ada yang nak join. Alhamdulillah sangat sangat bila apis dan wani
join the trip..yahoooo..!
So, inilah team tak balik cuti raya haji ke kampong halaman
masing masing tapi berholiday sakan ke negeri di bawah bayu.. ceewahhh..
Fligh aku ngan ecah tak sama ngan flight apis dan wani.
Dorang sampai lambat siket. So bermulalah pengembaraan kami di sini.
Sampai-sampai je kat epot KK kami terus gi kaunter Tanya bas untuk ke Bandar
KK. Tambang bas ke sana RM 5/person. Dah naik bas jangan lupa gitau driver ko
nak berenti kat mana. Kami berenti kat centre point pastu jalan kaki heret beg
pikul beg yang berat besar gedabak melilau lilau cari hotel. Perghhh..! memang
traveler habes la. Hotel yang kami menginap tu Iskandar Guest house. Dah sampai
tempat orang kalau tatau silalah bertanya so sampailah kami ke hotel tersebut
yang berdepan dengan Pasar Filipin dan berdepan jugak ngan laut.. Yahooo..!
sekali lagi..
The view from our window.
Sementara tunggu apis ngan wani sampai, kami pon melilau
lilau dahulu ke pasar depan tu. Macam-macam makanan laut ada. Aku ngan ecah
decide jangan makan seafood lagi sebab baru first day sampai karang takut sakit
perut tak pepasal spoil ko punyer holiday.
Malamnyer pulak kami keluar ngan keluarga Mak Lang iaitu
makcik kepada wani. Nak dijadikan cerita, aku ngan ecahh orderlah nak makan
bakso. Bila sampai baksonya ada kuah jer. Eh! Mana nasi impit?? Rupa-rupanya
bakso kat sabah ni memang tak de nasi impit. So orderlah kami sepinggan nasi
share dua orang ganti nasi impit.. huhuhuu.
Balik dari dinner masuk tidur ler. Esok kami akan island
hoping ke pulau sapi, mamutik dan manukan..
….to be continued…
No comments:
Post a Comment