Tuesday, April 30, 2019

Lopburi, Thailand


As-salaamu‘alaykum

Sekarang baru ada kesempatan nak update perjalanan merentasi 4 negara melalui overland. Cerita ringkas jerla ni. Akhir tahun lepas aku dan Ecah travel overland ke Indochina bermula dari Vietnam-Cambodia-Thailand-Malaysia. Sepanjang perjalanan kami naik bas, keretapi, tuktuk dan van. Kalau ada masa aku akan cerita dengan lebih details. Tapi kalini aku nak cerita tentang Lopburi Sunflower Farm. Ladang bunga matahari yang besar dan luas saujana mata memandang terletak di Lopburi, Thailand.


Untuk ke Lopburi, kami menaiki keretapi 2nd class seating dari Bangkok. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam untuk sampai Lopburi. Kami bertolak awal pagi, beli breakfast sesiap sebelum naik train. Tapi nanti dalam train kami dapat jugak makanan roti dan air percuma (mungkin termasuk dalam harga tiket). Aku rasa halal roti yang diberikan kepada kami sebab Thailand pon ada fatwa jawatankuasa Halal mereka jugak kan. Lagipon tu train public. Dalam train sambil menikmati pemandangan awal pagi, lalu kawasan kampung dan sawah kemudian kami pon tertidur. Hahahaha.. penat oi jalan overland ni. Nati dah sampai adalah pramugari tu gitau Lopburi...Lopburi... dalam nada siam..


Sampai di stesen Lopburi, aku dengan Ecah perlu cari jeep yang disewa untuk bawa kami ke ladang bunga matahari. Nak murah kami kena cari geng untuk naik jeep sekali. Kebetulan pulak masa tengah tertinjau-tinjau tu aku nampaklah 2 orang wanita seakan dari Malaysia. Teruslah bertanya

Kami: Assalamualaikum, ni nak gi Lopburi Farm ke?
Mereka: wsalam..Haah..dah dapat transport belom?
Kami: Belom, kami tengah cari jugak ni.
Mereka: Jomlah kita cari kat luar sama-sama.Boleh share tambang.


(aku guna kami mereka sebab aku lupa siapa antara kami yang bercakap. Hahahaha)


Kat luar stesen memang dah siap menunggu pakcik-pakcik jeep. Nego harga sebuah jeep dapatlah 800bath. Okeylah tu bagi kami untuk share 4 orang.


Kami ingatkan dapatlah duduk dalam jeep. Rupa-rupanya pakcik tu bentang tikar belakang jeep tu. Ha,bersila lah kami belakang tu dibawah kemah. Open air hambik kau. Boleh tahan panas sebab sampai Lopburi dah tengah hari. Menyembang berkenalan rupa-rupanya mereka 2 tu pon geng cikgu. Cikgu jumpa cikgu apalagi, menyembang sakan lah. Padahal baru berkenalan kat stesen tadi tu je.



Luas giler ladang bunga matahari ni. First time aku tengok bunga matahair besar gedabak macam ni. Bunga matahari kat rumah tokwa aku pon tak sebesar tu. Ramai jugak penjual tepi-tepi jalan mereka jual kuaci. Tapi aku tak beli lah sebab jauh lagi perjalanan kami ni, mana larat nak bawak bungkusan kuaci bawak balik Malaysia. Dah lah aku ni backpack jer.




Kaklin dan Kakros ajar kami bergambar trademark Lopburi.
Kami sampai sana waktu tengah hari, lighting memang cun. terang giler gambar tak pedulik dah panas membahang terbakor muka pon. Janji lighting cun.


Dah puas bergambar sakan, kami kembali ke stesen keretapi menaiki jeep tadi jugak. Pergi beli tiket untuk balik ke Bangkok. Kalini ambil yang 2nd class jugak tapi no aircond, open air.


Sementara tunggu train sampai, kami ada masa lagi nak lilau-lilau kawasan tu. Ada kawasan yang banyak giler monyet tapi kami tak pergi sana sebab tak berani. Semasa travel, jangan lupa naaaa untuk solat. Dekat kawasan train station ni ada musolla naaa... Kalau tak tau arah boleh tanya kat kaunter beli tiket. Berjalan-jalan jugak, solat jangan lupa. Musolla dia selesa. Ada disediakan telekung tapi kami bawak telekung sendiri jer.




Selepas solat, kami cari kedai makan muslim. Berdekatan dengan musolla ni ada kedai nasi ayam. Boleh lah dimakan tambah pulak lapaq gila time tu. Yelah, dari pagi sampai tengah hari berjalan. Mau nyer tak lapar. Aku ngan Ecah beli 1 set jer. Kami share nak jimat.




Memandagkan masa datang awal pagi kami naik train yang ber-ekon, tak dapat nak ambil gambar kepala keluar dari train. Ohoi, camne orag ambil gambar keluar kepala masa train bergerak??? Bahaya giler sebab train laju dan ada tiang-tiang di tepi landasan. Tak berani nak bergambar cenggitu. Tunggu train berenti baru kami bergambar kepala keluar dari train. Perjalanan nak balik rasa jauh giler. Dengan panas berlengaih nyer tak selesa, Dalam hati nak cepat sampai jer. Sampai Bangkok ngam ngam dengar azan maghrib berkumandang. 



Bergambar kenangan bersama kakak-kakak yang kami temui di Lopburi. 


Sampai je kat Bangkok, kami membawa haluan masing-masing. 


Perkara penting aku nak share kalau korag nak gi Lopburi, 

1. Study awal-awal jadual perjalanan train.Tahu nak naik train pukul berapa dan nombor train untuk pergi dan balik. Untuk waktu terbaik aku syorkan korang ambik train awal pagi dan balik semula paling lewat ambil pukul 2 atau 3. 

2. Pakai pakaian berwarna cerah untuk bergambar. Jangan pakai warna gelap nanti tenggelam dalam bunga matahari. Aku tengok warna yang sesuai adalah merah. Jagan lupa bawak sunglasses untuk lagi cun. 

3. Jangan pergi Lopburi waktu malam. Memang tak nampak la ladang tu dan seram bak kata Moknik. Siang-siang jer orang gi ladang bunga matahari. 



Okey. Itu jer perkongsian pengalaman pergi Lopburi. 
Tata.



No comments: