Lepas dah setle asignment, aku reward diri dengan keluar berjimba dan bershoping low budget ngan kawan-kawan. So, lokasi kita pada kali ini adalah Shah Alam.
Dah sampai Shah Alam terus contact classmate yang duk sana iaitu WanHarith.
Lokasi 1: Pasar Karat
Wanharith cakap pasar ni bukak hari ahad jer. Memang besor sangat pasar ni. Kami start berjalan sambil-sambil tu ushar barang pukul 8.30 pagi hinggalah kol 12.3o tengah hari. Punyer lama berjalan. Dah la panas sangat-sangat. Tak heran dah burnt sebab alang-alang burnt bior burnt terus.
hye ni ruby. Fatin sibuk ushar tudung kat belakang. Tudung dah berlambak nak beli tudung lagi. Dah namanyer pompuan kan..
First time aku gi Pasar Karat ni semasa aku dan classmate buat riadah kat Bukit Cerakah. Ondaway gi sana singgah sini dulu. Teruja tengok barang-barang yang dijual sebab tu gitaw wanharith nak gi lagi sekali ke sini.
Macam-macam barangan ada kat sini
Ada makanan, kerepek, minuman, pakaian, kasut, barang bundle lelaki dan perempuan, mainan, dan macam macam lagi.
Yang best makanan yang dijual siap ada tester lagi.
Kau nak ulang alik makan makanan tester pon tak pe. Cuma jangan sampai tokey kedai nampak dah ler.
Dorang tengah duk pilih-pilih palm shoes. Punyerlah lama. Abang jual kasut siap dah bagi diskaun 3 pasang rm39. Sorang dapat sepasang. Aku dah siap pilih dorang ni duk pikir pikir lagi nak amek yang mana. Last-last semua amek pattern sama kaler pon sama -__-"
Waktu ni matahari tengah panas terik. Panas panas makan aiskrim potong yummy...
Kat sini ada jual banyak barang-barang bundle dan dah diguna pakai. Yang ni koleksi patung-patung dijual duapulohsen je satu. Tu pon makcik tu siap suh tambah lagi nak amek yang mana. Si fatin amek hello kitty. Ruby ngan aku amek jeychain. Wanharith la pilih banyak sebab dia kumpul koleksi mainan.
Ada jugak yang wat pameran haiwan. Baru aku tau arnab badan dia shaking. Aku ingatkan Sofy (arnab wanharith) jer shaking parkinson terketar-ketar setiap masa. Rupa-rupanya semua arnab macam tu. Tapi sedey lah, Sofy dah meninggal.
Tanjat gegirl... tengah jalan-jalan nampak ular sawa gedabak besor macam ni. Fear factor. Aku suh ruby gi tangkapkan gambar acik ni ngan ular dia. Eeeeeee geli aku..
Lokasi 2: Old Blossom Box
Aritu aku ada usahr blog kak yani. Dia ada gitau akan ada prelove party kat OBB. tapi aku tak sure bila tarikhnya. So, masa dalam kereta aku gitau kat Ruby n Fatin. Dorang pon nak gi. terus bukak tab fatin search alamat dan bila tarikhnya. Tengok tarik 30hb september. Wohaaa...kebetulan pulak kami nak gi Shah Alam apa lagi terus decide lepas gi Pasar Karat nak gi OBB.
Masuk je OBB, punyer la ramai orang. Baju-baju yang lawa-lawa mesti dah dirembat orang ni. Suka aku leh tengok antara blogger favourite aku, sis Yani. tapi segan nak bergambar. Rugi rugi..
Punyer ramai beratur nak bayar. Aku pilih punyer pilih last last takde yang berkenan.
Ruby berkenan kat shawl kat belakang tu. Oh, beg tu sangat kiut.
Dah penat dan kat dalam OBB dah makin crowded kami decide nak gi lokasi seterusnya..
Lokasi 3: Yazid Beger
Orang cakap Yazid Beger famous kat sini. Biarpon hujan lebat giler sanggup juga dirempuhi semata-mata nak datang makan beger saiz besar giler ni. Aku google Yazid Beger ni tengok gambar orang upload punyer lah besar. Tu yang buat aku lagi teruja nak try. Ruby ngan fatin pon eksaited lebey lagi dari aku.
Tapi....
Sampai je sana tengok-tengok kedai tutup..hahahahahaha stresss haku.
Apakan daya. Maybe dia bukak malam je kot. kempunan acik acik nak makan beger besor.
Dah tak de beger, kita melahap nasi kukus ayam berempah je lerrr sorang satu...
Lepas makan gi solat zohor jap pastu terus balik Cheras.
Tima kasih fatin, Ruby dan wanharith.
Menjadi jugak plan kita nak release tensyen lepas asignment (konon konon) hahaha..
Minggu ni akan kembali bizi dengan promosi karnival nasyid.
Bye-bye....
1 comment:
best nya jalan2. :(
Post a Comment