Showing posts with label kolej. Show all posts
Showing posts with label kolej. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Macam mana nak bawak balik?



Harini 1 januari 2013.
Pagi-pagi Ruby dah kejut aku nak mai ambil.
Dengan tak mandinya terus balik hostel untuk daftar dan dapatkan kunci.
Sekali angkut barang dari basement ke tingkat 3 tuuudiaaaaaaaa... 
Macam nak tercabut segala urat-urat badan. Kompem gain muscle aku. 
Dah la barang-barang banyak, berat pulok tu. 

Pastu kena angkut barang-barang dari bilik stor pulok.
Kami duk kat maktab ni setiap kali cuti kena kosongkan bilik kasi clear semua.
Barang-barang semua masuk dalam bilik stor. (pernah citer kat sini)
Sebab nanti time cuti akan ada cikgu-cikgu dan student masuk untuk kursus dalam cuti (KDC) atau JQAF.

Ni barang-barang aku selepas di angkut. 
Tapi ada lagi ni kat bilik stor. Tinggal 1 storage box penuh buku ngan satu bakul besor.
Ni hasil aku duk hostel selama 3 tahun setengah.
Ko bayangkan lagi 2 tahun aku kena duduk maktab nanti habes belajar nak angkut bawak balik rumah camne????? Kena bawak balik ngan lori ler nampak nyer. 

Mengamuk mak aku kalo tau barang aku banyak ni kat hostel.
Dia selalu pesan, bawak lah balik sket sket barang tu.
Tapiiiiiiiiiii....
Nak ngangkut berat mak oiiiii buku-buku, fail-fail tu semua..
Bila mak ayah nak mai jenguk aku kat sini????



Wednesday, October 31, 2012

Ummi...Ada bigfoot..!


Satu hari aku jalan nak balik bilik.
Bilik aku level paling atas sekali. Level 3. 
Nan naik ke level 3 kena merentasi rumah warden yang terletak kat level 2.
tetiba pintu rumah warden terbuka, keluar lah anak warden menjerit-jerit.

"Ummi..! Ada bigfoot..! Ada bigfoot!"

Aku tetibe jadi blur. Budak ni nak maksudkan aku ke bigfoot tu?
Kalo bigfoot tu aku, memang jauh panggang dari api lah kan.
Pastu aku tengok kat tangga..


Oh..BigFoot..!




Monday, October 22, 2012

Hostel terbuka


Tadi pilih-pilih gambar nak masuk dalam belog baru perasan yang aku tangkap gambar siket jer untuk kolej kediaman terbuka tahun ni. Beza ngan tahun-tahun lepas. Siap boleh kasi inspirasi kat orang lain yang nak hias hostel dan bilik dorang. Terus aku meseg Ruby


Aku: Rupa-rupanya siket je saya amek gambar-gambar bilik
Ruby: Tula...Dah la amek satu satu bilik je. Satu sudut pulak tu.
Aku: Kat Damai (nama hostel) satu je gambar bilik saya amek. Huuuuhuuu..
Ruby: Nak kata saya tak amek gambar ke? Hehehe 


Memang masa kat Damai aku bagi Ruby pegang kamera aku sebab aku tolong AJK Dokumentasi tangkap gambar pakai kamera besor. Lupa pulak aku kamera sendiri tak amek gambar. (T____T)~ Takpelah, aku tayang mana yang ada jelah yek.



 Alahai..Terselak pulak skirting kau dik oi. Nasib baik dalam tu kemas teratur. 


 Yang ni bilik-bilik kat asrama lelaki. Lawa kan. Ko ingat lelaki tak reti hias bilik ke? untongler bini dorang dapat laki macam ni. 



Ni pulak bilik-bilik kat hostel perempuan.  Bilik perempuan lagi banyak barang kalo nak bandingkan ngan bilik lelaki. 


Tema hostel terbuka pada kali ni adalah Lestari. Jadi kena hias bilik dan hostel menggunakan barang terbuang dan terpakai mengiku kreativiti sendiri. Kreatif jugak dorang ni.

Antara benda yang menarik perhatian aku: Buat bunga menggunakan kertas warna pastu letak dalam botol plastik, buku-buku yang disusun rapi dalam rak (aku suka tengok bilik ada buku) dan kat siling ada lampu macam kat hotel. Yang hiasan lampu tu kat dalam bilik junior lelaki.



Bina KLCC menggunakan botol mineral, bendera Malaysia menggunakan penutup botol, frame gambar bunga yang warna biru tu guna kertas surat khabar dan hiasan kat siling guna kertas warna warni. 


Untuk pengetahuan korang, hostel kat maktab aku memang tiap-tiap tahun akan adakan hostel terbuka. Lelaki boleh masuk hostel perempuan, pompuan boleh masuk hostel lelaki. Tapi pada hari tu jerlah ko boleh ushar hostel berlainan jantina. 


Pastu siap boleh cat dan hias bilik ikut kreativiti masing-masing. Aku pernah post pasal hostel kat sini. Bilik aku pulak tak berubah, sama macam tahun lepas. Cuma tambah rak buku jer. Ini bilik aku.



Sunday, June 17, 2012

Pungah barang dari stor


Salam semua. Alhamdulillah aku dah selamat sampai di hostelku. Pagi tadi hujan punyerlah lebat. Best jer sampai terus tidur sebab nak save energy nanti bangun nak kena pungah barang-barang dari stor masuk bilik. Punyerlah banyak barang aku nasib baik bilik stor selang beberapa bilik je dari bilik aku.


Ni hasil pungahan barang-barang aku. Letak kat luar bilik dulu sebab nak sapu bilik yang berhabuk pastu mop. Barulah selesa nak tinggal. Naik six pack ketul-ketullah body aku lepas angkat semua ni. Ada lagi satu storage box penuh buku yang tu angkat kemudian.



Mop aku kaler pink sebab aku suka pink. Habes satu bilik aku mop. sembur febreze kat langsir, tilam dan skirting.


Kemudian baru bawak masuk semua barang. Lepas kemas barang barulah boleh blogging taip entry ni. Esok dah start semester baru (sem 4). Aku tengok jadual tuudiaaaa macam full..!! tabah jerlah hati dan kena urus masa serta nota dengan bijak untuk semester ni. Sebab banyak kerja dan aktiviti menanti. tsk tsk  (T____T)


pi es: jerebu teruk giler kat KL


Saturday, May 15, 2010

16 Mei: Selamat Hari Guru


Alahai, tak sangka satu hari nanti saya akan sambut hari guru. Masa zaman sekolah dulu kamu selalu dengar cikgu-cikgu kamu nyanyi lagu Guru Malaysia kan. Wajib kot tiap-tiap tahun dengar lagu ni.


Lagu: Guru Malaysia


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Saya kena nyanyi lagu ni sebulan sekali semasa perhimpunan rasmi maktab. Memang kena hafal la lagu ni. Touching jugak la bila zaman sekolah dahulu dengar je cikgu nyanyi. Yang mana part-part saya tahu saya ikut. Tapi sekarang, saya pula yang kena nyanyi lagu ni.



Saya, Shazika Shahrim mahu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh dunia. Tanpa guru, macam mana saya nak dapat ilmu dan boleh jadi bakal guru sekarang. Jangan lupa yek, bagi ucapan kepada orang yang telah mendidik kamu sampai sekarang. Ha! Emak ayah kamu pon pendidik jugak. Cakap la kat mereka, "Terima kasih kerana mendidik saya".


Thursday, May 6, 2010

Latihan kebakaran


Semalam loceng asrama bunyi kuat sangat. Dah la lama dia berbunyi. Saya tengok jam, baru pukul 3.30 pagi, takkan awal sangat subuh. Mula-mula saya was-was la nak buka pintu bilik nak jenguk kot-kot la betul ada latihan kebakaran sebab ketua blok dah bagitau akan adakan latihan kebakaran secara mengejut.



Ha! Memang mengejut lah ni. Apa lagi, saya pon kejut room mate terus sarung sweater dengan tudung keluar selamatkan diri. Lampu kat koridor semua dah ditutupkan. Gelap la nak jalan turun tangga. Nasib baik dalam mamai tu masih teringat ada tahi kucing kat koridor dan mesti bajet jangan pijak.



Sampai kat kawasan lapang untuk berkumpul, ketua aras diminta chek semua ahli aras. Tapi ketua aras tak ada. Alamak, ketua aras masih tidur dalam bilik. Bila pegawai bomba datang chek didapati 4 orang budak aras saya masih berada dalam bilik.



Alahai, dah rentung kawan-kawan saya. Kami semua MESTI keluar daripada hostel dalam masa 4 minit. Tapi orang yang last keluar dari hostel mengambil masa 30 minit. Wohaaa. Rentung la semuanya.



Macam-macam ragam saya tengok. Ada yang pakai tuala sahaja untuk tutup kepala, ada yang pakai jubah yang lawa, ada yang bawak nota, ada budak lelaki siap pakai songkok (baru sudah solat tahajud kot) nasib baik tak ada perempuan yang keluar pakai kain telekung. Semua orang pon dalam keadaan kalut akan capai je barang yang perlu untuk selamatkan diri.



Selesai diberi taklimat semua balik ke bilik masing-masing dah nak pukul 5 pagi. Nasib baik bentuk tahi kucing masih tidak berubah walaupon orang berjalan dalam kegelapan.




Tuesday, May 4, 2010

Petir di Kuala Lumpur


Saya nak kongsikan pengalaman saya pada minggu pertama berada di Kuala Lumpur. Benda paling dahsyat yang amat sangat saya pernah lalui adalah petir dan guruh. Kalau kat kampung saya tak pernah rasa betapa kuatnya petir kat Kuala Lumpur ni. Pada 1 petang saya balik kelas terus tidur. Room mate saya pon tidur. Tiba-tiba, PANG! bunyi kilat macam nak tercabut jantung, bergegar tahi telinga, kuat giler. Saya terus bangun melompat ke katil room mate yang sedap je tidur lena.


Suasana masa tu macam berada di Gaza. Situ sana sini bunyi kilat dan guruh. Masa tu rasa macam saya dah nak mati, mulut kumat kamit istighfar. Lepas hilang semua bunyi kilat tu barulah hujan lebat turun. Tiba-tiba teringat masa Tingkatan 3 Cikgu Geografi saya, Encik Ahmad Pauzi ajar pasal fenomena kilat yang berlaku pada waktu petang di Kuala Lumpur. Dulu buat don noe je sebab tak pernah alami keadaan ni.



Bila dah beberapa bulan tinggal di sini saya rasa dah biasa tapi kadang-kadang kalau tak ada orang kat bilik saya, saya akan pergi bilik kawan. Tak berani nak duduk sorang-sorang dalam bilik ketika kilat. Seram!



Tuesday, March 30, 2010

Jangan pandang belakang

1 hari saya jalan sorang-sorang kat satu lorong sunyi. Sebab saya datang lambat ke kelas jadi saya bajet saya sorang je la yang lalu lorong tu. Dalam keadaan kalut tiba-tiba..pruuuuuttttt..saya terlepas angin yang terpendam sekian lama. Bergema satu lorong. Pastu saya jalan rileks je tanpa menoleh ke belakang. Tiba-tiba saya dengar ada suara gelak gelak macam nak gelak tak nak gelak gitu. Kih Kih Kih...


Saya toleh belakang. Homaigod. Mamat saya minat ada kat belakang. Huh, nasib baik kau sorang. Tak cukup bukti kalau kau nak heboh kat orang yang saya terlepas bom hari tu. Orang mesti takkan percaya kau sebab tak cukup saksi 4 orang. Tambah lagi wajah indah saya innocent. Macam budak baik. Saya mohon jangan kau jumpa saya lagi. Terus resign dari jadi peminat kau. Baik kau menyesal sekarang sebab follow belakang saya.


Friday, March 26, 2010

Kerja last minit mesti dapat idea


Saya hairan sangat-sangat. Jangka masa untuk buat asignment tu lebih kurang 2 minggu. Tapi dalam dua minggu tu bila nak start je buat tak ada idea. Jenuh pikir nak buat camana pastu cari maklumat semua tapi tak start buat lagi. Bila tanya kawan dorang pun tak buat lagi. Kalau tanya alasan mesti cakap tak tahu nak buat, tak ada idea la.


Dah tinggal 2 hari sebelum tarikh submit terus ada semangat nak buat. Pastu terpaksa stay up sampai pagi tidur pun macam tak tidur. Muka pon macam isteri ditinggalkan suami. Belemuih semacam je. Masa tu laju je jari tekan tekan kibod tup tap tup tap. Segala idea datang macam tak sempat-sempat nak keluar nak ditaip. Kalau masa tu tak ada orang boleh kacau. Tanya soalan pon tak ada masa nak layan. Masa tu la makin banyak idea berebut-rebut nak keluar.


Otak makin ligat pikir. Nak kena taip sampai noktah terakhir pastu satgi nak kena pergi print lagi nak kena binding lagi, nak kena hantar lagi. Hadoy. Lepas je taruk asignment atas meja lecturer terus rasa macam beban tu hilang. Rasa lapar sangat-sangat walaupon baru beberapa jam melantak nasi kat cafe. Sampai kat bilik terus tidur qada' balik tidur yang beberapa malam tak tidur. Baru rasa puas.


Oh! lagi 4 asignment menanti. Sigh. T___T