Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Hobi


Lama tak sebut perkataan hobi. Selalunya kalo orang tanya apa hobi kamu kita akan jawab sesuatu yang kita suka buat. Cliche sangat dulu-dulu letak dalam biodata hobi saya suka melayari internet atau suka membaca atau suka menyanyi. Sekarang baru aku kenal pasti selain blogging (melayari ineternet la ni kan), hobi aku adalah.........


reading a.k.a membaca 


sedang membaca buku diary of a wimpy kid.


Sejak kecik lagi aku terdidik untuk baca buku. Tapi bukan buku imliah la. Baca bahan yang ringan-ringan jer kalau buku pelajaran emmmm hampeh tak tersentuh pon. Baca tyme exam jer laaa jawabnyer.


Ni semua bermula ngan mak aku. Yang paling aku ingat masa aku kecik dulu agak-agak umur bawah 5 tahun kot aku ada satu kotak buku-buku cerita english. Dalam tu ada 5 buah buku yang aku ingat tajuk rapunzel, frog prince, cinderella, snow white dan lagi satu aku lupa.  Lawa buku-buku tu. kulit tebal, warna warni. 

Sejak daripada tu lah muncul minat nak membaca. Tapi yang aku heran kenapa adik-adik aku tak minat membaca?? Aku rasa mak aku kena guna taktik yang sama macam dia buat kat aku dulu. Beli buku yang menarik untuk dorang.

so, sekarang aku ada banyaklah jugak koleksi buku. Bahan bacaan yang aku suka adalah buku-buku yang boleh bagi motivasi, keagamaan dan novel english. Kalau bab beli buku yang jenis aku suka baca, aku jadi tak berkira sangat nak beli. Macam haritu aku borong buku kat big bad wolf sampai 10 buah dan alhamdulillah sampai sekarang semua tu aku tak baca lagi... Tak pe ada masa nanti aku baca naaa..

Dalam sibuk sibuk buat asignment sempat jugak aku habeskan 4 buah buku ni. Tinkiu nabill bagi pinjam buku ni. Nabill gitau ada lagi 2 buah koleksi diary of a wimpy kid yang aku tak baca. Nanti lepas cuti lah aku pinjam.

Konklusinya di sini...
Kalau kamu dah ada anak nanti, didiklah anak untuk membaca. Beli bahan bacaan yang menarik dan in shaa allah minat membaca tu akan timbul dengan sendirinya. Kebanyakkan kawan-kawan aku yang suka membaca parents dorang yang mulakan langkah belikan dorang buku-buku best untuk dibaca. Tapi belom terlambat kalo ko nak pupuk diri sendiri untuk minat membaca bermula daripada sekarang. 

Jangan asyik duk baca blog jer, buku pon kena baca. Wokeh..~ bye!


Thursday, November 8, 2012

Baca separuh separuh


Alhamdulillah exam untuk semester ni dah tamat. 
Hip hip hoooreeeyyyy.. tepuk tepuk bahu siket untuk diri sendiri sebab dah berjaya harungi exam ni.

Tadi kemas-kemas buku-buku dan kertas-kertas masukkan dalam kotak tetiba baru terperasan ada beberapa buah buku yang aku sempat baca separuh jer. 


Ni antara buku-buku nyer. 

Dua buah buku Sophie Kinsella tu dah lama beli. Tahun lepas kot.
Alasan tak habes baca: Bahasa dia tinggi sangat. Setiap kali baca mesti kena rujuk kamus. Malas nak belek kamus. Nanti aku rajin baru aku baca.

Tau Tak Apa tu aku baru beli bulan lepas kot. Tergendala pembacaan sebab aku sibuk tak dan nak baca buku. Buku ni best. Dr HM Tuah punyer buku kan aku suka cuma tak sempat nak baca jer.

Withering Tights pulak aku tatau apa motif aku beli. Novel english ni aku beli semasa jualan buku kat UPM. Harga murrah jer RM8. Terus rembat mungkin sebab cover dia menarik. Kaler pink gittewww...
Alasan tak habes baca: Sebab tak faham cerita dia betul-betul dari awal. 

Cuti semester atau disama ertikan dengan cuti sekolah ni aku nak habeskan masa ngan membaca dan perkenalkan Herbalife kat semuaaaaaa orang. Manfaatkan cuti sekolah ni dengan sebaiknyer. Sebab tahun lepas aku just duduk rumah layan henfon. Tak bermanfaat langsung untuk masa depan. Ceceh...



Sunday, November 4, 2012

Mak aku nak buang buku-buku aku


Semasa cuti raya haji aku balik rumah, aku tengok rak buku aku dah tak de dalam bilik.
Rupa-rupanya mak aku kemas bilik  aku dan nak buang semua buku-buku yang dah tak pakai. 
 
Sob sob sob....
Mak aku nak buang buku-buku ni.


Alasannya: dah tak de orang nak pakai. Baik recycle jer. Lagipon silibus dulu dah tak sama ngan silibus sekarang.


Aku ni sejak dari zaman sekolah rendah lagi hidup bergelumang dengan buku-buku.
Dalam bilik aku kat rumah penuh ngan buku.
Buku UPSR sejak zaman 2002 pon aku masih simpan. Sebab tu masa aku ajar tuisyen tak perlu nak beli buku-buku UPSR sebagai rujukan. Pakai je buku yang sejak 2002 tu.
lagipon aku ajar english so nak kena rujuk grammar, past tense present tense, verb segala bagai. Walaupon aku kat maktab ambil minor BI tapi bukan cerdik sangat. Kena rujuk rujuk buku jugak.


Bila dah masuk sekolah menengah pulak kena beli buku teks sendiri.
Sejak aku tingkatan 1 sampailah tingkatan 5, semua buku teks kena beli sendiri.
Sebab kat MRSM tak de skim pinjaman buku teks. 
(sekarang aku tatau masih kena beli atau dah ada pinjaman)
Memang berhabes duit banyak tang buku buku jer lah. 
Bila dah habes exam besar contohnya PMR dengan SPM, baru aku jual beberapa buah kat junior-junior. Tapi yang tinggal masih banyak sebab aku jenis yang sayang buku. 
Aku simpan buku-buku teks, buku rujukan, buku cerita semua sebab aku ada adik-adik lagi so aku pikir nanti tak payah lah nak beli buku lagi. Pakai jer aku punyer. Aku pon jagalah buku-buku tu elok elok. Siap balut okey!


Tapi...
Hampeh betoi adik-adik aku.
Dorang bukan jenis nak tengok buku sangat. Aku suruh dorang wat latihan kat buku-buku yang aku ada, dorang malas. Tak bersentuh pon buku-buku tu semua. Sob sob sob...
Alasan lain dorang bagi sebab buku teks aku penuh conteng conteng (salin nota tambahan cikgu bagi). Terutama buku teks sejarah yang penuh ngan highlighter.

Begitulah nasib buku-buku aku. Yang ada sekarang kat hostel ni pon dah 2 storage box besar. 
Mungkin akan terima nasib yang sama macam buku buku tu atau better aku jual kat junior bila aku dah habes belajar kan.