Assalamualaikum...
Mood happy dan ceria sebab asignment semua dah setle.
So, aku nak sambung entry tergendala sebelum ni pasal lawatan ke Melaka. kami gi sana bukan untuk makan angin, berjimba-jimba ke hape ke walaupon tarikh kami ke sana semasa cuti Hari Malaysia. Tak boley haku nak balik kampung cuti 3 hari. Ni semua berkaitan dengan asignment . Maklumlah kami kan student soooooosiaaal studies.
Ada beberapa tempat menarik yang kami pergi. Tapi kali ni satu tempat je aku citer.
Takkan nak kepam semua citer dalam 1 entry.
Semasa di Melaka, kami tinggal kat homestay ni. Rumah dia lawa. Untong sewa homestay kalau pergi lawatan ramai. (kami pergi 1 bas).
Jom ke Kampung Morten. Sini banyak rumah warisan melayu sejak zaman berzaman. Kalau naik river cruise korang akan nampak rumah-rumah ni kat tepi-tepi sungai.
Ni rumah-rumah yang dihias cantik. Sebelum ni aku pernah tengok dalam Majalah 3 jer.
Ni suasana dalam rumah salah sebuah rumah yang kami lawati. Unik kan. Boleh pulak bumbung terbukak. Kalo hujan cemana? mmmmm jenuh nak lap.
Ushar-ushar pulok..
Baring ler Ruby oi...
Antara barang-barang yang ada dalam rumah-rumah yang dilawati.
Lawa susunan dapur zaman dulu, alat-alat memasak pon masih yang zaman tok nenek kiter dulu.
Kalau kat tempat lain ada lagi tak simpan barang-barang zaman dulu?
Gong berusia 200 tahun kat Villa Sentosa. WOhaaaa... Syok la ang bob leh pukul gong.
Pokdin tak payah wat muka terkejut sangat la.. #tetibe
Allahyarham Yang Dipertuan Agong Sultan Sallehuddin dan Permaisuri Agong pernah bersanding atas pelamin ni. Mintak maaf ler tak nampak rupa pelamin dah semua pakat berhimpit nak masuk bergambar.
Aku dan mami. Dulu kat rumah aku ada kipas macam tu. Tapi ntah rejam ke mana dah.
Antara fogoG untuk lawatan kali ni.
Aku pon salah sorang AJK dorang.
Seboleh-bolehnya elak untuk jadi fotoG sebab...nanti gambar kau siket jer dalam kamera untuk buat report. Cian Ikhwan selalu jadi fotoG.
Baiklah...sebab gambar ikhwan siket jer jadi kita akhiri sesi lawatan kita dengan bergambar dengan Ikhwan.
No comments:
Post a Comment