Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Merempit



Assalamualaikum....


Kalau kawan tak paksa..tak de nyer aku mampu bawak kenderaan kat Kuala Lumpur ni. Sebelum ni aku memang tak de keberanian langsung nak bawak motosikal atas jalan raya yang banyak kenderaan contohnya macam kat KL ni. Even kat rumah aku pon aku berani bawak lalu jalan kampung jer pergi rumah tokwan atau rumah makcik aku. Bila kawan-kawan dah ramai bawak motosikal aku mampu bonceng duduk kat belakang jer. Sampai satu hari ika suruh aku bawak moto dia. 

Dah la motor dia tu skuter. Aku tak pernah bawak skuter sebelom ni. Selalu bawak Yamaha Sukan ayah aku jer. Kawan-kawan lah yang ajar bawak skuter. Laaaa....senang dan syiokkk giler bawak skuter kalo nak banding ngan motor ada gear. 

Zaman dulu-dulu naik motor ngan ika..

Sekarang alhamdulillah dah berani bawak motor sekitar kawasan maktab aku ni jer sebab jalan kat sini tak sesak, banyak taman dan flat perumahan. Bila dah selalu lalu tak derlah takut sangat cuma sampai sekarang aku tak reti nak cilok cilok menyelit antara kereta. 


Lagi satu kelemahan aku..aku tak boleh bawak kenderaan waktu malam sebab aku silau..Dulu masa mula mula bawak malam habes semua lubang aku masuk. Sekarang dah boleh hafal lubang kat jalan-jalan sekitar maktab aku ni. Kiranya bolehlah kalo takat nak bawak motor malam-malam kat area tu. 


Pernah drive kereta tak kat sini??


Ermmm..pernah..tapi setakat bawak naik dari belakang hostel ke depan hostel jerlah. Satu hari tu Ruby suruh aku ambil kereta. Pastu aku drivelah. Dari belakang hostel nak ke dapan kena naik bukit tau. Tetiba kereta mati kat bukit..Menggelabahlah aku, terus tarik hand break pastu call ruby. Punyer kalut acik tu datang..Hahahaha..Lepas tu bila ruby datang terengganu aritu dia paksa jugak aku drive suruh aku praktis bawak kereta. Alhamdulillah sekarang bolehlah drive siket siket..


Tulah kisahnya. Kalo tak de yang paksa tak de yang ajar memang sampai bila bila pon tak akan reti dan berani mencuba..Betol tak? Terima kasih banyak kat kawan-kawan aku..Muax! 




Tuesday, September 17, 2013

Berjimba hujung minggu

Assalamualaikum...

Disebabkan aku tak bersungguh nak cari tiket balik cuti Hari Malaysia aritu, bila ramai giler budak hostel balik kampung baru aku rasa menyesal. Last minit baru nak cari tiket memang non hado la kan. Nasib baik jiran bilik sebelah, Amna tak balik jugak. Melepak lah aku ngan Amna dalam bilik selama satu hari tak kemana-mana. Habeskan masa ngan tengok movie dan tidoq. Masuk je hari kedua dah tak boleh tahan dah kebosanan tahap gaban...internet connection pon tak dapat gara-gara wifi maktab problem dah dekat seminggu..

"Amna, jom la kita keluar. Tengok wayang ke gi Jalan TAR ke"
"okey"

Lepas zohor bergerak lah aku ngan amna gi Pavilion. Beli tiket wayang dulu citer Lagenda Budak Hostel. Syiok lah jugak kalo rasa nak gelak-gelak release tension sambil imbau kenangan semasa kat hostel sekolah dulu dulu. Aku suka tengok wayang citer lawak berbanding citer seram. Siapa tak tengok lagi Lagenda Budak Hostel baik pi tengok cepat. Aku bagi 4.5 bintang out of 5. 


zazi dan amna..Kami keluar berdua jer. 



Singgah kedai Sticky ushar-ushar orang buat gula-gula ni pastu buat muka selamba ambil tester. Dua kali pulok tu gi ambil. Teringat anak murid Pokdin bagi hadiah satu balang sticky untuk majlis perpisahan. 

Kaki aku tak cacat sebenarnya..

Surau pavi best dan selesa. Siap ada cermin besor for a better view dan selca. sorilah amna tak sempat bersiap lagi aku dah snap.




Feeling model ah siket..Tapi mata macam juling jer. Lantak ah..


Habes wayang pukul 6 lebih terus Asar kat situ pastu ronda-ronda sekitar Bukit Bintang. Ramai giler orang. Aku rasa macam duk luar negara jer sebab ramai pelancong asing. Aku ngan Amna bajet cakap indon lah jugak fefiling dari luar negara



Tetiba tengok ramai orang berkumpul. Rupa-rupanya ada orang emas berkilat tengah posing. Kalo nak bergambar ngan dia kena bayar RM2. Memang tak lah kan aku nak bayar semata-mata nak bergambar ngan dia. So, aku snap gambar dia curik curik dari jauh. hehehehe..



Sebelum maghrib gerak gi Time Square pulak nak maghrib kat sana. Punyerlah ramai orang kat surau TS tapi kami menyelit jugak solat situ alang-alang dah sampai. Lepas maghrib tapau Subway pastu gerak balik ke hostel. Akhirnya terisi jugak masa cuti aku ngan keluar jalan-jalan daripada terperuk dalam bilik. 

Wednesday, April 24, 2013

Asyik gambar murid jer, mana gambar cikgu??


Tu laaaa... Asyik asyik publish gambar murid jer.. Cikgu nyer mana? gambar aku mana?



Tadaaaaaaaaaaa! Dah habes waktu persekolahan dah nak balik kat parking lot baaru nak ambil gambar. Mata sepet tahan panas pon paksa jugak Ruby ambikkan gambar. Tak sempat weyy ko nak tangkap gambar macam semasa PBS dulu dulu. Dulu tangkap pakai self timer pon sanggup. Tapi tyme praktikum banyak keje oooo kena masuk kelas pening pala nak disiplinkan murid. Sape kata  jadi ckgu senang emmm try la kawal kelas hujung. Sekali pon cukup. hehehehehe...


Bye bye xoxo~
[zazi]


Sunday, April 21, 2013

Main soopa doopa




Minggu kedua diadakan karnival pendidikan khas


 Best gilerrrr sekolah ni siap tempah soopa doopa ni untuk budak-budak main masa karnival.Ni khas untuk murid pendidikan khas jer. Pastu murid aliran perdana melopong jer la nengok nyerrr.. Tapi masa rehat murid tahap 1 boleh masuk main. Kemain lagi melompat dalam tu  siap lompat sambil pusing badan. Ko ingat tu tamparulin ke hape? Adoyai..


Yang ni pon tempah. Punyer sewonok budak-budak tu main..Hehehehe...


 
 
Yang dua orang ni klakor sangat. Hensem taw 2 2 orang ni. Sorang nama zizan lagi sorang aku tak ingat nama pe. Orang lain masuk bola ni suma pakat crawling untuk gerakkan bola. Dorang masuk duk diam jer bola tak gerak langsung. Cikgu pon kompius dorang ni diam sebab takut ke atau teruja. Muka senyum jer selalu sampai meleleh ailio. Hehehe..


Cikgu Ekin bersama Farisha dan xinxie.. Dorang anak istimewa.


Farisha dan xinxie main bola jugak..

Sekolah tempat aku praktikum ni kelas pendidikan khas dia ada 11 kelas. Cikgu gitaw ni pendidikan khas paling besar kat KL. Seronok tengok budak-budak kat situ. Comey jer semua. Aku ucapkan syabas kat ibu bapa dan keluarga yang antor anak-anak istimewa ke sekolah sebab tak semua ibu bapa rasa anak-anak dorang ada masa depan. 


Nanti kalau aku dah posting jadi cikgu boleh lah aku kasi idea kat GB buat aktiviti macam ni. hehehehe..



Friday, April 19, 2013

Ikut ketinggian



salam semua... Minggu ni dan mingu depan akan jadi sangat sibuk disebabkan aku sekarang praktikum. Minggu depan last praktikum kat SKTM. Minggu ni aku 2 kali di observe. Minggu depan lagi 2 kali. Nak kena get ready fizikal and mental to the max.

Dah sebulan tak masuk kelas untuk belajar. Dah sebulan tak jumpa classmate. Hahaha...


Ni sebahagian dak kelas aku. Mostly yang perempuan adalah sama ketinggian... kecik molek jer bakal cikgu-cikgu ni semua.. (^__^)~


Wednesday, January 16, 2013

Aktiviti hujung minggu

Salam semua...

Bukan selalu nak keluar malam.
Tapi kena berhati-hati.
Hujung minggu lepas aku join kawan-kawan gi mengurut.
Cik we nak gi mengurut sebab ada masalah mata.
Ika pulok nak mengurut sebab masalah air besar.


 Sebelum tu kami singgah makan dulu kat KL Sentral.
Mok Nik nak hantar abang dia naik train ke Gemas.
Aku makan nasi ayam tapi tak de sup. Ganti sup ngan kentang putar.
Nasi + kentang. Berat giler aku makan malam tu dan rasa mengantuk gilerrrrr....
Nasib baik tak gilerrrrr...

At KL Sentral. 

Then kami gerak ke BB.
Survey tempat mengurut yang murah pastu tinggalkan Cikwe dan Ika kat situ.
Dorang urut kaki RM25 setengah jam.

Sementara nak tunggu setengah jam tu kami lilau ke pavilion.


Pak guard tak bagi kami duduk kat fountain ni.
Tak runtuh eh kalo kami duduk. Last-last kami bersila depan pavi.

Time tu rasa mengantuk yang amat.
Nasib baik bawak face quencher Herbalife. Aku sembur beberapa kali kasi fresh.
Face quencher ni orang Herbalife panggil air-cond bergerak.
Best sangat bila sembur time ngantuk ko akan ase tersentap sejuk sejuk muka dan segar.




Begitulah kisah hujung minggu aku yang lepas.
Minggu ni tak de plam pape lagi.
Tapiiiii.....
Minggu depan nak gi SPECTACULAR!!!! 15,000 orang akan berada di sana.


Friday, January 4, 2013

Bayar RM5 dapat sekotak barang..berbaloi baloi


Citer ni pasal minggu lepas, aku pergi Jom Heboh kat Bukit Jalil.
Aku pergi hari last, ahad selepas habes focus group kat Bangi petang tu, terus pergi Bukit Jalil.
Tapi sampai-sampai jer kat LRT hujan lebat giler.
Padahal kat Bangi masa tu cuaca okey jer cerah dan panas.
Nak pergi ke tak nak ni?
Teruskan jerlah pergi Bukit jalil.

Sampai kat LRT...tudiaaaaaa


Hujan lebat giler campur ngan kilat dan petir pulok.
Tau-tau jerlah kilat kat KL ni macam mana

(pernah citer kat sini, petir di Kuala Lumpur)

aku pon decide balik jerlah. Kalo pergi pon kompem basah kuyup sebab tak de payung.
Patah balik ke Cheras.
Sampai kat rumah sewa, achu iedah ajak gi tengok konsert Jom Heboh.
Selepas Maghrib kami patah balik gi Bukit Jalil. 
Hujan dah stop tapi kami still bawak payung. langkah berjaga jaga.

Sebab first time gi Jom Heboh, tatau konsep dia macam mana.
Orang kata semua barang RM10 atau RM5 jer.
ada macam-macam gerai. Ada makanan ringan, produk-produk kecantikan dan kesihatan.
Aku tak minat nak beli makanan ringan walaupon harga ditawarkan masa tu 1 paper bag RM10. Jaga pemakanan dan kesihatan.

Aku gi kat bahagian produk seperti sunsilk, sabun, mandian, rexona.

Masa tu harga ditawarkan 3 paper bag RM10.
Sedang berkira-kira nak belik ke tak nak beli ke tak.. Hurmmmmm....
Sekali dia cakap..

"4 paper bag RM10. Isi penuh barang!!!" Wohaaaaa.....!!!

Terus beratur ramai-ramai. Aku bayar RM5, achu iedah bayar RM5. Sorang dapat 2 paper bag.
Cukuplah RM10.


Ni barang aku yang ada dalam 2 paper bag = RM5.
Yang achu iedah punyer banyak ni jugak. 
Boleh buat stok setahun ubat ketiak cap rexona tu.

So, kesimpulannya yang aku dapat lepas gi Jom Heboh haritu:
1. Tak payah pulun nak gi awal-awal. Sebab harga awal dia jual 1 paper bag RM10. Kalo gi lewat-lewat hari last pulok tu dapat lagi banyak barang. Bayar harga sama jugak.
 2. Tak yah gi tengok konsert Jom Heboh. Dah lah sesak dan hujan. Pastu sedor diri yang aku ni pendek kompem tak nampak artis kat depan. Lagi elok tengok kat TV. 


Saturday, May 12, 2012

Lawatan ke Pameran Raja Kita di Istana Lama


Assalamualaikum semua.. Buat pertama kalinya aku pergi lawatan ke Istana Negara. Bukan Istana Negara yang baru dibuka tu. Ni istana yang lama. Baru-baru ini adala pameran kat istana ni. So, aku ngan kawan-kawan pergilah melawat. Lawatan ni pon secara tiba-tiba lecturer kol ajak gi sana. Oleh sebab kami kan student social study memang kena lah melawat tempat-tempat macam ni.


Ini bangunan Istana Negara.



Dah datang kenalah sign guest book. Ada dua guest book disediakan. Dua-dua aku sign. Siap taruk nama Shazika shahrim lagi.

Suasana dalam istana boleh lah dikatakan cantik dan kondusif. Pameran ni diadakan di bahagian balairung seri. Semua pameran mempamerkan alat-alat kebesaran di-raja Yang di-Pertuan Agong ke-14 iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Alhaj Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon


candeliar yang besar di bawah singgahsana sultan.

Potret Permaisuri Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamido.


Dan lain-lain alat kebesaran di raja....
Zirwatul duk langut tengok pokok bunga emas. Kalau bab emas memang dia suka.Nak bawak balik umah ke??



Bergambar bersama kawan-kawan di hadapan singgahsana di raja. Tak dapat nak duduk atas kerusi tu, bergambar depan kerusi pon boleyyyy...



Begitulah lawatan kami ke Istana Negara. Bas tak leh masuk ke dalam kawasan istana jadi terpaksa berjalan kaki dan pemandangan di kiri kanan laluan (seperti gambarajah) dipenuhi dengan bunting (ceceh baru tau menggunakan perkataan bunting) pameran Raja Kita. Siapa yang belum pergi lagi, jangan lepaskan peluang untuk ke sana. 


Masih sempat lagi untuk kamu ke Pameran Raja Kita.

Tempat: Istana Negara Lama
Tarikh: 16 April-15 Jun 2012
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang.


pi es: kan best kalau pameran kat istana boleh tengok ruang makan raja, tempat beradu, ruang tamu, dapur, bilik air dalam istana macam mana. Kan.....


Saturday, May 15, 2010

16 Mei: Selamat Hari Guru


Alahai, tak sangka satu hari nanti saya akan sambut hari guru. Masa zaman sekolah dulu kamu selalu dengar cikgu-cikgu kamu nyanyi lagu Guru Malaysia kan. Wajib kot tiap-tiap tahun dengar lagu ni.


Lagu: Guru Malaysia


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Saya kena nyanyi lagu ni sebulan sekali semasa perhimpunan rasmi maktab. Memang kena hafal la lagu ni. Touching jugak la bila zaman sekolah dahulu dengar je cikgu nyanyi. Yang mana part-part saya tahu saya ikut. Tapi sekarang, saya pula yang kena nyanyi lagu ni.



Saya, Shazika Shahrim mahu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh dunia. Tanpa guru, macam mana saya nak dapat ilmu dan boleh jadi bakal guru sekarang. Jangan lupa yek, bagi ucapan kepada orang yang telah mendidik kamu sampai sekarang. Ha! Emak ayah kamu pon pendidik jugak. Cakap la kat mereka, "Terima kasih kerana mendidik saya".


Monday, May 10, 2010

Tips bila penat jalan-jalan semasa shopping, lelaki pon boleh cuba


Saya ni perempuan. Lumrah la kalau perempuan ni kaki shopping. Pergi mall dari pagi sampai la ke petang. Pastu lenguh kaki nak pusing-pusing 1 mall. So, saya nak share aktiviti yang saya buat bila nak rehat sekejap semasa ber-shopping.



Okey. Mula-mula sekali kamu cari fitting room yang kosong. Ambil beberapa helai baju terus masuk fitting room tu. Keluarkan kamera terus la snap-snap gambar.





Saya suka masuk fitting room Parkson sebab ada kerusi untuk duduk.
Tengkiu Parkson ^__^






Ajak member untuk ber-gedik santai sekali dengan kamu. Barulah meriah.



Erkk, wajah indah saya pon dah berubah jadi hantu.


Pastu dah agak-agak setengah jam duduk dalam tu, jangan tak keluar-keluar plak. Kesian orang lain pon nak 'berehat' jugak. Semasa keluar tu buat-buat la betul-betulkan tudung, betulkan baju ke. Berlakon macam baru lepas cuba baju. Tapi hakikatnya berposing dalam fitting room. Dah rehat, kita sambung balik jalan-jalan. Lelaki ada buat tak macam ni heh?

Tuesday, May 4, 2010

Petir di Kuala Lumpur


Saya nak kongsikan pengalaman saya pada minggu pertama berada di Kuala Lumpur. Benda paling dahsyat yang amat sangat saya pernah lalui adalah petir dan guruh. Kalau kat kampung saya tak pernah rasa betapa kuatnya petir kat Kuala Lumpur ni. Pada 1 petang saya balik kelas terus tidur. Room mate saya pon tidur. Tiba-tiba, PANG! bunyi kilat macam nak tercabut jantung, bergegar tahi telinga, kuat giler. Saya terus bangun melompat ke katil room mate yang sedap je tidur lena.


Suasana masa tu macam berada di Gaza. Situ sana sini bunyi kilat dan guruh. Masa tu rasa macam saya dah nak mati, mulut kumat kamit istighfar. Lepas hilang semua bunyi kilat tu barulah hujan lebat turun. Tiba-tiba teringat masa Tingkatan 3 Cikgu Geografi saya, Encik Ahmad Pauzi ajar pasal fenomena kilat yang berlaku pada waktu petang di Kuala Lumpur. Dulu buat don noe je sebab tak pernah alami keadaan ni.



Bila dah beberapa bulan tinggal di sini saya rasa dah biasa tapi kadang-kadang kalau tak ada orang kat bilik saya, saya akan pergi bilik kawan. Tak berani nak duduk sorang-sorang dalam bilik ketika kilat. Seram!