Followers

Thursday, April 17, 2014

Murid Tahun 1 buat aku gembira



Setiap kali praktikum, kami akan di-observe oleh lecturer. Tahun lepas dua kali ke sekolah yang berbeza dan lecturer yang berbeza selalunya bila lecturer nak datang mereka akan memberitahu terlebih dahulu bila mereka akan datang. Tapi kali ni lecturer aku takkan bagitahu bila dia akan datang. Jadi aku kena prepare lah.

Pada suatu hari, kelas aku akan start pukul 8.30 pagi. Aku ngan Cikwe berkira-kira, lecturer nak datang ke tak hari ni ye? Bila dah dekat pukul 8 macam tak de tanda-tanda dia nak datang kami pon pergi makan di kantin. Sudah makan aku ke pejabat tetiba rakan aku gitau lecturer aku datang.

APA..!! LECTURER DATANG..!!

macam tulah reaksi aku yang terkejut gilerr sebab dia datang mengejut tanpa memberitahu pape. Dah la tinggal lagi 5 minit sebelum kelas aku bermula.

Pada saat tu, nerves bukan sekadar rasa nak terkencing, rasa nak terberak pon ada wooiii.. Bukan sebab aku tak prepare cuma terkejut. Memang menggelabah giler ah time tu sampai kalut kelaut. Get ready barang nak ngajar pastu masuk kelas dan mengajar. Aku try nak cool kan diri aku mengajar macam  biasa. Tapi, aku tak mampu. Siyes tak mampu. Aku kuatkan hati sebab aku pikir, aku ngajar untuk murid aku, bukan untuk lecturer.

Habes kelas, macam-macam perasaan wujud dalam diri. Terkejut, takut, sedih, geram semua ada. Ase nak teriak je dalam bilik guru. Tapi pikir balik. Be professional Zazi..

Kebetulan pulak, aku ada relief kelas tahun 1, aku terus gi masuk jaga murid tahun 1 tanpa layan perasaan tadi. Lagipon, aku takut kalo aku masuk lambat ke kelas tu nanti kalo pape jadi, aku jugak yang susah. Dah lah murid tahun 1. Sebelum gerak gi kelas, sempat lagi aku capai kertas lukisan satu plastik atas meja.

Disebabkan cikgu yang tak datang tak tinggalkan pape kerja, jadi aku gitau murid.. 

okey class, harini kita akan melukis”.

Kelas diam sekejap. Tiba-tiba..

Yeay…!!! Nak lukis…bestnyerrr..nak lukis apa cikgu.

Respond dorang buatkan aku nak tergelak. Terubat siket perasaan aku yang negetif masa kena observe tadi.. Aku pon tak faham, apalah yang best sangat ngan melukis bagi budak-budak. Aku pon bagi tajuk ‘Rumah Idaman Saya’ sambil bagi satu contoh lukisan kat white board. Lukisan aku buruk jer tapi aku suruh murid aku lukis cantik-cantik.

Aku pon tanya..
“Kelas kamu ada berapa orang semua?”
“40 orang cikgu tapi ada yang dah pindah..”
“Ha…!! 40..!”

Aku kira-kira kertas luksan yang aku bawak. Ada 20 lebih jer. Pulak dahh..! Pastu aku pon potong kertas kepada 2. Cukuplah untuk dorang semua dapat melukis.

Tetiba ada murid tak de gigi cakap..”Keciknya kertas”.

Hahahaha.. lucu ler layan kan murid-murid tahun 1. Syabas aku nak ucapkan pada guru-guru yang ajar Tahun 1 sebab mampu bersabar layan karenah dorang..Aku mampu masuk setengah jam jer kelas Tahun 1. Kalo dapat relief satu jam, nanti keluar kelas aku jadi biol pening-pening..

Paksa murid buat peace.. (^___^)V


Serius ngat awak melukis...Hehehehe..


Terima kasih murid-murid tahun 1. Sebab layankan kamu…mood cikgu dah kembali okey lepas tu. :) 

Sunday, April 13, 2014

Hari yang tak okey akan jadi okey


Assalamualaikumm.. (wa'alaikumussalam)

Alhamdulillah masih punyer kesempatan untuk berada di blog ini. Aku baru habes baca satu buku karya Dr. Tuah. Daripada aku baca, pastu aku dapat ilmu sorang-sorang baik aku share ngan kamu semua. Satu benda yang menarik perhatian aku ada satu tajuk cara untuk membuang rasa tak bermaya, rasa malas dari diri kita. Aku pon dah start tiru cara-cara yang di ajar ni.


Ada 3 tips yang Dr. Tuah share:


1. Mandi

Setiap kali mandi, mulakan dari membasahkan kaki dulu sebelum bawa air perlahan-lahan hingga ke kepala. Kiranya kamu kena jirus air ke kaki dulu pastu naik ke badan dan last sekali ke kepala.


2. Pakai pewangi

Semburlah wangian yang sweet sweet gitu. Jangan pulok pakai minyak wangi yang kuat sangat bau dia sampai terbersin orang sekeliling. Yang penting sekali, ketiak kena kasi wangi beb..


3. Buat pernafasan 3E

Macam mana tu?? meh praktis sekarang. Kamu tarik nafas dalam-dalam selama kira-kira 7 saat, simpan di dada kira-kira 7 saat dan lepaskan kira-kira 7 saat jugak. Boleh? ce try buat sekali lagi..


Dr. Tuah kata buat 3 perkara ni. Selalunya hari yang tak okey akan menjadi okey. Buat saja dulu dan tengoklah hasilnya. Selamat beramal.... xoxo~ bye!


Thursday, March 20, 2014

Cara jaga buku paling mudah



Assalamualaikum...

Kali ni aku nak share cara paling simple atau bahasa mudahnya cara paling pemalas untuk jaga buku. Sesiapa yang suka membaca mesti ada banyak buku kan. Pastu bagi buku tahan lama selalunya yang rajin akan beli pembalut buku pastu balut kemas-kemas. Tapi aku ni kurang rajin siketlah nak balut buku. Hehehehe.. Jadi aku guna cara lain untuk jaga buku bagi tahan lama..


Cara ni aku guna sejak zaman sekolah lagi. Masa sekolah menengah kami budak maresem kena beli buku teks sendiri sejak tingkatan 1 sampailah tingkatan 5. Semua buku teks kami beli untuk setiap subjek. Kalo nak balut mestilah pakai pembalut buku yang banyak dan mengambil masa pulak nak balut.


So..cara yang kami buat..


Salotep tepi kulit buku jerr

Bahan yang diperlukan:
1. Gunting
2. Salotep

Cara-caranya:
1. Tarik salotep di tepi buku dari hujung ke hujung buku (rujuk gambarajah).
2. Gunting salotep
3. Lipat lebihan salotep ke muka surat bahagian belakang.
4. Ulang cara 1-3 kat bahagian tepi yang lain.
5.Tertib.


Mudah je kan..!


Selalunya buku akan rosak pada bahagian tepi terutama bahagian tepi kulit buku. So, nak mudah kita jaga tepi kulit buku jerlah dengan salotep. Jimat belanja, jimat masa nak buat. Kaaannn...


Tutorial ni SAH untuk buku biasa jer. Jangan pulak guna cara aku ajar ni untuk balut buku teks adik-adik atau anak-anak. BUKU TEKS SEKOLAH sila balut pakai pembalut buku. Aku tak balut buku teks masa sekolah dulu sebab tu bukan buku pinjaman sekolah. Yang tu memang kami beli sendiri sebab tak de skim pinjaman buku teks masa kat maresem. Wokey..


Tuesday, March 18, 2014

Monoloque #1




We're still under the same sky; that's a relief. And that's all that really matters.
No matter the distance, i'll have that reassurance that we're under the same sky. STILL.




Monday, March 17, 2014

Tarian oh tarian

Assalamualaikum…

 Selasa minggu lepas kat sekolah ada majlis persaraan. Cikgu-cikgu dan murid-murid kena buat persembahan untuk majlis tu. Minggu sebelum hari kejadian kami guru praktikum berlatih untuk menari. Aku ingatkan kena menari sebuah lagu je rupa-rupanya 3 buah lagu.. Wohaaa,,,!!


Aku ni menari pon tak reti. Ingat lagi masa foundation kami satu kelas wajib masuk pertandingan lagu rakyat. Perempuan kelas aku menari lagu umbuk mayang di umbuk. Memang keras kayu lah kami menari kecuali thaeva ngan fatin. Tetiba kat sekolah kena menarilah pulok.. Kalo depan cikgu-cikgu je aku okeylah siket tak rasa segan sangat. Ni kena menari depan PPD ngan anak murid. Hadoiii.. malu woi nak menari depan murid.

Geng menari 


Geng kompang


Masa hari kejadian, lepas mekap buh bunga 2 ketul kat kepala terjumpa anak murid. “Cikgu menari jap gi ea?”. Dalam hati berdebor berpeluh-peluh ase. Dah la pakai baju kurung plain. Nasib baik ketiak tak basah sebab dah get ready pakai inner kat dalam. Jumpa pulok Faqeh ngan Zul, budak maktab aku. “ooo kat maktab ang tak pulak menari. Mai sekolah kena menari. Hahaha.” Yang dorang pulak kena bersilat . Bersungguh bersilat kat sekolah.


Semasa persembahan tu aku ngan cikwe bantai gelak je atas stage sambil menari hanyut dalam dunia sendiri. Pastu tengok GB macam hepy je tu kira okeylah walaupon step tak sama sangat. Dalam hati masing-masing kira nak bagi habes je nak cecepat turun dari stage tu.

Paksa murid buat peace


Keesokkan harinya, kelas berjalan macam biasa. Sebelum gi sekolah duk kata kat diri sendiri. “jangan sampai ada mrid duk sebut-sebut pasal kes tarian semalam sudahla”.


So, dapatlah pengalaman baru lagi kat sekolah tu. Moral of the story, kena jadi cikgu serba boleh. Tak pandai menari pon try ler jugak menari walaupon keras macam kayu. Sebab kat sekolah nanti kita tatau tugas apa yang kita kena buat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Shazika Shahrim Design with love by CikBulat