Showing posts with label gila-gila. Show all posts
Showing posts with label gila-gila. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Ummi...Ada bigfoot..!


Satu hari aku jalan nak balik bilik.
Bilik aku level paling atas sekali. Level 3. 
Nan naik ke level 3 kena merentasi rumah warden yang terletak kat level 2.
tetiba pintu rumah warden terbuka, keluar lah anak warden menjerit-jerit.

"Ummi..! Ada bigfoot..! Ada bigfoot!"

Aku tetibe jadi blur. Budak ni nak maksudkan aku ke bigfoot tu?
Kalo bigfoot tu aku, memang jauh panggang dari api lah kan.
Pastu aku tengok kat tangga..


Oh..BigFoot..!




Tuesday, October 23, 2012

Zombi berkeliaran di hostelku...!!


Dah tengok tajuk entry aku kan. 
Semasa kolej kediaman terbuka haritu (rujuk entry sebelum ni), hostel aku dipenuhi dengan zombi-zombi..!!! Dari mana datangnya dorang ni semua??



Tanjat gege.! Kat pintu masuk hostel ada zombi mata pop out kena bungkus masuk dalam kotak.



 Masuk dalam hostel pulak, tengok-tengok zombi duk melepak elok jer kat gazebo. 


Amboi zombi hip hop siap naik basikal lagi. Tapi tak sekelassssss zombi kampung pisang yang naik motor pergi merempit.


Oi dik, jangan dekat ngan zombi ada kon atas kepala mata pop out tu. Kan di kokahnya kau tak pasal-pasal bertukar jadi zombi jugak. 




Eh eh berjoget pulak si matahari bersama zombi-zombi mengikut irama lagu dalam plant vs zombi. There's a zombi on your lawn....There's a zombi on your lawn....



Orang-orang hostel yang datang tengok zombi berjoget.



Markas zombi. 


Zombi-zombi tengah tunggu orang-orang hostel di depan pintu bilik. 


Erkkkkk... Ni zombi ke orang minyak ni? Konpius pulak aku.. Hahahahaha..



Suasana di dalam rumah zombi a.k.a bilik untuk berehat.



Tangan sape lah ni ha terputus masuk dalam mangkuk jamban ni.


Amboi kejam punyer zombi. Dipotongnya badan sampai terputus dua. Dah lah tangan disumbatnya masuk dalam mangkuk jamban. Kepala nyer pulak hilang ntah ke mana. Ish ish ish.....



Ohoi..! rumet aku hepy benor bergambar ngan zombi mata pop out.


Bila keadaan dah kembali terkawal, zombi-zombi pon dah pulih kepada keadaan sedia kala barulah aku boleh take part untuk bergambar sama. 




Tadaaaaa.... Hostel dah ditawan oleh zombi-zombi dan mereka menukarkannya menjadi ZombAman.



Prop yang terdapat dalam bilik rehat. 


Kesemua yang berlaku di atas seperti yang terdapat dalam gambar adalah gimik hostel Aman pada hari hostel terbuka. Gigih budak-budak hostel menyiapkan semua prop bagi menjayakan ZombAman ni.

Kesemua prop yang digunakan dorang pakai barang-barang terbuang dan terpakai. 
Dah tema nya pon Lestari. Kena la pakai barang-barang kitar semula. Jimat pon jimat.


Tahniah kepada semua sebab hostel kami menang kategori Hostel Lestari.!


Tapi sayang tak menjadi johan keseluruhan. Padahal dari bilik air, bilik rehat, dan bilik-bilik kat hostel aku ni dorang hias pakai barang-barang kitar semula. 
Tapi nak wat macam mana, adat bertanding. Cuba lagi yek tahun akan datang. 

Monday, October 15, 2012

Riadah bersama classmate

Oleh sebab kami dah masuk antara minggu-minggu last sebelum exam, jadi kelas banyak yang dah habes. 
Hari Jumaat tu kelas tak ada langsung, budak kelas aku pon plan nak gi beriadah sama-sama sebab semester ni kami sangat sibuk dan jarang keluar satu kelas. 


Sebelum bertolak kami berkumpul dulu. 
Yang perempuan naik 2 bijik kereta.
Yang lelaki semua naik motor. 


Emmmm...kemana kami nak pergi???


Tadaaaaa...Zoo Negara

Takkan gi zoo pakai track suit ngan t-shirt biasa dan berselipar hitam tapak tebal kot. Tak stylo la u ni azie.


Okay. Sebenarnya destinasi kami adalah air terjun Kemensah. Tempat tu kat belakang Zoo Negara. 
Tapi dah datang situ tak boleh pulak masuk ke kawasan air terjun. 
Sebab kami pergi hari Jumaat, bukan hujung minggu. So, kawasan tu ditutup.
Kalau nak mandi manda jugak boleh masuk kat kawasan yang depan-depan tu je. Tak syiooookkkkk lah air tak terjun.. (T____T)~

Dah alang-alang sampai kami decide duk jerlah kat depan tu. 
Lagipon masa kami limited sampai tengah hari jer.
Nanti budak laki nak gi solat Jumaat pulak.

Reminder eh! Riadah-riadah jugak seronok seronok jugak sembahyang jangan tinggal walau di mana kamu berada. 

Menu kami pada hari tu adalah nasi lemak, mee goreng, ayam dan sosej BBQ. Air bawak sendiri. Minum air kosong je. Jimat dan sihat. Hahahaha...

Ko layan jerlah gambar. 




Reminder lagi. Kalau mandi manda pakailah baju warna gelap, labuh dan besar. Yang pompuan pakai tudung labuh sket yek. Erkkk..aku pakai baju putih. Tapi make sure pakai inner kat dalam. 




Kenapa semua gambar dalam air aku tak de???

Sebab ada satu insiden yang menyebabkan mulut aku berdarah. Baru je masuk kejap dalam air. Tak dan nak bergumbira bersama kawan-kawan.  Terus dapat tugas menjadi tukang tangkap gambar jer. Sebab mulut aku luka tak boleh masuk kena air.


Tayar itulah yang menyebabkan mulut aku bengkak dan berdarah. 
Macam ni citernya. Aku nak terjun masuk air guna guna tayar tu. Bergayutlah aku kat tayar. Bila nak terjun tu ntah macam mana tayar tu terpantul balik kat aku, mulut aku bergeser kat tayar tu. Mula-mula aku ingat pecah bibir. Tapi bila lap lap semua darah kat mulut rupa-rupanya bergeser kat tayar habis calar balar mulut aku. Bengkak kemain lagi dah macam angelina jolie. Tak dapat aku nak teruskan mandi manda.


Dah last-last baru ada gambar aku. Lepas dah hilang sket ase pening-pening nak pitam aku tu baru lepak balik ngan kawan-kawan.


Time ni budak laki semua dah balik nak pergi solat jumaat. Tinggal yang gegirls jer.


 Tamat kat sini jer riadah kami pada hari jumaat yang tiada kelas. Lepas raya haji ni kami exam final sem. Asignment aku dapat markah paling teruk so kena work hard untuk exam bagi cover balik markah. Kalau tak....emmmm...

Okeylah Babai..


Tuesday, October 2, 2012

Kelas petang selalu lewat

Dari pagi sampai ke tengah hari aku tak de kelas langsung.
Semangat giler aku bangun awal..emmm tapi tak la awal sangat
Bangun terus gi mandi bersiap-siap semua.
Sebab hari ni ada kelas PJ.
Haruslah aku kena gi awal
sebab...
Minggu lepas aku kena ketuk ketampi masa kelas PJ sebab lewat gi kelas
Padan muka kau..
Bangun awal tapi keluar bilik lewat jugak.

Pagi tadi aku keluar tepat-tepat pukul 8.00 pagi..
Sampai kat court tanya ikhwan mana encik?
Encik tak masuk kelas harini. Ada program Malindo.
pffffftt...
So, budak laki gi main bola tampar, yang pompuan minor BM gi study sebab dorang ada kuiz BM arini.
Yang minor BI termasuk aku lepak sambil asah asah kuku buat pedicure menicure kat tepi court bola tampar. Hangin jer budak BM tengok kami releks..

Jap gi pukul 2.30 aku ada kelas Teknologi Pendidikan.
Minggu-minggu sebelum ni aku selalu lewat..
Lewat setengah jam la selalunya..
Pernah sekali aku tertidur pastu gigih jugak gi kelas walaupon dah lewat satu jam!!
At least aku gi jugak kelas daripada tak gi langsung.
So arini aku nak gi tepat pukul 2.30 petang.


Ok lah..
Bye..aku nak gi kelas.


Monday, September 17, 2012

Imej dalam cermin **failed!



Semasa tunggu kawan-kawan bersiap, mari main tangkap gambar dalam cermin..


Alahai senget pulok

kabur...image tak sharp pegang kamera macam ni. Lagipon pergelangan tangan injured.


Tepat tapi kabur la pulok. -__-"


Totally out!

much better..

Konklusinya takde satu pon gambar yang okey. 

kredit to: mami dan kak long -MUA
Hafiz- kamera dia



Friday, May 21, 2010

Pekerjaan yang saya tak sanggup lakukan


Jenis pekerjaan: Mencuci tahi gajah


Erkkkk..AKU TAK SANGGUP DOWH! Kalau tiba-tiba gajah tu kentut macamana?