Assalamualaikum....
hye semua.. baiklah, kali ni kita sambung lagi perjalanan kita di kapit untuk hari-hari seterusnya. Malas nak buat banyak banyak part nanti sampai tahap malas nak update bila line tenet slow.
Hari berikutnya, pepagi lagi ecah ngan moknik bawak aku gi makan roti canai goreng yang dorang gembar gemburkan selama ini. Kan kemaren aku sampai kapit hari dah petang. lengang jer tempat tu. Sekali aku keluar pepagi nak gi makan..homang aihhhhh ramai betol manusia kapit ni. sesak oiii. Dah la hotel kami mengadap pasar. Kebetulan pulak pagi tu hujan. Gigih jugak redah nak gi makan roti canai goreng kat Gelanggang Kenyalang (dorang panggil GK).
Moknik ngan ecah nak oder roti canai dekat kedai dorang selalu makan. sekali roti canai dah habis. So oder kedai lain tapi roti canai goreng kosong jer. Okey, komen aku lepas makan roti canai ni hurmmmmmm rasa dia macam makan karipap kulit luaran dia tu cicah ngan kuah kari.
Ecah kata roti canai telur lagi sedap. Esok lah makan lagi sekali tapi kena gi awal.
Lepas makan kami gi beli tiket bot ekspress sebab tak mau jadi kes macam kemaren. Hahahaha.. Kali ni pilih seat first class seat tepi tingkap senang nanti kakak nak tengok kawasan.
Lepastu Ecah bawak aku ngan moknik pergi melawat sekolah dia. Terigin jugak aku nak melawat sekolah kawan-kawan. Nampak sekolah Eri dalam perjalanan ke sana.
Pemandangan sekolah ecah. Sekolah tepi sungai atas bukit. Dah lah terpisah blok akademik dia. jenuh nak kabat bukit nak gi kelas.
Lepas zohor kami gerak gi mandi air terjun. Kebetulan arini 1 mei cuti hari pekerja boleh la jadikan ala-ala celebrate cuti labour day. Kemain lagi ecah siap pinjam life jacket lagi untuk kami. Hahahaha...
Lucu la trecking pakai life jacket. Hahahahaha....
Dah petang, balik hotel rehat jap pastu keluar gi tengok sunset Kapit. Cantik betol pemandangan kat kapit. Memang sangat nature dan sesuai lah ngan Ecah duk sana. Dia memang suka nature nature ni. Itulah Allah kan maha mengetahui apa yang sesuai dengan hambanya.
Sunset in Kapit.
Lepas magrib kami dinner kat open air, tempat lepak geng geng kapit. Makan sana teringat lepak malam-malam makan kat downtown cheras. Sekarang downtown dah tak de dah. Sempatlah jugak kami budak budak ipik jalan kaki jer lepak sana.
Tengah duk makan situ tetibe naim mai. Tau je naim ni kami makan tang mana. Hahahaha.. Lepak ngan naim sembang-sembang sampai kat kedai tu tinggal kami jer. pastu balik hotel. Rehat.
Hari berikutnya pepagi lagi Ecah kerahkan aku bangun ikut dia balik rumah hantar kereta tukar ngan motor. Otai betol ecah suruh aku naik motor tak pakai helmet oiiii... Dia pakai, aku tak pakai. Lama aku tak naik motor. Lalu jalan Kapit yang berliku liku turun naik bukit. Ecah break mengejut pangggg kepala terhantuk kat helmet. Kuang asam betoii ecah... Pastu masuk bandar pon tak pakai helmet. Tapi tak de pulak aku nampak sorang pon polis kat Kapit tu. Fuhhhh selamat...
Sekali lagi kami breakfast kat GK. Kali ni ada rezki aku nak merasa roti canai telur Ecah tu. Tudiaaa aihhh.. Lain benor roti canai telur ni.
Kakak belakang photoboom gambor kami. Adeiiiii..
Taraaaaa.... Roti canai goreng telur. Rangup oiiii...Okey, komen aku hurmmmmm... Luaran dia macam kulit karipap pastu dalaman dia makan makan murtabak.
Lepas makan teman ecah gi beli Pezzo. Baru bukak pezzo kat Kapit. Ko jangan main main kata Kapit tak maju. Hahahahaha.. Ada pezzo okey kat sana.
Kemainnn ecah heppy nak beli pezzo. Aku beli jugak satu slice untuk buat bekal makan atas bot.
Sempat jenjalan kat pekan singgah sebentar kat kapit town. Kat situ ada funfair, jualan dan ada jugak orang jual pakaian tradisional iban.
Kejap je kami gi sana. Pastu gi antor moknik nak balik sekolah dia dah. Sekolah moknik pedalaman p3. Kena naik bot ekspress dati kapit pastu berenti dekat waf dan naik perahu pulak untuk ke sekolah.
Kawan moknik balik semenanjung bawak cream puff. Sedap maiiii..
Sedang duk makan-makan tetibe bot moknik bergerak. Berlari moknik sambil makan cream puff kejor bot dia. Nanar sungguh laaa...
Moknik tengah kalut call member dia dalam bot.
Rupa-rupanya bot dia gerak gi isi minyak jap derrrr ..Cissss.. Hahahahahaha...
Pakcik ni duk panggil-panggil aku suh ambil gambor dia. Nah.. Achik. saya up gambor achik kat blog saya naaaaa...
Bye bye moknik. Jumpa lagi nanti.
Tinkiu ecah berjaya bawak aku datang kapit. Orang last hantar aku keluar dari Kapit. to ecah.. Duk kat sana leklok naaaa... Jangan lupa pasang side mirror motor. =P
Peringatan untuk kenkawan yang nak gi Kapit lepas ni. JANGAN BAWAK BEG TROLI. Better bawak bagpack / sandang. Ya rabbi... Seram weii nak angkut beg ni nak bawak masuk dalam bot. Dah la kena turun tangga tinggi pastu antara tangga tu ngan tepi bot ada gap. Kena melangkah sambil pegang beg takut jatuh sungai. Nasib baiklah ada penumpang tolong pegang beg aku. Dannn nasib baik aku pakai sport shoes. Selalunya pakai wedges tinggi. Huaaaaa...
Patut la kawan-kawan aku kat Kapit kalau keluar bawak begpack kalis air cap hypergear jer.
Dah selamat masuk bot. Fuhhhhh Legaa... Ekon sejuk teramat. Beza ngan masa mula-mula datang berpeluh peluh.. Hahahhaha..
uncles pakat duk tido dalam bot. Ngantok oiii.. Ko ingat tak tadi aku ada tapau pezzo katanya nak makan dalam bot. Aku tak makan pon weii.. Sogan den nak makan dalam tu tambah tambah duk tepi laki.
Pemdangan luar bot. Nampak perkampungan tepi sungai. Besor sungguh sungai Rajang ni. Dulu belajar masa geografi jer ngan cikgu pauzi duk cerita pasal sungai di sarawak. Sekarang sungai rajang telah kurentasi.
Okey. Dalam 3 jam dah sampai Sibu. Dah lah baru bangun tido. Mamai-mamai turun bot angkut beg. Ada pakcik-pakcik kat luar duk laung-laung 'angkat beg angkat beg'. Ada perkhidmatan angkat beg kat jeti ni. Tapi beg iolsss beg troli so tak perlula nak mintak orang angkat. Tarik sajooo..
Sempat lagi sekali selfi dekat open bay epot sibu. Berakhir sudah perjalanan zazi ke kapit. Wishlist untuk tahun 2016 dah tercapai. Yahooo... Tahniah buat diri sendiri dan terima kasih buat kawan-kawan semuaaaa... Jumpa lagi nanti. Gracias... (T__________T)..
xoxo~
No comments:
Post a Comment