Monday, October 15, 2012

Riadah bersama classmate

Oleh sebab kami dah masuk antara minggu-minggu last sebelum exam, jadi kelas banyak yang dah habes. 
Hari Jumaat tu kelas tak ada langsung, budak kelas aku pon plan nak gi beriadah sama-sama sebab semester ni kami sangat sibuk dan jarang keluar satu kelas. 


Sebelum bertolak kami berkumpul dulu. 
Yang perempuan naik 2 bijik kereta.
Yang lelaki semua naik motor. 


Emmmm...kemana kami nak pergi???


Tadaaaaa...Zoo Negara

Takkan gi zoo pakai track suit ngan t-shirt biasa dan berselipar hitam tapak tebal kot. Tak stylo la u ni azie.


Okay. Sebenarnya destinasi kami adalah air terjun Kemensah. Tempat tu kat belakang Zoo Negara. 
Tapi dah datang situ tak boleh pulak masuk ke kawasan air terjun. 
Sebab kami pergi hari Jumaat, bukan hujung minggu. So, kawasan tu ditutup.
Kalau nak mandi manda jugak boleh masuk kat kawasan yang depan-depan tu je. Tak syiooookkkkk lah air tak terjun.. (T____T)~

Dah alang-alang sampai kami decide duk jerlah kat depan tu. 
Lagipon masa kami limited sampai tengah hari jer.
Nanti budak laki nak gi solat Jumaat pulak.

Reminder eh! Riadah-riadah jugak seronok seronok jugak sembahyang jangan tinggal walau di mana kamu berada. 

Menu kami pada hari tu adalah nasi lemak, mee goreng, ayam dan sosej BBQ. Air bawak sendiri. Minum air kosong je. Jimat dan sihat. Hahahaha...

Ko layan jerlah gambar. 




Reminder lagi. Kalau mandi manda pakailah baju warna gelap, labuh dan besar. Yang pompuan pakai tudung labuh sket yek. Erkkk..aku pakai baju putih. Tapi make sure pakai inner kat dalam. 




Kenapa semua gambar dalam air aku tak de???

Sebab ada satu insiden yang menyebabkan mulut aku berdarah. Baru je masuk kejap dalam air. Tak dan nak bergumbira bersama kawan-kawan.  Terus dapat tugas menjadi tukang tangkap gambar jer. Sebab mulut aku luka tak boleh masuk kena air.


Tayar itulah yang menyebabkan mulut aku bengkak dan berdarah. 
Macam ni citernya. Aku nak terjun masuk air guna guna tayar tu. Bergayutlah aku kat tayar. Bila nak terjun tu ntah macam mana tayar tu terpantul balik kat aku, mulut aku bergeser kat tayar tu. Mula-mula aku ingat pecah bibir. Tapi bila lap lap semua darah kat mulut rupa-rupanya bergeser kat tayar habis calar balar mulut aku. Bengkak kemain lagi dah macam angelina jolie. Tak dapat aku nak teruskan mandi manda.


Dah last-last baru ada gambar aku. Lepas dah hilang sket ase pening-pening nak pitam aku tu baru lepak balik ngan kawan-kawan.


Time ni budak laki semua dah balik nak pergi solat jumaat. Tinggal yang gegirls jer.


 Tamat kat sini jer riadah kami pada hari jumaat yang tiada kelas. Lepas raya haji ni kami exam final sem. Asignment aku dapat markah paling teruk so kena work hard untuk exam bagi cover balik markah. Kalau tak....emmmm...

Okeylah Babai..


1 comment:

Rin Saharina said...

Air terjun kemensah ni dekat je dr UIA.tpi rin xpena pegi pun.tgk tmpt mcm nice je.hehe.ni yg excited nk ajak classmates jgk ni ;)