Sunday, September 16, 2012
Tips traveling dan camping
Hye assalamualaikum semua..
Aku baru je sampai hostel ni setelah 2 hari buat kajian projek kat Melaka. Tetiba terpikir nak review tips antara sebahagian barang-barang yang rasanya perlu di bawa semasa travel, holiday, ber-camping atau aktiviti yang kita perlu bermalam.
Toletries wajib kena bawak.
Body wash botol kecik jer
Berus gigi dan ubat gigi
Pencuci muka.
Dah. Letak semua dalam satu beg kecil kalis air. Senang nak bawak masuk toilet terutama masa camping. Takde lah nak cicir satu satu kan.
Next. make up beg. Ni barang penting bagi aku. Kamu punyer tataulah macam mana.
1. Beg kecil pinky avon - untuk isi semua barang-barang mekap
2. Silkywhite magic face powder - aku tak pakai compact powder
3. sikat pinky - kalau lupa yang ni kusut la rambut
4. deadorant nivea - wajib bawa! nanti tak pasal-pasal bau jebat
5. Toner safi balqis
6. naturactor meiko
7. Sanitizer - untuk cegah kuman
8. Body mist - tak mau masham masham tau
9. Garnier light eye roll-on - da pakai setahun tak ilang jugak hitam bawah mata
10. Eye liner
11. Lip ice sheer colour - bibir jadi pinky-pinky walaupon tak pakai lipstik
12. Brooch - in case kalau brooch hilang atau cicir
13. Lip Balm Bee Happy Etude House - takmau bagi bibir kering kena ekon semasa dalam bas
14. Radiant C face Quencher Herbalife - segarkan muka semasa cuaca panas atau lepas tidur terlentok lentok dalam bas.
Ha! Lagi satu benda penting ialah cermin kecil. Sangaaaaatttt wajib kena bawak kalau pergi camping. Okey.
Yang ni terpulang pada kamu nak bawak ke tak. Bagi aku penting.
Mineral water. Sangat cool kalau selalu bawak mineral botol. Badan kita kan memerlukan sekurang-kurangnya 3 Liter air setiap hari. Sila take note terutama yang mahu lose weight.!
Henfon. Tak penting sangat dah bagi aku sekarang. Pergi camping letak dalam beg 4 hari pon tak de orang nak call dah. Tapi kalau gi holiday wajib bawa takut sesat jalan nanti nak call kawan-kawan.
Dan last sekali. herbal aloe soothing gel Herbalife. Sebagai krim muka dan untuk kecutkan dan hilangkan parut jerawat (^___^)v.
Jangan lupa bawak telekung bagi perempuan muslim sekalian.
Walaupon di mana kita berada dan ke mana kita pergi, solat itu WAJIB! Aku sangat takut kalau pergi camping, holiday atau travel mana-mana tapi tak solat. Takut dalam perjalanan ada sesuatu yang tak diingini berlaku. Mana kita nak tau kan. Kan Allah dah memudahkan kita untuk solat jamak. Sama-samalah kita berpesan kepada semua orang terutama yang tersayang.
Coming soon entry: Lawatan projek di Melaka
Labels:
comel,
herbalife,
make-up,
merah jambu,
naturactor,
riadah,
travel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
true.rin if pi camping/travel,wajib bawak mineral water & telekung :)
selamat bercamping !hehehe.
wow ! good tips !hehe
Tips yg sgt brguna :-) btw follow my blog :-)
Post a Comment