Saturday, September 2, 2017

Ikan paus menyusukan anak?


Assalamualaikum...

Bukan mudah untuk menjadi seorang cikgu sains yang bukan major ni sebenarnya. Tambah pulak semasa mula-mula diberi tugas ngajar sains aku tak tahu nak rujuk ngan cikgu mana disebabkan guru sains yang sebelum ni dah berpindah. Kiranya aku ni bidang terjunlah kena ajar sains masa tu. Kena pulak ajar murid-murid nak UPSR. Menggagau aku tak tahu mana nak mula. Alhamdulillah tahun tu masih ada kursus KSSR jadi dapatlah berjumpa ngan guru-guru sains dari sekolah lain untuk mintak tunjuk ajar. Join group kat telegram yang share macam-macam. Rasa legalah siket dan konfiden untuk kasi ilmu pada murid.

Sebelum masuk kelas pulak memang aku kena study dulu pebenda yang aku nak kena ajar. Subjek sains ni kan fakta, tak boleh nak main goreng jer dalam kelas. Tipulah kalau nak cakap aku tak pernah salah fakta, selalu jer awal-awal dulu. Tapi aku perbetulkan balik dan belajar dari kesilapan. Tapi tahun lepas ada seorang murid aku ni advance woi. Dahlah suka baca buku fakta, tengok national geografi pulak tu. Mencabar betol kalau aku tersilap kasi maklumat kat kelas tahun lepas. Nak tak nak aku kena advance dari murid.

Memandangkan tak lama lagi murid dah nak UPSR, aku bagilah dorang jawab soalan percubaan sains dari negeri-negeri lain. Kemudian kami buat perbincangan. Adalah satu soalan tu buat murid-murid aku konfius pasal ikan paus. Ya, memang murid-murid aku tahu yang ikan paus ni sejenis haiwan mamalia. Dan soalan tu menyatakan ikan paus ni jugak menyusukan anak. Terus anak murid aku soal bertubi-tubi.

Yeke ikan paus menyusukan anak?
Macam mana dia susukan anak dia?
Mana nenen dia?
Dia pegang macam mana anak tu?


Ya tuhannnn......


Cikgu pon tak pernah tahu pon pasal ikan paus susukan anak. Aku pon curious nak tahu jgak macam mana anak dia minum susu. Jadi, aku just gitau nanti cikgu kaji dulu. esok cikgu kasi jawapan (ayat selamat cikgu-cikgu kalau dah buntu) Hahahaha..

Masuk bilik guru terus aku tanya cikgu-cikgu sains yang lain. Tahun ni sekolah kami terima 2 orang cikgu major sains yang baru. Dorang gitau memang ikan paus susukan anak, tapi nenen dia tersembunyilah. Yela kan, aku tak pernah pulak nampak nenen ikan. Hehehehe.. Jadi turun ke bandar ni aku cari lah video untuk tunjuk kat murid-murid nanti. Kan best kalau sekolah dibekalkan dengan internet berkelajuan tinggi. Kalau murid (dan cikgu jugak) buntu, terus dapat google. Ni tenet pon tenat. Alahai..... Itulah cabaran menjadi cikgu sains bidang terjun ni. Kena banyak study sendiri dan refresh balik ilmu zaman sekolah dulu.


No comments: