Cuti sekolah seminggu akhir bulan 8 aritu aku tak balik pon kampung sebab sekolah ada kelas tambahan untuk murid tahun 6. Kan dah dekat nak UPSR. Dalam cuti tu jugak sambung ngan cuti hari merdeka dan cuti hari raya aidiladha. Separuh cuti aku habiskan untuk kelas tambahan lepastu turun ke bandar lah duk sana je selana 5 hari.
Nak balik kampung macam alang alang je walaupon aku dah beli tiket awal dah untuk cuti seminggu tu. Dah bila kena buat kelas tambahan burn jela tiket aku untuk balik ganu. Takperlah berkorban cuti berkorban tiket flight berkorban raya. Fuh.. pengorbanan di hari raya korban. Hahahahaha..
Jadi aku menghiburkan hati sendirian buat jelajah hotel dan inn. Aku duk bandar selama 5 hari dan setiap hari aku tukar hotel. Sebabnya...
1. Untuk keselamatan la kenkonon kalau sendirian elak stay hotel yang sama sebab takut ada orang perati..mana lah nak tau kan..kenalah berjaga jaga..
2. Hari pertama aku stay hotel M yang selalu aku tinggal..sebenarnya bukan hotel sangat pon. Hotel bajet jer tu senang citer kita namakan inn M. Hari kedua duk inn H sebab dekat ngan mall senang nak jalan gi cari makan kalau sensorang kan tak perlu jalan jauh sebab inn M ni jauh sket dari mall.
3. Aku saja nak try duk hotel 5 bintang so aku pergilah stay sendirian di hotel M. First time try guna goverment rate memandangkan dah buat kad goverment haritu. Dapatlah diskaun harga bilik. Syiokkk have my me time. Lepak tepi pool.. walaupon masa tu hari raya. Macam duk luar negara pulok dikelilingi mat saleh. Sebenarnya aku pilih duk hotel M ni sebagai hadiah besday utk diri sendiri (sadis betol sendiri hadiahkan), pastu sempena hari merdeka dan sempena hari raya korban. Rangkum sekali lah tu..
Lepas check out dari hotel M aku naik taxi pergi ke inn MS yang macam rumah kedai. Mesti uncle taxi tu pelik pehal pompuan ni tadi pi pick up kat hotel 5 star tetiba dihantar ke inn rumah kedai..hahahahaha.. apa boleh buat pakcik.. bajet untuk 1 ari je mampu..
Inn MS ni pon aku pilih dekat ngan mall walaupon agak creepy la jugak sunyi sepi macam aku je rasanya stay sana. Bilik pon ada beberapa buah jer. Lepas ni x mau dah duk situ sensorang..
Next day aku patah balik duk inn M yang awal awal tadi. Sebabnya kawan kawan dah pakat balik dah dan adalah kawan tinggal sesame share bilik ngan aku setelah beberapa ari sendirian lone ranger. Rasa macam bisu jer takde sesape nak berborak. Tula pengalaman aku menghiburkan diri sendiri ngan 1 hotel 1 hari.
No comments:
Post a Comment