Sunday, September 3, 2017

Pertandingan zumba

Assalamualaikum.

Murid murid kat LJ memang majoritinya suka menari dan mereka boleh praktis sendiri tarian tu tanpa perlu cikgu yang guide pon takpe. Mereka akan tengok video dan praktis sendiri sesama dorang. Kadang-kadang waktu hujung minggu yang masa tu bukan minggu balik kampung akan ada aktiviti zumba di asrama pada waktu petang. Macam biasa murid akan tengok video dan lead kat pentas. So, kami pon pikir why not kita adakan pertandingan zumba antara rumah sukan emmandangkan murid-murid LJ ni memang suka menari dan berzumba.

Jadi bersempena jugak dengan bulan kemerdekaan, kami pon mengadakan pertandingan zumba kemerdekaan. baru nampak patriotik siket.



LJ ada 4 buah rumah sukan; Puma, Nike, Mizuno dan Adidas. Semua jenama sukan. Aku termasuk dalam rumah Mizuno. Kenkadang aku konpius jugak nama rumah sukan tu mewakili rumah sukan kaler apa. Memandangakn tema kita patriotik, maka berhiaslah murid-murid semua dengan bendera.


 Lagu wajib untuk setiap rumah sukan adalah lagu Aku Negaraku. Tak kisah nak guna lagu tu untuk warming up, main atau pon cooling down. Yang penting, mesti guna lagu tu. Dan Semua lagu yang digunakan dalam zumba ni mesti lagu dari Malaysia. Kau rasa-rasa lagu apa yang menjadi pilihan ramai??


Dua buah rumah sukan telah memilih nak pakai lagu I AM ME yang Dato seri vida nyanyi tu. Kiut oiii budak-budak zumba pakai lagu ni..


Oh ya, step-step zumba ni cikgu-cikgu dan staff yang rkea sendiri, based on video pon ada dan pastu murid-murid praktis sendiri.


Muri-murid get ready dan dengar arahan daripada PK-Ko sebelum acara bermula. 


Rumah-rumah lain kemain lagi pakai kain kat kepala. Team Mizuno lain dari yang lain, pakai pompom. 









Untuk team Mizuno, kami bahagi kepada 3 bahagian so pakai 3 lagu. Untuk warming up aku yang incharge so aku pilih lagu dikir puteri, untuk main cikgu B yang incharge dia pilih lagu pencuri hati dan untuk cooling down cikgu E guna lagu wajib iaitu aku negaraku. 



Para juri pertandingan adalah dalam kalangan komuniti LJ. Ada wakil daripada klinik kesihatan, wakil dari PIBG dan jugak GB. 




Pertandingan zumba ni telah dimenangi oleh team Puma yang membawakan lagu I Am Me. Naib juara team Nike, tempat ketiga team Mizuno dan terakhir team Adidas. 


Kami latih murid-murid ni dalam masa seminggu je dan macam-macam hal lah berlaku semasa nak berlatih tu. Masa nilah nak tengok kesungguhan murid-murid untuk bertanding dan ada jugak lah beberapa orang murid yang rebel tapi alhamdulillah semua perform ngan baik semasa hari pertandingan. Maybe next time boleh la buat lagi pertandingan macam ni. 



Lepas berzumba, kami adakan pertandingan larian kemerdekaan. Yang tu next time aku cerita neh..

No comments: