Monday, August 7, 2017

Mati


Pernah tak kamu rasa macam ajal dah nak sampai?
Rasa takut akan kematian?
Ada beberapa insident yang aku rasa macam terlepas sipi sipi dari kematian.


Yang seingat aku buat masa ni. Tahun lepas masa aku disaspek kena kencing tikus. Alhamdulillah negatif. Tapi semasa aku di ward ada satu masa tu aku kena sawan kot. Ntah la nak gitau apa istilah in medical term. Masa tu badan aku rasa sejuk giler menggeletar satu badan, menggelupur atas katil sensorang. Aku tak dapat kawal pernafasan walaupon aku cuba untuk bertenang. Still tak dapat. Sampai cramp badan.


Dalam hati aku duk pikir tuhan dah nak tarik nyawa aku jer time tu. Dalam tengah menggelupur tu aku sempat mintak tolong penjaga katil sebelah pi panggil nurse atau doktor. Tak de sesiapa jaga aku time tu. Dia pon cuak giler tengok aku terus berlari panggil nurse. Bila nurse datang tenangkan aku siap selimut dan urut urut kaki sebab aku cramp kan. Sampailah aku tertidur.


Ya Allah..! Syukur masih bernyawa..


Ini satu lagi baru terjadi pagi tadi. Ntah kenapa aku rasa sesak nafas macam oksigen tak cukup masuk dalam badan. Tercungap cungap aku lepas terjaga dari tidur. Sekali aku pusing badan nak tutup alarm, badan plak cramp sebelah. Sakitnya ya tuhannn.. ase lumpuh sebelah badan. Aku gosok gosok badan kasi lega. Dah la time tu tengah gasping for air. Bila dah okey tu terus bangun minum air macam dahaga giler. Alhamdulillah masih lagi dapat bernyawa sampai saat ini.



Bila pikir pasal mati, secara otomatik akan terpikir cukup bersedia ke kita ni nak menghadapi kehidupan akhirat dan alam barzah? Cukup dah ke amalan? Adakah kita akan mati dalam keadaan husnul khotimah? Dapat ke kita masuk syurga firdausi?



Macam macam bermain di pikiran aku sekarang. Takut akan kematian tu yang paling utama la.


No comments: