Wednesday, September 6, 2017

Tak dak pagar

Assalamualaikum

Mengajar murid tahun 1 ni memang mencabar giler dan setiap kali masuk kelas memang kena get ready bawak tahap kesabaran tu lebih. Memandangkan aku ajar english jadi kena ajar murid membaca. Tahun 1 kan ada saringan Linus. Majoriti murid tahun 1 tak pergi prasekolah dan ada yang tak tahu langsung abjad dan nombor. Bayangkan nak kena ajar murid dari zero to be a hero. Hoyehhh...!


Anak anak tahun 1 kali ni ramai. 3 kali ganda ramai daripada yang aku pernah ajar sebelum ni. Lelah jugak kenkadang umpama pergi berperang setiap kali lepas kelas. Tak dapat aku bayang kalau ngajar 40 orang murid dalam 1 kelas. Masa praktikum aku pernah relief class tahun 1 selama sejam. Huru hara keluar kelas selepas 1 jam berpeluh peluh achik ni haaa..

Antara cabaran lain mengajar tahun 1 ni adalah semasa nak ajar membaca. Buat permulaan kena ajar sebutan fonem dulu. Perbetulkan bunyi huruf pastu baru masuk ke bab membaca. Masalah yang aku dan jugak murid aku hadapi adalah majoriti dorang ni rongak depan nak oii.. takdop pagor.

Tadaaaaa... geng takdop pagor. Kiutnyer lahai anak anak murid aku ni.

Bila dah masuk nak belajar sebutan huruf F, ni yang agak bermasalah lah jadi lain sebutan sket. Huhuhu...

Semasa saringan linus membaca, kenkadang aku let go jerla kalau sebutan lain sket. Dah tau kan bukan murid tak tahu nak bunyikan or baca cuma tak dop pagor tu yang mengganggu. Bila membaca tu boleh tengok ada titisan titisan ailio atas kertas. Kalau nasib tak menyebelahi kenkadang ke muka ticer titisan tu boleh sampai. Redho jerlah ticer.

Dah masuk bulan 9 ni. Saringan linus aku tak settle lagi. Kena struggle lebih la lepas cuti nanti.


No comments: