Wednesday, September 13, 2017

Beranak



Kisah dalam kelas tahun 1 arini semasa belajar phoneme P. Seperri biasa semasa membaca cikgu baca dulu pastu murid ikut bersama sama. Sedang semua murid baca berjemaah tetiba seorang murid perempuan tanya soalan

Girl: ticer, nanti bila besar kita beranak ke?

Aku terkaku sebentar. Dah kenapa pulak budak ni tanya pasal beranak. Aku rasa perkataan fonem P yang aku papar kat depan ni tak de pulak sentuh bab beranak.

Ticer: Iya betol tu. Nanti besar kita akan beranak tapi perempuan je yang akan beranak.

Girl: ooooohhh..
Kawan Girl: tapi kita kena kahwin dulu baru boleh beranak bila besar nanti.

Wohaaaa! Dahsyat perbincangan budak budak ni bab beranak..malas aku nak terang lebih lebih..baik sambung belajar membaca dulu kalau nak pikir pasal beranak pon..



No comments: