Assalamualaikum...
Di LJ dan juga sekolah sekolah pedalaman yang lain, sumber air kami adalah daripada empangan kecil yang dibina sendiri hasil gotong royong pibg dan sekolah. Setakat ni aku belom pernah pergi lagi ke empangan tu yang terletak jauh dalam hutan dan jalan nak gi sana agak mencabar lah yang memakan masa lebih kurang setengah jam treking. Air sungai yang mengalir dari bukit ditakung dalam kolam kecil, itulah yang dipanggil empangan (dam)
Air daripada dam ni bukan macam air yang mengalir dari paip rumah di bandar yang jernih dan sentiasa mengalir 24 jam.
Apa yang aku suka ngan air di LJ..
Air sini sejuk dan nyaman walaupun waktu tengah hari panas membahang. Tapiiiii...kalau waktu pagi atau malam sejuk gedik gedik oiii air dia. Kenkadang pagi tak tahan sangat sejuk aku masak air panas untuk mandi. Kalau malas atau dah lewat nak tunggu air tu panas main hentam jerlah mandi air sejuk macam ais tu. Kenkadang dia punyer tahap sejuk tu terpikir jugak aku malas nak mandi sekadar cuci muka dan gosok gigi jer.
Masalah yang kadang kadang kami hadapi di LJ ni berkaitan ngan air adalah bila waktu hujan lebat. Kalau hujan kompem air takda lepas tu. So, setiap kali hujan lebat kami akan cepat cepat pergi mandi, tadah air, cuci segala pinggan mangkuk atau pakaian sebelum air tu berhenti dengan tiba tiba. Kenkadang pakaian duk ada dalam mesin basuh lagi, tetiba air stop. Kepam la pakaian tu dalam tu ngan bersabunnya lagi tak sempat bilas.
Masa mula mula aku di LJ, aku sedih giler tengok keadaan bilik air rumah aku. Lantai penuh selut kekuningan.
Kenapa tandas kami macam ni??
Lepastu barulah aku tahu, air lepas hujan memang keruh kekuningan dan bawak selut macam warna air teh peng. Takde pilihan lain, kami mandi, berwuduk, gosok gigi dan cuci muka ngan air teh peng tu laaa.. sebab tu kalau turun ke bandar aku suka gi saloon untuk cuci dan treatment rambut sebab selalu mandi air teh peng.

Dan pernah jugak lama sampai lebih dari 3 hari LJ takde air bila musim kemarau atau tak de orang nak naik pergi dam untuk bersihkan dam dari sampah sarap selepas hujan lebat. Nak tak nak terpaksalah mandi guna air mineral botol. Nak jimat mandi pakai sebotol air jer. Sebabtu setiap bulan kami akan beli berkotak kotak air mineral atau drinking water untuk diminum dan dimasak. Tapi kalau buat air milo panas aku masak jer air dari empangan tu.
Dalam keseronokan tinggak di LJ ni kenkadang akan ada jugak dugaan macam dugaan air ni. Pernah beberapa kali kami dapat pakej lengkap bila air takde, letrik pon tak de dan ofkos line internet pon tak de. Fuh..mencabar betol time ni..

No comments:
Post a Comment