Friday, December 30, 2011

Terakhir 2011

Assalamualaikum semua.. Ni adalah entry terakhir aku bagi tahun 2011. Sehingga tahun 2011 ni aku dah buat macam-macam entry kisah kehidupan dan pandangan aku tentang beberapa isu yang ingin dikongsikan. Alhamdulillah aku dah ber-blogging selama 3 tahun dan follower dah 16++ terima kasih semua kerana datang jenguk blog shazika shahrim ni. Aku bukanlah blogger tegar. Kalau tegar aku dah berbelog tiap-tiap hari. 

Bila dah masuk tahun 2012 nanti akan tinggal lagi 2 tahun lagi untuk aku menghabiskan pengajian sebagai bakal guru. Aku rasa macam sekejap je. Banyak lagi ilmu perguruan yang aku kena belajar. Mampukah aku jadi guru cemerlang? Aku akan cuba sebaik mungkin. Sebab tu masa depan aku. 

Semoga kita bertemu lagi pada tahun hadapan dengan kisah aku yang akan datang. Apakah yang akan terjadi kepada aku tahun hadapan. Kita semua tak tahu. Jumpa lagi tahun hadapan. Bye....

Salam sayang, 
Azie~

Tuesday, December 27, 2011

Revolusi tudung


Alhamdulillah sekarang sudah ramai wanita yang bertudung. Yang dahulunya tidak bertudung dah makin ramai. Malah kanak-kanak kecil pon nampak comey bila bertudung. Kalau dahulu mak-mak akan ikat rambut anak-anak ngan perlbagai fesyen ada ikat satu, ikat tocang, jalin lipan, ala rasta dan macam-macam gaya ikatan. Tapi sekarang mak-mak dah beli tudung ekspress untuk anak-anak. Tak perlu susah-susah nak betulkan tudung anak yang herot. Sekarang ada tudung yang betul-betul muat ngan muka dan ‘ada muncung’.

Semasa aku ke sekolah hari tu, aku ase teruja tengok budak-budak tahun 1 semuaaaaa pakai tudung ke sekolah. Comey-comey semuanya pakai tudung kaler putih walaupon ada nampak kesan kotoran di tudung biasalah budak-budak beli keropok lekor kat kantin tangan ada cili kesat kat tudung. Syabas mak-mak yang bagi anak-anak pakai tudung ke sekolah!.

Remaja-remaja perempuan sekarang pula ngan fesyen tudung yang pelbagai gaya. Ala hana tajima, maria elena, fatin suhana, ala yuna, ala Dian dan macam-macam lagi lah. Selendang sekarang pon tak perlukan penjagaan yang cerewet. Tak payah iron, tak payah nak betulkan ‘muncung’, tak perlu risau kalau herot bila angin bertiup, dan tak perlu nak tiup-tiup hembus-hembus angin ke atas (zaman sekolah dulu berdiri depan cermin ngan kawan-kawan pakat berlawan tiup tudung nak bagi muncung).

Aku suka dengan revolusi tudung sekarang berbanding pakai tudung bawal dulu-dulu. Tak perlu nak iron kalau rasa dah lewat ke kelas. Aku tak abaikan tudung bawal sebab kalau ke kelas aku lebih selesa berbaju kurung dengan tudung bawal sebab tudung bawal ni ada kaler yang boleh kita matching-kan ngan baju kurung kita. Ehem… tupon kalau aku tak terlewat ke kelas aku pakai bawal kalau lewat aku sambar je tudung syiria.

Mungkin dulu-dulu orang tak ramai minat bertudung sebab renyah/cerewet. Tapi sekarang kan banyak pilihan fesyen tudung dan gaya. Jadi, apa salahnya kalau anda bertudungkan wanita-wanita sekalian. Kamu try and error lah. Kalau rasa muka tak sesuai pakai shawl lilit-lilit try pakai tudung ala ariani kalau tak sesuai jugak pakai tudung Syria kalau tak jugak pakai tudung ekspress kalau tak sesuai jugak pakai tudung bawal. Lain orang lain gaya kan. Yang penting kita cuba daripada tak bertudung langsung. u can do it girls and ladies!

Friday, December 23, 2011

Mandi air mandian mayat


Dah hampir sebulan nenek kepada sepupu aku meninggal dunia. Semasa kenduri tahlil aku pergi tolong-tolong sediakan makanan. Pastu aku terpandang 2 tong berisi air kat atas rumah. Mak su aku cakap tu air mandian mayat tok (nenek sepupu aku). Jadi kenapa simpan lagi air mandian mayat tu?? Air mandian mayat tu ahli keluarga jenazah kena ambil simpan buat mandi dikhuatiri ahli keluarga akan teringat akan si mati. Jadi kena mandi air mandian mayat tu. Bukan mandi kesemua air tu cukup hanya 1 cebuk/ gayung air mandian mayat tu. Meremang aku dengar kena mandi air tu. Tapi sepupu-sepupu aku tak mandi pon dengan air mandian tu. Takut katanya.

Mak Su aku cakap masa tok ki aku meninggal dulu dia mandi air mandian jenazah tok ki. Kadang-kadang aku teringat jugak kat arwah tok ki dan mak long aku. Adakah sebab aku tak mandi air mandian jenazah sampai sekarang aku teringat-ingat???? Mak aku cakap dia pon ada guna jugak air mandian jenazah tok aku masa tok aku meninggal masa aku masih kecil. mungkin sebab tu aku tak teringat sangat kat arwah tok aku. Kalau tokki ngan mak long aku memang teringat-ingat. Wallahua'lam. Kalau ada yang sudi perbetulkan tentang hal ni. Dipersilakan...

Monday, December 19, 2011

Simple

Assalamualaikum semua pembaca blog Shazika. Kali ni topik simple jek. Aku sorang yang simple. Kamu boleh tengok dari cara aku make up kan blog ni. Sebenarnya banyak kali jugak aku try ushar cara-cara nak hias blog bagi cantik tapi last-last aku tukar setteing html pilih yang ni jugak. Simple dengan black and pink. Aku tak gemar sangat nak taruk button application pape kat tepi-tepi side bar. Biar je la gini lagipon aku tak reti sangat hias blog. Kita pakai yang basic je.

Kalau bab penampilan pon aku simple. Pernah jugak dalam kalut-kalut bersiap nak keluar makan ngan member-member...

Ruby: Kenapa lambat sangat ni?
Aku: Nak tau satu benda tak?
Ruby: Apa dia?
Aku: Tadi saya dah pakai shawl lilit-lilit lek lok pastu time nak keluar bilik tu saya masuk balik tukar pakai syria jek
Ruby: Dah agak dah. awak selalu gini.


Lain pulak ngan member aku cekwe, mok nik  n kak long... Dorang mau aku bergaya sket pakai lilit kasi vogue. Okay aku try jugak kalau rasa masa bersiap masih panjang.

Cekwe: Apa ni zie, kata blogger pakai la style sket.
Aku: Pe kena mengena ngan blogger plak?

Mesti dorang ingat semua blogger kena jadi retis and fashionista macam FL, Maria, Nurul dan lain-lain. Memanglah mereka fashionista blog mereka pon banyak berkisah tentang tu. Aku ni personal blog jek. Simple je la sebab orang tak kan ushar aku sebagai ikon fashion or watever. Jangan salah sangka tu yek kawan-kawan.

Pasal makanan pulak tak memilih yang enak-enak sangat. Kalau kat umah aku ni ada 1 lauk je pon dah cukup. Aku masak lauk ikan singgang, ikan goreng dan nasi. Cukup sekadar yang tu. Tak de nyer lauk meriah-meriah melainkan kalau ada kenduri kendara atau jemput tetamu makan kat rumah baru masak best-best. Sebab selera orang tak kan sama ngan kita kan. Mungkin kita boleh makan nasi bujang/ nasi ekonomi tapi orang lain tak.

Yes babe! i'm having a simple lifestyle. How bout u?

Saturday, December 17, 2011

Kuat berimaginasi betul budak-budak ni

Semasa kenduri tahlil family aku ada berkumpul beramai-ramai dan dalam family aku ramai sangat anak-anak buah yang masih kecil. Salah seorangnya adalah anak kepada sepupu aku nama dia Atie. Semasa makcik-makcik aku sedang rancak bersembang aku terpandanglah Atie duk katas kerusi mulut membebel sorang-sorang. Oh! Dia bercakap sendirian sambil menilik jari sendiri. Untung aku dah belajar ngan Encik Chin. Kanak-kanak umur macam Atie memang kuat berimaginasi dan dipanggil sebagai main sendiri. Dulu masa aku kecik-kecik aku selalu jugak main sorang-sorang cakap sorang-sorang. Ambil botol bedak, botol minyak gamat imagine yang tu orang.

Dan aku mudah terpengaruh ngan rancangan tv. Bila mak aku marah aku main masak-masak bawah garaj kereta dia sebab penuh barang memasak aku nak parking kereta dia pon susah aku terus rasa nak ada doremon dalam hidup. Boleh dia keluarkan pintu suka hati so aku boleh buka pintu terus gi tempat lain. Tak yah dengar mak marah-marah. Atau bila aku bosan terasa nak gi umah kawan-kawan sekelas yang duk jauh-jauh aku rasa nak punya awan terbang macam Goku dragon ball boleh terus bawak aku ke rumah kawan-kawan. Atau bila aku gaduh kat surau semasa mengaji quran aku rasa diri aku macam power rangers kaler pink lawan-lawan sampai aku menang. Padahal balik umah nangis ngadu kat mak ayah last last aku yang kena marah balik sebab gi ngaji bergaduh. Nyesal aku ngadu. Atau menyanyi atas carpet bulat kat tengah ruang tamu macam penyanyi yang nyanyi dalam sinaran passport kegemilangan (kalau kamu masih ingat lagi program tv ni).

Kadang-kadang aku tak suka bila ada rancangan tv yang boleh membuatkan budak-budak berimaginasi melebih macam ada tongkat sakti atau dewi yang dapat tolong dalam kesusahan. Aku takut nanti benda-benda macam tu boleh mnegundang kepada syirik. Asyik-asyik nak minta pertolongan dari dewi atau kesaktian yang ada. Contohnya macam cerita-cerita indon yang tv3 tayang pada pukul 3.30 petang. Kalau boleh tayang cerita benar jangan dongeng pakai sakti-sakti. Kurang bagus untuk perkembangan minda kanak-kanak. Takut nanti mereka pikir ada dewi yang dapat tolong mereka padahal sepatutnya kita kena minta pertolongan dari Allah. Jadi, awasilah anak-anak adik-adik dan kanak-kanak apa yang mereka perhatikan.

Tuesday, December 13, 2011

Majlis sambut menantu dan di tepi pantai


Assalamualaikum...Musim cuti sekolah biasanya akan ada banyak undangan perkahwinan. tambah-tambah lagi pada hujung minggu. Kadang-kadang dalam 1 hari dapat lebih dari 2 undangan kenduri perkahwinan. Kena pandai bahagikan masa nak pergi kenduri mana dahulu. Hujung minggu yang lepas aku dan family pergi kenduri salah seorang saudara mara. Umah tok su aku ni kat tepi airport ganu. Kalau pergi umah dia akan lalu airport ganu yang lawa bangunan macam istana atau muzium. Lapangan terbang terengganu bersebelahan dengan pantai.

Pelamin bertemakan pink. Sukenya aku kalau pinky-pinky ni. Nasib baik aku pakai baju kurung biru kalau tak dah bajet akulah pengantinnya. Dahlah jari dah bernai cuma tak bercincin je. Pelamin simple tapi cantik ni untuk majlis sambut menantu. 

Bergambar kenangan dengan family belah mak aku. Aiseymen silap la plak. Pengantin duk belakang. Aku dah nak tarik kerusi taruk tepi ayah su aku tapi cameraman cepat plak tangkapnya tak pelah nasib baik pengantin tinggi.

Oleh sebab umah tok su dekat ngan lapangan terbang pastu lapangan terbang tepi pantai jadi kami menyinggah la kejap tepi pantai.

Eh eh... biliboard mengalukan kepulangan sultan kami... Daulat Tuanku

Sebelum pulang kami singgah solat asar kat masjid tengku zaharah atau orang ganu panggil masjid terapung. Dari kecik sampai ke besar aku datang masjid terapung ni. Petang-petang ada orang main kuda dan trend budak-budak sekarang ronda-ronda ngan fixie  yang warna warni. Teringin jugak nak naik tapi segan tongggek bontot. Oh ya! Masjid terapung ni bersebelahan dengan TER (terengganu equestarian resort). Aku tak pernah lagi pergi TER. Mungkin nanti aku pergi. Plan nak gi naik kuda atau main boling kat sana. 

Friday, December 9, 2011

Halal atau haram ayam yang kita makan?

Assalamualaikum semua.. Aku terbaca satu risalah tentang HALAL ATAU HARAM AYAM YANG KITA MAKAN? Hampir semua orang suka makan ayam. Kita boleh tengok ramainya orang kat KFC, McD, makcik-makcik membeli ayam di pasar, waktu kenduri rasa tak lengkap tanpa ayam masak merah, kanak-kanak mengamuk kalau mak tak masakkan ayam goreng dan lain-lain lagi. Tapi taukah kita macam mana ayam tu di proses? 


Di Malaysia, 97% industri ayam dikuasai pengusaha non-muslim. Kita selalu dengar kat akhbar, tv dan majalah sepanjang tahun bahawa banyak ayam yang tidak halal dijual. Sedarkah kita? Pernah tahu tentang isu ini? Ramai umat Islam tidak faham isu kritikal ketika memproses ayam. Berdasarkan amalan standard industri memproses ayam di Malaysia, usus ayam hanya dikeluarkan setelah ayam siap diproses. Air panas yang digunakan untuk melembutkan bulu ayam dicemari dengan najis daripada usus dan darah. Air panas pada suhu 75oC menyebabkan air yang bercampur najis dan darah ayam Berjaya menembusi daging ayam. Najis ayam merupakan punca beberapa jenis penyakit disebabkan bakteria dan virus.



Antara penyakit berbahaya yang boleh menular daripada najis ayam kepada manusia:
Virus H5N1- virus yang sangat pathogen dapat bertahan hidup dalam najis ayam selama 6 hari (sumber WHO)
E. coli 0157: H7- bakteria paling umum terdapat dalam najis dan usus ayam


Amalan memproses ayam di Malaysia:
1. Tidak kira jenis dan keadaan ayam (berpenyakit, bermasalah) dorang sembelih semua untuk kaut keuntungan
2. Guna kaedah stunning (proses melalikan ayam dengan kejutan elektrik sebelum disembelih)
3. Usus yang penuh ngan najis tak dikeluarkan sehingga ayam siap diproses
4. Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat tercemar dengan najis dan darah ayam
5. Ayam dimasukkan ke dalam air ais yang dicampur dengan klorin untuk bagi nampak segar beberapa hari semasa dijual di pasar.
6. Ayam dihantar ke pusat jualan, pasar basah, pasaraya, kedia runcit dan pasar malam.
7. Kebiasaannya ayam diangkut dengan lori dan van yang tak ada kemudahan sejuk beku. 


Bahaya ayam telur (ayam pencen)
Ayam telur diternak sehingga 70 minggu dalam reban yang penuh ngan najis dan kotor. Pakar perubatan seluruh dunia syak ayam pencen menjadi sumber kepada bakteria Salmonella enteriditis. Penjualan ayam pencen telah diharamkan di Singapura dan negara barat tetapi bebas dijual di Malaysia. Isi ayam pencen menjadi kegemaran pengusaha di Malaysia kerana MURAH untuk menghasilkan burger, sosej, nugget dan banyak digunakan di restoren-restoren yang menggunakan ayam dalam hidangan contohnya restoren TOM YAM.


Nabi SAW bersabda. Maksudnya: “makanan itu bentuk syaksiah insaniah”.
Kita pon selalu dengar pepatah omputih kata “ You are what you eat”. 


Kalau bab makan ayam ni aku bukanlah cerewet sangat tapi kalau boleh mencari yang baik itu kan lagi bagus. Family aku selalu makan ayam organik. Sejak ayah aku berkecimpung dengan HPA dia bagi kami makan ayam organik. Memanglah harga ayam organik ni mahal siket dari ayam biasa tapi khasiat dia lagi bagus dari ayam bukan organik.


Jom kita tinjau tentang ayam organik.

1. Ayam tidak dilalikan dengan kaedah stunning
2. Penyembelih mesti menghadap kiblat. Pisau menyembelih tajam dan mesti dicuci selepas setiap sembelihan.
3. Usus ayam dikeluarkan sebelum dimasukkan ke dalam air panas.
4. Ayam tidak direndam dalam air klorin.
5. Ayam makan benda-benda yang bersih dan berkhasiat: jagung, serbuk ikan, temukat,
6. ayam ni mempunyai protein yang tinggi sebab ayam makan makanan herba.



Aku pernah buat oral presentation tentang ayam organik dan bukan organik. Zaman sekarang ni pon pengguna yang berfikir tentang kesihatan akan memilih untuk membeli makanan berasaskan organik. Kalau nak cerita tentang harga memanglah mahal dah proses untuk menghasilkan produk tu dengan baik memerlukan penjagaan yang rapi. Barang elok harga pon tinggi lah.


Rasulullah SAW bersabda bahawasanya: tidak diterima ibadah seseorang yang memakan barangan yang haram. Ramai orang brusaha beribadah kepada Allah dan memohon diterima ibadah tapi kalau makan benda haram minum benda haram pakaian pon haram macam mana doa tu Allah nak makbulkan 


Jadi berfikirlah sebelum makan jangan main rembat je masuk mulut masuk ke perut. Entry ini adalah editing dari risalah ayam Az-Zain yang aku baca. Aku olah menggunakan bahasa yang mudah untuk kamu fahami. 

Aktifkan diri di twitter

Sekarang, selain ber-blogging dan ber-fb-ing, aku dah menceburkan diri dalam dunia twitter. Bukan sebab bajet macam artis wohhhhh retis ke pe benda cuma omputih kata JUST FOR FUN. Dulu jahil lah siket nak layan menda twitter ni tapi sekarang ngan bantuan rakan-rakan dah jadi reti dah siket-siket. Dulu lagi sadis nak tulis apa pon tak tau. Zilaaaa (member aku) semangat siap sms lagi

'azie, jomlah layan twitter'

Pastu nampak orang buh image kat twitter. Aku pon nak buat jugak. Tanya orang tu tanya orang ni. Tak jawab. (T____T) Nasib baik Zaty tolong terangkan. Padahal kat bawah tu je pon nak buh image. (ada gambar kamera) Klik situ jek.

Tu lah orang kata. Kalau tatau tu kena bertanya. Tengkiu kawan-kawan di twitter. Seronok sampai aku rasa nak tukar henfon lampu suluh aku tu ngan henfon yang boleh twit twit.



Kalau rasa nak layan twitter jugak meh lah join sama-sama Shazika.
.

Sunday, December 4, 2011

Bilik penjara pudu dah berubah jadi merah jambu


Aritu (dah lama dah) aku ada tunjuk contoh-contoh bilik cantik semasa kami buat asrama terbuka. Tapi aku ak buh gambar bilik aku. So sekrang aku nak tunjuk before adn after. Hari pertama aku masuk dan berdiri di hadapan pintu bilik tu dan keadaan selepas di baik pulih sepenuhnya.

Saat kali pertama aku membuka pintu bilik ini dan memandang ke dalam nya, mahu menitis air mata. Ini ke bilik baru aku? Bagaimana orang boleh tinggal dalam bilik ini? Sebelum aku masukkan barang-barang aku, aku ambil gambar sebab aku nekad akan ubah bilik bi sebab aku tak dapat tukar bilik lain. Aku taulah sebelum ni bilik tu bilik lelaki tapi takkan seburuk tu macam penjara pudu kau tahu! Emo giler aku ngan bau blik ngan keadaan tepi jalan yang selalu sibuk terutama malam minggu sebab orang pakat pergi downtown pastu ditambah pulak ngan permandangan indah yang ada dalam bilik aku. Pastu roomate aku plak kena dipindahkan ke bilik lain so aku yang kena hadap bilik tu sorang-sorang.


Dan bila roomate baru aku muncul barulah kami bertunggkus lumus uruskan pasal keadaan bilik tu selepas berminggu berada dalam tu. Terima kasih atas bantuan dan kerjasama roomateku, Wafa. Dan hasil sumbangan cat daripada Nisa. Dan sokongan moral dari rakan-rakan untuk aku berusaha menjadikan bilik itu 'BILIK UNTUK ORANG TINGGAL'.


pi es: Klik to enlarge the pictures.

Keadaan bilik aku sebelum dan selepas. Tong sampah besar tu aku heret masuk dalam bilik sebab penuh surat khabar dan pembalut meja yang berdebu kat atas meja. Aku berjaya menjadikan bilik aku pinky-pinky. Puas hati aku penjara pudu dah berubah jadi merah jambu. A girls room.


Ni bahagian katil dan meja roomate aku. Sebelum tu kamu lihat keadaan bilik sebelah kiri. Penuh stiker dan artikel. Kreatif tapi tak sesuai. Dan aku pernah cerita pasal gambar x-ray pada dinding bilik sebelum ni.
 

Tadaaa....! dah dihias cantik. Tak ada X-ray lagi.


Dan yang terakhir keadaan katil dan meja bahagian aku plak. 

Bila aku selak di belakang white board aku dapati ada kesan berlubang-lubang macam lepas orang balik dart. Ada bulat kat tengah-tengah pastu keliling dia penuh ngan lubang. Nasib baik lindung ngan white board. Akhirnya usaha gigih dan kesabaran menjadikan bilik ni selesa untuk tinggal. Dan sampai saat ini aku tak tahu siapa penghuni bilik aku sebelum ni dan lagi elok aku tatau langsung tu bilik sape. Seram giler dowh. kepada owner bilik sebelum ni aku mintak maaf sebab sekali lagi bercerita tentang bilik ni.


Thursday, December 1, 2011

Bahasa Isyarat (Sign Language)

Assalamualaikum semua.. Aku seorang pelajar di sebuah institut pendidikan guru atau lebih senang panggil maktab. Maktab aku ni kos utama adalah pendidikan khas. Aku bukan student pendidikan khas. Aku sooosiaaallll punyer student.

Setiap kali perhimpunan bulanan, kami akan nyanyi lagu negaraku, guru malaysia, lagu IPG dan lagu maktab. Kadanag-kadang masa perhimpunan akan ada senior kat depan akan terjemahkan setiap ucapan atau lagu dalam bahasa isyarat. Kami yang tak tau bahasa isyarat pon boleh join buat sekali.

Contoh bahasa isyarat yang digunakan dalam lagu masa perhimpuanan macam lagu negaraku kat bawah ni...


Yang ni aku amek kat youtube. Slow je pergerakkan dia. Kalau masa perhimpunan ada orang bagi ucapan yang nak kena menterjemahkan bahasa isyarat tu laju tangan bergerak.Kalau nak terjemahkan percakapan orang yang cakap laju-laju lagi berbelik-belit tangan. Hahahaha..

Ni perkara basic/asas yang aku tau tentang bahasa isyarat. Belajar huruf ABC sampai Z
Dulu masa aku belajar di MRSm diadakan projek SEM. Aku lupalah singkatan tu untuk apa. Aku ngan dua orang lagi kawan buat pasal sign language system. Masa ni lah aku tau tentang bahasa isyarat. Kajian sign language ni kami buat menggunakan sistem komputer. Dan kami menang projek komputer terbaik. Kawan aku meneruskan projek ni selepas kami tamat belajar pada tahun 2007. Dia bawak projek tu sehingga ke international level.

Gambar ni semasa aku teman kawan aku pergi buat pameran pertandingan kat PWTC. Ni lepas dinner ngan peserta pertandingan. Pertama kali aku join dinner ngan orang hebat-hebat.

Malaysia Technology Expo 2008. Ada macam-macam projek disertai perlbagai institusi pendidikan dan kumpulan-kumpulan lain.

Ni lah projek tu. Sign Language System.

Sekarang aku tak tau projek tu dah sampai mana. Aku pon teringin jugak nak belajar bahasa isyarat. Kat maktab aku ada je student berkeperluan khas masalah pendengaran. Aku sukar nak berinterkasi ngan mereka sebab aku tatau bahasa isyarat. Takkan nak eja satu-satu huruf sebab aku tau ABC sampai Z je. 

Monday, November 28, 2011

Lauk yang aku tau masak dan resipinya

Salam semua. Memang lama lah kan aku tak on9. Bila nak on9 jek tenet wat teruk plak tambah-tambah lagi cuaca kat kampung aku ni sedang hujan. Bodben plak nak sampai limit dah. Sorylah sape yang singgah blog aku tapi still ngan entry yang sama. Ada benda nak citer tapi tulah masalahnya.

Sekarang ni sebab aku sorang je yang ada kat umah yang tau masak (adik aku yang lagi tau masak pergi asrama sebab exam STPM, mak ayah aku kerja) jadi aku yang kena masak. Sedap tak sedap orang-orang yang masih tiggal di rumah ni kena makan jugak. Banyak komplein kelaparan la kau. Terutama adik aku yang muntah tu. (Rujuk entry sebelum ni).

Lauk yang aku tau masak adalah....... (drumroll)

Tadaaaaa....! Ikan singgang...!

Kalau yang duk blah pantai timur tau lah lauk ni. Makan time nasi tengah panas pastu ada ikan goreng siap ngan budu lagi memang perghhhh!! Tak yah tengok lauk lain dah. Laju je aku makan. Nak masak pon senang. Nak aku gitau cara-caranya ke? Ok fine. Aku gitau...

1. Isi air dalam periuk ikut suka lah nak letak banyak mana jangan melimpah sudah.
2. Masukkan kunyit hidup, lengkuas, bawang putih, asam keping dan sedikit garam.
3. Bila air dah menggelegak baru masukkan ikan (ikan aya: Ntah la kat tempat lain panggil ikan ni apa)

Senang giler kan lauk ni. Aku yang tak reti sangat masak pon jadi terer siap boleh tunjuk resepi dan cara lagi kat kamu.. So, selamat mencuba resipi ikan singgang aku...

Wednesday, November 23, 2011

Masa adik sakit adalah masa terbaik untuk kau buli dia

Semalam adik aku, nabilah demam, sakit perut sampai mutah-muntah. Kat umah tinggal aku dan 3 orang adik je. Mak ayah keje yang lagi 3 orang dah dihantar ke asrama. SO, aku lah yang paling dewasa. Kena jaga adik aku yang muntah-muntah tu. Aku ngan dia memang slalu gadoh tapi tak de teruk-teruk sangat. Dah dia gedik manja giler asal ada peluang je aku buli ah dia. Sebelum mak aku gi keje pagi semalam mak aku dah pesan (masa tu aku mamai-mamai lagi).

Mak: Nabilah sakit perut muntah-muntah tu tolong tengok sket. Bagi dia makan.

Pastu aku tertidur balik...

Aku bangun tidur tengok adik aku, Mah duk main game. Adik aku sorang lagi dah gi sekolah ada kelas tambahan. 

Sape yang nak uruskan budak muntah ni?????
Jawapannya: AKULAH!

Kena mandikan dia, buh syampu, muntah bukan reti nak gi toilet aku yang kena bersihkan. Ikutkan hati aku buh je tilam tempat dia tidur tu tepi toilet senang kalau dia nak muntah terus masuk toilet tak perlu aku cuci. Keji kan akak macam aku. hahaha. Dah dia suka cari pasal ngan aku. Masa dia sakit camnilah baru aku boleh buli dia. Tumbuk-tumbuk dia. Pastu baru bagi dia minum makan tak mau plak.

Pastu kol 1 mak aku balik gitau aku nabilah antor meseg masa mak keje.

"Mak adik muntah tak da sape nak sapu"

Hangin betul aku. Ooooo kau tak leh lawan aku pakai tenaga kau report kat mak pakai sms. Nasib baik mak aku balik. Malam baru pergi klinik cakap sebab makan makanan ringan banyak sangat. Tulah pasal. Makan honey star tak ajak aku! Satu kotak ko melahap 3 orang je. 

Konklusinya: Makan kena bahagi-bahagi ngan semua orang jangan tamak. Karang dah sakit aku jugak yang kena cuci muntah kau.

Sunday, November 20, 2011

Aku tak jadi pergi ke keluarga angkat, pulang ke pangkuan keluarga kandung

Assalamualaikum semua.

Sekarang aku dah berada kat rumah. Kalau ikutkan perancangan awal aku sepatutnya balik umah ari senin depan tapi di sebabkan program anak angkat yang akan aku ikuti semalam cancel jadi lepas exam ari khamis tu aku terus cari tiket kat Hentian Putra. Dapat tiket pagi jumaat naik bas Mutiara. Pertama kali kot aku naik bas ni. Selalu naik trans, Maraliner, SPBumi, Mahligai atau Saniexpress.

Sebelum pulang bercuti, kami kena kosongkan bilik kat hostel. Semua barang kena bawak masuk bilik yang dikhaskan untuk jadi stor. Nasib baik stor tu tepi bilik aku je kalau tak jenuh aku nak ngangkut barang yang boleh tahan banyak giler.

Kalau nak punggah barang masuk stor sangat praktikal kalau ada beg plastik macam nih. Semua baju aku 1 loker sumbat masuk beg nih. (polkadot pink). Yang lagi 1 tu barang-barang macam tupperware, iron, beg-beg dll.

Wohaaaaa...!!! Barang dalam stor. Ni Semua bukan barang aku okey. Campur ngan semua barang budak aras aku.

Habes kemas dan angkut semua barang pada pukul 4 pagi. Baru boleh tidur. esoknya bangun pukul 7 pagi. Fine. Cuma ada masa 1 jam untuk bersiap pergi hentian bas.

Dalam bas banyak giler kosong. Bahagian seat single je yang penuh.

Lama tak ambil gambar dalam bas. Kalau ada orang kat tepi aku opkos lah aku segan nak bergedik camwhore dalam bas. Belakang aku cuma ada sorang abang. Depan aku pon abang jugak. Wohaaaa.. Protect me my bodygurad   :P

Sekarang aku dah berada kat umah. Tatau nak plan apa untuk cuti ni. Ingat nak keje tapi bapak aku tak bagi keje plak. Dah lah ujung tahun duit elaun aku dah sengkek giler. Mana nak ada duit huaaaaaaa... Kalau mak ayah aku nak support okeylah jugak. So, lepas ni update lagi. Bye bye semua. Happy school holiday. 

pi es: untung belajar maktab dapat cuti sama ngan budak sekolah (^_~)V

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wedenesday #10


Sunday, November 13, 2011

Pinat menge-tag

Tu diaaa... Aku rasa tajuk entry ni macam pelik je. Kalau aku tak terang kamu faham tak pe yang aku nak citer utnuk tajuk di atas? Mmmmmmm... alah lamanya pikir. Takpela mesti nak tau jugak kan. Scroll down je pelan-pelan.

Member-meber aku kat MRSM sekarang duk main tag-tag jadi aku pon di-tag sekali oleh Pinat. Alang-alang aku tak dak idea nak tulis apa sebagai entry, bagus jugak buat tag-tag ni. jap jap..tag ni ada rules/undang-undang. Kena baca dulu ngan teliti.


RULES :
1.You must post these rules. 
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal. 
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. 
And create eleven new questions for people you tagged to answer. 
4.You have to choose 11 people to tag and link them to the post. 
5.Go to their page and tell them you have tagged him/her. 
6.No tag backs. 
7.No stuff in the tagging section about 
'You are tagged if you are reading this' you legitimately 
(a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.


oooo...macam tu rupanya undang-undang dia. Nak tau 11 things about me.


1.  Nama sebenar aku bukannya shazika shahrim. Ni nama blog. Namaku Azie.

2.  Seorang pelajar sepenuh masa di sebuah institut pendidikan Guru. Lagi 3 tahun nak kena habiskan pengajian.

3.  Mempunyai masalah berat badan yang tak pernah melebihi 40kg walau makan banyak mana pon.

4.  Hidup aku lebih banyak dihabiskan dengan kawan-kawan berbanding dengan keluarga atau teman lelaki.

5.  Seorang yang sangat simple dalam penampilan, perhubungan, study dan cara hidup.

6.  Tak suka rokok. Ingatlah orang tersayang.

7.  Mempunyai laman twitter tapi tak reti nak main twitter macam mana. Bukannya nak bajet artis ke apa. Saje suka-suka.

8.  Laptop jenama Compaq memang bermasalah guna beberapa tahun bateri dah tak boleh pakai. Jadi kena pakai charger setiap masa. Sekarang ni aku tengah guna laptop tak de charger.

9.  Aku baru habes exam Murid Alam Belajar. Minggu depan jadual exam 3 hari berturut-turut. Selasa, Rabu, Khamis. Perghhhh!

10.  Nasib baik tag ni nak aku nyatakan 11 je perkara tentang aku. Lepas setle ni nak study. Konon-konon je la study.

11.  Dah pernah nyatakan 25 perkara tentang aku sebelum ni dalam satu tag. Try ushar sini.


 Tulah 11 perkara tentang aku sekarang dan di tambah lagi dengan 25 perkara tentang aku dalam tag-tag yang lepas. (older post). Sekarang jawab pulak soalan dari Pinat. Here we go...


Soalan-soalannya berbunyi begini....


1. Dalam banyak2 kenderaan, yang mana korang paling suka guna? Why?
Kenderaan awam sebab aku tak perlu drive. Just bayar dan naik terus sampai ke destinasi di tuju.

2. Kalau korang berada dalam keadaan yang sedih dan loss, korang buat apa?
Makan makan nangis makan dan makan lagi pastu tidur. Bangun makan oh dah biasa.

3. Drama or movie yang korang paling suka? Why?
Drama dan movie korea. Orang korea comey.

4. Korang guna gadget apa sekarang?
Aku ada henfon ngan laptop je la. Henfon pon pakai yang ada lampu suluh.

5. Warna yang paling korang suka?
Pink! Semua benda aku ase nak pakai kaler pink sampaikan aku ase muak dah ngan kaler pink.

6. Korang paling teringin nak dapat apa sebagai hadiah?
Sebuah kereta mini cooper S model terbaru. Yang tag aku ni nak bagi hadiah eh kat aku. Hehehe

7. Lagu apa yang boleh gambarkan mood korang sekarang?
Antara dua-farah AF

8. Haiwan apa yang korang teringin nak pegang or belai? Why?
Anjing yang berbulu gebu kaler putih comey-comey. Kat dunia tak leh pegang nanti kat akhirat insyallah boleh pegang.

9. Pakaian yang korang paling menyesal beli? Kalau boleh, tunjuk gambar. Hahah!
Banyak sangat pakaian yang nyesal beli. Salah satunya yang ni. Sampai sekarang tak pakai-pakai.


10. Pakai spek tak? Kalau pakai, power berapa?
Tak. Kalau tak pakai tak jawab la kan.

11. Last question, apa first impression korang bila tengok & kenal aku?
One word. Comey. Alolololo…


Sekarang giliran aku pulak nak bagi soalan cepucemas kat blogger-blogger yang bakal di-tag


1. Lagu yang bermain di fikiran anda sekarang?
2. Dalam percakapan seharian kamu mengunakan loghat/dialek negeri apa?
3. Kamu berasal dari negeri mana?
4. Sekarang belajar/ bekerja di mana?
5. Apakah supplement/makanan tambahan yang kamu ambil (contoh vco, minyak ikan kod, kordel, vitamin)?
6. Maxis, Digi, or Celcom?
7. Pakai henfon model apa?
8. Fav cartoon zaman kanak-kanak dahulu?
9. Sejak bila kamu kenal blog Shazika Shahrim?
10. Munasabah tak soalan-soalan yang aku tag kat kamu ni?
11. Kamu suka tak kena tag pastu buat tag?

aku tag..
maslinaDalila, Murni, Bella bellitos, sugar2 kapas strawberi, kak z@ck, budak baik, nidapink90, wani almuari, akak miez sha, Ruby,


Sebelum kita mengakhiri sesi tag ni aku nak kasi penghargaan kepada kamu semua para bloggers yang sudi singgah belog saya. Dan kepada yang kena tag pon amek sekali tau. Terimalah INI.

Friday, November 11, 2011

Tarikh cantik 11.11.11 untuk benda yang happy je ke?


" Ramai orang memilih tarikh cantik untuk sesuatu yang istimewa dalam hidup. Tapi tarikh 11.11.11 biasa je macam hari-hari yang aku lalui" 

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wedenesday #9

Tuesday, November 8, 2011

Naik bas siang

salam aidil adha semua. Sibuk sangat pergi makan kenduri kat umah orang tak sempat aku nak update belog. Camne ngan raya? mesti peti ais umah masing-masing penuh ngan daging kan. Umah aku dah la peti ais kecik je tak muat dah. Satu minggu ni buat lauk daging je la nampaknya. 


Cuti raya aku dah habes sekrang dah berada kat hostel. Aku naik bas dari Kuala Terengganu tadi pukul 1 petang pastu bas aku naik tu hantar penumpang kat Kuantan pulak. Pukul 6 tepat bas sampai kat bandar Kuantan dan aku sampai KL dalam pukul 9.45 malam. Lama giler aku duk dalam bas dari pukul satu sampai la dekat-dekat pukul 10. Wohaaaa! 9 jam!...

Daripada nampak mentari samapai nampak bulan. Bosan giler duk dalam bas. Kebas bontot aku kejang kaki sebab seat sempit. Aku lebih suka naik bas malam sebab kalau nak tidur aku tak kesah nak duk style macam mana sebab bukan orang nampak pon tapi kalau bas siang segan aku nak tidur. Lagi segan kalau kat sebelah aku tu lelaki. 

Kot kot lah aku letih sangat tidur sampai ternganga kuar lio segala malu lah aku oooooo.. 

Konklusinya jangan ambil bas siang kalau tak terpaksa. Satu hal lagi nak kena pikir bab solat. Naik bas siang nak kena turun solat 4 waktu. Kalau solat lambat-lambat tak pasal-pasal kena tinggal bas. 

Sunday, November 6, 2011

150 juta by fynn jamal

Aku tak tahu pon yang fynn jamal ni menyanyi. Yang aku tau aku baca belog dia yang penuh puitis tu jek.

Jom layan lagu ni. Lagu ni pon aku tau dari cekwe. Dia suh aku cari lagu ni. Dan baru pertama kali aku dengar wohaaaa....!


Double thumbsup to Fynn Jamal.

Saturday, November 5, 2011

Jersi kelas

Assalamualaikum semua readers shazika shahrim. Kepada yang baru pertama kali datang ke blog ni saya ucapkan selamat datang. Hye, saya azie :)

Berbalik pada tajuk, kelas aku sekarang dah ada 2 jersi untuk ke kelas terutama kelas PJ. Satu kaler oren dan satu lagi kaler merah. Dulu sebelum wujudnya jersi kelas kami asyik duk pakai baju go green yang kaler hitam dan mmmmmmm agak panas giler sebab kain tebal. Dan sekarang dah selesa dengan memakai baju jersi semasa kelas PJ atau kajian luar.

Memandangkan kelas PJ ada 2 kali dalam satu minggu jadi kami tetapkan hari senin pakai baju oren dan hari rabu pakai baju merah.

Yang ni untuk hari rabu

Kadang-kadang bukan setakat nak gi kelas PJ je aku pakai baju jersi kelas ni. Kadang-kadang gi Tesco, Jusco, pi makan kat velo atau longkang atau ke pasar seni/central market pon belasah jer pakai baju jersi kelas. Bukan pe, senang la lepas kelas tukar treksuit kepada jeans dan terus pergi. Simple.

Pergi central market. 

Bukan aku tak peduli tentang penampilan tapi yang simple tu lebih menyenangkan. Kadang-kadang kalau rasa nak melawa aku lilit-lilitlah tudung tu tapi kalau nak simple hentam saje pakai syria. Aku suka syria sebab aku ase sesuai ngan diri dan wajah indah aku. Hahahaha.. 

Tahun depan rasa-rasanya kami satu kelas nak buat banyak lagi jersi sebab tahun depan kami minor PJ tapi aku ase tak perlu kot sebab belajar anatomi masuk kelas je tak perlu ke padang. okeylah. Minggu depan aku exam. Doakan aku semoga dapat idea untuk menjawab dan jawab dengan betul. tengkiu (^___~)

pi es: kalau perasan kan. gambar-gambar kat entry aku banyak yang pakai baju jersi T_T

Tuesday, November 1, 2011

Lelaki tua itu

Semasa aku dalam bas menunggu bas bertolak ke Kuala Lumpur, aku terpandang seorang lelaki tua kelihatan macam orang kurang betul. Aku tak bermaksud pon nak kata dia gila. Aku tengok dia terbongkok-bongkok sambil memegang satu beg plastik berwarna hijau. Lama aku perhatikan pakcik tu...


Aku ingat nak ambil gambar pakcik tu tapi memandangkan bas tak bergerak lagi karang kalu dia ternampak tak pasal-pasal dia naik bas mari bergambar ngan aku. Camwhore.


Aku perhatikan lagi. Dia mengutip sampah yang ada kat perhentian bas satu demi satu pastu masukkan dalam beg plastik tadi. Orang tua, muda, lelaki perempuan hanya memerhatikan saja. Macam aku, tengok je tau bukannya nak nolong. Apabila lelaki tua tu dekat ngan mereka, mereka bergerak menjauhi lelaki tua itu. 


Tapi lelaki tua tu terus mengutip sampah tak pedulikan mereka.....


Bagus lah pakcik ni. Boleh ajak join masuk kelab ekolestari maktab aku. Aku nama jer ahli kelab ekolestari padahal eko pon tatau ke mana.


Dulu masa aku zaman sekolah dulu, sementara nak tunggu bas kat stesen bas Kulim, ada jugak sorang lelaki tua yang suka mengutip macam lelaki tua tadi. Tapi yang ni kutip straw jek. Dia sambungkan straw-straw tu sampai jadi panjang. Ada orang citer kalau kau pijak straw panjang yang dia cantum tu nanti dia kejar kau.


Moral of the story: tak semestinya orang yang kelihatan tak siuman tu tak berguna. Ada jugak manfaatnya pada masyrakat dan alam sekitar. 

Saturday, October 29, 2011

Ronda-ronda di Terengganu lagi.


Hye semua.. aku AZIE.  Oh.. Hampir seminggu tak ber-update. Sekarang aku sedang ber-holiday di rumah aku yakni kampung aku la kat ganu. Aku ganu kat Marang. Ade sape-sape orang Marang jugak kat sini? Angkat tangan... Oooooo...

Oleh sebab kami budak maktab cuti seminggu sempena depavali, jadi peluang gini kita balik kampung la kan. Dan kebetulan member aku si Ruby ikut aku balik ganu jugak, Saje jalan-jalan cuti-cuti Malaysia kat ganu.

Unexpected things... Aku drive dari rumah sampai pantai Kelulut, Marang. Ruby lah paksa jugak aku bawak. Ok. Pastu ase lah siket confident untuk drive. Walaupon beberapa kali kena hon dari belakang, akhirnya selamat jugak aku drive.

Bukti aku drive. Ruby jadi co-pilot sambil makan keropok .

Kat Pantai Kelulut ni tak de orang lepak sangat. Kalau nak ramai orang selalunya kat Pantai Batu Buruk. Aku perhatikan sekarang budak-budak remaja dah pakat naik fixie warna-warni. Kaler masing-masing nak terang neon bagai. Bagoslah daripada dorang merempit kat tepi pantai petang-petang kan. Aku nak drive pon ase gerun. Bagos jugak wujudnya basikal cenggitu.

Keesokkan harinya aku bawak Ruby ke Taman Tamadun Islam (TTI). Plan nak masuk tengok monumen tapi TAMAN MONUMEN TUTUP SETIAP SELASA. Ingat.. Kalau nak gi taman tamadun nak tengok monumen jangan pergi hari selasa.



Lokasi seterusnya adalah muzium negeri terengganu. Secara jujurnya aku gitau, ase asenya aku pertama kali tengok batu bersurat. Yang selalu tengok adalah replika batu bersurat kat bulatan batu 6.

Tak boleh tangkap gambar dalam muzium. Mak guard tu tanya bawak kamera tak. Aku tipu kata tak. Aku tak bawak keluar lah kamera. Padahal tangkap jugak gambar pakai galaxy tab. Apalah makcik ni. Zaman dah canggih tak bawak kamera pon henfon ade je kamera. Tapi fon aku tak de kamera cuma ada lampu suluh.

Aku di hadapan muzium.

Lepas tu kami ke Pasar Payang. Dah petang masa tu jadi kedai banyak dah nak tutup. Ruby nak beli telur penyu. Aku tak sampai hati nak makan telur penyu kesian. T__T 

Oh ya! Jangan lupa saksikan perlawanan bola sepak Terengganu menentang Negeri Sembilan esok. Peteh ganu peteh. Tak gi stadium walaupon harga tiket dapat separuh harga dari kerajaan ganu pon tengok depan tv lagi clear.. (sori eh readers negeri sembilan ^___^)

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wedenesday #8

Thursday, October 20, 2011

1 tahun pon tak habis baca novel

Hujung minggu lepas secara tiba-tiba jek member aku bagitau ada pesta buku kat UPM. Dengar citer novel english ada jual dengan harga hanya RM8! Aku pon terus berkata YES! I'LL FOLLOW U untuk pergi ke UPM sekejap lepas lunch. Duit dalam poket masa tu hanya tinggal baki RM3 tapi gedik nak pergi jugak. 

Sampai UPM punyer lah besar tatau tempat tu kat mana tambah-tambah sesak dengan orang-orang nak konvo. Setengah jam jugaklah cari baru jumpa. Masuk dalam hall tu wow! ramainyer manusia. Terus cari novel english. Mula-mula bajet nak cari Cecilia Ahern punyer buku last-last rempat Shophaholic jer. Cecilia tak dek. Tapi ase teruja lah sebab aku beli kat MPH RM35 kat situ jual RM8 je weyyy. 

SO, kami rembat 3 buah novel english kat Big Bad Wolf Books. Ada yang borong sampai bawak lugage balik kampung punyerlah banyak buku dorang beli. Tapi berbaloi lah murah macam tu kan. Aku tak mampulah nak ambik banyak dah lah pinjam duit orang nak ambik banyak-banyak pula.

Tapi....

Aku pon tatau bila aku dapat baca buku-buku yang aku beli tu sebab buku Where Rainbows End yang aku beli bulan 4 aritupon tak habes baca lagi. Huhuhuhu... Ni pon tinggal lagi separuh. Camne nak habes kalau asyik dul layan belog je. Eh.. Salahkan belog pulak. Konklusinya aku ase berbaloi dengan hanya RM8 bukannya RM35. 

Wednesday, October 19, 2011

Ekspedisi memanjat Bukit Broga, Semenyih


Assalamualaikum semua pembaca blog shazika shahrim. Hujung minggu yang lepas aku join 3 aktiviti menarik iaitu pertandingan band, depavali night ngan memanjat bukit broga. Tak sempat nak citer ketiga-tiga aktiviti ni so aku start ngan pengalaman pertama aku daki bukit yang ramai giler orang panjat dan bukit broga ni pernah jadi tempat shooting pre-wedding sheikh muzafar. Gigih betul dorang panjat kan. Tapi pemandangan memang awsome!

Cakap banyak tak guna. Jom ushar...


Kami gerak dari maktab pukul 4 pagi. Eleh 4 pagi la sangat. Tunggu yang lain-lain pukul 5 pagi baru gerak gi broga.

Sampai kat sana suasana gelap lagi. Aku mendaki tanpa tahu keadaan sekeliling. Hanya berbekalkan lampu kat kepala yang Pau Cin Cin bagi masa exchange hadiah BIG dulu. Dah sampai atas broga hill tu dah masuk subuh kami solat dulu sebelum sambung perjalanan.

Dalam gelap tak nampak apa orang sekeliling buat. Bila amek gambar dengan flash baru tau ooooo orang belah kanan duk buat apa tu...


Matahari terbit. Cantiknya ciptaan tuhan. Hilangkan penat sekejap dengan bergambar bersama kawan-kawan. Bukan senang nak samapi kat atas tu tak kan tak bergambar kenangan kot. 


 
Perghh... Cari line tenet atas bukit broga pakai galaxytab.


Perjalanan nak turun memang menggerunkan. Masa naik tak tahu apa yang aku panjat dah turun baru tau ini ke jalan yang aku lalu tadi...




Punyer lah curam... Ada yang nak turun ada yang baru nak naik. Ramai giler orang mai bukit ni...



Masa nak turun aku ushar sekeliling ada jek mak cik-nak cik pakcik-pakcik yang dah tua budak-budak kecik datang ngan family. Larat lagi dorang nak naik bukit ni. Aku yang 20+ ni pon semput.. Kawan aku ada yang sampai termuntah. Kagum lah ngan mereka yang larat panjat sampai atas.




Okeylah. Sampai di sini je perjalanan kami ke broga. Lepas ni pikir 2 3 kali nak panjat lagi ke tak. Letih memanglah letih tapi bila kau sampai atas memang wow!!! Indah sungguh pemandangan. Wajib bawak kamera kalau naik atas ni. Takkan dah penat-penat panjat tak mau ada kenang kenangan kot. Eh, aku dah berjaya panjat. Kamu bila lagi???

 muka berlagak.

Untuk elak kaki cramp lepas panjat balik-balik umah tu terus sapu minyak panas. Tak de lah sakit sangat kaki lepas tu. Insyallah...