Showing posts with label GDO. Show all posts
Showing posts with label GDO. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

First midnight movie


Assalamualaikum...


Midnight movie yang pertama aku pergi tengok citer 3096 days. Tak rancang pon nak keluar tengok wayang malam tu. Aku tengah releks baca buku tetiba ruby call ajak tengok wayang sebabnya keesokkan harinya kelas tak de. So, aku pon ikut jerlah pergi midvalley ngan ika dan ruby. 


 Am i look fat in this picture.? 

Sebelum sampai midvalley kami tengok dulu trailer citer ni. Agak menarik jugaklah kisah seorang budak perempuan kena culik dan dikurung sampai dia besar. 


Awal giler masuk wayang. Perhatikan gambar di belakang. Kami jer yang single single. Yang lain bawak pasangan. Belakang ada 2 couple. Kat depan kami pulak ada 1 couple. 
 

Duduk dalam tu agak-agak 2 jam setengah lah jugak. Dengan sejuk dan mengantuknyer. Pastu tak habes-habes kami mengomel bilalah nak habes citer ni. penat ooo nak tunggu sampai 3096 days tu. Dahlah jalan citer slow. memang mengantuk giler sampai ruby siap tido lagi. Habes je wayang semua tak sabar nak balik.

 
Night in the midvalley. Selalu kat sini ramai giler orang. 


Tapi dalam slow slow pon ada jugak pengajaran dari citer ni. Kena jaga budak-budak jangan suruh pergi dan balik sekolah sendiri takut kena culik. Remember that.....


Lepas ni kalau nak tengok midnight movie kena pilih citer action yang perang-perang barulah tak mengantuk..



Tuesday, September 17, 2013

Berjimba hujung minggu

Assalamualaikum...

Disebabkan aku tak bersungguh nak cari tiket balik cuti Hari Malaysia aritu, bila ramai giler budak hostel balik kampung baru aku rasa menyesal. Last minit baru nak cari tiket memang non hado la kan. Nasib baik jiran bilik sebelah, Amna tak balik jugak. Melepak lah aku ngan Amna dalam bilik selama satu hari tak kemana-mana. Habeskan masa ngan tengok movie dan tidoq. Masuk je hari kedua dah tak boleh tahan dah kebosanan tahap gaban...internet connection pon tak dapat gara-gara wifi maktab problem dah dekat seminggu..

"Amna, jom la kita keluar. Tengok wayang ke gi Jalan TAR ke"
"okey"

Lepas zohor bergerak lah aku ngan amna gi Pavilion. Beli tiket wayang dulu citer Lagenda Budak Hostel. Syiok lah jugak kalo rasa nak gelak-gelak release tension sambil imbau kenangan semasa kat hostel sekolah dulu dulu. Aku suka tengok wayang citer lawak berbanding citer seram. Siapa tak tengok lagi Lagenda Budak Hostel baik pi tengok cepat. Aku bagi 4.5 bintang out of 5. 


zazi dan amna..Kami keluar berdua jer. 



Singgah kedai Sticky ushar-ushar orang buat gula-gula ni pastu buat muka selamba ambil tester. Dua kali pulok tu gi ambil. Teringat anak murid Pokdin bagi hadiah satu balang sticky untuk majlis perpisahan. 

Kaki aku tak cacat sebenarnya..

Surau pavi best dan selesa. Siap ada cermin besor for a better view dan selca. sorilah amna tak sempat bersiap lagi aku dah snap.




Feeling model ah siket..Tapi mata macam juling jer. Lantak ah..


Habes wayang pukul 6 lebih terus Asar kat situ pastu ronda-ronda sekitar Bukit Bintang. Ramai giler orang. Aku rasa macam duk luar negara jer sebab ramai pelancong asing. Aku ngan Amna bajet cakap indon lah jugak fefiling dari luar negara



Tetiba tengok ramai orang berkumpul. Rupa-rupanya ada orang emas berkilat tengah posing. Kalo nak bergambar ngan dia kena bayar RM2. Memang tak lah kan aku nak bayar semata-mata nak bergambar ngan dia. So, aku snap gambar dia curik curik dari jauh. hehehehe..



Sebelum maghrib gerak gi Time Square pulak nak maghrib kat sana. Punyerlah ramai orang kat surau TS tapi kami menyelit jugak solat situ alang-alang dah sampai. Lepas maghrib tapau Subway pastu gerak balik ke hostel. Akhirnya terisi jugak masa cuti aku ngan keluar jalan-jalan daripada terperuk dalam bilik.