Thursday, September 27, 2012

Hectic month

Assalamualaikum semua...

huru hara betol hidup aku sekarang. Memang tak terurus dari segi mental, fizikal dan persekitaran.
 Lepas balik dari cuti raya sampai sekarang asignemnt tak setle-setle lagi.
 Insyallah hari jumaat last submit last asignment iaitu Teknologi Pendidikan. 
Esok ada banyak perkara nak kena setle kan:
1. Ujian TMK (series tak study lagi)
2. Drama (ni markah untuk SDP)
3. Story board dan powerpoint presentation TMK.


Sepanjang bulan 9 ni penuh ngan aktiviti. 
Minggu petama gi camping, minggu ke 2 gi lawatan Melaka, minggu 3 asignment bertimbun jugak..
Aku harap minggu ni last ngadap asignment.


Aku rasa bersalah jugak sebab tak dapat bagi tumpuan sepenuhnya tanggungjawab aku sebagai biro penerbitan. Poster, banner,publisit untuk I-CON aku tak setle lagi. Nasib baik ketua aku mahu tolong buatkan banner. Poster aku dah buat draf awal-awal cuma tinggal nak masukkan maklumat jer. Nasib baik karnival tu minggu depan. Insyallah aku bagi full attention minggu depan. 


Minggu ni ada kejohanan ragbi. Nasib baik Shamel tolong aku wat banner. Aku ni belum mahir buat banner tambah pulak asemen memang bertimbun-timbun. Dah submit kena re-do balik mana tak bertimbunnya. sigh!


Aku berterima kasih pada kawan-kawan dan classmates aku yang sudi tolong aku tyme aku lemah gini. Aku taktau nak ngadu kat sape dah, nak dapatkan semangat dari sape dah..Semua kekuatan diri sendiri. 


Tetiba tadi bukak album gambar dalam hard disk ruby terpandang gambar aku dan classmate. Lamanya kami tak keluar berjimba sama-sama. Last keluar bulan 5. Time tu muka jerawat bertimbun lagi. (sebelum consume herbalife). Nanti nk update lah aktiviti last tu. Ermmm tunggu setle asemen eh.



Aktiviti main boling dan......... (rahsia)


Okeylah. aku nak study. Harap-harap ada orang bagi tiru esok. Hahahaha...~

Wednesday, September 26, 2012

Wordless wednesday #18


Monday, September 24, 2012

Review buku: Komik lawak kampus


Selalunya aku duk review pasal buku-buku motivasi dan buku cerita je kan. So kali ni aku nak review pulak salah satu komik yang aku suka baca.



Tajuk komik: Lawak Kampus
Pengarang: Keith
Harga: Tak sure sebab selalu pinjam jer


Komik ni memang sempoi. Aku ngan moknik selalu berebut nak baca dulu. Aku tak beli pon komik ni. Selalu Nabill (classmate aku) yang akan bawak pergi kelas kalau ada isu-isu terbaru. Kadang-kadang semasa lecturer mengajar kat depan pon kami leka duk baca komik ni. Pulun jugak nak baca tyme kelas padahal boleh je pinjam ngan Nabill bawak balik. -_-"


Watak-watak dalam komik ni memang sempoi dan emmmmm pelik. 


Semasa aku berjerawat teruk dahulu kala (ceceh) moknik selalu kaitkan aku dengan bepop. Kuang asam betoi. Hahahaha. Tapi sekarang tidak lagi. 


pi es: Sebenarnya aku sedang dalam proses menyiapkan asignment ni. Ntah kenapa tetiba rasa nak citer pasal komik ni. Tak pe la. kejap je aku wat entry ni. Satgi sambung wat asignment. Saja nak rehat-rehat. hidup aku tengah huru hara ni. banyak lagi tugasan tergendala. Aritu cakap nak wat entry pasal gi Melaka. tak sempat nak perah idea bercerita pasal gi Melaka kita wat entry ringan-ringan je lah dulu yek..



Sunday, September 23, 2012

Allah sentiasa ada.



Thursday, September 20, 2012

Musim kalut belom selesai



Minggu ni aku dah setle 3 asignment serentak.
Di hantar pada hari yang sama.
Dah lah hujung minggu lepas pergi buat projek kat Melaka memang kalut sangat-sangat tapi nasib baik ketiga-tiga asignment tu kerja berkumpulan.
Terima kasih kepada semua classmates aku..


Waktu pagi.
Pukul 8 lebih.
Time tulah baru nak compile asignment.
Tanya orang kau buat berapa muka surat.
Salotep pon di tepi padang.
Lempar habes beg-beg, semua..


Opssss! tinton..sorry ter-shoot mulut ter-nganga..
Pok Din macam berlakon jer..eh eh. #tetibe (trademark kk)




Dah hantar pagi tu..
tetiba petang asignment dikembalikan.
Kena re-do. (tambah lagi apa yang patut)
(T_____T") sigh.
Dah beberapa asignment dah asyik kena pulang balik jer.


Lagi 2 asignment nak kena setle.
Esok (jumaat) sampai ahad kena pergi kem pulok kat PD.
Asyik outstation jer kau..
Bajet lerrr sangaaaaatttt..
Time bila aku nak wat asignment???
Nak kena nego ngan lecturer ni mintak due..
Kalo nak hantar asignment senin ni sah sah lah aku tak mampu nak siapkan.


**tahun 2012 adalah tahun bersejarah dan penuh liku kehidupan dan kekalutan yang tidak terhingga. hahahahaha...Aku tahu semua ni Allah yang tentukan. Yang penting...SABORJERLAH...!



Monday, September 17, 2012

Imej dalam cermin **failed!



Semasa tunggu kawan-kawan bersiap, mari main tangkap gambar dalam cermin..


Alahai senget pulok

kabur...image tak sharp pegang kamera macam ni. Lagipon pergelangan tangan injured.


Tepat tapi kabur la pulok. -__-"


Totally out!

much better..

Konklusinya takde satu pon gambar yang okey. 

kredit to: mami dan kak long -MUA
Hafiz- kamera dia



Mendua- Astrid



Astrid- Mendua

ku tak habis kurangku dimana
kau tega melepaskan aku
jauh ku menatap namun terlalu jauh
imajinasiku terberai
terdiam aku beku tanpamu
didalam letak hatiku

kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih dirimu
jadi cinta terakhirku

ku tak habis kurangku dimana
kau tega melepaskan aku
jauh ku menatap namun terlalu jauh
imajinasiku terberai

terdiam aku beku tanpamu
dimanakah letak hatimu

kau putuskan aku tuk mendua
dengan dia dibelakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir

kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir

kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir
jadi cinta terakhi


Sunday, September 16, 2012

Tips traveling dan camping



Hye assalamualaikum semua..
Aku baru je sampai hostel ni setelah 2 hari buat kajian projek kat Melaka. Tetiba terpikir nak review tips antara sebahagian barang-barang yang rasanya perlu di bawa semasa travel, holiday, ber-camping atau aktiviti yang kita perlu bermalam.



Toletries wajib kena bawak.  
Body wash botol kecik jer
Berus gigi dan ubat gigi
Pencuci muka.

Dah. Letak semua dalam satu  beg kecil kalis air. Senang nak bawak masuk toilet terutama masa camping. Takde lah nak cicir satu satu kan. 



Next. make up beg.  Ni barang penting bagi aku. Kamu punyer tataulah macam mana.

1. Beg kecil pinky avon  - untuk isi semua barang-barang mekap 
2. Silkywhite magic face powder  - aku tak pakai compact powder 
3. sikat pinky - kalau lupa yang ni kusut la rambut
4. deadorant nivea - wajib bawa! nanti tak pasal-pasal bau jebat
5. Toner safi balqis 
6. naturactor meiko 
7. Sanitizer - untuk cegah kuman 
8. Body mist - tak mau masham masham tau
9. Garnier light eye roll-on - da pakai setahun tak ilang jugak hitam bawah mata
10. Eye liner
11. Lip ice sheer colour - bibir jadi pinky-pinky walaupon tak pakai lipstik
12.  Brooch - in case kalau brooch hilang atau cicir
13. Lip Balm Bee Happy Etude House - takmau bagi bibir kering kena ekon semasa dalam bas
14. Radiant C face Quencher Herbalife - segarkan muka semasa cuaca panas atau lepas tidur terlentok lentok dalam bas.


Ha! Lagi satu benda penting ialah cermin kecil. Sangaaaaatttt wajib kena bawak kalau pergi camping. Okey.




Yang ni terpulang pada kamu nak bawak ke tak. Bagi aku penting. 

Mineral water. Sangat cool kalau selalu bawak mineral botol. Badan kita kan memerlukan sekurang-kurangnya 3 Liter air setiap hari. Sila take note terutama yang mahu lose weight.!

Henfon. Tak penting sangat dah bagi aku sekarang. Pergi camping letak dalam beg 4 hari pon tak de orang nak call dah. Tapi kalau gi holiday wajib bawa takut sesat jalan nanti nak call kawan-kawan.

Dan last sekali. herbal aloe soothing gel Herbalife. Sebagai krim muka dan untuk kecutkan dan hilangkan parut jerawat (^___^)v.


Jangan lupa bawak telekung bagi perempuan muslim sekalian. 
Walaupon di mana kita berada dan ke mana kita pergi, solat itu WAJIB! Aku sangat takut kalau pergi camping, holiday atau travel mana-mana tapi tak solat. Takut dalam perjalanan ada sesuatu yang tak diingini berlaku. Mana kita nak tau kan. Kan Allah dah memudahkan kita untuk solat jamak. Sama-samalah kita berpesan kepada semua orang terutama yang tersayang. 


Coming soon entry: Lawatan projek di Melaka


Saturday, September 15, 2012

Overly burnt


Semalam aku dan kawan-kawan sekelas yang perempuan dan Thina bertungkus lumus siapkan microteaching subjek PJ. Microteaching tu adalah suatu kegiatan mengajar yang dilakukan dengan cara menyederhanakan atau segalanya dikecilkan. Bilangan murid pon sedikit / separuh daripada kelas asal.

Kami start mocroteaching tu pada pukul 11 pagi. masa tu cuaca panas yang amat. 
terasa bahang kat badan ni.
Tambah pulak semalam selaras 1 kelas pakai baju kaler hitam. 
Tudung hitam, baju hitam, seluar hitam. pfftttt~ terbakor aku.
Dalam microteaching tu kami setiap seorang kena mengajar selama 15 minit, seorang amek 1 fasa.
Pastu kena buat rakaman kami mengajar.

umpamanya main cikgu-cikgu masa kecik-kecik dulu.
AKu jadi cikgu, kawan-kawan yang lain berlakon jadi anak murid.

Nasib baik pada pukul 12 tengah hari kami stop jap untuk pergi baca yasin.
Bila baca yasin aku pergilah ambil air semayang dan otomatik segala bedak dan pelindung muka sekalian terhapus.

Sambung balik main pada pukul 12.45 petang.
Masa tu matahari memang pacak betol atas kepala.
Tapi demi markah asignment PJ kami gagahkan juga buat sampai setle.
Muka aku hanya beralaskan dilindungi air semyang je, bare face!
Tak buh bedak pape. Tawakal je dan tahu akan burnt giler.
Main punyer main sampai pukul 3 petang. 


Can u imagine main dari pukul 11 sampai 3 petang?. 5 jam berjemur bawah mentari!






Biskut terlebih masak orang panggil overly cook. Yang aku ni dah overly BURNT!


Burnt hasil dari camping aritu pon tak hilang lagi, tambah pulok ngan burnt microteaching PJ ni.
Alhamdulillah dah selesai semua rakaman aku dan kawan-kawan. terima kasih classmate aku yang beri kerjasama menyiapkan semua ni. Hampir separuh nyawa dah semua untuk setle benda ni. Huhuhuhu... Muka buruk burnt giler jumpa pakwe pon kompem pakwe lari. Hahahhaha... 



Friday, September 14, 2012

Mencari Tuhan

Assalamualaikum...
(puisi tengah malam, ciptaan aku sendiri)


Terjaga di tengah malam..
Kerana mimpi dan dosa yang lalu..
Sampai bila?
sampai bila?
Sampai bila?

Jiwa kena kuat hadapi semua ini..
Bukan kita pinta semua ni datang..
Saat terkapai kapai...
Baru nak ingat Tuhan..
Hidup tak aman..
Tak tenteram..
Sampai bila?
Sampai bila?
Sampai bila?

Aku tak ingin dibelenggu dosa lalu..
Dulu waktu senang, gembira..
Bahagia..
Lupa Tuhan, syaitan pon datang..
Sekarang..
Baru mencari Tuhan...
Tuhan tak marah bila kita sedih..
Baru nak cari dia..
Yang penting taubat itu ada..





Tuhan...
Lena kanlah tidurku..
Lupakan aku tentang masa lalu..
Aku mencari-Mu...
Aku mencari Tuhaku..
Kerana ku tahu..
Belum terlambat untuk taubatku..
Sebelum ku menutup mata..
Nafas tiada...

Ohoi...Jiwang plak aku. Dulu suka sangat lagu Ramlah Ram-Sesaat kau datang...Hambek kau kena kat diri sendiri...Hahahahha..Sekarang minat lagu najwa latif..Adamu...


Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wedenesday #17


Sunday, September 9, 2012

Beret merah



Assalamualaikum semua.. 
Minggu lepas aku tersangat sibuk sebab pergi perkhemahan unit beruniform kat Ulu Yam. 
Tempat dia nyaman, air sejuk sangat-sangat sebab punca air dari air sungai tambah pulak selama 4 hari 3 malam tu hujan je. Mandi pon 1 hari sekali je. 




Ini khemah kami. Tapi sepanjang perkhemahan tak tido dalam khemah pon sebab hujan dan sejuk. Tambah pulak kawasan tu gelap.

So yang perempuan pakat tidur dalam dewan bawah surau..



Ni dia. Berhimpun ramai-ramai. Perempuan Puteri Islam dengan perempuan KRS tidur sini. Unit-unit lain kawasan perkhemahan dia berasingan. Ada je yang pergi tidur dalam khemah. 


Macam-macam aktiviti yang Kadet Remaja Sekolah kena buat. 
Antaranya buat ikatan dan simpulan, bantu mula, kawad, belajar guna kompas dan masuk hutan.
 Yang semua aktiviti tu akan di nilai pada hari last untuk kami di sahkan dapat pangkat leftenan Muda. Wohaaaa...!
Nasib baik masa sekolah dulu setiap hujung minggu kena kawad. 
Tak sia-sia ilmu aku belajar semasa kat MRSM PDRM dulu. Kepada budak-budak sekolah, better jangan skip aktiviti yang sekolah anjurkan sebab nanti akan berguna bila kamu kat U atau IPTS/IPTA nanti.
Yang kompas aku belajar masa kem kelab kembara UUM. Nampak je remeh join camping tapi semua tu ilmu.


Hari kedua kami kena masuk hutan. Pastu masak nasi, telur dan kentang dalam hutan. 




Perjalanan masuk hutan punyerlah dahsyat. baru lepas hujan jalan licin dan curam pulak tu. 
Pacat banyak sangaaaaattt. 
Semasa kami lalu tu dorang (pacat tu la) dah ready tegak berdiri menunggu mangsa. 
Tips masuk hutan untuk elak pacat: masukkan seluar dalam stokin. pakai stokin panjang. Baju tuck in. 





Dah sampai kawasan ada punca air, kami kena masak la pulak. masalahnya kayu semua basah, tanah pon basah. Kami diberikan beberapa batang mancis. Tapi hidup kena bijak. Bawalah lighter bersama sebab kompem beberapa batang mancis tak cukup. hehehehe...






Lelaki-lelaki group aku bertungkus lumus hidupkan api dan memasak. Aku tolong basuh-basuh kentang dan kipas-kipas asap dan tangkap gambar. Patutlah gambar aku tak de. 



Tudiaaa.. Api besar 



Tadaaaa...Dah siap pon nasi dan kentang kami. 
Nasi masak 
Kentang masak 
Telur pon masak 

Oleh sebab nasi masak 1 bekas tu jer, kami kena share 5 orang. Sorang dapat satu kepal nasi jer. Huaaaa.. Lapar giler tatau aku nak citer camne. Dahla masuk hutan dari pagi letih, kena masak nasi makan sekepal jer,  on the way nak balik keuar dari hutan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Oleh sebab tak bawa poncho jadi redah je hutan dan hujan dalam keadaan perut yang lapar.


Hari ke-3 kami releks-releks je. praktis untuk ujian pada hari last. 


Sepanjang kami kat sana, student kena masak sendiri. Sedap ke tak sedap ke masak tak masak ke makanan tu main bedal jer makan. Dah la makanan limited so sangat bermasalah bagi orang yang cepat lapar macam aku ni ha.






nasib baik aku bawak shake Herbalife pergi camping. Lepas makan pastu beberapa jam lapar balik terus aku buat shake. dapat lah jugak hilangkan rasa lapar tu. Mana tak lapar nyer, keadaan hujan dan sejuk kita akan rasa cepat lapar. terima kasih kawan-kawan yang tolong kocak shake untuk aku. 


Hari last kami berpakaian lengkap KRS. 
Paling aku tak suka pakai kasut boot. 
Renyah nak ikat tali kasut tu.







Tamat sudah perkhemahan kami. 
Oleh sebab kawasan perkhemahan ikut unit beruniform, jadi aku cuma ada gambar KRS jer. Unit beruniform yang lain aku tak de gambar. 
SO, citer nyer pasal KRS jer la. 
Balik dari camping macam biasalah kena kemas dan bersihkan khemah, basuh baju yang dah kepam selama 4 hari dan paling tak suka muka burnt! 




Syok join KRS. 
Lepas ni cuma tunggu result untuk pentauliahan sebagai Leftenan Muda KRS.
Bye3~

Saturday, September 1, 2012

Jodoh pertemuan itu Allah yang tentukan


Renung-renungkan dan selamat beramal
Love Allah 1st.