Sunday, September 9, 2012

Beret merah



Assalamualaikum semua.. 
Minggu lepas aku tersangat sibuk sebab pergi perkhemahan unit beruniform kat Ulu Yam. 
Tempat dia nyaman, air sejuk sangat-sangat sebab punca air dari air sungai tambah pulak selama 4 hari 3 malam tu hujan je. Mandi pon 1 hari sekali je. 




Ini khemah kami. Tapi sepanjang perkhemahan tak tido dalam khemah pon sebab hujan dan sejuk. Tambah pulak kawasan tu gelap.

So yang perempuan pakat tidur dalam dewan bawah surau..



Ni dia. Berhimpun ramai-ramai. Perempuan Puteri Islam dengan perempuan KRS tidur sini. Unit-unit lain kawasan perkhemahan dia berasingan. Ada je yang pergi tidur dalam khemah. 


Macam-macam aktiviti yang Kadet Remaja Sekolah kena buat. 
Antaranya buat ikatan dan simpulan, bantu mula, kawad, belajar guna kompas dan masuk hutan.
 Yang semua aktiviti tu akan di nilai pada hari last untuk kami di sahkan dapat pangkat leftenan Muda. Wohaaaa...!
Nasib baik masa sekolah dulu setiap hujung minggu kena kawad. 
Tak sia-sia ilmu aku belajar semasa kat MRSM PDRM dulu. Kepada budak-budak sekolah, better jangan skip aktiviti yang sekolah anjurkan sebab nanti akan berguna bila kamu kat U atau IPTS/IPTA nanti.
Yang kompas aku belajar masa kem kelab kembara UUM. Nampak je remeh join camping tapi semua tu ilmu.


Hari kedua kami kena masuk hutan. Pastu masak nasi, telur dan kentang dalam hutan. 




Perjalanan masuk hutan punyerlah dahsyat. baru lepas hujan jalan licin dan curam pulak tu. 
Pacat banyak sangaaaaattt. 
Semasa kami lalu tu dorang (pacat tu la) dah ready tegak berdiri menunggu mangsa. 
Tips masuk hutan untuk elak pacat: masukkan seluar dalam stokin. pakai stokin panjang. Baju tuck in. 





Dah sampai kawasan ada punca air, kami kena masak la pulak. masalahnya kayu semua basah, tanah pon basah. Kami diberikan beberapa batang mancis. Tapi hidup kena bijak. Bawalah lighter bersama sebab kompem beberapa batang mancis tak cukup. hehehehe...






Lelaki-lelaki group aku bertungkus lumus hidupkan api dan memasak. Aku tolong basuh-basuh kentang dan kipas-kipas asap dan tangkap gambar. Patutlah gambar aku tak de. 



Tudiaaa.. Api besar 



Tadaaaa...Dah siap pon nasi dan kentang kami. 
Nasi masak 
Kentang masak 
Telur pon masak 

Oleh sebab nasi masak 1 bekas tu jer, kami kena share 5 orang. Sorang dapat satu kepal nasi jer. Huaaaa.. Lapar giler tatau aku nak citer camne. Dahla masuk hutan dari pagi letih, kena masak nasi makan sekepal jer,  on the way nak balik keuar dari hutan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Oleh sebab tak bawa poncho jadi redah je hutan dan hujan dalam keadaan perut yang lapar.


Hari ke-3 kami releks-releks je. praktis untuk ujian pada hari last. 


Sepanjang kami kat sana, student kena masak sendiri. Sedap ke tak sedap ke masak tak masak ke makanan tu main bedal jer makan. Dah la makanan limited so sangat bermasalah bagi orang yang cepat lapar macam aku ni ha.






nasib baik aku bawak shake Herbalife pergi camping. Lepas makan pastu beberapa jam lapar balik terus aku buat shake. dapat lah jugak hilangkan rasa lapar tu. Mana tak lapar nyer, keadaan hujan dan sejuk kita akan rasa cepat lapar. terima kasih kawan-kawan yang tolong kocak shake untuk aku. 


Hari last kami berpakaian lengkap KRS. 
Paling aku tak suka pakai kasut boot. 
Renyah nak ikat tali kasut tu.







Tamat sudah perkhemahan kami. 
Oleh sebab kawasan perkhemahan ikut unit beruniform, jadi aku cuma ada gambar KRS jer. Unit beruniform yang lain aku tak de gambar. 
SO, citer nyer pasal KRS jer la. 
Balik dari camping macam biasalah kena kemas dan bersihkan khemah, basuh baju yang dah kepam selama 4 hari dan paling tak suka muka burnt! 




Syok join KRS. 
Lepas ni cuma tunggu result untuk pentauliahan sebagai Leftenan Muda KRS.
Bye3~

4 comments:

Neo_matrixzz said...

Teringat zaman skolah dulu gi camping..ahakz

✿INA AINAA✿ said...

Ena dulu PBSM... hehe seronoknya berkhemah, ya Allah, ena rindukan sekolah!!! tambah2 buat activiti jungle tracking tu.. T^T

Unknown said...

BEST BEST BEST !

6 Gemilang said...

syoknye camping u. camping i mcam vacation je. mknan pon kantin sediakan hehee. tp muke burn toksah ckp la. mcm nigga :D