Tajuk komik: Lawak Kampus
Pengarang: Keith
Harga: Tak sure sebab selalu pinjam jer
Komik ni memang sempoi. Aku ngan moknik selalu berebut nak baca dulu. Aku tak beli pon komik ni. Selalu Nabill (classmate aku) yang akan bawak pergi kelas kalau ada isu-isu terbaru. Kadang-kadang semasa lecturer mengajar kat depan pon kami leka duk baca komik ni. Pulun jugak nak baca tyme kelas padahal boleh je pinjam ngan Nabill bawak balik. -_-"
Watak-watak dalam komik ni memang sempoi dan emmmmm pelik.
Semasa aku berjerawat teruk dahulu kala (ceceh) moknik selalu kaitkan aku dengan bepop. Kuang asam betoi. Hahahaha. Tapi sekarang tidak lagi.
pi es: Sebenarnya aku sedang dalam proses menyiapkan asignment ni. Ntah kenapa tetiba rasa nak citer pasal komik ni. Tak pe la. kejap je aku wat entry ni. Satgi sambung wat asignment. Saja nak rehat-rehat. hidup aku tengah huru hara ni. banyak lagi tugasan tergendala. Aritu cakap nak wat entry pasal gi Melaka. tak sempat nak perah idea bercerita pasal gi Melaka kita wat entry ringan-ringan je lah dulu yek..
No comments:
Post a Comment