Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Percutian idaman


Assalamualaikum...

Semua orang mesti ada satu tempat yang dia teringin sangat nak pergi...Aku pon macam tu jugak..Ada beberapa tempat yang aku dah list untuk pergi sejak dulu lagi. Alhamdulillah ada tempat yang dah berjaya aku sampai ke sana contohnya ke Melaka. Yang ni 2 kali aku pergi. Yang kali pertama pergi Ruby yang bawak. Tinkiu Ruby. Aku pernah cerita pasal ni kat blog..


Yang kali kedua pergi sebab buat kajian tentang masyarakat Melaka. pergi ramai-ramai ngan lecturer dan coursemates.. 

Tapi...ada lagi satu tempat yang aku teringinnnnnnnn sesangat nak pergi iaitu..jeng jeng jeng...Pulau Langkawi..!! Walaupon aku study kat Kedah 5 tahun duduk sana pastu masuk pulak U dekat kedah berkenalan ngan orang kedah tapi tak berkesempatan lagi nak pergi Langkawi.. (T____T)~.. aku tataulah kenapa belum sampai masanya untuk aku gi sana. Seseorang pernah nak bawak aku siap planning kemain lagi rancaknya sampai sekarang tak pergi pergi maybe tak wujud dah kot rancangan tu ngan dia..


 Replika burung helang..Teringin nak bergambar kat sini.. Hahahahaha..kesian giler aku..


Mak aku selalu pergi rombongan sekolah ke Langkawi. Aku nak ikut dia tak bagi. Mak aku cakap nanti pergi ngan rombongan sekolah aku sendiri bila dah jadi cikgu. Kalau pergi bawak budak sekolah tak enjoylah cikgu nak kena perhati anak murid jer.. Sebelum jadi cikgu ni lah kena pergi survey dulu tempat-tempat best..betol tak?


Lagi satu kalau kat Langkawi benda yang best adalah cokelat Daim dan kisses. 


Mampu google gambar jer. Sambil taip entry ni pon teringat-ingat cokelat daim. Hadoi...Aku kalau kirim kat orang cokelat daim tu aku akan makan sorang jer tak mau share ngan orang lain. Kao nak bagi pon bagi sebijik sorang jer. Tak boleh lebih lebh melainkan kalo aku beli dua bungkus besar. Bukan senang ooo nak dapat cokelat daim ni. Nak beli kat famous amos punyerlah mahal. Kat supermarket pon sama..


Aku pernah terpikir..kan best kalau dapat posting mengajar nanti kat Langkawi. Dulu aku selalu doa moga dapat kawen ngan orang kedah pastu posting mengajar kat kedah pastu boleh pergi langkawi selalu pergi shoping periuk pinggan mangkuk dan cokelat kat sana. Tapi sejak sedor diri ni tawakal pada Allah jerlah dapat mana-mana pon. Asalkan dapat jugak pergi Langkawi satu hari nanti. Insha Allah...~ amin.

 

Sunday, October 14, 2012

Berkurun baru dapat singgah I-city


Hujung minggu lepas aku dan Ruby hantar kawan-kawan kami ke Shah Alam sebab emergency, nenek kawan kami meninggal dunia petang tu jadi nak balik ke Kedah dia balik ngan akak dia yang tinggal kat Shah Alam. So, kami pon hantarkan dorang kat Shah Alam malam tu jugak. Pastu otw nak balik jalan agak jam tambah tambah tengah hujan. Tau tau je la KL kalau hujan siket pon terus jem teruk.

Sementara tunggu jem tu kami pon pergilah melilau ke I-city. Arina Abdullah berkurun dah ajak aku gi Shah Alam sebab nak bawak aku gi I-city. Selalu tak berkesempatan nak jumpa Arina kat S.A. Padahal aku beberapa kali dah gi Shah Alam. Tapi gi sana pon atas urusan aktiviti bersama classmate. Jangan marah yek Arina if u read this. hehehehehe



 So, this is I-city...

Tak best lah aku gi bukan tyme weekend. Orang pon tak ramai. Yang ada budak-budak lepas UPSR datang rombongan sekolah jer. Aku meseg arina, mengadu macam ni je ke I-city? Dia kata sape suh mari tyme bukan weekend. Oh! macam tu ke.

Nak tangkap gambar, kamera aku pulok biasa jer. Bukan yang gedabak besor DLSR tuh. kualiti gambar pon nampak biasa-biasa jer leh kan.

 Swan lagi bercahaya daripada aku.


 Merak pon bercahaya lebih daripada aku.

 Kuda pon lagi bercahaya dari ko Ruby.


 Nilah akibatnya kalau datang berdua. Ambil gambar sendiri. 


Bila kasi flash baru kualiti gambar okey. Cisssss... Flawless giler muka awak Ruby. Ni lah kesannya kalau ambil shake Herbalife setiap hari. Aku pon mau kulit flawless macam amalina peter jugak. Korang nak kulit cantik tak? Jom minum shake Herbalife..


Rushing sangat pergi Shah Alam sebab tetiba ruby meseg lepas aku habes meeting ngan JPP pada petang tu. Pakai pon t-shirt bundle harga lima hengget beli kat pasar karat. Suka aku ngan t-shirt tu sebab labuh dan besar sket.

kenapa aku tak leh rotate gambar???? buh jer lah senget macam ni pon..


Bagi aku I-city ni kalo nak gi tagkap gambar sesuailah.
Dalam tu ada banyak permainan. Kebanyakkannya dah main masa kat Genting.
Teringin nak masuk tempat salji tu tapi harga RM35.
Bayar parking je pon dah RM10.
Permainan-permainan lain dalam RM5 camtu la. 


Sampai disini saja kisah aku ke I-city. Nak gi minum shake capucino jap kasi kulit cantik. Tata....


pi es: laptop aku tak siap format lagi.huhuhu..

Monday, October 1, 2012

Berjimba hujung minggu



Lepas dah setle asignment, aku reward diri dengan keluar berjimba dan bershoping low budget ngan kawan-kawan. So, lokasi kita pada kali ini adalah Shah Alam. 
Dah sampai Shah Alam terus contact classmate yang duk sana iaitu WanHarith.


Lokasi 1: Pasar Karat

Wanharith cakap pasar ni bukak hari ahad jer. Memang besor sangat pasar ni. Kami start berjalan sambil-sambil tu ushar barang pukul 8.30 pagi hinggalah kol 12.3o tengah hari. Punyer lama berjalan. Dah la panas sangat-sangat. Tak heran dah burnt sebab alang-alang burnt bior burnt terus. 


hye ni ruby. Fatin sibuk ushar tudung kat belakang. Tudung dah berlambak nak beli tudung lagi. Dah namanyer pompuan kan..


First time aku gi Pasar Karat ni semasa aku dan classmate buat riadah kat Bukit Cerakah. Ondaway gi sana singgah sini dulu. Teruja tengok barang-barang yang dijual sebab tu gitaw wanharith nak gi lagi sekali ke sini.

Macam-macam barangan ada kat sini
Ada makanan, kerepek, minuman, pakaian, kasut, barang bundle lelaki dan perempuan, mainan, dan macam macam lagi.
Yang best makanan yang dijual siap ada tester lagi. 
Kau nak ulang alik makan makanan tester pon tak pe. Cuma jangan sampai tokey kedai nampak dah ler. 


Dorang tengah duk pilih-pilih palm shoes. Punyerlah lama. Abang jual kasut siap dah bagi diskaun 3 pasang rm39. Sorang dapat sepasang. Aku dah siap pilih dorang ni duk pikir pikir lagi nak amek yang mana. Last-last semua amek pattern sama kaler pon sama -__-" 


Waktu ni matahari tengah panas terik.  Panas panas makan aiskrim potong yummy...


Kat sini ada jual banyak barang-barang bundle dan dah diguna pakai. Yang ni koleksi patung-patung dijual duapulohsen je satu. Tu pon makcik tu siap suh tambah lagi nak amek yang mana. Si fatin amek hello kitty. Ruby ngan aku amek jeychain. Wanharith la pilih banyak sebab dia kumpul koleksi mainan. 



Ada jugak yang wat pameran haiwan. Baru aku tau arnab badan dia shaking. Aku ingatkan Sofy (arnab wanharith) jer shaking parkinson terketar-ketar setiap masa. Rupa-rupanya semua arnab macam tu. Tapi sedey lah, Sofy dah  meninggal. 


Tanjat gegirl... tengah jalan-jalan nampak ular sawa gedabak besor macam ni. Fear factor. Aku suh ruby gi tangkapkan gambar acik ni ngan ular dia. Eeeeeee geli aku..



Lokasi 2: Old Blossom Box


Aritu aku ada usahr blog kak yani. Dia ada gitau akan ada prelove party kat OBB. tapi aku tak sure bila tarikhnya. So, masa dalam kereta aku gitau kat Ruby n Fatin. Dorang pon nak gi. terus bukak tab fatin search alamat dan bila tarikhnya. Tengok tarik 30hb september. Wohaaa...kebetulan pulak kami nak gi Shah Alam apa lagi terus decide lepas gi Pasar Karat nak gi OBB.


Masuk je OBB, punyer la ramai orang. Baju-baju yang lawa-lawa mesti dah dirembat orang ni. Suka aku leh tengok antara blogger favourite aku, sis Yani. tapi segan nak bergambar. Rugi rugi..


Punyer ramai beratur nak bayar. Aku pilih punyer pilih last last takde yang berkenan. 


Ruby berkenan kat shawl kat belakang tu. Oh, beg tu sangat kiut. 


Dah penat dan kat dalam OBB dah makin crowded kami decide nak gi lokasi seterusnya..


Lokasi 3: Yazid Beger

Orang cakap Yazid Beger famous kat sini. Biarpon hujan lebat giler sanggup juga dirempuhi semata-mata nak datang makan beger saiz besar giler ni. Aku google Yazid Beger ni tengok gambar orang upload punyer lah besar. Tu yang buat aku lagi teruja nak try. Ruby ngan fatin pon eksaited lebey lagi dari aku. 


Tapi....


Sampai je sana tengok-tengok kedai tutup..hahahahahaha stresss haku.


Apakan daya. Maybe dia bukak malam je kot. kempunan acik acik nak makan beger besor.


Dah tak de beger, kita melahap nasi kukus ayam berempah je lerrr sorang satu...


Lepas makan gi solat zohor jap pastu terus balik Cheras. 
Tima kasih fatin, Ruby dan wanharith. 
Menjadi jugak plan kita nak release tensyen lepas asignment (konon konon) hahaha..
Minggu ni akan kembali bizi dengan promosi karnival nasyid. 
Bye-bye....


Kampung cantik warisan Melayu Melaka



Assalamualaikum...
Mood happy dan ceria sebab asignment semua dah setle.
So, aku nak sambung entry tergendala sebelum ni pasal lawatan ke Melaka. kami gi sana bukan untuk makan angin, berjimba-jimba ke hape ke walaupon tarikh kami ke sana semasa cuti Hari Malaysia. Tak boley haku nak balik kampung cuti 3 hari. Ni semua berkaitan dengan asignment . Maklumlah kami kan student soooooosiaaal studies.


Ada beberapa tempat menarik yang kami pergi. Tapi kali ni satu tempat je aku citer.
Takkan nak kepam semua citer dalam 1 entry.




Semasa di Melaka, kami tinggal kat homestay ni. Rumah dia lawa. Untong sewa homestay kalau pergi lawatan ramai. (kami pergi 1 bas).





Jom ke Kampung Morten. Sini banyak rumah warisan melayu sejak zaman berzaman. Kalau naik river cruise korang akan nampak rumah-rumah ni kat tepi-tepi sungai.



Ni rumah-rumah yang dihias cantik. Sebelum ni aku pernah tengok dalam Majalah 3 jer. 



Ni suasana dalam rumah salah sebuah rumah yang kami lawati. Unik kan. Boleh pulak bumbung terbukak. Kalo hujan cemana? mmmmm jenuh nak lap.



Ushar-ushar pulok..


Baring ler Ruby oi...


Antara barang-barang yang ada dalam rumah-rumah yang dilawati. 
Lawa susunan dapur zaman dulu, alat-alat memasak pon masih yang zaman tok nenek kiter dulu.
Kalau kat tempat lain ada lagi tak simpan barang-barang zaman dulu?


Gong berusia 200 tahun kat Villa Sentosa. WOhaaaa... Syok la ang bob leh pukul gong.



Pokdin tak payah wat muka terkejut sangat la.. #tetibe


Allahyarham Yang Dipertuan Agong Sultan Sallehuddin dan Permaisuri Agong pernah bersanding atas pelamin ni. Mintak maaf ler tak nampak rupa pelamin dah semua pakat berhimpit nak masuk bergambar.

Aku dan mami. Dulu kat rumah aku ada kipas macam tu. Tapi ntah rejam ke mana dah.



Antara fogoG untuk lawatan kali ni. 
Aku pon salah sorang AJK dorang.
Seboleh-bolehnya elak untuk jadi fotoG sebab...nanti gambar kau siket jer dalam kamera untuk buat report. Cian Ikhwan selalu jadi fotoG.




Baiklah...sebab gambar ikhwan siket jer jadi kita akhiri sesi lawatan kita dengan bergambar dengan Ikhwan. 


Monday, September 17, 2012

Imej dalam cermin **failed!



Semasa tunggu kawan-kawan bersiap, mari main tangkap gambar dalam cermin..


Alahai senget pulok

kabur...image tak sharp pegang kamera macam ni. Lagipon pergelangan tangan injured.


Tepat tapi kabur la pulok. -__-"


Totally out!

much better..

Konklusinya takde satu pon gambar yang okey. 

kredit to: mami dan kak long -MUA
Hafiz- kamera dia



Sunday, September 16, 2012

Tips traveling dan camping



Hye assalamualaikum semua..
Aku baru je sampai hostel ni setelah 2 hari buat kajian projek kat Melaka. Tetiba terpikir nak review tips antara sebahagian barang-barang yang rasanya perlu di bawa semasa travel, holiday, ber-camping atau aktiviti yang kita perlu bermalam.



Toletries wajib kena bawak.  
Body wash botol kecik jer
Berus gigi dan ubat gigi
Pencuci muka.

Dah. Letak semua dalam satu  beg kecil kalis air. Senang nak bawak masuk toilet terutama masa camping. Takde lah nak cicir satu satu kan. 



Next. make up beg.  Ni barang penting bagi aku. Kamu punyer tataulah macam mana.

1. Beg kecil pinky avon  - untuk isi semua barang-barang mekap 
2. Silkywhite magic face powder  - aku tak pakai compact powder 
3. sikat pinky - kalau lupa yang ni kusut la rambut
4. deadorant nivea - wajib bawa! nanti tak pasal-pasal bau jebat
5. Toner safi balqis 
6. naturactor meiko 
7. Sanitizer - untuk cegah kuman 
8. Body mist - tak mau masham masham tau
9. Garnier light eye roll-on - da pakai setahun tak ilang jugak hitam bawah mata
10. Eye liner
11. Lip ice sheer colour - bibir jadi pinky-pinky walaupon tak pakai lipstik
12.  Brooch - in case kalau brooch hilang atau cicir
13. Lip Balm Bee Happy Etude House - takmau bagi bibir kering kena ekon semasa dalam bas
14. Radiant C face Quencher Herbalife - segarkan muka semasa cuaca panas atau lepas tidur terlentok lentok dalam bas.


Ha! Lagi satu benda penting ialah cermin kecil. Sangaaaaatttt wajib kena bawak kalau pergi camping. Okey.




Yang ni terpulang pada kamu nak bawak ke tak. Bagi aku penting. 

Mineral water. Sangat cool kalau selalu bawak mineral botol. Badan kita kan memerlukan sekurang-kurangnya 3 Liter air setiap hari. Sila take note terutama yang mahu lose weight.!

Henfon. Tak penting sangat dah bagi aku sekarang. Pergi camping letak dalam beg 4 hari pon tak de orang nak call dah. Tapi kalau gi holiday wajib bawa takut sesat jalan nanti nak call kawan-kawan.

Dan last sekali. herbal aloe soothing gel Herbalife. Sebagai krim muka dan untuk kecutkan dan hilangkan parut jerawat (^___^)v.


Jangan lupa bawak telekung bagi perempuan muslim sekalian. 
Walaupon di mana kita berada dan ke mana kita pergi, solat itu WAJIB! Aku sangat takut kalau pergi camping, holiday atau travel mana-mana tapi tak solat. Takut dalam perjalanan ada sesuatu yang tak diingini berlaku. Mana kita nak tau kan. Kan Allah dah memudahkan kita untuk solat jamak. Sama-samalah kita berpesan kepada semua orang terutama yang tersayang. 


Coming soon entry: Lawatan projek di Melaka