Assalamualaikum...
Dah agak lama tergendala nak citer pasal kami buat program kat sebuah sekolah di Cameron aritu. Program yang kami jalankan ni bukan under maktab taw. Ni adalah sendiri punyer program. Pencetus program ni adalah Ruby, dia yang punyer idea. Pastu bentuk organisasi seramai 20 orang. Dapat dana, sponser, pengangkutan, pencarian sekolah, uruskan peralatan dan lain-lain semua tu kami uruskan. Dari tahun lepas lagi plan nak jalankan program ni tapi tak de masa yang sesuai. Ada jer aktiviti maktab dan bulan lepas pulak kami praktikum sebulan.
Habes jer praktikum, pada hari last petang jumaat tu balik sekolah kami terus persiapkan barang-barang sebab nak bertolak ke Cameron Highland pada malam tu jugak.
AJK peralatan sedang sibuk chek semua peralatan yang kami akan bawa ke sana. Kalo tertinggal nanti haru plak nak kena ganti aktiviti pakai peralatan lain.
Setle angkat barang semua, bertolaklah kami naik ke cameron. Aku tak tahu berapa lama masa diambil untuk naik ke atas sebab aku tido je sepanjang perjalanan, oh ya! berenti kejap kat RnR tapi aku tatau kat mana. Sampai je kat sekolah, dorang kejut aku. Ngan mamai-mamai nyer turun angkat barang. pastu stress sebab aku sorang jer x dapat line fon. (T___T)~ wuuuuuu...
Aku tak surelah pukul berapa sampai. Sementara nak tunggu subuh aku sambung tido sebab sejuk sangat-sangat. Terima kasih pada Ruby sebab sediakan sleeping bag. Tak derlah kami kesejukan kat sana. Dah siang bangun subuh, gi mandi bersiap untuk pendaftaran dan start kami punyer program. Ko jangan ingat kami tak mandi kat sana ek walaupon air dia sejuk gilerrrr... Menjerit aku dalam toilet kesejukan.
Program bermula dengan menunggu kedatangan murid. Dorang dah kami inform suruh bawak pakaian, kelengkapan diri untuk kem bermalam di sekolah. Kemudian ada sesi pendaftaran pelajar, taklimat dan sesi ice breaking.
Lupa plak nak perkenalkan sekolah pertama yang kami pergi adalah
SK Kg. Raja, Cameron Highland. Target kami adalah untuk ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman. SKKR ni sekolah baru, memang baru sangat-sangat. Murid pon tak ramai. Dajah 4, 5, 6 semua setiap darjah ada satu kelas jer. So, sebab mereka lain-lain darjah kami kena la mix kan dorang. Bagi berkenalan dan beramah mesra dulu sesama mereka dan bersama kami. Kami yang AJK berfungsi sebagai failitator.
Kita mulakan aktiviti dengan bersenam robik bersama-sama.
Cliche sangat lagu senam robik kami. Asyik-asyik lagu selamat pagi sayang. Kat maktab aku agak famous la ngan senam robik lagu ni sampaikan haritu gi sekolah praktikum ada senam robik, cikgu yang lead senam robik tu akak senior maktab aku, pon buat senaman lagu ni. Kami memang dah tau dah step step semua. Sebab lagu ni jer antara step yang kami taw, so buat jerlah senaman lagu ni. Ngan aku aku sekali naik pentas tolong lead.
lepas tu kita main games untuk kasi warming up. Setiap aktiviti ada failitator yang incharge so aku juz bantu apa yang perlu jerla.
Fesi sedang gigih menyiapkan peralatan untuk games seterusnya.
Pelajar-pelajar ni semua berbeza umur, kelas, bangsa dan agama. Ada yang pelajar orang asli. Bila bersama kalangan mereka, aku pon tak faham bahasa pertuturan mereka. Bila dah buat aktiviti bersama kita masukkan mereka megikut group masing-masing.
Apa ntah nama game ni. Dorang kena berdiri atas surat khabar pastu fesi-fesi akan koyakkan paper tu. sape yang tak berdiri atas paper akan terkeluar. So, untuk bagi semua ahli group dorang tak terkeluar, ada yang sanggup pikul kawan-kawan. Wohaaa..!!! Nice idea lah budak-budak ni. sangat bekerjasama.
Ni sesi sorakan. Dah ada group mestilah kena buat sorakan. Semangat benor budak-budak ni ha. Tak kurang jugak fesi pon bersemangat. Yang pic atas tu WanHarith, budak kelas aku. Dia bab bab macam ni memang bersemangat waja.
Pada hari yang sama, kat sekolah tu mengadakan kem solat untuk murid darjah 1, 2, 3. Dah habes kem, dorang datanglah tengok kami buat apa kat dewan tu.
Dah letih ber-aktiviti kita berhenti rehap jap untuk makan-makan. Kami amalkan nak makan mesti tunggu kawan-kawan semua sampai dulu, baca doa sama-sama baru boleh makan. So, dorang pon akan behave dan cecepat gi kantin untuk makan. Yang bab makan tunggu kawan-kawan baru makan ni aku belajar semasa gi BTN aritu.
Boleh rujuk entry ni.
Kebanyakkan aktiviti yang kami jalankan kat sekolah ni adalah apa yang kami dah belajar dari pengalaman mengikuti kem-kem, BIG (bina insan guru) dan program-program yang lain. Juz apply jer pengalaman tu semua.
Ini aktiviti untuk menilai kawan-kawan. Tulis kebaikan dan keburukan kawan. Bila kawan tu baca dia tawlah apa yang kawan dia asa tentang dia selama ni.
Yang ni semasa slot ICT. Untuk perkenalkan mereka dengan pembangunan di negara kita sekarang. Ce teka kami tengah buat apa ni????
Ni kami edang bentukkan replika bangunan menggunakan badan manusia. Yang ni KLIA. Bangunan lain yang kami buat KLCC dan KL Tower. seronok oh sebab sebelum ni tak pernah buat games ni. sebab tu aku join sekali. Ehem..ada rupa KLIA tak?
Amboiiiii fesi fesi semua duk bincang apa tatau serius jer semua. Ko tengok muka pokdin. Pikir kak long lettew =P
Terasa diri agak kerdil bila berdiri tak sama tinggi bersama orang-orang yang tinggi.
Tamat sesi LDK dan akan disambung dengan aktiviti riadah pada sebelah petang pulok. Selama 2 hari 1 malam aku kat sana, selama tu lah aku tak de line fon. Aku mintak maaf pada semua customer yang contact aku masa tu.