Thursday, August 16, 2012

Kembali ke sekolah lama


Assalamualaikum semua...Selama seminggu ni aku tak update pape sebab aku pergi sekolah untuk PBS. Sekolah kali ni aku pilih sekolah rendah lama aku. Selepas 10 tahun akhirnya  aku datang balik ke sekolah ni. Aku bersekolah kat situ sejak 1997-2002. Persekitaran sekolah pon dah banyak berubah. Makin lawa makin ceria makin besar. Meh ushar suasana sekolah aku..



Dulu masa aku jadi pengawas kami punyer unifrom kaler pink dari atas sampai bawah. Tudung, baju dan kain kaler pink cuma kasut jer hitam. Auwww.. sweet nyer kaler pink. My fav. (^___^)v


Pelajar lelaki sedang ambil wuduk. Kalau tak silap aku waktu ni dalam pukul 11 macam tu lah. Ada amali solat kot.


Suasana dari atas. Dahulu ni lah tempat perhimpunan setiap hari Ahad. Sekarang dah tak buat kat sini dah sebab bilangan murid pon dah makin ramai.





Surau pon dah baru. Siap ada gazebo lagi.


Ha...ni lah kelas semasa aku darjah 1. Aku duk kelas 1 Melati. Tapi sekarang nama-nama kelas dah tukar. Dah tak de dah nama bunga.



Kantin sekolah baru. Zaman aku tak de kantin ni. Dulu ni tapak padang  aku main bola jaring. Ingat lagi team sekolah aku lawan ngan team sekolah Lele. Member aku geram macam mana ntah ngan salah seorang team Lele. Dihempuknya bola jaring yang keras tu ke muka. Berdarah hidung. Wohaaa...






Kali ni aku ke sekolah sebagai pemerhati jer. Nak tengok cara dan teknik yang cikgu English guna semasa mengajar. Banyak ilmu baru aku dapat. Antaranya semasa dalam kelas cikgu kena cakap fully English. Lantak pi lah kalau student tak faham sebab lama-lama budak akan fahamngan sendiri. Masa awal-awal tu biasalah dorang blur-blur lagi. Lagi satu, kalau murid tanya kut Malay pon cikgu kena jawab kut english. Kalau tak faham jugak baru translate. Bagos jugak teknik ni.So, cikgu start from now praktis cakap omputih okey. Salah ke rojak ke tak pe at least u try.


Budak ni tak pakai kasut dalam kelas -___-" Ni kelas last tahun 3. Masa pertukaran waktu belajar punyer lah bising kelas ni. sekali cikgu disiplin masuk semua diam. Takut benor ngan cikgu disiplin.




Ni kawan-kawan aku yang buat PBS sama-sama. Yang belakang tu nama Sakinah. schoolmate aku masa sekolah rendah. Yang depan tu Erna. Budak maktab aku. Erna ngan Sakinah satu sekolah menengah. see the realtionship. Kami memang plan buat sekali. Oh, ada sorang lagi akak KPLI nama Rosaida. Budak maktab aku jugak. Akak nilah yang banyak tolong kami sebab dia dah pernah ada pengalaman mengajar sebelum masuk maktab.





Yang ni hari last sekolah sebelum cuti raya. Semua murid dan guru berkumpul pastu bersalam-salaman. Lenguh jugak tangan nak bersalam ngan semua murid start dari pelajar pra-sekolah hingga darjah 6 dan guru-guru.



Aku berdiri tepi cikgu muzik aku sejak darjah 1. 


Alhamdulillah, Tercapai jugak hasrat nak buat PBS kat sekolah sendiri. Seronok cikgu-cikgu aku bila anak-anak murid dorang datang sekolah. Kadang-kadang bekas pelajar segan nak datang sekolah jumpa balik ngan cikgu-cikgu. So, berakhirlah keempat-empat PBS aku selama 4 semester. Tahun depan dah start praktikum. Lecturer aku cakap praktikum kena buat kat sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur jer. Memang cabaran dia lagi besarlah bak kata senior-senior aku. Huaaaa... sabor sabor..

No comments: