Sunday, June 3, 2012

Ewwwww.. Lelaki pakai pink



Merah jambu atau pink biasanya lebih sinonim terhadap perempuan. Mindset kita sejak dari masih baby lagi dah dipengaruhi pink tu hanya untuk perempuan. Mak-mak yang baru lahirkan anak mesti akan beli baju pink untuk baby girl dan baju biru untuk baby boy. Pastu kalau yang nak gi melawat newborn baby pon akan berfikiran sebegitu. Jadi jangan salahkan aku kalau aku suka kaler pink.


Tapi.... Kalau lelaki pakai pink?? Salah ke derrrr..


Pada pandangan aku lelaki pakai pink tu BERANI. yela. berapa kerat je lelaki yang sanggup pakai baju pink. kepada lelaki yang baca entry ni ce cek dalam almari kamu berapa helai baju warna pink? Atau yang lagi berani siapa yang ada seluar kaler pink? Erkkkk..Yang tu lagilah berani. -_-"


Kalau cikgu pakai baju pink semasa mengajar mesti cikgu ni cool je kan. Gambar ambil dari blog member aku yang suka ngat pakai kemeja pink. Sampai kasut sport pon ada kaler pink. Wohaaaaaa! Di bukan lembut tapi jambu. (nado aku cilok gambar ni)


Kebanyakkan lelaki MALU untuk pakai baju pink. tak hilangnyer macho kalau pakai pink bang oi. Tapi janganlah sampai over giler pakai pink dari atas sampai bawah pink jer semua. Tu memang saja-saja cari pasal laaa kan.


Dalam satu servey yang aku baca pandangan tentang lelaki yang memakai baju pink, perempuan mengatakan hal ni adalah normal. Ada jugak lelaki yang tak kisah kalau lelaki memakai baju pink atau kasut pink. Nak tayang siket printscreen daripada severy tu.





So, apa pandangan kamu pulak tentang lelaki dan pink. Bagi aku mereka adalah berani. Kamu pula bagaimana? Warning eh Lelaki yang tak gemar lelaki lain pakai pink tak yah la nak bahan lelaki. Tak perlu nak euwww euwww sangatlah kan. Ce kau try dulu pakai baju pink. Mesti kau rasa cooool man. Kalau berani, try lah... hehehehe



Eh.. tetiba teringat ada gambar ni. See. the pinky guy. IMY. 


pi es: entry ni cuma pendapat aku jer berkenaan lelaki dan pink. Aku memang fanatik pink tengok jer la blog aku pon kaler pink. Maybe bagi sesetengah orang yang tak suka pink tu anggap euwwww pada lelaki dan pink. So, pandangan masing-masing berbeza. Lelaki yang tak pernah pakai pink tu tak cukup berani tambah-tambah kalau mengata lelaki lain yang pakai pink. Hahahaha


Konklusinya: lelaki pakai pink tu comel dan berani. Real men wear pink. okey.


6 comments:

Admin said...

smart je, hehe (:

Mama Ta said...

Lelaki pakai pink zaman sekarang dah biasa kot. Masyarakat sekarang dah boleh terima bila lelaki pakai pink. Even my lil bro punya fav color pun pink. Tak pernah ajar tapi dari kecik dia memang suka pink walaupun dia tahu yang dia tu boboy.

Anonymous said...

haha, nice2..

Unknown said...

saya xpernah pakai pink...haha

Mysara Ab Rahman said...

for me, lelaki yg pakai pink ni berani...serius suka tgk..;)

Najed said...

Dah lama pakai pink, mula2 ada sehelai skrg berhelai-helai. Neck tie pun ada kaler pink. Kadang2 mmg masih ada yg tegur...wow! Pink....hehehe bolayan je la.