Saturday, November 27, 2010

25 perkara tentang peminat Zaiton Sameon


Amboi! Tiba-tiba aku kena tag. 25 fakta tentang aku. Kalau kamu stalk blog ni mesti tahu fakta kadang-kadang auta Shazika Shahrim. Jom same-same ushar.



1. Berangan berat badan akan bertambah

2. Tak suka rokok Maaf ye smokers.

3. Bila bergambar buat tangan macam nak kasi penampar. Padahal aku nak kata 'hye'

4. Bercita-cita menjadi petani tapi last-last takdir aku sebagai guru

5. Pernah bekerja di kilang kertas. Kerja lepas SPM

6. Menipu tarikh hari jadi di facebook. Kamu jangan pernah cuba pulak.

7. Rajin (puji diri sendiri nampak)

8. Kereta impian aku. Mini cooper. Wallah!

9. Sangat takut petir kat Kuala Lumpur. Memang disaster.

10. Selalu buat kerja last minit.

11. Anak tukang jahit.

12. Hujung bulan duit selalu sempit.

13. Dulu tomboy kini dah jadi gadis.

14. Dah pernah pergi Genting Highland.

15. Tak reti lipat baju dengan kemas.

16. Manage banyak blog.

17. Suka lagu Zaiton Sameon =__="

18. Dah 8 tahun duk hostel pon masih homesick. Kau ingat budak baru masuk hostel je ke homesick.

19. Pernah masuk acara tarik tali. Tapi kalah.

20. Dulu aku aktif olahraga. Sekarang tak mahu libat langsung.

21. Bajet macam artis ah konon

22. Mempunyai metabolisma tinggi.

23. Ada senarai tips-tips yang gila-gila.

24. Eh, ada award untuk kamu semua.

Dan last sekali

25. Nama betul aku bukan Shazika Shahrim.



Ha, kamu pilih ah nak tahu cerita yang mana tentang aku. hahahaha. Zaty, dah siap 25 perkara tentang aku. Oh, aku tak tag sape-sape. :)) Selfish!

Friday, November 26, 2010

Stop child abuse

Bila tajuk entry dalam bahasa inggeris aku terpikir, apa maksud child abuse? Penderaan kanak-kanak atau pembuangan bayi. Aku pon terus tanya member-member yang sedang online di facebook. Maklumlah, aku ni bengap siket english. :(



Sekarang aku dah tahu, child abuse tu bermaksud penderaan kanak-kanak.



Semester lepas, kelas aku kena buat ucapan dalam bahasa inggeris tentang apa-apa topik dan isu semasa yang berlaku sekarang ni. Salah sorang classmate aku, Pok Din telah memilih tajuk Child Abuse. Mula-mula aku dan kawan-kawan rasa tajuk tu kelakar ditambah pula ngan ekspresi muka dan perlakuan Pok Din yang happy go lucky tu. Tak ada feeling langsung nak tahu pasal isu ni.




Tapi bila pikir balik isu ni makin serius. Mak ayah suka-suka je nak pukul-pukul anak. Dulu masa aku kecik-kecik ayah aku selalu la jugak pukul aku dan adik-adik. Tapi tak de la sampai jadi kes penderaan kot. Setakat pukul ngan getah paip dan pukul ngan hanger je. Kalau tampar tak pernah pulak.



Mungkin anak-anak sekarang makin degil atau ibu bapa yang makin tertekan.



Dera guna rotan. Aiyoooo.. Kamu pernah kena pukul ngan rotan?????? Aku tak pernah. Getah paip aku pernah kena. Mak ayah tolonglah tahan siket nafsu amarah tu. Aku ada kawan sampai sekarang dia jadi pendiam dan tak bergaul sangat ngan orang. Ayah dia garang woooo. siap ada misai melentik lagi. Selalu kena pukul. Aku tengok ayah dia pon naik gerun. Cian dia.





Kalau macam ni dikira penderaan ke tak? Mungkin dia berat sangat mak dia tak larat nak dukung.




Sama-sama kita hentikan penderaan kanak-kanak. Lets stop chil abuse.


unicef



Thursday, November 25, 2010

Banyaknya meseg dalam inbox (updated)

***Terima kasih pada yang bantu saya pasal meseg facebook dalam inbox. Kepada kamu yang ada masalah yang sama ngan saya, sila baca komen entry ni.



Tadi bukak gmail. Makk aihhhh banyak giler emel yang tak terbaca. Sebelum aku print screen gambar ni pon aku dah delete separuh.




Majoriti emel datang dari facebook. Jenuh aku nak delete semua.





Sedang delete semua emel ni pon aku ushar-ushar jugak kot-kot la terselit emel penting. Dah habes delete. Beberapa minit nanti mesti muncul balik emel-emel ni.



Ha, cuba kamu chek emel kamu pula. Mana tau kot-kot berlambak jugak meseg masuk dalam inbox.



Kamu tahu tak macam mana tak mahu bagi ada connection antara komen kat facebook masuk jadi emel? Please help me... =__="

Tuesday, November 23, 2010

Comelnyer Adira AF8


Tadi pertama kai tengok Adira AF8 dalam tv. Sebelom ni aku dengar nama dan lagu dia je. Maklumlah, aku ni jarang tengok tv. Astro plak tak ada nak tengok Akademi Fantasia kan. Best jugak yang Adira nyanyi. Tadi kat Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 Adira dapat masuk final. Lagu Ku Ada Kamu-Adira.


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu



Tahniah kepada Adira dan artis-artis yang dapat ke Final Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-25. Wow! Sukanyer style Yuna pakai tudung dia tadi.





Eh eh..apa pasal tajuk Adira last-last kuar gambar Yuna. =__=" Aku nak gitaw Yuna pakai tudung tadi unik oh!


Saturday, November 20, 2010

Senyum nampak gigi

Lama aku tak buka formspring. Tiba-tiba aku terbuka dan dapat soalan macam ni.



npe ske senyum x nmpk gigi?? huhuhu



Hoh! Sape punyer soalan ni?? perlu ke senyum nampak gigi eh. Aku syak mesti yang tanya soalan ni suka ushar aku sampai cara aku senyum pon dia tahu. Aku memang senyum tak nampak gigi. Nampak cool lah kalau senyum tak nampak gigi kan. Kadang-kadang je ternampak siket-siket.






Hammek ni. Senyum nampak gigi.





Eh, nampak gigi lagi....





Wohaaaa.. Senyum nampak gigi.



Nampak sangat jawapan aku kat formspring tipu sebab tiba-tiba terkucil keluar gigi. =___=" Serius weh, senyum tak nampak gigi terasa macam ala-ala model gituuuu.




Tak cun ke kalau senyum tak nampak gigi?????