Friday, January 11, 2013
Seronoknya berqasidah
Beberapa hari lepas, naqibah aku ajak pergi stadium badminton Cheras sebab ada program Malam Cinta Rasul. Aku ingatkan ada ceramah rupa-rupanya ada qasidah. Dalam majlis tu ada jugak artis iaitu al-mawlid dan kumpulan nasyid in-team.
Mesti ko tertanya-tanya kan apa tu qasidah??
Qasidah merupakan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah adalah satu cara para ahli sufi meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.
Dulu masa kat assembly kat maktab dah ada budak maktab aku berqasidah, tapi sebab first time dengar jadi perasaan tu biasa biasa jer la. Bila al-mawlid mai maktab aku untuk program icon pon aku rasa biasa jer.
Tapi masa kat stadium tu bersama-sama ngan orang-orang luar maktab ase wohaaaa....!!! sangat sangat.
Terima kasih kepada naqibah aku yang jemput gi sana.
Selama 2 jam non stop semua dalam dewan berqasidah.
Pompuan duk bahagian atas. Yang laki bersila di bawah.
Pengacara gitau majlis malam tu akan ditayangkan di TV Al-Hijrah pada hari maulidur rasul 25 haribulan nanti.
Sepanjang sesi berqasidah tu ada beberapa yang aku tau nyanyikan.
baru aku teringat masa kecik-kecik dulu ayah aku ada beli cd Hadad Alwi dan Sulis.
Rupa-rupanya tu pon termasuk dalam qasidah. Puji-pujian dan doa kepada Allah.
Dalam Islam pon ada hiburan.
Aku rasa better pergi majlis-majlis macam ni berbanding pergi konsert.
Kalo belum pernah dengar qasidah, pergilah search kat youtube sekarang.
Friday, January 4, 2013
Bayar RM5 dapat sekotak barang..berbaloi baloi
Citer ni pasal minggu lepas, aku pergi Jom Heboh kat Bukit Jalil.
Aku pergi hari last, ahad selepas habes focus group kat Bangi petang tu, terus pergi Bukit Jalil.
Tapi sampai-sampai jer kat LRT hujan lebat giler.
Padahal kat Bangi masa tu cuaca okey jer cerah dan panas.
Nak pergi ke tak nak ni?
Teruskan jerlah pergi Bukit jalil.
Sampai kat LRT...tudiaaaaaa
Hujan lebat giler campur ngan kilat dan petir pulok.
Tau-tau jerlah kilat kat KL ni macam mana
(pernah citer kat sini, petir di Kuala Lumpur)
aku pon decide balik jerlah. Kalo pergi pon kompem basah kuyup sebab tak de payung.
Patah balik ke Cheras.
Sampai kat rumah sewa, achu iedah ajak gi tengok konsert Jom Heboh.
Selepas Maghrib kami patah balik gi Bukit Jalil.
Hujan dah stop tapi kami still bawak payung. langkah berjaga jaga.
Sebab first time gi Jom Heboh, tatau konsep dia macam mana.
Orang kata semua barang RM10 atau RM5 jer.
ada macam-macam gerai. Ada makanan ringan, produk-produk kecantikan dan kesihatan.
Aku tak minat nak beli makanan ringan walaupon harga ditawarkan masa tu 1 paper bag RM10. Jaga pemakanan dan kesihatan.
Aku gi kat bahagian produk seperti sunsilk, sabun, mandian, rexona.
Masa tu harga ditawarkan 3 paper bag RM10.
Sedang berkira-kira nak belik ke tak nak beli ke tak.. Hurmmmmm....
Sekali dia cakap..
"4 paper bag RM10. Isi penuh barang!!!" Wohaaaaa.....!!!
Terus beratur ramai-ramai. Aku bayar RM5, achu iedah bayar RM5. Sorang dapat 2 paper bag.
Cukuplah RM10.
Ni barang aku yang ada dalam 2 paper bag = RM5.
Yang achu iedah punyer banyak ni jugak.
Boleh buat stok setahun ubat ketiak cap rexona tu.
So, kesimpulannya yang aku dapat lepas gi Jom Heboh haritu:
1. Tak payah pulun nak gi awal-awal. Sebab harga awal dia jual 1 paper bag RM10. Kalo gi lewat-lewat hari last pulok tu dapat lagi banyak barang. Bayar harga sama jugak.
2. Tak yah gi tengok konsert Jom Heboh. Dah lah sesak dan hujan. Pastu sedor diri yang aku ni pendek kompem tak nampak artis kat depan. Lagi elok tengok kat TV.
Tuesday, January 1, 2013
Macam mana nak bawak balik?
Harini 1 januari 2013.
Pagi-pagi Ruby dah kejut aku nak mai ambil.
Dengan tak mandinya terus balik hostel untuk daftar dan dapatkan kunci.
Sekali angkut barang dari basement ke tingkat 3 tuuudiaaaaaaaa...
Macam nak tercabut segala urat-urat badan. Kompem gain muscle aku.
Dah la barang-barang banyak, berat pulok tu.
Pastu kena angkut barang-barang dari bilik stor pulok.
Kami duk kat maktab ni setiap kali cuti kena kosongkan bilik kasi clear semua.
Barang-barang semua masuk dalam bilik stor. (pernah citer kat sini)
Sebab nanti time cuti akan ada cikgu-cikgu dan student masuk untuk kursus dalam cuti (KDC) atau JQAF.
Ni barang-barang aku selepas di angkut.
Tapi ada lagi ni kat bilik stor. Tinggal 1 storage box penuh buku ngan satu bakul besor.
Ni hasil aku duk hostel selama 3 tahun setengah.
Ko bayangkan lagi 2 tahun aku kena duduk maktab nanti habes belajar nak angkut bawak balik rumah camne????? Kena bawak balik ngan lori ler nampak nyer.
Mengamuk mak aku kalo tau barang aku banyak ni kat hostel.
Dia selalu pesan, bawak lah balik sket sket barang tu.
Tapiiiiiiiiiii....
Nak ngangkut berat mak oiiiii buku-buku, fail-fail tu semua..
Bila mak ayah nak mai jenguk aku kat sini????
Monday, December 24, 2012
Cabar diri sendiri
Aku ni dah lama ada lesen kereta tapi masih takut takut nak drive sendirian.
Mesti ada yang kena teman.
Sebelum balik cuti hari tu Ruby ada pesan belajar bawak kereta sendiri.
Kalau tak sampai bila pon tak reti.
Practise make perfect
.
So, memandangkan aku nak kena gi buat shake party dan jumpa cunstomer, nak tak nak aku kena drive jugak.
Tapi jarak tak jauh lah.
Satu hari aku gi rumah mak cik aku sendirian.
Tanjat mak cik aku tengok aku datang sorang-sorang.
Good job zazi. Dah berjaya satu tahap.
Next, drive waktu malam.
Aku ni tak rabun tapi silau. Tu yang tak berani nak drive malam-malam.
Aku try cabar diri aku haritu, balik dari rumah makcik aku waktu malam.
Sambil drive aku marah-marah kat kereta arah bertentangan sebab bagi lampu tinggi.
Baru beberapa hari yang lalu aku dapat kesan,
AKU SEBENARNYA YANG BAGI LAMPU TINGGI.
Kereta bertentangan bagi lampu tinggi untuk kasi warning kat aku kot. APTB.
Memandangkan sekarang di Pantai Timur Semenanjung Malaysia sedang musim hujan, lagilah aku tak berani nak drive. Tapi sampai bila aku nak berani kalau tak mencuba.
Jadi, pada suatu hari yang sedang hujan, aku try drive nak pergi pasaraya.
Aku ajak lah adik aku temankan.
Alhamdulillah, berjaya pergi dan pulang dengan selamat.
kesimpulannya,
Kalau kita tak berani dan lemah dengan sesuatu perkara, try cabar diri sendiri.
Insha Allah.. Kita berjaya overcome the fear. Belum cuba, belum tahu.
Sama macam orang yang nak lose/gain weight dan improve masalah kesihatan ngan Herbalife.
Ramai yang tanya: "yeke boleh berkesan??"
Belum cuba, belum tahu..
Kalau nak cuba, contact lah aku..
013-9454928 (azie)
Subscribe to:
Posts (Atom)

