Minggu lepas jadual aku tersangat pack ngan pelbagai aktiviti. Salah satunya adalah camping. BIG kali ni di adakan di Tanjung Karang. Tempat dia memang sangat-sangat kampung dan dikelilingi sawah. Tapi sayang masa ni tak de padi langsung yang ada hanya tanah gersang.
Ni tapak perkhemahan kami.. Berkhemah bawah ladang kelapa sawit. Malam-malam sejuk dan nyamuk sangat banyak dan besar-besar. Semua sekali ada 220 orang pelajar. memang ramai dan seronok sebab boleh eratkan hubungan antara batch. Part paling best mandi beramai-ramai dan makan sama-sama.
dalam camping kali ni kami kena gotong-royong bersihkan kawasan kampung. Aku kena bahagian membersihkan kubur. Waktu tu baru pukul 10 pagi tapi panas yang amat macam tengah hari. Tak de pokok untuk berlindung. Bila dah tengah hari kami pon pulang ke rumah keluarga angkat.
Ni family angkat aku. Kami 5 orang pelajar dapat satu family. Yang kat tengah tu mak angkat kami. Gambar ni tangkap pakai self timer sebab rumah mak tak de sape masa ni untuk tolong tangkapkan gambar -_-".
Kami juga ada game bola jaring ngan bola sepak. Lawan ngan orang kampung. Memang terer lah ada nenek ni main bola jaring. Pakai jersi C. Aku C jugak. Tak terjaga aku nak kawal nenenk ni. Stamina dia lagi kuat dari aku yang muda ni. Pastu main sukaneka.
Ni masa dalam khemah. Tapi bukan ahli khemah aku. mai bergambar ngan jiran khemah aku.
Antara ibu bapa angkat yang hadir pada majlis penutupan.
Tadaaaa... ni lah family angkat aku. Dari kiri Uwais, aku, mak, jolina, farahin dan amril.
So, begitulah perkhemahan aku kali ni. Apa yang best? Makan makan makan. Santai je tak perlu memasak, tak yah rushing kejar masa untuk aktiviti. Dan dapat mak angkat.
No comments:
Post a Comment