Projek luar untuk semester ni adalah berkenaan dengan kesan tanah runtuh. Kamu ingat lagi kes tanah runtuh dekat highland tower dan bukit antarabangsa beberapa tahun dahulu? Pe jadi ngan kawasan sekitar tu sekarang eh? Aku melawat sendiri tapak terjadinya kejadian tanah runtuh pada hari khamis yang lepas. Jom kita terjah (ala-ala nas ahmad).
Lokasi pertama yang aku nak kasi tunjuk adalah bukit antarabangsa. Sebelum kami bertolak ke lokasi kejadian, kami dengar dulu taklimat dari majlis Perbandaran Ampang Jaya dan lihat macam mana rumah-rumah tu bergerak macam bongkah-bongkah kayu yang dihanyut oleh air. Dahsyat giler..
Rumah tu tinggal separuh je? Mana pergi rumah-rumah di sebelahnya???
Cuba tengok gap antara rumah tadi (belah kiri) ngan rumah-rumah sebelah kanan. Jauh sangat kan. Kawasan yang ditumbuhi rumput-rumput tu dulu bekas kawasan tapak rumah. Bila aku pijak tanah yang dekat kawasan tu tanah dia jenis berpasir dan masih basah-basah lagi dan kemungkinan ada aliran air bawah tanah.
Ni bekas tapak rumah yang kat bawah cerun. Tanah dah jadi terbiar. Kalau kamua ase nak beli tanah kat situ boleh lah jugak.. Ada berani ke?
Kawasan perumahan kat sini semua rumah jenis mewah. Kawan-kawan aku cakap ada rumah Dato' Siti Nurhaliza kat area sini. Banyak rumah berhampiran tapak runtuhan tu dah dikosongkan. Mungkin pemilik runah takut kejadian yang sama berulang so baik dia cari rumah yang lagi selamat kan. Prevention is better than cure.
Next location, highland tower. Yang ni lagi dasyat cara runtuhan dia. terbaring teruih. Kawasan tu dah dipenuhi dengan semak samun. Banyak nyamuk dan kemungkinan ada harimau kat situ sebab kawan aku ada tangkap gambar tapak kaki harimau kat sekitar bangunan yang tak runtuh tu.
Bangunan yang terbiar. Selepas runtuhan ada jugak mangsa-mangsa yang tak dijumpai. Pegawai tu cakap kebanyakkan yang meninggal dijumpai kat bahagian tangga sebab semua rushing nak turun. Dahsyat kan..
Rujuk anak panah merah. Bangunan ni tak lurus kan. Ada kemungkinan akan runtuh dan kes tanah runtuh ni masih di bawah kes mahkamah. Kami tak leh masuk jauh-jauh sangat kat dalam. Bahaya tak tau apa ada kat dalam tu.
Rumah yang ditinggalkan sekitar bangunan yang runtuh.
Lepas buat lawatan kat kawasan-kawasan tu kami kenalah buat laporan dan macam biasa kena masukkan dalam asignment. Kalau nak buat rumah di kawasan yang bercerun dan berbukit kamu kena tau risikonya dan rujuk kepada pihak perbandaran sama ada boleh buat rumah ke tak kat kawasan tu.
Nak tengok tempat-tempat yang aku dah pernah pergi buat kajian? Klik sini dan sini dan sini.Oh nak gitau. Bulan puasa pon kami buat kajian tau. Walaupon cuaca masa tu panas terik sangat-sangat sangat balik hostel terus tidur. Perghh..Latih giler dowh.
8 comments:
seramnya tgk tumah yg negkok tu
rin pun dah pena pegi kt both places tu.mmg seram.pling seram kt highland tower tu.dah la sunyi semcam.huhu +_____+
huii seram pulak p tempat2 camtu.. hati2 azieeee aku syg mu lagi heheh (tetiba)
bagus buat lawatan nih boleh la cter ape yg terjadi sebetol2 nye kt ktorg sumer...
huiyo
umah hantuu tuuuu.
gambar dengan rumah org kaya mana weyh? :p
bagusnya korang nih...
Post a Comment