Semalam buat pertama kalinya aku join aktiviti bersama group persatuan anak terengganu. Aku pon tahu kewujudan group ni setelah di beritahu oleh junior aku. Lepas dia bagi borang aku pon ushar-ushar pe aktiviti yang mereka dah buat fuyoohhh banyak jugak. Kiranya aku ni lambat la dapat tau. Dulu masa kat UUM aku pernah daftar persatuan mahasiswa terenggau tapi tak sempat join pape event pon dah aku duk situ sebulan jek. Si sekarang baru aku tau antara negeri-negeri yang ada kat maktab aku ni negeri aku antara yang aktif.
Bila dapat tahu ada majlis bukak puasa bersama Menteri Besar terus aku nak gi lah bukan senang nak jumpa MB. Tahun lepas member aku kat UPM ada ajak pergi tapi masa tu aku sedang sibuk angkat kain biru kuning merah putih untuk sambutan merdeka.
Majlis diadakan kat PICC, Putrajaya. Makanan meriah giler penuh satu meja. Semua ahli meja pakat angkut makanan-makanan yang ada bawak pergi ke meja. Tamak haloba makan pon tak habes.
Ni muffin yang dibuat dari ubi gadong. Aku pon tatau apa tu ubi gadong.
Hidangan sepinggan lengkap. Aku lebihkan ambik sayur sebab lama giler tak makan sayur sejak berpuasa ni.
Lepas maghrib sambung makan lagi pastu kebetulan ada sale kat dalam PICC tu. Mungkin hikmah aku terlewat bangun petang tu pastu kalut nak bersiap pastu terlupa nak bawak duit jadi masa bersesak bersama makcik-makcik yang berebut nak dapatkan handbeg masa happy-hour aku hanya mampu memandang. Selamat duit aku.
Ramai giler orang. Ada makcik bawak anak-anak sampai anak dia menangis biasa lah budak kan pastu kesian pulak aku kat makcik tu tak dapat nak berebut handbeg masa happy-hour.
Lepas moreh ada sesi bergambar ngan MB. Aku pon join sekali lah.
Ni antara ahli group yang hadir. Macam salam perantauan aku ase.
Sayangnya. Gambar ok tapi blur. Takpelah tempek je kat sini buat kenang kenangan.
Balik dari putrajaya dah lewat malam pastu dah nak sampai dah maktab jalan jem giler. Lepas je dari trafik light HUKM terus masuk dalam jem. Laluan yang selama ni boleh lalu dalam 3 4 5 minit jadinya 1 jam. Aku pon tatau apa lah yang dorang cari kat downtown sampai jem giler jalan. FYI maktab aku dekat ngan downtown. Sejak bulan ramadhan ni downtown makin meriah.
No comments:
Post a Comment