Friday, August 26, 2011

Paper bag Selamat menyambut hari kemerdekaan


Idea kreatif daripada ahli kelas aku untuk mengajar kaedah membaca dengan membuat paper bag. Melalui beg kertas tu juga akan merangsang pemikiran kanak-kanak menjadi lebih kreatif. Aktiviti ni mereka dah test kat kami dan sangat menyeronokkan. Tiap kali kelas literasi bahasa kalau buat amali jek kami kena berfikir dan berperangai seperti kanak-kanak. Emmm... masa kelas-kelas lain pon kami kena rendahkan pemikiran ke arah pemikiran kanak-kanak. kena tau apa kanak-kanak suka buat, nak kasi lagi seronok, apa masalah kanak-kanak tu kalau buat aktiviti macam tu macam ni dan lain-lain lagi.

Jadi dalam amali kali ni kami buat beg kertas. Buat tulisan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN pastu ayat 1 lagi 1 MALAYSIA. Ni untuk latihan mengajar murid-murdid membaca. Kami pon berusaha buat beg kertas tu dengan kreatifnya.

Ni lah hasil kerja kami. Kumpulan aku yang ber kertas kaler pink tu. Cantik tak? kami buat tulisan tu pakai labuci pastu tulisan 1 Malaysia tu pakai kapas. Aktiviti amali macam ni seronok sebab tak yah nak belajar sangat. Cuma kena lebih kreatif sebab ni masuk dala markah asignment. Hari rabu lepas masa group aku present kami buat kad raya menggunakan kolum. Ala yang lukisan yang orang india buat pakai beras warna warni tu. kami tukar beras kepada kacang dal, sagu bewarna dan macam-mcam lagi. Aku tak sempat nak amek gambar masa aktiviti tu

Selain tu, ada juga aktiviti menyanyikan lagu kanak-kanak tapi masih dalam konteks ajar membaca. Kali ni nyanyi lagu burung kakak tua. Group yang bentang siap bawak alat key board lagi untuk present.

Group ni ada cekgu yang mempunyai volkal yang mantap iaitu cikgu Pok Din..

Semasa bahagian aktiviti, setiap kumpulan kena present nyanyian lagu burung kakak tua tu dengan persembahan yang menarik dan kreatif. Siap ada maskot burung lagi.

Dan last sekali sebelum balik kami dapat duit raya. Hoorayyyyy! Dah besar pon masih berpeluang dapat duit raya.
Kami akan pulang beraya selama 1 minggu lepas tu sambung lagi 1 minggu sebab kena pergi PBS (pengalaman berasaskan sekolah) di sekolah berdekatan kampung halaman masing-masing. Ada jugak la yang buat PBS kat area KL. Malam ni aku bertolak pulang ke ganu so sebelum raya ni aku nak wish siap-siap sebab takut nanti masa raya tak sempat nak update blog. Sibuk nak beraya la katakan. 


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
HATI-HATI DI JALAN RAYA
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.


2 comments:

Umie Nadhirah said...

cikgu Pok Din???

Fatin Aliyya said...

kreatif sngt2 lah buat teknik mcm tue.seyes, student pun akan tertarik pny.

selamat blk kampung azie, slmt hari raya :)