Friday, August 19, 2011

Turun berat badan secara drastik


Salam Ramadhan semua pembaca belog ini. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 19 kita berpuasa tinggal lebih kurang 10 hari lagi. Dan alhamdulillah jugak setakat saat ni aku masih berpuasa penuh. Harap-harap kali ni dapat puasa penuh. Insyallah (dengan izin Allah)

Semalam maktab aku mengadakan majlis berbuka puasa perdana. Seronoklah boleh bukak puasa ramai-ramai. Boleh bezalah kan nikmat makan sorang sorang dengan makan beramai-ramai. Sepanjang bulan ni aku berbuka puasa di surau bersama-sama dengan akak-akak, adik-adik dan kawan-kawan. Walaupon makanan yang dihidangkan tak semewah kamu tapi syukurlah bila berbuka dapat makan nasi, ayam atau daging atau ikan dan sedikit sayur. 


Belanja pon jimat. Waktu moreh plak ada kuih-kuih pernah sekali moreh makan ayam KFC. Hambek kau. Masa ni aku tak datang surau sebab kuar makan ngan kawan sekolah. Takpelah rezeki bulan puasa ni.

Sahur pulak aku makan kurma ngan air kosong. 

pastu roomate aku rekemen suh minum nersvita masa sahur. Ada la jugak tenaga nak gi kelas tambah-tambah haritu ada kelas PJ. Petang pulak tu kelas PJ. 

Tapi alhamdulillah la setakat aku sahur ngan kurma dan air kosong ni masih mampu meneruskan amalan puasa. Kalau agak-agak lapar giler aku terus tidur. Takut la nanti tak leh tahan nafsu satgi pi amek makanan makan diam-diam masa roomate tak ada. Saje je batal puasa. Baik aku tidor. Bangun bila dah dekat nak pukul 7. Okey lah tu kan.

Oleh sebab aku cuma makan nasi 1 kali sehari jek tu pon nasib baik dapat makan masa  berbuka puasa kat surau. Pastu sahur pon tak makan nasi sekarang berat aku turun 3 kilo! Okey fine mungkin nilai tu sedikit bagi kamu. bagi aku yang obses nak tambah berat ni ase saaaayyyyaaaaannggggg giler berat dah turun dan susah giler kot untuk aku naikkan balik berat. 

Tak pe. Balik raya ni pulun makan banyak-banyak kasi cecah 45 kg. 


pi es: kalau nampak iklan nuffnang mecanak keluar tu nak mintak tolong klik kan boleh? Hehehe. Tenkiu.

2 comments:

AinnulSufea said...

Raya konfirm badan naik, tak tipuuuuuu --

asnizaziz said...

samalah berat makin turun gak,dahla kte ni mmg underweight :(