Saturday, July 30, 2011

Merasai kehidupan di rumah sewa


Hujung minggu dihabiskan di sumah sewa pinky milik fatin, ika, ecah, tinspekar. Ramai kawan-kawan aku balik kampung minggu ni. Jadi kat umah fatin tinggal dia sorang jek. Aku pon mailah lepak umah pinky ni bersama-sama ngan moknik. Lagipon roomate aku tak de pergi camping. Takut aku tidoq sorang-sorang. 

Kehidupan di luar asrama pada mulanya aku ase susah berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang dah tinggal luar kampus. Kena banyak barang contohnya peti ais, mesin basuh, tv, tilam nak tidur, barang dapur dan lain-lain lagi. Bila semuanya dah stabil terasa macam duduk kat rumah pulak. Tapi bangun pagi kena masak sendiri. Kalau duk kat asrama pergi kedai makan order jek. Duit pon mengalir jugak. Hahahahaa...

Pagi ni fatin gorengkan sosej. Makan-makan sambil tengok tv. Haritu semasa ika ada kat umah, fatin ngan ika masakkan bihun sup. Terer jugak dorang ni masak. Mungkin kalau aku duk luar kampus nanti aku pon akan tau masak. Mmmmmm.. Sekarang ni pon tau masak cuma bila aku masak kat umah adik-adik aku semua komplen masakan aku. Sekali ngan ayah aku pon turut komplen. Mak aku je la memahami kot tak pon makan jugak masakan aku sebab anak dia masak. -_-" tsk tsk

Malam ni aku, fatin dan moknik nak gi tengok marching band kat stadium bole sepak cherasssss. Papehal nanti aku update pasal marching band tu. Coming soon~


pi es: on9 pakai laptop tinspekar

No comments: