Alhamdulillah. Karnival Nasyid maktab aku dah selamat dijayakan semalam. Walaupon aku hanya bertugas sebagai AJK hadiah tapi terasa lah jugak letihnya. Macam mana pulak ngan orang-orang lain yang punyai tanggungjawab yang lagi besar untuk uruskan tentang karnival ni? Lagiiiilah letih kan. harap lain masa aku dapat peluang lagi nak libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti mengurus ni walaupun aku tau mesti akan letih. Jom berbalik kepada cerita semalam.
Pada sebelah pagi diadakan forum yang dihadiri oleh ahli panel Dr. HM Tuah, Imam Muda Nuri, Ustaz Abdullah Zuhri dan moderatornya adalah Fedtri Yahya pengacara TV3. Tajuk forum adalah Belailah jiwa damailah kalbu. menarik jugak forum ni ada unsur kecindan barulah tak ngantuk dalam dewan yang ber-ekon tu.
Kat luar dewan pulak ada jualan. Walaupon tak banyak gerai tapi masih lah ada makanan dan barang-barang untuk dibeli.
kawan-kawan aku yang gigih menjual jagung manis dan dadih.
Pada sebelah malam pulak diadakan pertandingan nasyid antara matab dan persembahan dari kumpulan Raihan. Nak kata aku teruja boleh jumpa raihan depan-depan terujalah jugak. Sejak kecik lagi mak ayah aku bagi aku dengar lagu-lagu nasyid Raihan. Dalam rumah pasang lagu Raihan, dalam kereta pasang lagu Raihan, manalah aku tak fanatik ngan Raihan. Kat belakang pentas terkaku seketika tengok kumpulan Raihan depan mata. Dah tua dah Che Amran. Dulu kalau tengok Raihan kat TV adik-adik aku cakap ayah aku muncul kat tv. Mereka duk samakan muka ayah aku ngan Che Amran. -_-" tsk tsk tsk
4 kumpulan yang bertanding semalam. Semuanya hebat-hebat. Aku suka tengok orang main tamborin sambil ketuk-ketuk kat badan. Semangat gila. Dah lah ensem (^^,).
Bertugas di belakang pentas. Jangan lepaskan peluang yang ada. hahahahaha...
Amboi pengacara pertandingan terus terjah nak bergambar lepas Raihan buat persembahan.
Okey. Kami pon nak jugak. Sampai terlupa nak kena bagi hadiah kat para pemenang. Nasib baik kak Khalilah mai panggil kami.
Begitulah kisahnya semalam. Thanks Ruby, ajak saya bertugas jadi AJK hadiah. Dapat peluang macam ni dan dapat belajar macam-macam benda baru.
Saya dan Ruby~
3 comments:
first time n last saya jumpa raihan sekitar tahun 1999. time tu ada program keagamaan di sekolah. kump. raihan datang buat persembahan :)
p/s:awak pelajar IPIK rupanya. saya IPTEK depan tu je ^^
PERGHHH. Raihan tu.
wah wahh wahhhh nak jelez jugakkk
tak penah dapat jumpak lagi nehhhh =.=
Post a Comment