Walaupun sekarang dah ramai orang melibatkan diri dengan vlogging tapi aku lebih prefer blogging. Aku tak retilah nak berlakon depan kamera nampak sangat plastik tak pon aku cakap gagap gagap depan kamera berdiri depan kelas pon kadang-kadang aku gagap. So kita teruskan jela ngan blogging.
Bagi aku....
Blogging ni salah satu cara untuk aku ekspresikan segala pandangan aku tentang sesuatu. Kadang-kadang bila sembang ngan kawan-kawan kita tak sempat nak gitau mereka. Kita boleh gitau kat orang lain (sape sape yang terbaca entry kat blog aku). Ataupon sesuatu perkara tu aku nak semua orang tahu walaupon aku dah gitau kawan-kawan secara face to face. Contohnya tentang basuh baju baru. Ramai yang tak kesah pakai baju yang baru dibeli tanpa membasuhnya terlebih dahulu.
Masa awal-awal aku sign up blog ni aku ingat nak ceritakan tentang hal peribadi aku jek pastu bila dah gi melawat blog-blog orang lain dorang cakap orang akan bosan kalau asyik sembang tentang kehidupan kita. lainlah kalau aku ni artis peminat-peminat nak tau tentang life aku. -_-" So, aku pon tukar tajuk blog aku daripada DUNIA SHAZIKA kepada SHAZIKA SHAHRIM. Aku-tak-maulah-buat-macam-ni-blog-aku-punyer-ikut-suka-aku-lah-nak-tulis-apa-kat-blog-aku-kalau-tak-suka-sila-klik X di-hujung-skrin-sebelah-kanan-terima-kasih. Walaupon tak ramai yang datang blog aku tapi aku masih consider la akan ada yang baca dan tak perlu nak syok sendiri.
Dengan blogwalking aku akan dapat kenal bermacam-macam jenis blog dan dapat kenal dengan empunya blog tu. Tak rugi pon pergi melawat blog orang lain walaupon aku tak kenal dalam dunia realiti sape orang tu. Kisah-kisah mereka tu boleh aku jadi kan teladan dan tips-tips yang mereka share tu aku boleh praktikkan. Tu jela buat masa ni aku boleh terpikir kenapa aku suka blogging. Tak perlu nak kejar duit yang akan dapat dari nuffnang atau menambahkan bilangan follower dengan i follow u, u follow me. Kalau orang suka blog kita orang akan follow lah kan. So pikir-pikir lah sendiri kenapa kamu suka blogging.
Selamat berblogging semua. Hehehehe....
11 comments:
wah...semoga makin berjya!
blogging sangat best...teruskan berblogging :D
sometimes luahkn perasaan dekat org yg kita takknl dlm blog tu lagi better kan?i mean kita express kta blog.then dorg jujur dlm bg pndangan
blogwalking pon best gak... :)
jemput singgah blog sy :)
happy blogging shazika shahrim :)
blogging life lain drdp org yg takde blog kan ? ^_^
best dpt kenal ramai umat manusia dalam dunia blog ni .
terpengaruh aku dengan kata2 hang. eheh
hepi blogging aziE..Blog u lagi femes dari blog i..beribu dah follower ang weh..
:) dh lama aku x mnulis..terus aku ilang passion of blogging..huhu
menyampah tengok yang vlog tergagap-gagap kontrol cunnn! haha.
kengkadang kita suka sangat berblog tp kengkadang tu malas giler ... tengok mood ler ...
berdiri depan kelas dengan member2 pun iema gagap, ni kan pulak publish bagi orang2 xkenal tengok..
haaha wt malu jerk...
Post a Comment