Sunday, July 31, 2011

Khidmat masyarakat Bina Insan Guru - part 2 (mural)


Assalamualaikum semua. Aritu aku ada gitau kan nak tunjuk kat kamu semua mural-mural pada dinding kat sekolah yang aku dan kawan-kawan pergi buat khidmat masyarakat. Lawa dan menarik penuh warna warni.
Semasa khidmat masyarakat aritu kelas aku dah bagi-bagi tugas dan ada beberapa orang yang kena lukis mural. Aku tumpang calit siket je kat dinding nak kasi ada la bekas tangan aku kat sekolah tu. Di akhir entry ni aku tunjukkan hasil mural kawan-kawan aku. teruskan skroll down..

Eh! Sape ni? Ni lah ketua kelas aku. Tak payah fokus kat dia. Kita fokus pada mural kat dinding belakang tu. Lawa kan penuh warna warni.

Macam mana? Sekolah rendah elok buat mural pada dinding bangunan sekolah. Kanak-kanak kan suka warna-warna sebab tulah bangunan tadika penuh warna warni. 

aku tertarik ngan lukisan ni. Ni bilik Skim pinjaman buku teks. Dah balut buku ke? Kalau zaman sekolah dulu memanglah kena balut buku. Konon konon sayang buku. Bila dah masuk maktab dan U aku jadi malas nak balut. Salotep je tepi kulit buku. Kamu pernah buat macam aku buat tak??

Dan last sekali hasil mural yang kawan-kawan aku buat. Taraaaaa...

Amacam? Lawa oh. kalau aku yang buat kompem tak jadi macam ni. Aku tau lukis orang lidi jek. Hehehehe..   Kamu dah tengok belum hasil orang lidi yang aku buat? Alaaa rugilah kalau kamu tak tengok lagi. Nah aku kasi link


Saturday, July 30, 2011

Hasrat tak kesampaian


Maaf tak dapat nak upload gambar marching band. Sebabnya aku tak gi tengok sebabnya nak masuk kena pakai pass so aku melilau kat masjid jamek dan jalan TAR yang sesak giler sebab SOGO ada sale. Mmmmm untuk yang ada member card je la boleh masuk SOGO. Konklusinya kami balik rumah masak. Fatin masak ayam masak merah sedap. 

Merasai kehidupan di rumah sewa


Hujung minggu dihabiskan di sumah sewa pinky milik fatin, ika, ecah, tinspekar. Ramai kawan-kawan aku balik kampung minggu ni. Jadi kat umah fatin tinggal dia sorang jek. Aku pon mailah lepak umah pinky ni bersama-sama ngan moknik. Lagipon roomate aku tak de pergi camping. Takut aku tidoq sorang-sorang. 

Kehidupan di luar asrama pada mulanya aku ase susah berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang dah tinggal luar kampus. Kena banyak barang contohnya peti ais, mesin basuh, tv, tilam nak tidur, barang dapur dan lain-lain lagi. Bila semuanya dah stabil terasa macam duduk kat rumah pulak. Tapi bangun pagi kena masak sendiri. Kalau duk kat asrama pergi kedai makan order jek. Duit pon mengalir jugak. Hahahahaa...

Pagi ni fatin gorengkan sosej. Makan-makan sambil tengok tv. Haritu semasa ika ada kat umah, fatin ngan ika masakkan bihun sup. Terer jugak dorang ni masak. Mungkin kalau aku duk luar kampus nanti aku pon akan tau masak. Mmmmmm.. Sekarang ni pon tau masak cuma bila aku masak kat umah adik-adik aku semua komplen masakan aku. Sekali ngan ayah aku pon turut komplen. Mak aku je la memahami kot tak pon makan jugak masakan aku sebab anak dia masak. -_-" tsk tsk

Malam ni aku, fatin dan moknik nak gi tengok marching band kat stadium bole sepak cherasssss. Papehal nanti aku update pasal marching band tu. Coming soon~


pi es: on9 pakai laptop tinspekar

Thursday, July 28, 2011

Milo tabur


Aku ingat nak buat entry pasal mural kat sekolah yang aku gi khidmat masyarakat aritu tapi tak dapat-dapat lagi gambar dari member aku. Sebab aritu aku guna kamera dia nak tangkap gambar mural sebab memory card aku full. Tak pelah, nanti aku tunjuk kat kamu. Coming soon....


Semalam lepas usrah dapat kol dari member lama masa zaman metrik dulu ajak aku keluar. Mereka adalah Diela dan Syakirah. Dulu masa zaman metrik aku, syakirah, diela ngan sarah memang geng. Gi mana-mana pon kami 4 orang. Kalau nak tau tentang mereka ni kamu godek-godek lah sendiri entry-entry lama aku. Oleh sebab aku boleh keluar hostel sampai pukul 10.30 malam jek, aku sempat lepak sekejap je ngan diela dan syakirah. Huhuhuhu... Pastu kebetulan pulak member kami yang belajar kat maktab teknik, Amalina sedang berada di downtown so jumpa jugak lah ngan amalina.

Masa order minuman, diela ngan sya order minuman mereka masa zaman metrik dulu, MILO TABUR. Antara kami 4 orang aku sorang je tak minum milo tabur sebab aku tak suka sangat milo pekat. Tak sangka aku sejak dari dulu sampai sekarang masih ngan milo tabur. Alaaa...Kalau sarah ada sekali lengkaplah kami 4 orang.


Penat aku godek godek album lama cari gambar mereka minum air milo tabur. 



dari kiri: sarah, diela, syakirah dan aku. (muka zaman metrik tahun 2008)


Semoga lepas ni kami semua boleh berjumpa lagi.

Tuesday, July 26, 2011

Yang buka nampak pelik yang pakai nampak elok


Assalamualaikum semua. Tak sampai seminggu pon lagi kita akan sambut Ramadhan al-Mubarak kan. Sebelum tu aku nak ingatkan kat sape-sape yang tak ganti puasa lagi tu cepat-cepatlah ganti. Kawan-kawan aku sangat memaksa aku ganti cepat-cepat siap marah aku lagi "Azie! Dah mung bile nok ganti pose ni". Atas usaha kawan-kawan ingatkan dan ketabahan aku ganti puasa akhirnya aku DONE! Tak sabar nak tunggu ramadhan. 

Sejak akhir-akhir ni aku tengok ramai perempuan yang dahulunya tak bertudung ataupon on off tudung tapi sekarang dah boleh pakai tudung dengan elok. Malahan lagi cantik pemakaiannya erkkkk maksud aku lebih kemas dan bergaya. Tahniah kepada anda yang berubah daripada freehair kepada berhijab. Tepuk tangan ramai-ramai. Siyes aku suka dan berdoa moga-moga hijab tu akan terus On dan tak OFF lagi. Insyaallah..

Mungkin disebabkan oleh fesyen tudung yang perlbagai bagai cendawan tumbuh selepas hujan menarik minat kaum hawa untuk bertudung. Kalau dulu pakai tudung bawal asyik kelepek serebet muncung tak tegak kalau lipat tudung senget-senget tapi sekarang kalau ase nak cepat je main sarung kat kepala (contoh tudung ala-ala Ariani) dan kalau ase rajin sangat boleh lilit-lilit. Shawls sekarang pon macam-macam jenis dan corak. Tapi aku lebih prefer syria sebab SIMPLE. 

Tapi yang peliknya....

Bila dulu bertudung sekarang OFF. Kenapa? Masa zaman sekolah dulu gi sekolah pakai tudung cantik sangat bertudung litup bila dah besar kenapa mesti bukak tudung. Alhamdulillah setakat ni aku masih pertahankan hijab di kepala. Apa yang aku kongsi di sini cuma pendapat aku bila aku pndang beberapa pompuan yang dulu aku tau dia freehair bila tengok dia bertudung masyallah cantiknya. Yang pelik bila dulu aku tau dia bertudung sekarang dah tak bertudung.  Memang aku pikir 2 3 4 5 dan banyak kali nak publish ke tak entry ni. Dan sekarang baru aku publish. Tak de kena mengena ngan sape-sape. So, dats my opinion. Nak tima-tima kalau tak mau tima its up to u. Chill~ 


Sunday, July 24, 2011

Dari kecil dengar lagu Raihan baru semalam dapat bertemu


Alhamdulillah. Karnival Nasyid maktab aku dah selamat dijayakan semalam. Walaupon aku hanya bertugas sebagai AJK hadiah tapi terasa lah jugak letihnya. Macam mana pulak ngan orang-orang lain yang punyai tanggungjawab yang lagi besar untuk uruskan tentang karnival ni? Lagiiiilah letih kan. harap lain masa aku dapat peluang lagi nak libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti mengurus ni walaupun aku tau mesti akan letih. Jom berbalik kepada cerita semalam.

Pada sebelah pagi diadakan forum yang dihadiri oleh ahli panel Dr. HM Tuah, Imam Muda Nuri, Ustaz Abdullah Zuhri dan moderatornya adalah Fedtri Yahya pengacara TV3. Tajuk forum adalah Belailah jiwa damailah kalbu. menarik jugak forum ni ada unsur kecindan barulah tak ngantuk dalam dewan yang ber-ekon tu.


Kat luar dewan pulak ada jualan. Walaupon tak banyak gerai tapi masih lah ada makanan dan barang-barang untuk dibeli.



kawan-kawan aku yang gigih menjual jagung manis dan dadih.


Pada sebelah malam pulak diadakan pertandingan nasyid antara matab dan persembahan dari kumpulan Raihan. Nak kata aku teruja boleh jumpa raihan depan-depan terujalah jugak. Sejak kecik lagi mak ayah aku bagi aku dengar lagu-lagu nasyid Raihan. Dalam rumah pasang lagu Raihan, dalam kereta pasang lagu Raihan, manalah aku tak fanatik ngan Raihan. Kat belakang pentas terkaku seketika tengok kumpulan Raihan depan mata. Dah tua dah Che Amran. Dulu kalau tengok Raihan kat TV adik-adik aku cakap ayah aku muncul kat tv. Mereka duk samakan muka ayah aku ngan Che Amran. -_-" tsk tsk tsk


4 kumpulan yang bertanding semalam. Semuanya hebat-hebat. Aku suka tengok orang main tamborin sambil ketuk-ketuk kat badan. Semangat gila. Dah lah ensem (^^,).



Bertugas di belakang pentas. Jangan lepaskan peluang yang ada. hahahahaha...



Amboi pengacara pertandingan terus terjah nak bergambar lepas Raihan buat persembahan.


Okey. Kami pon nak jugak. Sampai terlupa nak kena bagi hadiah kat para pemenang. Nasib baik kak Khalilah mai panggil kami.


Begitulah kisahnya semalam. Thanks Ruby, ajak saya bertugas jadi AJK hadiah. Dapat peluang macam ni dan dapat belajar macam-macam benda baru. 

Saya dan Ruby~

Saturday, July 23, 2011

Biarpon letih tapi dapat belajar banyak benda baru


Walaupon sangat sibuk dan letih sampai makan pon tak menyempat, aku rasa seronok sebab dalam keadaan aku sibuk menguruskan hadiah bersama Ruby aku dapat belajar banyak benda baru. Contohnya...

Harga bagi sebijik plat (piala kecil kristal) yang kalau menang pertandingan bahas ke, pidato ke, nasyid ke rupa-rupanya benda tu mahal dalam lingkungan harga RM6.50. Dulu masa kat MRSM setiap bulan akan ada penyampaian plat untuk pelajar terbaik subjek tapi aku tengok pelajar kelas 5 Al-Azhar lempar merata-rata je plat tu. Mahal tuuuuu harga sebijik plat. 


Kak Khalilah ajar aku cara nak key in nama untuk buat sijil ngan cara yang mudah. Dulu aku ingat kena taip nama satu persatu untuk buat sijil. Rupa-rupanya pakai link microsoft word ngan microsoft excell. Mudah giler. Wohaaaaaa... 


Sebelum terlambat (ni pon buat entry cepat-cepat) aku nak gitau sape-sape yang tinggal berdekatan dengan area Cherassss kamu dijemput hadir ke kernival Nasyid maktab aku. Siang ada forum ngan jualan manakala malam pulak ada pertandingan dan persembahan nasyid dari kumpulan Raihan. Aku minat Raihan sejak dari kecik lagi. Teruja nak tengok Raihan secara live. Imam Muda pon datang jugak. 


Jemput datang memeriahkan karnival kami. :)


Thursday, July 21, 2011

Khidmat masyarakat Bina Insan Guru - part 1


Semester kali ni aku dan classmate perlu menjalankan program khidmat masyarakar. Bincang punya bincang kami pon decide nak buat kat sekolah yang terdekat dengan maktab sebab senang lah nanti nak urus pasal transport nak berurusan dengan pihak sekolah dan macam-macam lagi. Dan kebetulan pulak sekolah yang kami pilih tu nak buat gotong-royong bersama pihak PIBG untuk bersihkan kawasan sekolah. Jadi, kami pon join sekali lah.



Awal pagi sebelum pukul 8 pagi kami berkumpul di perkarangan sekolah.


Mula mengangkat barang-barang yang diperlukan dari stor.


kerja-kerja dibahagikan mengikut kumpulan. Aku dapat bahagian membersihkan kawasan taman sains. Ada yang mengecat pagar sekolah, mengecat divider, membetulkan perabot, membuat mural, membersihkan taman pertanian dan lain-lain.











Guru-guru, pihak ibu bapa, DBKL dan murid-murid turut sama dalam gotong-royong ni. Lawa giler sekolah ni. Masuk je kawasan sekolah aku tengok banyak mural yang cantik-cantik kat dinding-dinding bangunan. Nanti aku post entry pasal mural-mural kat sekolah ni pulak. Stay tune~


Sunday, July 17, 2011

Kenapa aku suka blogging?


Walaupun sekarang dah ramai orang melibatkan diri dengan vlogging tapi aku lebih prefer blogging. Aku tak retilah nak berlakon depan kamera nampak sangat plastik tak pon aku cakap gagap gagap depan kamera berdiri depan kelas pon kadang-kadang aku gagap. So kita teruskan jela ngan blogging. 


Bagi aku....


Blogging ni salah satu cara untuk aku ekspresikan segala pandangan aku tentang sesuatu. Kadang-kadang bila sembang ngan kawan-kawan kita tak sempat nak gitau mereka. Kita boleh gitau kat orang lain (sape sape yang terbaca entry kat blog aku). Ataupon sesuatu perkara tu aku nak semua orang tahu walaupon  aku dah gitau kawan-kawan secara face to face. Contohnya tentang basuh baju baru. Ramai yang tak kesah pakai baju yang baru dibeli tanpa membasuhnya terlebih dahulu. 


Masa awal-awal aku sign up blog ni aku ingat nak ceritakan tentang hal peribadi aku jek pastu bila dah gi melawat blog-blog orang lain dorang cakap orang akan bosan kalau asyik sembang tentang kehidupan kita. lainlah kalau aku ni artis peminat-peminat nak tau tentang life aku. -_-" So, aku pon tukar tajuk blog aku daripada DUNIA SHAZIKA kepada SHAZIKA SHAHRIM. Aku-tak-maulah-buat-macam-ni-blog-aku-punyer-ikut-suka-aku-lah-nak-tulis-apa-kat-blog-aku-kalau-tak-suka-sila-klik X di-hujung-skrin-sebelah-kanan-terima-kasih. Walaupon tak ramai yang datang blog aku tapi aku masih consider la akan ada yang baca dan tak perlu nak syok sendiri.


Dengan blogwalking aku akan dapat kenal bermacam-macam jenis blog dan dapat kenal dengan empunya blog tu. Tak rugi pon pergi melawat blog orang lain walaupon aku tak kenal dalam dunia realiti sape orang tu. Kisah-kisah mereka tu boleh aku jadi kan teladan dan tips-tips yang mereka share tu aku boleh praktikkan. Tu jela buat masa ni aku boleh terpikir kenapa aku suka blogging. Tak perlu nak kejar duit yang akan dapat dari nuffnang atau menambahkan bilangan follower dengan i follow u, u follow me. Kalau orang suka blog kita orang akan follow lah kan. So pikir-pikir lah sendiri kenapa kamu suka blogging.


Selamat berblogging semua. Hehehehe....


Thursday, July 14, 2011

Awek gigi jarang jadi pelakon video klip

There's no more second chance. Maybe.....




Ni kesinambungan video taylor swiff yang aku penah tayang kat blog ni.  Pelakon vc ni pon orang sama jek. Yang tak boley blah awek tu. geli geleman aku tangok. Euwwww..!


Sunday, July 10, 2011

Lepas sorang demi sorang adik-adik meninggalkan kampung halaman


Tahun ni aku ada tiga orang adik (termasuk sepupu) dah keluar dari kampung halaman. Adik aku masuk IKM kat Kedah, sorang lagi sepupu yang rapat masuk KPM kat Kuantan dan kembar dia masuk ILP. Aku sebagai kakak risau lah sebab dorang semua ni tak pernah rasa kehidupan di asrama. jadi sebelum dorang daftar aku dah gitau siap-siap barang apa yang penting sebagai ahli asrama. Siap suh dorang tulis balik list barang dan tick mana yang dah ready. 


Baru seminggu kat tempat belajar yang baru dah ada kol dan mesej aku 

"Long, ada budak ejek aku."
"Long, aku kena denda masa orentasi. letih sangat". 
"Arghh..Baru masuk hari pertama rambut aku dah botak".
"Roomate aku jenis penyepah. Barang-barang bersepah sampai masuk ke bahagian aku".


Dan macam-macam lagi. Sebab tu aku selalu suruh mak aku masukkan adik-adik aku ke asrama semasa mereka sekolah menengah jadi bila dah masuk peringkat kolej dan u tak de lah mereka rasa kejutan budaya budaya di asrama, dapat berkenalan dengan rakan-rakan dan tahu camne nak kenal perangai kawan-kawan. Tak kesah lah sekolah berasrama penuh ke sekolah harian ke rumah dekat giler ngan sekolah ke. Try duduk asrama. Boleh mentelaah pelajaran ngan kawan-kawan.


Ni tidak. Baru masuk pintu pagar asrama jek dah ase nak demam, muka tak bermaya, takut dengar macam-macam cerita kat asrama. Terus kol mak ayah suh mai ambil tak mahu tinggal kat asrama dah. Eleh kau azi. sedapnyer mengata adik-adik kau. Dulu nasib baik kau tu asrama jauh giler dari rumah belajar kat negeri orang. Kalau tak mesti kau nak balik jugak kan. Okey fine. Memang pon. Menangislah aku beberapa bulan sebelum dapat sesuaikan diri ngan kehidupan asrama. terima kasih lah kat mak ayah aku berkeras tak mahu ambil aku pada waktu tu. 


Yang aku sedihnya, cuti sekolah tak sama ngan cuti dorang. Bila aku balik umah nanti mesti mereka tak ada. Yang tinggal budak-budak sekolah jek. Adik-adik dan sepupu-sepupu yang kecik-kecik.  (T_____T")


Thursday, July 7, 2011

Sambutan Hari Guru walaupun lewat namun meriah


Hari Guru disambut 16 Mei setiap tahun tapi maktab aku buat sambutan lewat sebab 16 mei haritu kami semua sedang menduduki peperiksaan. namun disambut ngan meriah sambutan hari guru pada kali ni.


menunggu ketibaan Tuan Pengarah Institut.



Disamping sambutan hari guru diadakan sekali perlatikan jawatakuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012. 2 orang budak kelas aku join JPP. Aku? Tak layak lagi.




Classmate aku, Bob. Jadi naib pengerusi biro multimedia dan siaraya.

Ni budak kelas saya jugak. Ruby!


Persembahan-persembahan menarik dipersembahkan oleh para pelajar. Dan kami sama-sama melaungkan ucapan TERIMA KASIH CIKGU! bersama-sama.



Sangat kreatif dan menarik. kad selamat hari guru yang dibuat oleh para guru pelatih. 


Semakin hari demi hari aku semakin mendekati alam keguruan. lagi 3 tahun. InsyaAllah...


Wednesday, July 6, 2011

Melukis tinton


Okey tak lukisan aku?

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 murid 1 sukan 1 malaysia


Hari ni 2 Julai 2011 telah diadakan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang melibatkan para pendidik dan murid di seluruh malaysia. Dan tak terkecuali pelajar maktab pon terlibat. Larian bermula pada pukul 7.45 pagi. Walaupun cuti hujung minggu tapi ramai yang hadir untuk menyertai larian ini.


Maktab aku berkongsi padang dengan Sekolah Sains Alam Shah (ASIS). Nampak lawa je dorang semua pakai baju seragam kaler kuning. kami plak warna-warni tak de kaler yang spesifik.

 


Pelajar sekolah menengah yang berdekatan dengan maktab aku.


Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah menyertai satu larian yang akan dilakukan secara serentak diseluruh negara pada hari ini bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan. Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.



Jalan raya dipenuhi dengan pelajar sekolah. Meriah lah sebab kat kawasan maktab aku ni banyak sekolah. Semangat betul murid-murid ni lari. Cikgu-cikgu pon turut serta. Aku ngan kawan-kawan jalan je sampai la garisan penamat kat padang semua orang dah berkumpul nak buat cooling down.


Tuan Pengarah memberikan ucapan kepada para pelajar dan pensyarah kerana bersama-sama menjayakan larian 1 murid 1 sukan.Larian ini akan dimasukkan dalam Malaysia's Books of record. Wohaaaaa...


Penatnya walaupun hanya berjalan sejauh 5km. (T____T)~ Malam ni kena sapu kaki ngan minyat panas.