Saturday, November 27, 2010

25 perkara tentang peminat Zaiton Sameon


Amboi! Tiba-tiba aku kena tag. 25 fakta tentang aku. Kalau kamu stalk blog ni mesti tahu fakta kadang-kadang auta Shazika Shahrim. Jom same-same ushar.



1. Berangan berat badan akan bertambah

2. Tak suka rokok Maaf ye smokers.

3. Bila bergambar buat tangan macam nak kasi penampar. Padahal aku nak kata 'hye'

4. Bercita-cita menjadi petani tapi last-last takdir aku sebagai guru

5. Pernah bekerja di kilang kertas. Kerja lepas SPM

6. Menipu tarikh hari jadi di facebook. Kamu jangan pernah cuba pulak.

7. Rajin (puji diri sendiri nampak)

8. Kereta impian aku. Mini cooper. Wallah!

9. Sangat takut petir kat Kuala Lumpur. Memang disaster.

10. Selalu buat kerja last minit.

11. Anak tukang jahit.

12. Hujung bulan duit selalu sempit.

13. Dulu tomboy kini dah jadi gadis.

14. Dah pernah pergi Genting Highland.

15. Tak reti lipat baju dengan kemas.

16. Manage banyak blog.

17. Suka lagu Zaiton Sameon =__="

18. Dah 8 tahun duk hostel pon masih homesick. Kau ingat budak baru masuk hostel je ke homesick.

19. Pernah masuk acara tarik tali. Tapi kalah.

20. Dulu aku aktif olahraga. Sekarang tak mahu libat langsung.

21. Bajet macam artis ah konon

22. Mempunyai metabolisma tinggi.

23. Ada senarai tips-tips yang gila-gila.

24. Eh, ada award untuk kamu semua.

Dan last sekali

25. Nama betul aku bukan Shazika Shahrim.



Ha, kamu pilih ah nak tahu cerita yang mana tentang aku. hahahaha. Zaty, dah siap 25 perkara tentang aku. Oh, aku tak tag sape-sape. :)) Selfish!

Friday, November 26, 2010

Stop child abuse

Bila tajuk entry dalam bahasa inggeris aku terpikir, apa maksud child abuse? Penderaan kanak-kanak atau pembuangan bayi. Aku pon terus tanya member-member yang sedang online di facebook. Maklumlah, aku ni bengap siket english. :(



Sekarang aku dah tahu, child abuse tu bermaksud penderaan kanak-kanak.



Semester lepas, kelas aku kena buat ucapan dalam bahasa inggeris tentang apa-apa topik dan isu semasa yang berlaku sekarang ni. Salah sorang classmate aku, Pok Din telah memilih tajuk Child Abuse. Mula-mula aku dan kawan-kawan rasa tajuk tu kelakar ditambah pula ngan ekspresi muka dan perlakuan Pok Din yang happy go lucky tu. Tak ada feeling langsung nak tahu pasal isu ni.




Tapi bila pikir balik isu ni makin serius. Mak ayah suka-suka je nak pukul-pukul anak. Dulu masa aku kecik-kecik ayah aku selalu la jugak pukul aku dan adik-adik. Tapi tak de la sampai jadi kes penderaan kot. Setakat pukul ngan getah paip dan pukul ngan hanger je. Kalau tampar tak pernah pulak.



Mungkin anak-anak sekarang makin degil atau ibu bapa yang makin tertekan.



Dera guna rotan. Aiyoooo.. Kamu pernah kena pukul ngan rotan?????? Aku tak pernah. Getah paip aku pernah kena. Mak ayah tolonglah tahan siket nafsu amarah tu. Aku ada kawan sampai sekarang dia jadi pendiam dan tak bergaul sangat ngan orang. Ayah dia garang woooo. siap ada misai melentik lagi. Selalu kena pukul. Aku tengok ayah dia pon naik gerun. Cian dia.





Kalau macam ni dikira penderaan ke tak? Mungkin dia berat sangat mak dia tak larat nak dukung.




Sama-sama kita hentikan penderaan kanak-kanak. Lets stop chil abuse.


unicef



Thursday, November 25, 2010

Banyaknya meseg dalam inbox (updated)

***Terima kasih pada yang bantu saya pasal meseg facebook dalam inbox. Kepada kamu yang ada masalah yang sama ngan saya, sila baca komen entry ni.



Tadi bukak gmail. Makk aihhhh banyak giler emel yang tak terbaca. Sebelum aku print screen gambar ni pon aku dah delete separuh.




Majoriti emel datang dari facebook. Jenuh aku nak delete semua.





Sedang delete semua emel ni pon aku ushar-ushar jugak kot-kot la terselit emel penting. Dah habes delete. Beberapa minit nanti mesti muncul balik emel-emel ni.



Ha, cuba kamu chek emel kamu pula. Mana tau kot-kot berlambak jugak meseg masuk dalam inbox.



Kamu tahu tak macam mana tak mahu bagi ada connection antara komen kat facebook masuk jadi emel? Please help me... =__="

Tuesday, November 23, 2010

Comelnyer Adira AF8


Tadi pertama kai tengok Adira AF8 dalam tv. Sebelom ni aku dengar nama dan lagu dia je. Maklumlah, aku ni jarang tengok tv. Astro plak tak ada nak tengok Akademi Fantasia kan. Best jugak yang Adira nyanyi. Tadi kat Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 Adira dapat masuk final. Lagu Ku Ada Kamu-Adira.


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu



Tahniah kepada Adira dan artis-artis yang dapat ke Final Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-25. Wow! Sukanyer style Yuna pakai tudung dia tadi.





Eh eh..apa pasal tajuk Adira last-last kuar gambar Yuna. =__=" Aku nak gitaw Yuna pakai tudung tadi unik oh!


Saturday, November 20, 2010

Senyum nampak gigi

Lama aku tak buka formspring. Tiba-tiba aku terbuka dan dapat soalan macam ni.



npe ske senyum x nmpk gigi?? huhuhu



Hoh! Sape punyer soalan ni?? perlu ke senyum nampak gigi eh. Aku syak mesti yang tanya soalan ni suka ushar aku sampai cara aku senyum pon dia tahu. Aku memang senyum tak nampak gigi. Nampak cool lah kalau senyum tak nampak gigi kan. Kadang-kadang je ternampak siket-siket.






Hammek ni. Senyum nampak gigi.





Eh, nampak gigi lagi....





Wohaaaa.. Senyum nampak gigi.



Nampak sangat jawapan aku kat formspring tipu sebab tiba-tiba terkucil keluar gigi. =___=" Serius weh, senyum tak nampak gigi terasa macam ala-ala model gituuuu.




Tak cun ke kalau senyum tak nampak gigi?????



Thursday, November 18, 2010

Dia dah setuju


Tadi petang ronda-ronda kampung ngan motor. Tiba-tiba aku nampak boo boo ngan geng-geng dia duk lepak tepi padang. Aku pon stop motor.



Aku: Weh, tahun depan giliran kau pulak eh. Setuju tak?
Boo boo: boo boo.....



Ha! maknanya dia dah setuju. Deal! Tahun depan giliran dia.



Nasib kau la jadi lembu. tahun depan kau la pulak yang kena sembelih.


Tuesday, November 16, 2010

Tamat sudah foundation PISMP


Hye semua. Dengan berakhirnya kertas terakhir peperiksaan untuk pra-pismp Institut Pendidikan Guru Malaysia pagi tadi, tamat sudah program pra-pismp dan tamat juga tiga semester belajar di IPIK. Tahun depan aku akan memasuki alam PISMP pula. Amende PISMP ni? Oh! PISMP ni Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Dan masih ada baki lagi 4 tahun untuk menuntut ilmu di maktab ini sebelum betul-betul menjadi guru. =__="



Jom tengok aksi panas kawan-kawan satu kelas ngan saya.




Setiap hari mesti ada pembentangan. Ini mengajar kami untuk lebih konfiden bila berada di depan. Tapi sampai sekarang pon aku agak kekok untuk berada di hadapan. T___T harap tahun depan akan lebih berani.








Ni suasana dalam kelas . Macam-macam ekspresi dan mimik muka dapat diperhatikan.






Buat origami untuk hiasan dalam kelas. Eh! alamak. Tak de pulak gambar kelas kami nak tayang kat sini. Oleh sebab awal tahun mentor kami tegur kelas kami buruk sangat, terus kami hias habes habesan. Sampaikan dapat pujian dari Pengarah. Cayaaalah babes and guys!






Ni pulak kalo time lecturer tak de semua pakat duk mengadap leptop tengok facebook, main game plants vs zombies, game tangkap ikan, counter strike dan menonton movie.




Kalo bab bercakap memang masing-masing kencang je. Sangat bersemangat untuk menerangkan kepada semua pendapat masing-masing. Kalo tak caya, meh tengok ni.






Hahahaha. Kan aku dah kata. :))




Jom, tengok pula aksi semasa kelas pendidikan jasmani asas (PJA).









Permainan masa kelas pj yang paling kami suka adalah main dodgeball.








Alhamdulillah, selesai jugak 3 semester persediaan untuk ijazah. Bak kata status kat facebook budak ni....




Habis exam! Habis foundation! (Fatinmyra, 2010)



Bye2 foudation, welcome degree!



Sunday, November 14, 2010

Paksa kawan update blog


Salam buat semua. Aku sedang tolong sorang kawan aku yang belajar kat Jepun buat belog. Aku mahu dia cerita lah tentang kehidupan dia kat Jepun tu. Sayanglah kan kalau duk merantau tempat orang tapi tak ada catatan peribadi pon untuk kenang-kenangan di hari tua. Kalau nak harapkan tulis dalam diari ntah tulis ke tidak. Aku suka tengok blog senior mrsm aku, sis zafirah atau nama femes dia insan tinggi. Walaupon aku tak pergi sana sekurang-kurangnya tau lah tentang negara orang kan.




Sebab tu aku menggalakkan kawan-kawan aku update belog kalau ada masa terluang. Ramai kawan-kawan aku dapat sambung belajar di luar negara. Aku paksa jugak dorang update lah siket keadaan dorang kat sana. Kalau setakat update kat facebook apa la sangat kan.




Kat sini aku nak kasi cerita sikit la untuk tatapan kamu semua beberapa kawan aku yang dah merantau.





Yang ni dah lama pergi. Dan lama juga tak update blog. Fatin Inani. Dulu dia selalu cakap kat aku dan kawan-kawan lain dia nak jadi little. Sebab tu aku panggil dia little dengan harapan dia akan bertambah little di sana. Sekarang berada di Madison.






Yang ni pula Fatin Nadhirah. Baru je create blog. Dulu nak SPM aku selalu study ngan dia. Tengok-tengok dia terlepas ke Jepun aku cuma di Malaysia. Hahaha. Tak pelah, rezeki masing-masing kan. Kalau chat ngan dia kat facebook selalu berbicara tentang Fatin Liyana.





Dan ini pula Nakiah. Pergi UK masa raya hari tu. Dia ni ambil TESL IPG. Selalu jugak dia update. Lama giler tak jumpa dia masa reunion raya haritu baru dapat jumpa. Sebelum ni asyik hai hai kat shoutbox je. =____="




Ramai lagi lah kawan-kawan dah fly dan akan fly. Tapi aku tatau la dorang ada belog ke tak. Papehal check it out kat sini tentang kawan-kawan aku.


Friday, November 12, 2010

Berapa banyak belog Shazika?

Berapa banyak belog Shazika?



Sebenarnya saya ada 6 belog kesemuanya.






1. Blog yang terutama opkos lah belog Shazika Shahrim ni. Semua benda yang terlintas di benak dan otak aku, aku catat di sini. Kalau ada yang tak puas hati sampai cari gaduh ngan aku di alam nyata pon aku tak kesah oh. Sape suruh kau baca blog ni kan. Nasib lah.



2. Yang ni pulak Hulahoop. Oleh sebab aku nak praktis la konon-kononnyer nak menulis dalam english kan. Aku pon create la belog ni. Susah kot nak menulis dalam english sebab aku ni bukan pandai pon BI. Tapi aku try jugak siket-siket.






Dan beberapa blog perkongsian ngan kawan-kawan.




3. Chekgu Chekgi ni blog kelas. Bakal guru Pengajian Sosial IPG Ilmu Khas.




4. Blog bekas pelajar MRSM PDRM, Kulim SPM 2007. Dah jarang update dah sekarang. Semua ni untuk kenang-kenangan bersama kawan-kawan. Nanti dah tua boleh la bukak balik tengok cerita zaman dulu-dulu.



5. Dan aku ada buat satu blog untuk senarai blog kesukaan dan blog rakan-rakan blogger. Senang lah nak view kalau ada bloglist ni. Kalau bukak internet je mesti tengok update terbaru dorang.



6. Yang last sekali blog private aku. Macam diari la la konon-konon nyer. Aku ada 1 peristiwa kenapa aku tak mahu tulis diari dalam buku dah. Hahahaha.


Thursday, November 11, 2010

Eeee makan tak basuh tangan



Kamu ni kalau tak ingatkan mesti akan lupa. Saya nak ingatkan amalkan cara basuh tangan yang betul. Jangan hanya basahkan tangn dengan air. Guna sabun. Kalau bajet makan nasi ayam tak terpelanting makan lah pakai sudu garfu. Tapi ingat! Sunnah makan nasi pakai tangan.






Pastu jangan lupa yek. pakai hand sanitizer. ^____^!


Tuesday, November 9, 2010

Manfaatkan 'social network' yang ada



Topik yang sedang dibincangkan
: 9 cabaran wawasan 2020
Tambahan: Dasar Ekonomi Baru




Kami berbicara perihal pelajaran. Walaupon ada keburukkan tapi kami pandai memanfaatkannya. See. Sambil mengadap laptop sambil selak buku. Tapi tiba-tiba buku taruk tepi. Haish.



Saya dalam mood study. 10/11/10 exam subjek pengajian sosial 1 yang segala maklumat kena cari dalam internet sebab semasa orang buat pembentangan saya tak salin.



Jom ulangkaji pembinaan negara bangsa.

Monday, November 8, 2010

Budak 10 tahun menjual kain

Semalam aku, ruby dan ika ke Jalan TAR nak shopping kain baju kurung. Jalan punya jalan singgahlah kat satu kedai kain ni. Sorang budak umur 10 tahun sambut kami. Manis je orangnya. Aku nak beli kain jenis cotton. Kalau dapat murah aku nak rembat sampai 2. Budak tu layan kami sangat baik walaupon kami banyak kerenah.



Mula-mula tu kami lilau-lilau dulu tengok yang mana berkenan. Budak tu duk promote


"akak, kain ni cantik kak. Baru lagi ni."



Aku pon tengok. Emmmm cantik. Eh eh ada lagi yang cantik sampai aku buntu nak pilih. Okay. Budak tu folow je kami. Pastu bab harga plak. Kami tawar harga sangat rendah. Budak tu asyik kata "tak boleh kak. Dah murah dah ni bagi. Orang lain pon kami tak bagi diskaun sampai macam ni" Pandai yek berkata-kata.




Ruby ngan ika suruh budak tu pergi tanya tauke, ayah dia. Ulang alik jugak ah dia duk tanya harga sampai lah kami puas hati. nak nangis dak tu aku tengok tapi masih senyum dan promote lagi. Haishhh. Tak leh jadi nih. Makin lama kat situ makin banyak nak borong. Aku dah amek 2 pasang terus gi bayar.




Ayah dia kat kaunter. Gitau kami dia nak test anak dia cakap ngan customer. Cayaaalah. Aku dapat 2 pasang ngan harga 60 hengget. Baloi ke?





hambek kau. Shopping sampai lesap dekat 200hengget. rambang mata di SOGO semua benda ase nak rembat. Sabar je ler!



Saturday, November 6, 2010

Kenapa nama saya SHAZIKA SHAHRIM?

Salam semua. Ramai yang bertanya kepada saya, "Eh, shazika tu nama betul awak ke?". Kadang-kadang orang panggil saya ika, shaz, shazzy dan sama waktu dengannya. Okey. Sekarang saya akan bongkarkan rahsia nama shazika tu.



Sebenarnya nama betul saya Nazihah. Semua panggil saya Azie. Nama shazika tu adalah gabungan nama saya dan mak ayah. Kawan-kawan yang kenal saya duk kata saya gabung nama ngan boipren. =___=" Nama ayah saya Karim dan emak saya Eshah. Masa saya form 4 saya main-mainlah gabung nama. Nak gabung nama ngan boipren tak sedap bunyik nyer.



Nama Shazika saya yang reka sendiri. SHA di ambil dari nama hujung mak saya dan KA diambil dari nama depan ayah saya. Dan ZI adalah nama tengah saya. So, jadilah SHAZIKA. Mak saya yang ilhamkan saya untuk gabung nama ni. Sebab mak saya gabung nama dia ngan suami dia jadi SHAHRIM. Ngade betol. Saya pon tiru lah dia.



Sekarang kamu dah tau kan kenapa nama saya shazika shahrim. Apakata kalau kamu try jugak gabung nama ngan mak ayah kamu. try la pusing-pusing perkataan tu. It's better than kamu gabung nama ngan boipren.


Thursday, November 4, 2010

Basah ketiak


Hari tu sembang ngan sorang kawan aku yang ambil education di sebuah universiti. Aku tanya la pengalaman dia pergi praktikal di sebuah sekolah menengah harian biasa. Sangat berbeza cara nak layan budak sekolah menengah dengan sekolah rendah. Harap-harap nanti kalau kena posting ke sekolah aku tak terlepas ke sekolah menengah.



Al kisah, kawan aku ni masuk la mengajar. Pada hari tu elektrik tak ada. Waktu dia mengajar tu dah tengah hari. Murid-murid pula buat bising. Member aku bengang ah dah la tengah panas kan kipas tak de. Dia pon cekak tangan kat pinggang. Pastu tiba-tiba sorang pelajar bersuara.



"Eeeeee..ketiak cikgu basah".



Waktu tu cikgu pakai baju kurung plain. Member aku pon tanya aku. kalau aku berada kat situasi dia apa aku nak buat? Aku pon jawab.



"Kalau aku lah, aku akan buat-buat macam ada orang kol henfon aku, ataupon cakap cikgu nak ke bilik guru jap ada meeting".



Kawan aku cakap, kalau berada dalam situasi tu cikgu kena cool je walaupon dalam hati rasa malu giler. Mesti pandai handle kelas. Tapi lepas ni kena berhati-hati. Budak-budak makin nakal dan makin pandai. Oh! Kalau boleh tak nak pakai baju plain ke kelas.


Wednesday, November 3, 2010

Nasi bujang


Sementara nak tunggu poket penuh balik kan, benda yang aku makan tiap-tiap hari adalah nasi bujang. Aku mula kenal nasi bujang ni masa aku kat matrik. Budak-budak laki kelas aku selalu duk cerita dorang makan nasi murah je nama 'nasi bujang'. Masa dorang duk explain tentang nasi bujang tu aku cuma kenal nama je la. Rupa bentuk dan rasa aku tak tahu camne.



Bila aku ke kulim keluar makan ngan kawan-kawan dorang pesan nasi bujang atau di panggil nasi ekonomi. Aku pon join sekali. Masa tu la aku tahu rupa sebanar nasi bujang. Oh, patut la orang bujang je yang akan makan nasi bujang ni. Menu dia nasi putih, telur dadar, timun, sup kosong dan sambal belacan. Harga RM2 je tapi ada jugak yang charge RM3.



Kalau tiba hujung bulan bila poket sempit duit pon sempit, aku malantak lah nasi bujang ngan rakan seangkatan pelantak setia nasi bujang. Kami akan bungkus nasi bunjang bawak balik bilik sebab kalau makan kat kedai kena la beli air tambah pulak lagi RM1. Jadi, makan kat bilik buat air sendiri jer.



Nak tambah sedap makan nasi bujang ni kena ada budu. Peerrgghhhh!!! Memang masyuk. Budu cap ketereh di datangkan khas dari Kelantan. Member aku yang sponsor. Daripada kau melantak megi baik makan nasi. kenyang la jugak. Perut orang melayu, mana boleh tak makan nasi 1 hari kan. Cuma RM2 sahaja. Hehehehe