Monday, May 31, 2010

Akibat menipu info di profile facebook


Assalamualaikum rakan-rakan blogger dan readers sekalian. Kamu semua mesti ada facebook kan. Sekarang ni tak kira tua muda mesti sibuk cerita pasal facebook. Bahaya sebenarnya dedahkan tentang diri kita di laman facebook. saya macam kamu juga, ada acc facebook.



Info tentang diri saya ada jugak tak betul kat laman facebook. Saya tak taruk nama penuh sebagai nama profile. Pastu haritu saya tipu besday saya letak 27 Mei. Sekali kawan-kawan semua pakat ucap kat wall saya 'Happy besday Azie'. Ramai jugak lah yang ucap termasuk cikgu, junior dan senior saya. Padahal besday saya 15 Ogos. Saje gedik pergi tipu tarikh besday.




Yang tak tahu atau lupa tarikh besday saya pakat duk wish. Ada jugak yang konpius betul ke 27 Mei besday Azie. Tu lah, jangan tipu besday kat facebook lagi. Tak pasal-pasal orang ucap besday awal dari besday aku yang sebenar.



Sekarang saya dah tukar tarikh yang betul. Kadang-kadang ada sesetengah info kita tak boleh tipu jugak kat laman sosial kan.


Wednesday, May 26, 2010

Haramkah? Melly Goeslow



Saya sangat tachinggg semasa tengok ketika cinta bertasbih. Dan tiba-tiba terus jatuh cinta pada lagu ini. Kamu faham tak CINTA PADA ALLAH itu yang kekal abadi.






Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Chorus:

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Sunday, May 23, 2010

Sebarang pertanyaan

Nak bagitahu kamu semua. Saya dah ada formspring.me. Kalau kamu rajin kamu pergi la ke laman formspring saya atau bagi yang malas kamu tengok kat sidebar sebelah kanan saya dah sediakan kotak formspring untuk tanya sebarang soalan. Tapi jangan mengarut nanti saya chobit kamu.





Kamu dah ada formspring? Jom lah buat. Boleh saya tanya soalan cepucemas kat kamu. Yang tak buat lagi nanti kamu buat eh. Yang dah buat jangan nak kedekut kasi link formspring kamu apa.


Lagi satu perkara nak bagitahu, kepada yang mahu kongsi link blog sila tinggalkan link kamu di membershazika.



Oh! Saya ada exam minggu ni. Kamu semua doakan saya agar tidak gabra semasa menjawab soalan, jawab dalam masa yang ditetapkan, tidak meniru semasa peperiksaan berlangsung dan sihat tubuh badan barulah otak cerdas dan bagi jawapan dengan betul tepat dan berjaya mendapat A. Alhamdulillah, amin.




Saturday, May 22, 2010

Awek kesepian, kamu sudi teman?

Oleh kerana saya tiada teman berbicara. Kelu lidah untuk berkata-kata. Saya dengan suka hati sukarelawan menjawab tag yang dikenakan kepada saya. Kalau awek-awek dan abang-abang hensem sekalian sudi baca silakan. AMARAN! Panjang ni, jangan kamu menyesal pulak. Bak kata pepatah, kalau sedang berak jangan sedut tahi masuk ke bontot semula. Okey, silakan.


3 names in your message inbox

Kat inbox facebook saya ada meseg kawan-kawan ajak pergi reunion di Pulau Pangkor pada musim cuti sekolah. Inbox yang lain tak ada siapa-siapa pon send. Dah sepi.


your main ringtone
Gadis Ayu- Black Dog Bone.


what you did at 12 last night?
Lupa dah buat apa semalam. Aiyaakkk @#%*&^$



who was the last person you went with? where?
Bersama Mok Nik ke toilet.


the colour of t-shirt you are wearing now
Bajuku bewarna putih lambang Adidas beli kat downtown harga seploh henggettt.


the last thing you did
Baru pulang dari toilet la. Kan tadi saya pergi toilet.


3 of your everyday favourite items
Telekung untuk solat. Selipar toilet. Cawan untuk minum milo setiap pagi.


the colour of your bedroom
Saya tak tahu la kaler apa bilik saya ni. Nak kata putih tapi bukan. Nak kata kuning pon bukan. Bewarna susu la senang cerita.


how much money in your wallet now?
Dalam wallet TIADA DUIT. So, sila klik nuffnang saya untuk hantaran kahwin.


how's life?
I’m cool. Hari ahad ni baru akan tiba-tiba cuak. Tiba-tiba!


your favourite song
lagu Zaiton Zameon yang bertajuk Menaruh harapan. Sampai sekarang saya masih menaruh harapan.


what will you do next weekend?
Ada jamuan kat hostel. Tema: Hitam merah. Ala-ala gohtik gitu. Gohtik pon gohtik la.


when was the last time you see your mom?
Emmmm... Lama dah. Agak-agak dalam 3, 4 bulan macam tu la.


where is she now?
Di rumah saya.


when was the last time you talk to your parents?
Minggu lepas.


who is the last person talked to you last night?
Roomate saya si amoichantek. Sebelum tidur.


the last suprise you got
Benda terkejut baru tadi. Mok Nik ah buat terkejut aku je. Nampak katak tepi longkang menjerit. Aku pon spontan pergi lari pecut. Bukan katak tu yang menjerit. Mok Nik tu yang menjerit.


last thing you borrowed from your friend
Siyes saya lupa saya pinjam apa.


who is your bf/ gf/ husband/ wife?
Gf saya Arieza. husband saya tiada. wife saya tiada.


what do you feel right now?
Kamu tak rasa penat ke baca tag ni. Panjang giler dowh.


wanna share with who?
Share apa? Share dengan kamu semua la. Untuk tatapan umum. U


who know your secret?
zzzzzz Saya penat


they keep your secret?
zzzzz sedang tidur.


are you angry with someone?
Kan dah cakap i’m cool.


what do you order at McD?
saya order McChicken tapi tukar Coke dengan Ribena. Kamu tahu, air Coke tak bagos untuk kesihatan. Nasihat saya: Jangan minum air berkarbonat.


the last time you feel so sad?
Sekarang lah. Sedih tag panjang benor yop.


mahu tag?
Tak mahu. Aik, tiba-tiba soalan bertukar dalam bahasa melayu.



-The End-



Friday, May 21, 2010

Pekerjaan yang saya tak sanggup lakukan


Jenis pekerjaan: Mencuci tahi gajah


Erkkkk..AKU TAK SANGGUP DOWH! Kalau tiba-tiba gajah tu kentut macamana?






Wednesday, May 19, 2010

Cara menghilangkan stress ketika sedang ulangkaji versi Shazika

Mood: Sedang ulangkaji subjek Sintaksis dan Morfologi. Banyak benda nak kena tahu. Tiba-tiba blurrr. Rasa mengantuk, lapar dan kepala berdenyut-denyut. Saya cuba fikirkan 1 cara untuk mendatangkan mood study kembali.


Saya ambil telefon. Taip meseg.



"Azie miss u"



Saya mark semua no telefon member dan keluarga yang ada dalam fon. Dan terus send. Beberapa minit kemudian, saya terima banyak meseg yang reply.



Receive message from:


Dila 1f06: Miss u too dear
Kesayangan: Miss u too
Syima MRSM: Haha..Syima miss u 2 syg.
Azira Yasmin: Azira yasmin is on her way to hometown. Wee (Sengaja la tu nak bagi saya jeles)
Ajim: Mish u too sis..
Solehah IPIK: Solehah miss u 2 :)
Mama Kulim: Mama pown miss u..
Joo KMPH: Cannot sleep ya? I'm home alreadylor.
Najwa J2.4: Miss u 2..haha.. nape ngan ko ni azie?
Miarh 6 Mawar: Miss me? Mira miss u too



Itulah sebahagian meseg yang mereka balas. Rupa-rupanya ramai yang RINDU saya tapi tak luahkan kepada saya. Akhirnya saya tahu saya pon dirindui. Okey.. Dah datang mood study . Barulah semangat bila diriku DIRINDUI.



Annoying lah kawan-kawan saya sengaja nak kasi jeles dengan ayat mereka dah ada kat rumah sedangkan saya tengah bertungkus-lumus berhempas-pulas dengan nota-nota mengulangkaji pelajaran. T___________T tsk.



Kamu rindu saya tak?



Monday, May 17, 2010

'DIA IBUKU' Contest @ CahayaChenta *sedikit kisah tentang siapa saya*


Saya mempunyai seorang emak yang melahirkan saya. Saya amat berterima kasih kepada Puan Shahrim sebab sudi melahirkan dan menjaga saya sampai saya dah sampai tahap boleh nak kahwen dah ni. Terima kasih sebab saya tak dibuang macam kes-kes buang bayi yang makin berleluasa sekarang. Puan Shahrim lahirkan saya pada 15 Ogos, saya tak harapkan sangat orang sambut besday saya pada tarikh tu.



Yang belakang tu emak saya. Yang depan tu monster saya.



Bila tiba 15 Ogos saya send SMS "Emak, terima kasih melahirkan Puteri Shazika pada tarikh ni".



Kisah paling tragis pernah terjadi dan melekat sampai ke hari ni dalam kepala otak saya apabila Encik Shahrim dan Puan Shahrim accident masa nak ambil saya pulang ke kampung.



Cerita nya macam ni, masa form 3 saya belajar di Kedah dan balik ke Terengganu menaiki bas dengan kawan-kawan saya. Bas yang saya selalu naik malam pastu sampai ke Terengganu awal pagi sebelum subuh. Sampai stesen saya akan kol Shahrim untuk datang ambil. Saya pon tunggu. Tunggu punyer tunggu punyer tunggu Shahrim tak datang-datang lagi.



Member-member saya semua dah blah balik rumah dorang. Saya tunggu lah sorang-sorang pastu kol lagi Shahrim bila nak sampai ni. Jap lagi sampai la. Tunggu lagi pastu lama sangat saya kol lagi, Encik Shahrim jawab, Shahrim ada kat hospital, accident!



Wohaaaa.. sebab kau la ni Azie, Shahrim accident. Tak sabar-sabar sangat. Pastu lepas solat subuh mak su saya mai ambil bawa pergi hospital. Masuk je dalam hospital saya terus lilau-lialu cari mana Shahrim. Pastu adik-adik datang bawak saya ke bilik Shahrim kena rawat. Saya nampak je Shahrim saya terus dakap nangis-nangis minta maaf sebab saya yang tak sabar-sabar sangat. ( eh, air mata saya tercicir plak ketika taip citer ni).



Dahi Puan Shahrim begkak macam ikan flower-horn. Hidung dia dah tak mancung macam dulu lagi. Dah penyet sket. Encik Shahrim tak teruk sangat cuma kepala dia terhantuk dekat cermin depan. Ada luka-luka terkena serpihan kaca. Alhamdulillah Allah selamatkan Shahrim saya.




Hidung emak saya kemek dah kan. (Bertudung kunig)




Lepas kejadian tu, saya tak pernah paksa dorang nak datang ambil saya kat stesen bas pukul berapa. Saya tak paksa Shahrim datang melawat saya kat tempat belajar. Biarlah kawan-kawan lain mak ayah dorang datang. Saya ushar je la dari tingkap bilik. Dalam hati bengkek jer.




Semasa saya di matrik Pahang selama 1 tahun, tak pernah ada ahli keluarga datang melawat saya. Shahrim mai hantar saya untuk daftar, pastu ambil saya pada akhir saya kat matrik tu.




Saya memang terasing sedikit daripada keluarga. Sejak form 1 saya duduk berjauhan dengan Shahrim. Sampai sekarang. Saya berhubung dengan Shahrim melalui fon je la. Sekarang Puan Shahrim makin sibuk sejak dia bertukar sekolah dan naik pangkat. Kalu saya kol waktu siang mesti dia tak angkat fon. Nak tunggu dia kol saya, mmmm jarang sangat. Tapi tak pe. Saya tak sabar nak balik bercuti 4 Jun ni. Miss Shahrim sekeluarga. Yiiihaaa...!!




Buat pertama kalinya taruk gambar family dalam blog. T__T




Ibu, kamu adalah anugerah terhebat buatku kerana....hebat lah sebab dapat lahirkan Shazika. Bukan semua pompuan dapat lahirkan anak. Masa mengandung angkut saya dalam perut ke hulu ke hilir. Oisshhh, nak beranakkan saya pon kira hebat jugak la kamu ni Puan Shahrim. Wohaaa.. hebatlah kamu Puan Shahrim.



Okey. Berkenaan dengan blog CahayaChenta. Empunyer blog tu nama dia Nur Raihan Bt Mohamed. Saya join contest ni pon sebab dia yang invite saya. Saya kenal blog ni masa sedang blogwalking. Saya tinggal komen kat belog dia dan ada respon dari dia. Entry blog tu pon simple dan senang nak baca. Tak berat nak loading masuk blog tu. I like u! Keep blogging.


Jomla join ^___^






Saturday, May 15, 2010

16 Mei: Selamat Hari Guru


Alahai, tak sangka satu hari nanti saya akan sambut hari guru. Masa zaman sekolah dulu kamu selalu dengar cikgu-cikgu kamu nyanyi lagu Guru Malaysia kan. Wajib kot tiap-tiap tahun dengar lagu ni.


Lagu: Guru Malaysia


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Saya kena nyanyi lagu ni sebulan sekali semasa perhimpunan rasmi maktab. Memang kena hafal la lagu ni. Touching jugak la bila zaman sekolah dahulu dengar je cikgu nyanyi. Yang mana part-part saya tahu saya ikut. Tapi sekarang, saya pula yang kena nyanyi lagu ni.



Saya, Shazika Shahrim mahu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh dunia. Tanpa guru, macam mana saya nak dapat ilmu dan boleh jadi bakal guru sekarang. Jangan lupa yek, bagi ucapan kepada orang yang telah mendidik kamu sampai sekarang. Ha! Emak ayah kamu pon pendidik jugak. Cakap la kat mereka, "Terima kasih kerana mendidik saya".


Thursday, May 13, 2010

Berhubungan dengan Shazika


Salam semua. Kepada kamu kamu kamu yang mahu menjalinkan hubungan dengan saya, sila tinggalkan link url blog kamu di ruangan komen atau di kedai kopi sidebar sebelah kanan. Oh! Tiada paksaan dalam berhubungan.




Harap maklum, Terima kasih ^__^



Monday, May 10, 2010

Tips bila penat jalan-jalan semasa shopping, lelaki pon boleh cuba


Saya ni perempuan. Lumrah la kalau perempuan ni kaki shopping. Pergi mall dari pagi sampai la ke petang. Pastu lenguh kaki nak pusing-pusing 1 mall. So, saya nak share aktiviti yang saya buat bila nak rehat sekejap semasa ber-shopping.



Okey. Mula-mula sekali kamu cari fitting room yang kosong. Ambil beberapa helai baju terus masuk fitting room tu. Keluarkan kamera terus la snap-snap gambar.





Saya suka masuk fitting room Parkson sebab ada kerusi untuk duduk.
Tengkiu Parkson ^__^






Ajak member untuk ber-gedik santai sekali dengan kamu. Barulah meriah.



Erkk, wajah indah saya pon dah berubah jadi hantu.


Pastu dah agak-agak setengah jam duduk dalam tu, jangan tak keluar-keluar plak. Kesian orang lain pon nak 'berehat' jugak. Semasa keluar tu buat-buat la betul-betulkan tudung, betulkan baju ke. Berlakon macam baru lepas cuba baju. Tapi hakikatnya berposing dalam fitting room. Dah rehat, kita sambung balik jalan-jalan. Lelaki ada buat tak macam ni heh?

Saturday, May 8, 2010

Metabolisma tinggi penyebab kekal kurus?

Cikgu saya pernah bagitahu kenapa saya tetap kurus walaupon makan banyak tapi badan masih kerempeng. Sebabnya adalah saya mempunyai metabolisma tinggi. Jadi, makanan saya makan cepat hadam dan tak sempat nak jadi lemak. Berat badan saya masih kekal 37 kg walaupon selalu makan.


Saya dah pernah tanya blogger macam mana nak tambahkan berat badan. Cara yang blogger bagitau semua saya try kecuali minum weight gain sebab ramai yang komplen minum weight gain bukan naik terus berat badan. Kena minum bertin-tin baru ada perubahan, tu pon siket je la naik. Sedih tahu bila balik kampung sedara mara, jiran, member lama semua kata "Azie, kurus nyer." Sigh.





Kawan saya juga ada bagitahu, dulu dia kurus jugak. Tapi lepas stop bersukan dan olahraga badan dia mula naik. Saya pon try stop bersukan, memang tahun-tahun sebelum ni saya join olahraga dan tahun ni saya tak libatkan diri langsung untuk acara hari sukan. Dengan harapan berat badan akan naik. Tapi tak ada perubahan pon. Seorang lagi kawan saya memang aktif sukan dan bila dia dah tinggalkan sukan badan dia dah mula berisi siket. Tengok gambar dia kat FB memang nampak sedikit berisi daripada zaman sekolah.




Macam mana ni people. Any idea?



Thursday, May 6, 2010

Latihan kebakaran


Semalam loceng asrama bunyi kuat sangat. Dah la lama dia berbunyi. Saya tengok jam, baru pukul 3.30 pagi, takkan awal sangat subuh. Mula-mula saya was-was la nak buka pintu bilik nak jenguk kot-kot la betul ada latihan kebakaran sebab ketua blok dah bagitau akan adakan latihan kebakaran secara mengejut.



Ha! Memang mengejut lah ni. Apa lagi, saya pon kejut room mate terus sarung sweater dengan tudung keluar selamatkan diri. Lampu kat koridor semua dah ditutupkan. Gelap la nak jalan turun tangga. Nasib baik dalam mamai tu masih teringat ada tahi kucing kat koridor dan mesti bajet jangan pijak.



Sampai kat kawasan lapang untuk berkumpul, ketua aras diminta chek semua ahli aras. Tapi ketua aras tak ada. Alamak, ketua aras masih tidur dalam bilik. Bila pegawai bomba datang chek didapati 4 orang budak aras saya masih berada dalam bilik.



Alahai, dah rentung kawan-kawan saya. Kami semua MESTI keluar daripada hostel dalam masa 4 minit. Tapi orang yang last keluar dari hostel mengambil masa 30 minit. Wohaaa. Rentung la semuanya.



Macam-macam ragam saya tengok. Ada yang pakai tuala sahaja untuk tutup kepala, ada yang pakai jubah yang lawa, ada yang bawak nota, ada budak lelaki siap pakai songkok (baru sudah solat tahajud kot) nasib baik tak ada perempuan yang keluar pakai kain telekung. Semua orang pon dalam keadaan kalut akan capai je barang yang perlu untuk selamatkan diri.



Selesai diberi taklimat semua balik ke bilik masing-masing dah nak pukul 5 pagi. Nasib baik bentuk tahi kucing masih tidak berubah walaupon orang berjalan dalam kegelapan.




Tuesday, May 4, 2010

Petir di Kuala Lumpur


Saya nak kongsikan pengalaman saya pada minggu pertama berada di Kuala Lumpur. Benda paling dahsyat yang amat sangat saya pernah lalui adalah petir dan guruh. Kalau kat kampung saya tak pernah rasa betapa kuatnya petir kat Kuala Lumpur ni. Pada 1 petang saya balik kelas terus tidur. Room mate saya pon tidur. Tiba-tiba, PANG! bunyi kilat macam nak tercabut jantung, bergegar tahi telinga, kuat giler. Saya terus bangun melompat ke katil room mate yang sedap je tidur lena.


Suasana masa tu macam berada di Gaza. Situ sana sini bunyi kilat dan guruh. Masa tu rasa macam saya dah nak mati, mulut kumat kamit istighfar. Lepas hilang semua bunyi kilat tu barulah hujan lebat turun. Tiba-tiba teringat masa Tingkatan 3 Cikgu Geografi saya, Encik Ahmad Pauzi ajar pasal fenomena kilat yang berlaku pada waktu petang di Kuala Lumpur. Dulu buat don noe je sebab tak pernah alami keadaan ni.



Bila dah beberapa bulan tinggal di sini saya rasa dah biasa tapi kadang-kadang kalau tak ada orang kat bilik saya, saya akan pergi bilik kawan. Tak berani nak duduk sorang-sorang dalam bilik ketika kilat. Seram!



Sunday, May 2, 2010

Ikhlas kah kamu?


Pernah tak kamu menolong orang dengan ikhlas, memberi sedekah dengan ikhlas, memberi senyuman dengan ikhlas, berbuat sesuatu dengan ikhlas? Tapi bila dah selesai atau dalam berbuat sesuatu perkara yang kamu kata 'ikhlas' tu kamu pergi cerita perkara tu kepada orang lain. Okey, tak faham lagi agaknya. Sebagai contoh, kamu sedang jalan-jalan tiba-tiba nampak seorang nenek tua sedang melintas jalan. Kamu pon pergi tolong nenek tu. Pada mulanya kamu kata kepada diri kamu ' Oh, aku ikhlas tolong nenek ni'. Tapi bila jumpa dengan kawan kamu, kamu cakap' Wei, tadi aku tolong nenek tu lintas jalan.' Kamu nilai balik, ikhlas ke pertolongan yang kamu bagi tadi?


Hadoy, tadi cakap ikhlas tapi pergi cerita kebaikan yang ikhlas tu kat orang lain. Susahkan kalau benda baik je kita mesti nak cerita kat orang lain. Saya pon macam tu jugak. ikhlas sekejap je pastu tiba-tiba ikhlas bertukar jadi riak. Macamana nak berbuat sesuatu perkara tu dengan ikhlas tanpa ada riak tanpa pergi cerita kepada orang lain?


Dalam satu majlis agama, kawan saya bertanya kepada ustaz macamana nak berbuat sesuatu perkara dengan ikhlas. Ustaz jawab soalan tu dengan analogi yang mudah. Kamu pernah tak berak? Sudah pasti semua orang berak kan. Lepas kamu berak, kamu ada cerita tak kat orang lain, "Kau nak tahu, tadi aku berak. Susah giler tahi aku nak keluar". Ada tak? Sesetengah orang je la yang nak cerita perihal aktiviti beraknya kepada orang lain. Jadi, ikhlas ni seperti kita sedang berak. Jadi, jangan cerita kepada orang lain kalau sesuatu yang kita buat tu IKHLAS.