Pernah tak kamu menolong orang dengan ikhlas, memberi sedekah dengan ikhlas, memberi senyuman dengan ikhlas, berbuat sesuatu dengan ikhlas? Tapi bila dah selesai atau dalam berbuat sesuatu perkara yang kamu kata 'ikhlas' tu kamu pergi cerita perkara tu kepada orang lain. Okey, tak faham lagi agaknya. Sebagai contoh, kamu sedang jalan-jalan tiba-tiba nampak seorang nenek tua sedang melintas jalan. Kamu pon pergi tolong nenek tu. Pada mulanya kamu kata kepada diri kamu ' Oh, aku ikhlas tolong nenek ni'. Tapi bila jumpa dengan kawan kamu, kamu cakap' Wei, tadi aku tolong nenek tu lintas jalan.' Kamu nilai balik, ikhlas ke pertolongan yang kamu bagi tadi?
Hadoy, tadi cakap ikhlas tapi pergi cerita kebaikan yang ikhlas tu kat orang lain. Susahkan kalau benda baik je kita mesti nak cerita kat orang lain. Saya pon macam tu jugak. ikhlas sekejap je pastu tiba-tiba ikhlas bertukar jadi riak. Macamana nak berbuat sesuatu perkara tu dengan ikhlas tanpa ada riak tanpa pergi cerita kepada orang lain?
Dalam satu majlis agama, kawan saya bertanya kepada ustaz macamana nak berbuat sesuatu perkara dengan ikhlas. Ustaz jawab soalan tu dengan analogi yang mudah. Kamu pernah tak berak? Sudah pasti semua orang berak kan. Lepas kamu berak, kamu ada cerita tak kat orang lain, "Kau nak tahu, tadi aku berak. Susah giler tahi aku nak keluar". Ada tak? Sesetengah orang je la yang nak cerita perihal aktiviti beraknya kepada orang lain. Jadi, ikhlas ni seperti kita sedang berak. Jadi, jangan cerita kepada orang lain kalau sesuatu yang kita buat tu IKHLAS.
12 comments:
tak semudah kata kan ? :)
ikhlas tu penting... hehehe...
mlm td sy makan nasik dgn ikhlas nye.... =P
aii kak...
ada kat sekolah mana sekarang>?
menarik analoginya..
diumpamakan seperti berak ya :D
di blog saya,sedang bercerita mengenai rambut ibarat mahkota..
kalau ada masa,bertandang lah ye..
tq!
jika ikhlas spt berak, makanya adakah ikhlas ni sprt membuang najis ?? hurm...
jika ikhlas spt berak, yg bererti perkara kurang elok utk dikongsikan, makanya adakah ikhlas same seperti itu juga ??
renung2kan... :0
owh tidak..adakah iklas berak ku?tadi pas berak aku dok heboh cerita kat adek aku.hohoho~
aku pun sedang bljr utk ikhlas.. diam2 sudah kan :)
hmm sedekah2 kat orang pon nak gtau.tak elok tu.tapi,kalo gtau orang "eh,kau sedekah la kat dia tu.kesian dia tu.anak ramai tu..ada yang sakit la..blaablaala..
pastu orang tu tanya.."kau sedekah tak kat dia?"
saya jawab"sedekah le"
hehe..camni tak pe kan.haha. "ter" maa.
ai blogging pun dengan ikhlas sekarang.. :P
kamoo nak komen entry saye pulak? hikhik.. klik kuat-kuat kat sini >>RAHSIA BLOGGER TEGAR !! BAGAIMANA DIORANG DAPAT PERHATIAN U ALL !!
kena senyap bila tolong orang...saya pun kdang2 terlajak gak cerita dgn org
ikhlas kena uat keje tanpa harap hasil, ganjaran pahala nikmat~ :)
kirenya janganla terlalu menunjuk2.
sendiri simpan,baru ikhlas.. hehe
Post a Comment