Monday, June 8, 2009

Memori di Matrik Pahang


-->Its comes the times that i want to rewind the memories of me and and the members in kmph..


-->kalau jadi student baru memang tak lari la dari kena orientasi seminggu. Gambar ni blurr tapi jelas la kat situ memang macam budak-budak kena bawak beg oren kmph ke hulu ke hilir pastu Nampak lagi nerd giler dowh pakai track suit dengan kasut macam tu. Tudung tak boleh buat stail stail kena jatuh dan pin. Memang aku rasa moment paling selekeh at the age of 17.

-->
yang best kalau keluar outing kat kuantan, dia ada banyak shopping complex. Jauh lebih maju dari bandaraya Terengganu. Okey *gelakkan hometown aku yek. Sekeh korang * heran jugak aku macamana boleh jadi bandaraya. Tsk (T_T)

syukur kerana aku tak kesorangan kat kempah sebab aku ada mereka semua. Maka melahirkan shazika yang out of mind. So, tak de la annoying sangat alone tanpa hala tujuan kerana mereka masih ada.
-->kami 5 orang yang terlepas masuk kmph tapi aku jek ambil fizik. Kenapa mesti korang ambil bio tinggal aku sorang-sorang. Kenapa weh. Kanapaaaaa. Nak tahu lagi tentang meraka? Chek it out here


-->dengan classmate aku tak de prob sangat. Don’t worry, walaupun antara 5 orang aku je ambil fizik, aku masih ada mereka seperti gambarajah di atas. Pernah posting tentang mereka di sini. Dan aktiviti picnic yang mengeratkan lagi our relationship.



-->untuk lagi menyedapkan keadaan, aku pernah dapat roommate sesengal mereka. Sorry la weh, gambar macam budak-budak edit macam tu. Dah try cari dia punyer original tapi tak jumpa. Ni time jamuan raya. Si yasminah bawak beg duit pink nak isi duit raya. LOL


-->
tidak lupa kepada geng zaman hingusan yang turut sama berada di sana. Nani, zira, dan marka no 1 dan 2, kinah dan ziha. Diorang satu kelas dengan aku masa darjah 6. Tamat sekolah rendah ada haluan sendiri alih alih jumpa balik kat kempah. Malu sebab mereka lagi hebat dari aku yang tak seberapa ni.


MACAM-MACAM AKTIVITI AKU KAT KEMPAH. WAJIB PUBLISH KAT SINI UNTUK TATAPAN DI HARI TUA. ANAK CUCU CICIT BOLEH MENATAP SEKALI SAMBIL MAKAN POPCORN.



-->
siapa makhluk yang berselindung di sebalik topeng dan pakaian seragam ni? All of this is because of size beliau terpaksa mengubah imej menjadi seranggi , kacak dan segak macam ini. Sila jelez wahai mummy mummy semua termasuk mami jarum dan sugar mummy.

-->walaupun pihak kolej ada sedia meja study tapi aku lebih selesa study pakai katil sebagai meja sambil bersila kat lantai. MOTIF BERBUAT DEMIKIAN UNTUK TIDAK MEMBIARKAN CADAR JADI TEGANG DAN KATIL MENARI-NARI INANG MENJEMPUT AKU LANDING DI SITU. Ngaku je la azi lepas tangkap pic ni ko alihkan semua tu dan join pika tido.

-->aku terpasa jemur baju dalam bilik. Ampaian banyak tapi biasa lah orang. Bukan nak faham erti SHARING. Hak bersama buat macam hak sendiri. Aku memang jahat pergi tolak tepi baju yang sidai tak pakai hanger. Mane nak tahan babe 1 tali ampaian tu main letak terbentang gitu jek baju dorang.
-->



-->Dengan peluh membasah ketiak tak sabar nak kena aircond yang suam-suam kuku sejuk memang hangin satu badan bila kena cari seat lain nak duduk dalam dewan kuliah kalau tak duduk merempat berempat bersama diorang (rujuk gambarajah). Selalu kena berebut dengan satu geng yang suka sangat nak duduk seat special aku tuh. Tak nak pulak pergi kacau seat lain. Dalam kuliah macam dah cop tau sape duduk seat mana mana. Sekali dah orang duduk tempat orang lain kacau la orang lain nak tercari-cari dangan muka sipu sipu tahan malu. Selalu terjadi kat aku yang ayu dan pemalu ni. *mengade lebih



-->
tak kira tempat nak snap pic sndiri. Orang Terengganu kata KOYA. Dah tak de orang nak tangkap gambar aku, aku snap la sendiri. Mak aku selalu marah aku berfiil macam tu.

perhatikan pelari last




Banyak lagi aku nak cerita memory kat kempah. Tapi oleh kerana tak ada gmbar dan gambar yang ada pon blurr dan muka aku serabai bodo aku tak publish la kat sini. Biasa lah henfon cikai jek.



No comments: