Monday, October 29, 2012

Cukup 12 jam


Semalam semua mengadu kat twitter dan facebook jalan jem teruk. Ini pengalaman aku sendiri perjalanan  dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

Aku bertolak dari rumah pukul 9.00 pagi. Bas aku akan bertolak pukul 10.00 pagi. 


Sempat snap on da way gi stesen bas. hehehehe~

Dalam perjalanan nak ke stesen bas aku mula cuak sebab jalan agak jem. 
Kenapalah semua orang nak menuju pusat bandar pada waktu yang sama ngan aku.
Nasib baik sempat sampai stesen bas lagi beberapa minit pukul 10.

Bas gerak macam biasa. Perjalanan smooth jer sehinggalah  kat Bentong (sebelum tol kot).
Bas dah mula gerak slow. 
Aku ase dalam perjalanan tu dah beberapa kali aku tidur dah beberapa kali dah aku bangun.
 Bangun belek-belek nota PJ jap pastu tertido balik. (aku exam PJ arini)
Tak sampai-sampai jugak.

 Aku nak tau sangat kenapalah jem teruk sangat ni.


 Aku pon syak ni mesti sebab beratur lama tunggu turn nak bayar tol. Mungkin sebab ni terjadinya jem.


 Lepas jer tol mak aihhhhh.... Lagi teruk jem nyer...
Aku boleh tangkap gambar depan macam ni sebab seat tingkat atas dan paling depan sekali. macam tengok wayang.


Sepanjang perjalanan banyak kereta berenti tepi jalan.
Motor releks je lalu celah-celah kereta.


Selalunya kalo aku naik bas pukul 10 pagi, dalam pukul 5 camtu dah sampai dah KL.
Ni pukul 8 masih ada kat highway. Kiri kanan hutan lagi.
Jeles tengok laluan sebelah kanan (arah bertentangan). laju jer kereta memecut.

Pastu lepas jer tol Gombak nak masuk KL, elok jer trafik. 
Alhamdulillah selamat sampai Kl pada pukul 9.
Satu hal pulak dari KL nak ke Cheras. Ingat nak ambil taxi cepat sket sampai.
Sekali tengok emmmmm agak jem jugak.
So senang citer ambil LRT turun Cheras.

tepat pukul 10 sampai hostel.
Masuk jer bilik mak aku tetiba kol.
Aik..macam tau tau jer kan aku dah sampai hostel.


pi es: aku exam 2 minggu ni. 

Tuesday, October 23, 2012

Zombi berkeliaran di hostelku...!!


Dah tengok tajuk entry aku kan. 
Semasa kolej kediaman terbuka haritu (rujuk entry sebelum ni), hostel aku dipenuhi dengan zombi-zombi..!!! Dari mana datangnya dorang ni semua??



Tanjat gege.! Kat pintu masuk hostel ada zombi mata pop out kena bungkus masuk dalam kotak.



 Masuk dalam hostel pulak, tengok-tengok zombi duk melepak elok jer kat gazebo. 


Amboi zombi hip hop siap naik basikal lagi. Tapi tak sekelassssss zombi kampung pisang yang naik motor pergi merempit.


Oi dik, jangan dekat ngan zombi ada kon atas kepala mata pop out tu. Kan di kokahnya kau tak pasal-pasal bertukar jadi zombi jugak. 




Eh eh berjoget pulak si matahari bersama zombi-zombi mengikut irama lagu dalam plant vs zombi. There's a zombi on your lawn....There's a zombi on your lawn....



Orang-orang hostel yang datang tengok zombi berjoget.



Markas zombi. 


Zombi-zombi tengah tunggu orang-orang hostel di depan pintu bilik. 


Erkkkkk... Ni zombi ke orang minyak ni? Konpius pulak aku.. Hahahahaha..



Suasana di dalam rumah zombi a.k.a bilik untuk berehat.



Tangan sape lah ni ha terputus masuk dalam mangkuk jamban ni.


Amboi kejam punyer zombi. Dipotongnya badan sampai terputus dua. Dah lah tangan disumbatnya masuk dalam mangkuk jamban. Kepala nyer pulak hilang ntah ke mana. Ish ish ish.....



Ohoi..! rumet aku hepy benor bergambar ngan zombi mata pop out.


Bila keadaan dah kembali terkawal, zombi-zombi pon dah pulih kepada keadaan sedia kala barulah aku boleh take part untuk bergambar sama. 




Tadaaaaa.... Hostel dah ditawan oleh zombi-zombi dan mereka menukarkannya menjadi ZombAman.



Prop yang terdapat dalam bilik rehat. 


Kesemua yang berlaku di atas seperti yang terdapat dalam gambar adalah gimik hostel Aman pada hari hostel terbuka. Gigih budak-budak hostel menyiapkan semua prop bagi menjayakan ZombAman ni.

Kesemua prop yang digunakan dorang pakai barang-barang terbuang dan terpakai. 
Dah tema nya pon Lestari. Kena la pakai barang-barang kitar semula. Jimat pon jimat.


Tahniah kepada semua sebab hostel kami menang kategori Hostel Lestari.!


Tapi sayang tak menjadi johan keseluruhan. Padahal dari bilik air, bilik rehat, dan bilik-bilik kat hostel aku ni dorang hias pakai barang-barang kitar semula. 
Tapi nak wat macam mana, adat bertanding. Cuba lagi yek tahun akan datang. 

Monday, October 22, 2012

Hostel terbuka


Tadi pilih-pilih gambar nak masuk dalam belog baru perasan yang aku tangkap gambar siket jer untuk kolej kediaman terbuka tahun ni. Beza ngan tahun-tahun lepas. Siap boleh kasi inspirasi kat orang lain yang nak hias hostel dan bilik dorang. Terus aku meseg Ruby


Aku: Rupa-rupanya siket je saya amek gambar-gambar bilik
Ruby: Tula...Dah la amek satu satu bilik je. Satu sudut pulak tu.
Aku: Kat Damai (nama hostel) satu je gambar bilik saya amek. Huuuuhuuu..
Ruby: Nak kata saya tak amek gambar ke? Hehehe 


Memang masa kat Damai aku bagi Ruby pegang kamera aku sebab aku tolong AJK Dokumentasi tangkap gambar pakai kamera besor. Lupa pulak aku kamera sendiri tak amek gambar. (T____T)~ Takpelah, aku tayang mana yang ada jelah yek.



 Alahai..Terselak pulak skirting kau dik oi. Nasib baik dalam tu kemas teratur. 


 Yang ni bilik-bilik kat asrama lelaki. Lawa kan. Ko ingat lelaki tak reti hias bilik ke? untongler bini dorang dapat laki macam ni. 



Ni pulak bilik-bilik kat hostel perempuan.  Bilik perempuan lagi banyak barang kalo nak bandingkan ngan bilik lelaki. 


Tema hostel terbuka pada kali ni adalah Lestari. Jadi kena hias bilik dan hostel menggunakan barang terbuang dan terpakai mengiku kreativiti sendiri. Kreatif jugak dorang ni.

Antara benda yang menarik perhatian aku: Buat bunga menggunakan kertas warna pastu letak dalam botol plastik, buku-buku yang disusun rapi dalam rak (aku suka tengok bilik ada buku) dan kat siling ada lampu macam kat hotel. Yang hiasan lampu tu kat dalam bilik junior lelaki.



Bina KLCC menggunakan botol mineral, bendera Malaysia menggunakan penutup botol, frame gambar bunga yang warna biru tu guna kertas surat khabar dan hiasan kat siling guna kertas warna warni. 


Untuk pengetahuan korang, hostel kat maktab aku memang tiap-tiap tahun akan adakan hostel terbuka. Lelaki boleh masuk hostel perempuan, pompuan boleh masuk hostel lelaki. Tapi pada hari tu jerlah ko boleh ushar hostel berlainan jantina. 


Pastu siap boleh cat dan hias bilik ikut kreativiti masing-masing. Aku pernah post pasal hostel kat sini. Bilik aku pulak tak berubah, sama macam tahun lepas. Cuma tambah rak buku jer. Ini bilik aku.



Delete account Tagged



Tadi bukak emel lama, tengok inbox dah ada 1000++ emel.
Banyak emel dari Facebook dan tagged. 
Baru aku teringat yang aku ni pernah buat tagged satu masa dahulu.
Friend request punyerlah banyak. Sorang pon aku tak kenal.
Semuanya lelaki. Dalam friend list aku pon ramai lelaki. 
Tak kenal pon dorang. Hampir 90% yang duk area Kulim. 

Bukak album pulak,  tengok banyak gambar aku masa zaman budak-budak. standard lah budak-budak jer layan tagged. Terus rasa nak delete semua gambar bila tengok banyak gambar syok sendiri. 
Pastu tetibe terpikir.
Daripada delete gambar baik delete terus account Tagged. 
Bukan aku reti pon layan Tagged. Kalo setakat hias profile tu jer aku suka. 
Macam aku hias Friendster dulu. Sekarang tatau pe dah jadi kat Friendster. 

Klik kat setting.
Klik cancel account.
Done! Setle delete account Tagged. 

Oh! sempat save beberapa gambar from tagged. Tapi aku tayang yang ni jer. Yang lain emmmmm malu nak tayang. Nampak cam budak sangat. 

Eh? sekarang dah matang ke?

 


Friday, October 19, 2012

Majlis kenaikan pangkat Leftenan Muda KRS


Akhirnya setle dua semester aku dalam KRS. 
Hari rabu hari tu kami dah naik pangkat jadi Leftenan Muda KRS. Yippeee...!
Kan sebelum ni aku pernah citer aktiviti-aktiviti yang kami pernah jalani. Pegi camping lah, belajar kawadlah, masuk hutan, belajar pasal ikatan dan macam-macam lagi.
Nah..aku kas link.

Semua pakat duk pebetul beret.


Jurulatih-jurulatih kami.


Semua pakat duk bersedia nak terima sijil kenaikan pangkat. 
Amboi Najwa, kantoi la ko tido time ni. 
Moknik duk usap perut ke tuuuuu???
Aku tau, kalo ruby tengok gambar ni mesti dia kata 'nasib baik aku perasan Ecah ambil gambar time ni'.

 Semasa tunggu giliran nak terima sijil, dalam hati duk dup dap dup dap sebab takut silap step semasa kawad. Seronok sangat gelakkan kawan-kawan yang tersilap karang tak pasal-pasal aku pon buat silap. naye je nanti kena gelak.



Kawad terima sijil.  Leftenan Muda Nazihah. :))
Alhamdulillah. Tak de buat silap langkah.



Semua get ready nak masuk dalam gambar. 


Segak bergaya si beret merah! Ni gambar skema. Kalo tak mention pon orang tau dah.


Hambek kau. Huru hara. Biasalah lepas gambar skema kenalah ada gambar candid.


Aku buh gambar ni sebab Amy nampak kiut. hahahhaha..


Gambar formal dak dak kelas aku yang masuk KRS.


Hoyeh...Last picture. 

Encik Dahlan pesan jangan jual uniform kat junior. Mahal woooo uniform ni. 
Kalau pakai uniform part paling aku tak suka adalah pakai boot. Nak menangis aku terbongkok bongkok nak ikat tali boot semasa kaki aku tengah cramp akibat main bola sepak. (T____T)~ wuuuuu...