Monday, May 10, 2010

Tips bila penat jalan-jalan semasa shopping, lelaki pon boleh cuba


Saya ni perempuan. Lumrah la kalau perempuan ni kaki shopping. Pergi mall dari pagi sampai la ke petang. Pastu lenguh kaki nak pusing-pusing 1 mall. So, saya nak share aktiviti yang saya buat bila nak rehat sekejap semasa ber-shopping.



Okey. Mula-mula sekali kamu cari fitting room yang kosong. Ambil beberapa helai baju terus masuk fitting room tu. Keluarkan kamera terus la snap-snap gambar.





Saya suka masuk fitting room Parkson sebab ada kerusi untuk duduk.
Tengkiu Parkson ^__^






Ajak member untuk ber-gedik santai sekali dengan kamu. Barulah meriah.



Erkk, wajah indah saya pon dah berubah jadi hantu.


Pastu dah agak-agak setengah jam duduk dalam tu, jangan tak keluar-keluar plak. Kesian orang lain pon nak 'berehat' jugak. Semasa keluar tu buat-buat la betul-betulkan tudung, betulkan baju ke. Berlakon macam baru lepas cuba baju. Tapi hakikatnya berposing dalam fitting room. Dah rehat, kita sambung balik jalan-jalan. Lelaki ada buat tak macam ni heh?

Saturday, May 8, 2010

Metabolisma tinggi penyebab kekal kurus?

Cikgu saya pernah bagitahu kenapa saya tetap kurus walaupon makan banyak tapi badan masih kerempeng. Sebabnya adalah saya mempunyai metabolisma tinggi. Jadi, makanan saya makan cepat hadam dan tak sempat nak jadi lemak. Berat badan saya masih kekal 37 kg walaupon selalu makan.


Saya dah pernah tanya blogger macam mana nak tambahkan berat badan. Cara yang blogger bagitau semua saya try kecuali minum weight gain sebab ramai yang komplen minum weight gain bukan naik terus berat badan. Kena minum bertin-tin baru ada perubahan, tu pon siket je la naik. Sedih tahu bila balik kampung sedara mara, jiran, member lama semua kata "Azie, kurus nyer." Sigh.





Kawan saya juga ada bagitahu, dulu dia kurus jugak. Tapi lepas stop bersukan dan olahraga badan dia mula naik. Saya pon try stop bersukan, memang tahun-tahun sebelum ni saya join olahraga dan tahun ni saya tak libatkan diri langsung untuk acara hari sukan. Dengan harapan berat badan akan naik. Tapi tak ada perubahan pon. Seorang lagi kawan saya memang aktif sukan dan bila dia dah tinggalkan sukan badan dia dah mula berisi siket. Tengok gambar dia kat FB memang nampak sedikit berisi daripada zaman sekolah.




Macam mana ni people. Any idea?



Thursday, May 6, 2010

Latihan kebakaran


Semalam loceng asrama bunyi kuat sangat. Dah la lama dia berbunyi. Saya tengok jam, baru pukul 3.30 pagi, takkan awal sangat subuh. Mula-mula saya was-was la nak buka pintu bilik nak jenguk kot-kot la betul ada latihan kebakaran sebab ketua blok dah bagitau akan adakan latihan kebakaran secara mengejut.



Ha! Memang mengejut lah ni. Apa lagi, saya pon kejut room mate terus sarung sweater dengan tudung keluar selamatkan diri. Lampu kat koridor semua dah ditutupkan. Gelap la nak jalan turun tangga. Nasib baik dalam mamai tu masih teringat ada tahi kucing kat koridor dan mesti bajet jangan pijak.



Sampai kat kawasan lapang untuk berkumpul, ketua aras diminta chek semua ahli aras. Tapi ketua aras tak ada. Alamak, ketua aras masih tidur dalam bilik. Bila pegawai bomba datang chek didapati 4 orang budak aras saya masih berada dalam bilik.



Alahai, dah rentung kawan-kawan saya. Kami semua MESTI keluar daripada hostel dalam masa 4 minit. Tapi orang yang last keluar dari hostel mengambil masa 30 minit. Wohaaa. Rentung la semuanya.



Macam-macam ragam saya tengok. Ada yang pakai tuala sahaja untuk tutup kepala, ada yang pakai jubah yang lawa, ada yang bawak nota, ada budak lelaki siap pakai songkok (baru sudah solat tahajud kot) nasib baik tak ada perempuan yang keluar pakai kain telekung. Semua orang pon dalam keadaan kalut akan capai je barang yang perlu untuk selamatkan diri.



Selesai diberi taklimat semua balik ke bilik masing-masing dah nak pukul 5 pagi. Nasib baik bentuk tahi kucing masih tidak berubah walaupon orang berjalan dalam kegelapan.




Tuesday, May 4, 2010

Petir di Kuala Lumpur


Saya nak kongsikan pengalaman saya pada minggu pertama berada di Kuala Lumpur. Benda paling dahsyat yang amat sangat saya pernah lalui adalah petir dan guruh. Kalau kat kampung saya tak pernah rasa betapa kuatnya petir kat Kuala Lumpur ni. Pada 1 petang saya balik kelas terus tidur. Room mate saya pon tidur. Tiba-tiba, PANG! bunyi kilat macam nak tercabut jantung, bergegar tahi telinga, kuat giler. Saya terus bangun melompat ke katil room mate yang sedap je tidur lena.


Suasana masa tu macam berada di Gaza. Situ sana sini bunyi kilat dan guruh. Masa tu rasa macam saya dah nak mati, mulut kumat kamit istighfar. Lepas hilang semua bunyi kilat tu barulah hujan lebat turun. Tiba-tiba teringat masa Tingkatan 3 Cikgu Geografi saya, Encik Ahmad Pauzi ajar pasal fenomena kilat yang berlaku pada waktu petang di Kuala Lumpur. Dulu buat don noe je sebab tak pernah alami keadaan ni.



Bila dah beberapa bulan tinggal di sini saya rasa dah biasa tapi kadang-kadang kalau tak ada orang kat bilik saya, saya akan pergi bilik kawan. Tak berani nak duduk sorang-sorang dalam bilik ketika kilat. Seram!



Sunday, May 2, 2010

Ikhlas kah kamu?


Pernah tak kamu menolong orang dengan ikhlas, memberi sedekah dengan ikhlas, memberi senyuman dengan ikhlas, berbuat sesuatu dengan ikhlas? Tapi bila dah selesai atau dalam berbuat sesuatu perkara yang kamu kata 'ikhlas' tu kamu pergi cerita perkara tu kepada orang lain. Okey, tak faham lagi agaknya. Sebagai contoh, kamu sedang jalan-jalan tiba-tiba nampak seorang nenek tua sedang melintas jalan. Kamu pon pergi tolong nenek tu. Pada mulanya kamu kata kepada diri kamu ' Oh, aku ikhlas tolong nenek ni'. Tapi bila jumpa dengan kawan kamu, kamu cakap' Wei, tadi aku tolong nenek tu lintas jalan.' Kamu nilai balik, ikhlas ke pertolongan yang kamu bagi tadi?


Hadoy, tadi cakap ikhlas tapi pergi cerita kebaikan yang ikhlas tu kat orang lain. Susahkan kalau benda baik je kita mesti nak cerita kat orang lain. Saya pon macam tu jugak. ikhlas sekejap je pastu tiba-tiba ikhlas bertukar jadi riak. Macamana nak berbuat sesuatu perkara tu dengan ikhlas tanpa ada riak tanpa pergi cerita kepada orang lain?


Dalam satu majlis agama, kawan saya bertanya kepada ustaz macamana nak berbuat sesuatu perkara dengan ikhlas. Ustaz jawab soalan tu dengan analogi yang mudah. Kamu pernah tak berak? Sudah pasti semua orang berak kan. Lepas kamu berak, kamu ada cerita tak kat orang lain, "Kau nak tahu, tadi aku berak. Susah giler tahi aku nak keluar". Ada tak? Sesetengah orang je la yang nak cerita perihal aktiviti beraknya kepada orang lain. Jadi, ikhlas ni seperti kita sedang berak. Jadi, jangan cerita kepada orang lain kalau sesuatu yang kita buat tu IKHLAS.