Tuesday, May 15, 2012

Ujian Amali Kadet Remaja Sekolah


Sebenarnya dah lama dah buat ujian amali ni tapi baru saat ni punyer kesempatan untuk cerita tentang ujian amali KRS. Nak kata sibuk sangat tu bolehlah jugak sebab kadang-kadang je aku akan ada kat bilik sampaikan roomate aku hantar meseg atau kol " Kak Zie ada kat mana? Balik bilik tak malam ni". Sebab kadang-kadanag aku pergi rumah sewa kawan-kawan atau lepak bilik Ruby sampai lewat malam. Bila balik tengok roomate dah tidur. 


Ujian amali ni ada beberapa perkara yang dinilai. Hafal surah pendek, kawad statik, nyanyi lagu KRS dan kawad menaikkan bendera. Kalau bab kawad tu aku okey je sebab dulu masa kat MRSM lagi kami di-train untuk kawad setiap hari jumaat. Tambah-tambah aku ni budak kadet polis dan MRSM tu dalam kawasan polis dan kami dikelilingi polis sampai aku sekarang tersangkut ngan anak polis. Kawad bendera tu senang je rupanya beberapa minit sebelum di uji baru encik Kahar ajar nasib baik mudah je.



member-member  KRS. Semangat dorang siap pakai boot lagi nak ujian amali kawad.


Sampai part nak kena hafal surah, kawan-kawan siap bawak Al-Quran tafsir lagi. Aku tumpang tengok jugaklah. Bukanlah nak kata aku ni tak hafal surah tapi bila baca depan orang (pensyarah penilai) aku jadi gugup dan ayat lintang pukang. Mula-mula aku kena surah Iqra'. Baca gagap-gagap pastu tukar baca surah al-insyirah. Tu pon sedikit gagap jugak. Malu wei nanti orang ingat aku tak mengaji Quran. -_-"


Moral of the story: Jangan lupa baca Quran. Ayah aku pesan, sehari kita tinggal Quran, 10 hari dia jauh meninggalkan kita. Dan lagi satu, memang dulu rasa kawad kat sekolah macam leceh dah la berjemur bawah panas setiap minggu hitam habes tapi bila masuk U atau maktab sangat berguna rupanya. Tak de lah malu sangat sampai  tatau langsung kawad. Terima kasih sarjan, koperal dan anggota polis yang ajar aku kawad dulu.

2 comments:

Kak Long said...

ala,update la crite bru.ni crite lama..update kte g bowling n archery..hehe

Anonymous said...

Hey, cool content, but WordPress breaks it up on my monitor. Maybe it's the plugin you have on the site. Have you considered a different CMS?